Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

19
Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah Sistem Penanaman Padi Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu: 1. Musim Bersawah 2. Musim Menuai Musim Bersawah Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya. Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas- batas petak sawah dan juga di tapak semaian. Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.

description

Penanaman padi secara tradisional di Kedah (jelapang padi Malaysia) beransur-ansur diganti di tahun-tahun 1990an dengan penggunaan jentera

Transcript of Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Page 1: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Penanaman Padi Secara Tradisional di Kedah

Sistem Penanaman Padi

Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua musim iaitu:

1. Musim Bersawah

2. Musim Menuai

Musim Bersawah

Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika ini mereka

akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan persawahan dan juga memastikan

petak-petak sawah mereka di takungi air hujan secukupnya.

Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir (sisir),

cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di tapak semaian.

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.

 

Page 2: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya dari rumput rampai.

Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.

 

1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian

Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai ke sawah

masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak) dan membersih petak-

petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian merupakan tempat menyemai benih-

benih padi untuk dijadikan semai (anak padi sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah

yang disediakan).

Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-betul lembut dan

bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi merata dan melincinkan permukaaan

tanahnya, sejenis alat yang di namakan "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah

sebatang pokok pisang yang dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik

dengan penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja

mencabut semai.

Keri, Tajak dan Sisir Kapar Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas sawah

Tenggala Untuk membajak sawah Diperbuat daripada kayu halban

Page 3: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.

jenis keras. Alat ini terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.

2. Penyediaan Benih Padi

Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke dalam air selama 3

hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan disejat ke dalam bakul yang jarang

disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam

untuk proses percambahan mata tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus

ditaburkan ke dalam petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai

(anak padi) selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya.

Kebiasaannya 44 hari.

Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai) Kerja-kerja penyediaan petak semaian (bekas semai) sedang dijalankan.Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anak padi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.

Sabit Untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh di atas batas sawah. Sabit ini diperbuat daripada besi.

Page 4: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Penimba Air Diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air masuk ke dalam petak semaian.

Bakul Mengkuang Digunakan untuk membawa biji benih padi ke tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladang-peladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai boleh menghilangkan semangat padi.

3. Mengerjakan Sawah

Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan terus

menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-kerja yang

seringkali dilakukan oleh mereka ialah:

1. Menggala (Membajak) Sawah

Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala ini dibuat

daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu halban. Dalam menjalankan

kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi ada ketikanya tenaga lembu digunakan.

Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga

lembu tidak sekuat tenaga kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah

sawah.

2. Menyisir (Sisir)

Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa menggala akan

dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk melembutkannya. Untuk menghalus,

merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai,

sejenis alat persawahan tradisional yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis

penyisir iaitu:

Page 5: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

i. Penyisir Kayu

Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau giginya

dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut halus.

ii. Penyisir Besi

Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada besi semuanya

kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.

iii. Penyisir Kapar / Sisir Kapar

Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripada batang nibong

atau pinang.

Menggala (Membajak Sawah) Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau.

Kerbau Boleh dianggap sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik tenggala.

Sisir Besi Peranan dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta membersihkannya daripada rumput rampai.

Page 6: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Sisir Kapar Untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya, peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga dapat meratakan tanah sawah.

C. Menggiling Tanah

Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat yang digunakan

ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong mengikut keperluan dan

berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi kepada dua jenis iaitu "Tenggiling

Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala

(membajak) dan menyisir kerana kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk

meratakan tanah sawah dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi

dijalankan.

Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan menggiling, air

akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses penanaman padi.

Tenggiling Untuk memecahkan tanah yang

Diperbuat daripada kayu yang berbentuk seperti belimbing segi. Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki

Page 7: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

berketul dan meratakan tanah selepas disisir. Proses meratakan tanah belum begitu baik tanpa menggunakan tenggiling.

dan bergaris pusatnya 6 inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.

4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap" atau "unti"

(ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau (gotong-royong).

Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke petak-petak sawah oleh kaum

lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang diperbuat daripada buluh atau ditarik

menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul semai akan diatur di petak-petak sawah bagi

memudahkan kerja-kerja menanam padi dijalankan.

Mencabut Semai Kerja-kerja mencabut semai sedang dilakukan oleh kaum wanita

Semai-semai Semai-semai yang telah diketulkan di himpun, kemudian diangkat ke petak-petak sawah yang disediakan untuk proses menanam padi

Pengandar semai Alat teknologi persawahan tradisional ini digunakan untuk mengangkut/memindahkan ketul-ketul semai dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. Alat ini juga dikenali sebagai pengandar rumput

Pengandar Semai Pengandar akan digunakan untuk mengangkut semai dari tapak semaian ke sawah. Selalunya ia diperbuat daripada batang kayu yang keras.

Page 8: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

5. Menanam Padi

Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam proses ini anak

padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam petak-petak sawah yang

disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat atau lima jalur yang dipanggil "tekap".

Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu

sejenis alat yang pemegangnya diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang

dicabangkan sedikit untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah.

Menanam padi Kerja-kerja menanam padi dengan menggunakan tangan sedang dijalankan

Menanam Padi Menanam padi cara lama dilakukan oleh kaum wanita dengan menggunakan alat Kuku Kambing

Kuku Kambing Ia digunakan untuk menanam padi. Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagian hujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.

Terendak Digunakan sebagai tudung kepala sewaktu bekerja di sawah untuk berlindung daripada cahaya matahari Diperbuat daripada buluh yang disulam begitu menarik sekali. Biasanya dipakai oleh wanita.

 

Page 9: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

6. Penjagaan

Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang mati),

penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini dijalankan berterusan

sehinggalah padi masak. "Orang-orang" atau "Selayut" akan dipacak di tepi-tepi sawah bertujuan

untuk menakutkan binatang seperti tikus dan burung daripada memusnahkan padi yang telah masak.

Menjaga Padi Kerja-kerja penjagaan padi sedang dilakukan.

Menyulam Anak Padi Kerja-kerja menyulam (mengganti) anak padi sedang dijalankan.

Musim Menuai

1. Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat atau

mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi,

beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah

ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh

kaum wanita secara berderau (gotong-royong).

A. Mengetam

Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di

atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini digunakan untuk memotong tangkai padi

yang masak untuk dijadikan gemai (gemal) padi.

B. Mengiau padi

Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan "pisau pengiau". Teknik penggunaannya sama

seperti mengetam iaitu memotong tangkai (tengkok) pokok padi. Kaedah ini seringkali

dilakukan ke atas pokok padi yang rebah.

C. Mengerat/Memotong Padi

Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan

dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap".

Page 10: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

2. Menghirik (Mengirik)

Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi daripada

tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja mengetam dan mengiau padi

dijalankan. Terdapat beberapa cara yang digunakan. Antaranya:

A. Menggunakan Kerbau

Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-petak sawah yang

banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu malam hingga ke dinihari secara

gotong royong (berderau). Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi akan dihimpun dan

diletakkan di atas tikar dan selepas itu kerbau tersebut akan berjalan berulangkali di atasnya

sehinggalah buah padi terlerai.

Renggam Diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Ia akan digunakan untuk mengetam buah padi yang akan dijadikan benih.

Gemai (Gemal) padi Tangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja membuat gemai-gemai padi sedang dilakukan.

Mengerat padi Kerja-kerja mengerat padi sedang dijalankan.

Page 11: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Pengiau Hulunya diperbuat daripada ranting kayu yang bengkok dan melengkung manakala mata pisau mengerat dipasak masuk ke ranting tersebut . Ia akan digunakan untuk menuai padi yang berkeadaan rebah

Cekam Ia diperbuat daripada ranting kayu yang bercabang dan diasah tajam. Ia juga digunakan untuk mengangkat pokok padi yang rebah sebelum proses menuai.

Mengetam padi Kerja-kerja mengetam padi sedang dijalankan

Pisau mengerat Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.

B. Menggunakan Kayu (Dong)

Ianya diperbuat daripada kayu dan berbentuk melengkung. Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi

akan dilonggokkan di atas tikar pada satu tempat. Kemudian para petani secara beramai-ramai akan

memukul gemai-gemai tersebut dengan "dong" sehinggalah buah padi terlerai. Di samping itu

terdapat juga di setengah-setengah tempat kaum wanita melakukan kerja-kerja ini dengan

menggunakan kaki. Kesimpulannya walau apa kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk

meleraikan buah padi daripada tangkainya.

Page 12: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Dong Alat ini digunakan semasa kerja-kerja menghirik (mengirik) dijalankan bertujuan untuk meleraikan buah padi daripada tangkai.

3. Memukul (Membanting) Padi

Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada tangkainya. Dalam

proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar yang diperbuat daripada tikar dan

sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di

kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan

buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan

diisikan ke dalam guni (karung).

Tong padi dan Layar digunakan untuk memukul padi

Kedap padi Gambar ini menunjukkan kedap-kedap padi diikat sebelum dipukul ke dalam tong.

Page 13: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Memukul padi Kerja-kerja memukul padi sedang dijalankan

4. Mengangkut Padi

Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan menggunakan

"anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini menggunakan tenaga kerbau

untuk menariknya.

Anor (Anok) dan Kereta Kerbau Merupakan alat pengangkutan padi yang digunakan dengan bantuan tenaga kerbau untuk membawa hasil padi ke rumah

5. Menghuroi (Menguroi)

Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung) pada tiga batang buluh

sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan buah padi

daripada daun-daun padi kering (kambu) dan hampa bagi mendapatkan buah padi yang bersih.

Page 14: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Proses ini dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan angin. Buah padi yang

telah siap dihuroi akan dijemur sehingga betul-betul kering supaya tidak rosak semasa disimpan.

Menghuroi padi Kerja-kerja menghuroi padi sedang dijalankan

Nyiru Jarang Ia juga merupakan anyaman buluh tetapi jarang dan mempunyai kaki yang bercabang tiga. Nyiru jarang digunakan untuk membersihkan padi.

Menjemur padi Padi-padi yang telah dibersihkan (dihuroi) akan dijemur sehingga kering sebelum disimpan di dalam jelapang padi.

Cakar Bara Diperbuat daripada kayu dan ia digunakan untuk mencakar padi dijemuran.

Nyiru Kerap Digunakan untuk menampi padi

Page 15: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Menganginkan padi dengan menggunakan Nyiru Kerap bagi mengasingkan padi berisi dengan hampa padi.

bagi mengeluarkan hampa padi.

Kipas Pengangin Dan Penguroi Padi Untuk mengasingkan antara hampa dengan padi yang elok untuk dibuat benih.

6. Menyimpan Padi

Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau diangkut ke dalam

bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan diisi ke dalam kepok (kerubung) yang

diperbuat daripada buluh yang selalunya di letakkan berhampiran bekas padi.

Jelapang Padi Alat ini digunakan untuk menyimpan buah-buah padi yang telah dibersihkan (dihuroi)

Kepok Alat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi)

Page 16: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

7. Penghasilan Beras

Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik (lesung kaki),

lesung tangan, pengisar dan penampi padi.

Lesung hindik kaki dan lesung tangan Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah padi bagi menghasilkan beras. Beras yang dihasilkan bercampur dengan antah , sekam dan lain-lain.

Proses menumbuk padi dengan lesung tangan

Lesung Kisar Untuk Mengisar padi. Diperbuat daripada buluh atau kayu. Raga buluh dibuat untuk mengisi tanah busut yang telah dicampur garam dan dihentak dengan kuat untuk menahan mata pengisar. Mata pengisar daripada kayu bakau dibelah nipis lebih kurang 3-4 mm. Panjang mata pengisar lebih kurang 4 inci (10 cm).

Page 17: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Penampi Padi Penggunaan alat ini bertujuan untuk memisahkan biji beras dari kulitnya selepas ditumbuk dan dikisar setelah memusingkan kipas di dalamnya. Angin yang dihasilkan melalui kipas tersebut akan menerbangkan kulit biji padi yang lebih ringan dari biji beras. Disinilah wujud proses pengasingan di mana biji beras akan keluar daripada corong pertama (besar) manakala kulitnya keluar melalui corong kedua (kecil)

8. Menampi

Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras tradisi kemudiannya

ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi yang dikenali sebagai "nyiru telor buaya" yang

diperbuat daripada buluh untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan

beras bersih.

Menampi Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh dipisahkan biji beras dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru atau badang yang diperbuat daripada buluh dan berbentuk bulat. Melalui kaedah ini kulit biji padi akan keluar dan yang tinggal di dalam nyiru tersebut ialah beras. 

Page 18: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

Antara Bahasa Yang Digunakan Oleh Petani Dengan Kerbau Semasa Mengerjakan Sawah Padi

1. Ha'ih - Maknanya menyuruh kerbau berjalan

2. Chah - Maknanya menyuruh kerbau ke arah kanan

3. Sok - Maknanya menyuruh kerbau kearah kiri

4. Diam - Maknanya menyuruh kerbau berhenti

5. Serot - Maknanya menyuruh kerbau undur ke belakang

6. Paling Chah - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kanan

7. Paling Sok - Maknanya menyuruh kerbau pusing ke kiri

 

Peralatan-Peralatan Tradisional Tanaman Padi

A. Alat-alat Untuk Tanaman Padi

1. Tenggala Perlis dan Tenggala China

2. Kuku Kambing

3. Cangkul

4. Tajak

5. Sisir Besi

6. Sisir Panjang (Sisir Kapar)

7. Palong

8. Tenggiling

9. Terendak

10. Pencakar/Pencakar Bara

B. Alat-alat Untuk Menuai/Selepas Menuai

1. Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar

2. Ketam (Renggam)

3. Sabit (Berbagai Jenis)

4. Pengangin Padi/Tikar Mengkuang

5. Guni/Tali/Jarum

Page 19: Penanaman Padi Secara Tradisional Di Kedah

C. Alat Proses Padi

1. Lesong Tangan/Halu

2. Lesong Kaki/Hindik

3. Nyiru Penampi Padi/Penampi Beras

4. Pengisar Beras

D. Alat Penyimpanan Padi/Beras

1. Kepok/Jelapang Padi

2. Berbagai jenis Gebok

3. Berbagai jenis Tempayan

E. Alat Pengangkutan Padi

Pengangkutan darat:

1. Basikal

2. Beca

3. Kereta Tolak

4. Bakul Junjung

5. Anok

6. Kandar

7. Kereta Lembu

Pengangkutan Air:

1. Sampan/Perahu kecil

F. Alat Penyimpanan/Sukat Padi dan Beras

1. Pikul

2. Kilo

3. Kati

4. Gantang

5. Cupak

6. Leng

7. Kopi

8. Kepoi

Disusun dari :  http://memori‐kedah.net