Sistem Penanaman Padi

download Sistem Penanaman Padi

of 29

Transcript of Sistem Penanaman Padi

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    1/29

    PENANAMAN PADI DI NEGERI KEDAH

    SHAFINI BINTI MOHAMAD ALI (L20073001632)

    DR. SUPLI EFFENDI BIN RAHIM

    TUGASAN 1

    TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT (SHT 5072)

    PENGAJIAN TEKNIKAL

    FAKULTI SENI DAN MUZIK

    UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    2/29

    35900 TANJUNG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN

    2008

    2

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    3/29

    ISI KANDUNGAN

    Abstrak i

    1.0 Pengenalan 1

    2.0 Teknologi Budaya Tempatan Dulu dan Kini 3

    3.0 Teknologi dan Pembangunan Tempatan 21

    4.0 Pelajaran dan Implikasi Pada Masa Depan 22

    5.0 Penutup 23

    Rujukan

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    4/29

    Abstrak

    Kedah Darul Aman (nama rasmi negeri Kedah) didakapi negeri Perlis di utara

    dan Perak di selatan merupakan salah satu negeri yang terletak di utara

    Semenanjung Malaysia. Kedah adalah negeri yang sederhana keluasannya dan

    sebuah negeri yang pada keseluruhannya berasaskan industri pertanian. Kedah

    dipenuhi panorama kawasan pedalaman yang indah yang sentiasa berubah

    warna mengikut musim tanaman padi pada ketika itu. Kawasan pedalamannya

    bertukar menjadi hijau segar tidak lama selepas musim menanam padi bermula

    apabila benih-benih padi mula tumbuh, dan kemudian bertukar keemasan

    menjelang musim menuai sebelum akhirnya menjadi warna perang selepas padi

    dituai. Kini Kedah dikenali dengan Jelapang Padi Malaysia.

    i

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    5/29

    Pengenalan

    Sejarah Penanaman Padi di Kedah

    Padi merupakan tanaman bijirin yang ditanam dalam keadaanpersekitaran yang amat luas. Bermula dati tempat asalnya di bahagian selatan

    dan timur Asia (Thailand. Burma dan Vietnam), yang dikatakan sebagai Home

    area (Huke, 1976). tanaman padi telah tersebar ke kawasan yang amat luas.

    iaitu dari garis lintang 315 di Australia hingga ke garis lintang 49

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    6/29

    sebagai pusat kegiatan ekonomi seperti perdagangan dan juga kegiatan

    pertanian. Kedudukannya yang strategik membolehkan kegiatan perdagangan

    dijalankan dengan pedagang-pedagang dari Pattani, China, India dan juga

    Indonesia. Walaupun aktiviti perdagangan begitu penting, terdapat juga bukti

    yang menunjukkan bahawa tanaman padi telah diusahakan di kawasan-kawasanyang subur di sepanjang sungai dan juga berhampiran dengan muara. Kawasan

    inilah yang merupakan kawasan penanaman padi paling awal di negeri Kedah

    dan ia kekal sebagai kawasan penempatan tradisional yang terpenting sehingga

    abad ke-18. Antara kampung-kampung utama di kawasan ini ialah penempatan

    utama di Kuala Muda dan Merbuk, penempatan-penempatan di Singkir, Bukit

    Penjara, Kampung Seberang Terus dan Permatang Bendahari (Zaharah, 1970),.

    Banyak bukti yang menunjukkan bahawa tanaman padi mula

    diperkenalkan di negeri Kedah di sekitar ahad ke-15 dan ke-16 atau mungkin

    lebih awal lagi (Zaharah, 1969: Hill. 1977; Cheng, 1969). Lembah-lembah sungai

    berkemungkinan diduduki dan diterokai sejak beberapa abad sebelum

    terbentuknya Kesultanan Melaka lagi. Bagi negeri Kedah, terdapat tanda-tanda

    yang menunjukkan bahawa ia telah membekalkan beras kepada kapal-kapal

    pedagang dan kemudiannya kepada Kesultanan Melaka. Sehingga abad ke-16,

    Kedah merupakan salah satu pengeksport beras di Nusantara dan mempunyai

    status yang lebih kurang sama dengan Jawa. Taraf seperti ini tidak akan dapat

    dicapai sekiranya kegiatan penanaman padi tidak dimulakan semenjak beberapa

    generasi sebelumnya.

    2

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    7/29

    Teknologi Budaya Tempatan Dulu dan Kini

    Sistem Penanaman Padi Secara Tradisional

    Sistem penanaman padi cara tradisional di Negeri Kedah dapat di kelaskan kepada dua

    musim iaitu:

    1. Musim Bersawah

    2. Musim Menuai

    Musim Bersawah

    Masyarakat petani tradisional mula turun ke sawah apabila tibanya musim hujan. Ketika

    ini mereka akan sibuk menyiapkan segala kelengkapan yang berkaitan dengan

    persawahan dan juga memastikan petak-petak sawah mereka di takungi air hujan

    secukupnya.

    Dalam mengerjakan sawah, peralatan persawahan tradisional seperti tenggala, penyisir

    (sisir), cangkul, tajak, tenggiling dan lain-lain digunakan.

    Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk

    membersihkan rumput pada batas-batas petak sawah dan juga di

    tapak semaian.

    (www.memori-kedah.net)

    Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk menarik

    kapar di dalam petak sawah ke tepi dan juga untuk menarik badai

    batang pasang semasa penyediaan tapak semaian.

    (www.memori-kedah.net)

    3

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    8/29

    Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan selepas

    kerja-kerja menggala (bajak) sawah bertujuan untuk

    menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta

    membersihkannya dari rumput rampai.(www.memori-kedah.net)

    Alat teknologi persawahan tradisional yang digunakan untuk

    menggala (bajak) sawah dengan ditarik oleh seekor kerbau.

    (www.memori-kedah.net)

    1. Penyediaan Tapak (Petak) Semaian

    Setelah siap segala peralatan yang diperlukan, para petani akan turun beramai-ramai

    ke sawah masing-masing untuk memulakan kerja-kerja seperti menggala (membajak)

    dan membersih petak-petak sawah untuk dijadikan tapak semaian. Tapak semaian

    merupakan tempat menyemai benih-benih padi untuk dijadikan semai (anak padi

    sebelum dipindah/ditanam di dalam petak-petak sawah yang disediakan).

    Penyediaan tapak sawah memerlukan penelitian yang rapi. Tanahnya mestilah betul-

    betul lembut dan bersih daripada sebarang jenis tumbuhan air di dalamnya. Bagi

    merata dan melincinkan permukaaan tanahnya, sejenis alat yang di namakan

    "Pembadai" digunakan. Pembadai ini kebiasaannya ialah sebatang pokok pisang yang

    dipotong mengikut keperluan dan dibuang kulitnya dan kemudian ditarik dengan

    penyisir kecil (sisir kapar). Keadaan tanah yang lembut akan memudahkan kerja-kerja

    mencabut semai.

    Keri, Tajak dan Sisir Kapar

    Keri dan Tajak digunakan untuk menajak tanah supaya batas

    sawah menjadi rata. Manakala sisir kapar digunakan untuk

    mencakar tanah supaya menjadi lebih rata.

    (www.memori-kedah.net)

    4

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    9/29

    Tenggala untuk Membajak Sawah

    Diperbuat daripada kayu halban jenis keras. Alat ini

    terbahagi kepada dua iaitu Tenggala Perlis dan Tenggala

    Cina. Tenggala-tenggala ini ditarik oleh seekor kerbau dan

    ada yang ditarik oleh dua ekor kerbau atau lembu.(www.memori-kedah.net)

    2. Penyediaan Benih Padi

    Benih padi yang terpilih akan diisi ke dalam guni (karung), kemudian direndam ke

    dalam air selama 3 hari 3 malam. Selepas direndam, benih padi tersebut diangkat dan

    disejat ke dalam bakul yang jarang disebut sebagai "bakul lau", kemudian ditutup

    dengan guni dan dibiarkan selama 3 hari 3 malam untuk proses percambahan mata

    tunas dan akar. Setelah benih tersebut bercambah, ianya terus ditaburkan ke dalam

    petak-petak semaian yang disediakan dan dibiarkan tumbuh menjadi semai (anak padi)

    selama jangka masanya 30 hingga 44 hari untuk tempoh cukup matangnya.

    Kebiasaannya 44 hari.

    Penyediaan Petak Semaian (Bekas Semai)

    Petak semai merupakan tempat pembiakan benih padi untuk dijadikan semai (anakpadi) sebelum dipindahkan ke petak sawah yang disediakan.

    Sabit digunakan untuk memotong rumput-rumput yang tumbuh

    di atas batas sawah dan ianya diperbuat daripada besi.

    (www.memori-kedah.net)

    Penimba air diperbuat daripada tong minyak dan berhulukan kayu

    panjang serta berkaki tiga. Ia akan digunakan untuk menimba air

    masuk ke dalam petak semaian.

    (www.memori-kedah.net)

    5

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    10/29

    Bakul Mengkuang digunakan untuk membawa biji benih padi

    ke tapak semaian semasa hendak menabur. Ia diperbuat

    daripada mengkuang yang dianyam rapi. Bagi peladang-

    peladang, bekas-bekas lain seperti tin tidak boleh digunakan

    untuk mengisi benih oleh kerana dipercayai bolehmenghilangkan semangat padi.

    (www.cikgusejarah.com)

    3. Mengerjakan Sawah

    Sementara menantikan anak padi (semai) cukup tempoh matang, petani-petani akan

    terus menjalankan kerja-kerja membajak dan membersihkan petak-petak sawah. Kerja-

    kerja yang seringkali dilakukan olehmereka ialah:

    A. Menggala (Membajak) Sawah

    Peralatan persawahan tradisional yang digunakan ialah tenggala. Biasanya tenggala

    ini dibuat daripada kayu-kayu terpilih yang senang dibentuk iaitu lazimnya kayu

    halban. Dalam menjalankan kerja-kerja ini selalunya tenaga kerbau digunakan tetapi

    ada ketikanya tenaga lembu digunakan. Biasanya kerja-kerja yang dijalankan dengan

    kuasa lembu memerlukan 2 ekor lembu kerana tenaga lembu tidak sekuat tenaga

    kerbau. Fungsi alat tenggala ini ialah untuk membalik-balikkan tanah sawah.

    B. Menyisir (Sisir)

    Setelah selesai kerja-kerja menggala (membajak), ketulan-ketulan tanah semasa

    menggala akan dibiarkan selama beberapa hari berendam air, bertujuan untuk

    melembutkannya. Untuk menghalus, merata dan memecahkan ketulan-ketulan tanah

    serta membersihkannya daripada rumput rampai, sejenis alat persawahan tradisional

    yang disebut sebagai penyisir atau sisir digunakan. Ada tiga jenis penyisir iaitu:

    i. Penyisir Kayu

    Penyisir ini dibuat daripada kayu cengal, halban atau kayu beruas dan mata atau

    giginya dibuat daripada batang pokok pinang atau pokok nibong yang diraut

    halus.

    6

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    11/29

    ii. Penyisir Besi

    Penyisir ini berbentuk serupa dengan penyisir kayu. Ianya diperbuat daripada

    besi semuanya kecuali pemegangnya sahaja dibuat daripada kayu.

    iii. Penyisir Kapar / Sisir Kapar

    Penyisir ini berbentuk T. Ianya dibuat daripada kayu dan matanya daripadabatang nibong atau pinang.

    (www.cikgusejarah.com)

    Menggala (Membajak Sawah)

    Kerja-kerja mengggala (bajak) sawah sedang dilakukan oleh seorang petani dengan

    menggunakan tenggala yang ditarik oleh seekor kerbau. Kerbau boleh dianggap

    sebagai jentera dalam proses membajak sawah. Ia akan bertindak sebagai penarik

    tenggala.

    Peranan Sisir Besi dan fungsinya seperti sisir kayu iaitu untuk

    menghalus, merata dan memecah ketulan-ketulan tanah serta

    membersihkannya daripada rumput rampai.

    (www.memori-kedah.net)

    Sisir Kapar digunakan untuk menarik kapar di dalam petak sawah. Kebiasaannya,

    peralatan ini digunakan untuk menarik kapar di tempat-tempat yang tidak boleh

    dimasuki oleh kerbau. Tempat-tempat tersebut ialah kawasan dalam dan penjuru petak

    sawah. Sisir kapar lebih kecil daripada sisir besar. Selain membuang kapar ia juga

    dapat meratakan tanah sawah.

    7

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    12/29

    (www.cikgusejarah.com)

    (www.cikgusejarah.com)

    C. Menggiling Tanah

    Kaedah ini merupakan peringkat terakhir dalam penyediaan petak-petak sawah. Alat

    yang digunakan ialah tenggiling. Ianya diperbuat daripada batang kayu yang dipotong

    mengikut keperluan dan berbentuk seperti belimbing segi. Tenggiling ini terbahagi

    kepada dua jenis iaitu "Tenggiling Belangkas" dan "Tenggiling Belimbing". Cara

    penggunaannya sama seperti kerja-kerja menggala (membajak) dan menyisir kerana

    kerbau digunakan untuk menariknya. Kegunaannya ialah untuk meratakan tanah sawah

    dan melembutkannya bagi memudahkan kerja-kerja penanaman padi dijalankan.

    Setelah selesai semua kerja-kerja seperti menggala (membajak), menyisir (sisir) dan

    menggiling, air akan ditakung semula dalam petak-petak sawah untuk proses

    penanaman padi.

    Tenggiling digunakan untuk

    memecahkan tanah yang

    berketul dan meratakan tanah

    selepas disisir. Diperbuat

    daripada kayu yang berbentuk

    seperti belimbing segi.

    Panjangnya antara 5 hingga 7 kaki dan bergaris pusatnya 6

    inci. Kerbau diperlukan untuk menjalankan Tenggiling.

    (www.memori-kedah.net)

    8

    http://www.memori-kedah.net/http://www.memori-kedah.net/http://www.memori-kedah.net/
  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    13/29

    4. Memindahkan Anak Padi (Semai) Dari Tapak Semaian

    Anak padi (semai) yang sudah cukup umur (tempoh) akan dicabut dan dijadikan "Cap"

    atau "unti" (ketul). Biasanya kerja-kerja ini dilakukan oleh kaum wanita secara berderau

    (gotong-royong). Semai-semai yang telah siap dijadikan ketul akan dipindah (angkut) ke

    petak-petak sawah oleh kaum lelaki dengan menggunakan pengandar/salang yang

    diperbuat daripada buluh atau ditarik menggunakan palung (sampan kecil). Ketul-ketul

    semai akan diatur di petak-petak sawah bagi memudahkan kerja-kerja menanam padi

    dijalankan.

    Semai-semai

    Semai-semai yang telah diketulkan di

    himpun, kemudian diangkat ke petak-

    petak sawah yang disediakan untuk

    proses menanam padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Pengandar Semai merupakan alat teknologi persawahan

    tradisional ini digunakan untuk mengangkut ketul-ketul semai

    dari petak semaian ke petak-petak sawah untuk ditanam. Alat

    ini juga dikenali sebagai pengandar rumput. Biasanya ia

    diperbuat daripada batang kayu yang keras.

    (www.memori-kedah.net)

    5. Menanam Padi

    Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara berderau (gotong royong). Dalam

    proses ini anak padi (semai) yang cukup tempoh matang akan dipindahkan ke dalam

    petak-petak sawah yang disediakan. Cara penanamannya dijalankan dengan empat

    9

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    14/29

    atau lima jalur yang dipanggil "tekap". Kerja-kerja menanam padi ini dijalankan dengan

    menggunakan tangan atau "Kuku" Kambing iaitu sejenis alat yang pemegangnya

    diperbuat daripada kayu. Manakala hujungnya daripada besi yang dicabangkan sedikit

    untuk memudahkan semai diletak sebelum ditanam ke tanah.

    Menanam padi cara lama dilakukan oleh kaum wanita dengan

    menggunakan alat Kuku Kambing.

    (www.cikgusejarah.com)

    Kuku Kambing digunakan untuk menanam padi. Diperbuat

    daripada besi dan berhulukan kayu. Sementara di bahagianhujung besi terdapat cabang seperti kuku kambing.

    (www.cikgusejarah.com)

    6. Penjagaan

    Kerja-kerja ini meliputi membaja, merumput, menyulam (menggantikan anak padi yang

    mati), penjagaan air dan serangan penyakit padi, tikus dan burung. Kerja-kerja ini

    dijalankan berterusan sehinggalah padi masak. "Orang-orang" atau "Selayut" akan

    dipacak di tepi-tepi sawah bertujuan untuk menakutkan binatang seperti tikus dan

    burung daripada memusnahkan padi yang telah masak.

    Menyulam Anak Padi

    Kerja-kerja menyulam (mengganti) anak padi sedang

    dijalankan.

    (www.cikgusejarah.com)

    10

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    15/29

    Musim Menuai

    1. Dalam masyarakat petani tradisional, musim ini dikenali juga sebagai musim

    mengerat atau mengiau. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi

    mendapatkan hasil padi, beberapa kaedah tradisi telah digunakan seperti

    mengetam, mengiau dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk

    mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh kaum wanita secara

    berderau (gotong-royong).

    A. Mengetam

    Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai

    mata di atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini digunakan untuk

    memotong tangkai padi yang masak untuk dijadikan gemai (gemal) padi.

    B. Mengiau padi

    Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan "pisau pengiau". Teknikpenggunaannya sama seperti mengetam iaitu memotong tangkai (tengkok) pokok

    padi. Kaedah ini seringkali dilakukan ke atas pokok padi yang rebah.

    C. Mengerat/Memotong Padi

    Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan pisau mengerat. Batang pokok padi

    akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadikan "kedap".

    2. Menghirik (Mengirik)

    Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi daripada

    tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja mengetam dan

    mengiau padi dijalankan. Terdapat beberapa cara yang digunakan. Antaranya:

    11

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    16/29

    A. Menggunakan Kerbau

    Kaedah ini digunakan sekiranya petani-petani mempunyai bilangan petak-petak

    sawah yang banyak. Lazimnya kerja-kerja ini dijalankan pada waktu malam hingga

    ke dinihari secara gotong royong (berderau). Mengikut kaedah ini, gemai-gemai padi

    akan dihimpun dan diletakkan di atas tikar dan selepas itu kerbau tersebut akanberjalan berulangkali di atasnya sehinggalah buah padi

    terlerai.

    Renggam diperbuat daripada besi dan berhulukan kayu. Ia

    akan digunakan untuk mengetam buah padi yang akan

    dijadikan benih.

    (www.cikgusejarah.com)

    Gemai (Gemal) padi

    Tangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan

    gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja membuat gemai-

    gemai padi sedang dilakukan.

    (www.cikgusejarah.com)

    Pengiau

    Hulunya diperbuat daripada ranting kayu yang bengkok

    dan melengkung manakala mata pisau mengerat dipasak

    masuk ke ranting tersebut . Ia akan digunakan untuk

    menuai padi yang berkeadaan rebah.

    (www.cikgusejarah.com)

    CekamIa diperbuat daripada ranting kayu yang bercabang dan diasah

    tajam. Ia juga digunakan untuk mengangkat pokok padi yang

    rebah sebelum proses menuai.

    (www.cikgusejarah.com)

    12

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    17/29

    Pisau mengerat

    Diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya

    melengkung seperti huruf C dan ia digunakan untuk mengerat padi.

    (www.cikgusejarah.com)

    B. Menggunakan Kayu (Dong)

    Ianya diperbuat daripada kayu dan berbentuk melengkung. Mengikut kaedah ini, gemai-

    gemai padi akan dilonggokkan di atas tikar pada satu tempat. Kemudian para petani

    secara beramai-ramai akan memukul gemai-gemai tersebut dengan "dong" sehinggalahbuah padi terlerai. Di samping itu terdapat juga di setengah-setengah tempat kaum

    wanita melakukan kerja-kerja ini dengan menggunakan kaki. Kesimpulannya walau apa

    kaedah yang digunakan adalah bertujuan untuk meleraikan buah padi daripada

    tangkainya.

    Dong ini digunakan semasa kerja-kerja menghirik (mengirik) dijalankan

    bertujuan untuk meleraikan buah padi daripada tangkai.

    (www.cikgusejarah.com)

    3. Memukul (Membanting) Padi

    Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripadatangkainya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar

    yang diperbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan

    kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di

    kenali sebagai "turus layar" akan digunakan.

    Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong

    padi dan buah padi akan terlerai masuk dan

    13

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    18/29

    terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni

    (karung).

    Tong padi dan Layar digunakan untuk memukul padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Kerja-kerja memukul padi sedang dijalankan.

    (www.memori-kedah.net)

    4. Mengangkut Padi

    Buah-buah padi yang telah diisi ke dalam guni kemudiannya akan diangkut dengan

    menggunakan "anok" atau kereta kerbau. Kedua-dua jenis alat pengangkutan ini

    menggunakan tenaga kerbau untuk menariknya.

    Anor (Anok) dan Kereta Kerbau

    Merupakan alat pengangkutan padi yang digunakan dengan

    bantuan tenaga kerbau untuk membawa hasil padi ke rumah.

    (www.memori-kedah.net)

    5. Menghuroi (Menguroi)

    Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung) pada tiga

    batang buluh sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan bertujuan untuk

    membersihkan buah padi daripada daun-daun padi kering (kambu)

    dan hampa bagi mendapatkan buah padi yang bersih. Proses ini

    dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan

    14

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    19/29

    angin. Buah padi yang telah siap dihuroi akan dijemur sehingga betul-betul kering

    supaya tidak rosak semasa disimpan.

    Kerja-kerja menghuroi padi sedang dijalankan.

    (www.memori-kedah.net)

    Nyiru Jarang merupakan anyaman buluh tetapi jarang dan

    mempunyai kaki yang bercabang tiga. Ianya digunakan untuk

    membersihkan padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Menjemur padi

    Padi-padi yang telah dibersihkan (dihuroi) akan dijemur sehingga

    kering sebelum disimpan di dalam jelapang padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Cakar Bara

    Diperbuat daripada kayu dan ia digunakan untuk mencakar padi

    dijemuran.

    (www.memori-kedah.net)

    15

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    20/29

    Menganginkan padi dengan menggunakan Nyiru Kerap bagi mengasingkan padi berisi

    dengan hampa padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Nyiru Kerap digunakan untuk menampi padi bagi mengeluarkan

    hampa padi.

    (www.memori-kedah.net)

    Kipas Pengangin Dan Penguroi Padi

    Untuk mengasingkan antara hampa dengan padi yang elok untuk

    dibuat benih.

    (www.cikgusejarah.com)

    6. Menyimpan Padi

    Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisikan atau diangkut

    ke dalam bekas padi (jelapang) manakala gemai-gemai padi pula akan diisi ke dalam

    kepok (kerubung) yang diperbuat daripada buluh yang selalunya di letakkan

    berhampiran bekas padi.

    Jelapang Padi

    Alat ini digunakan untuk menyimpan buah-buah padi yang telah

    dibersihkan (dihuroi).

    (www.cikgusejarah.com)

    16

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    21/29

    Kepok

    Alat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan

    ketul-ketul padi (gemai padi).

    (www.cikgusejarah.com)

    7. Penghasilan Beras

    Penghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik

    (lesung kaki), lesung tangan, pengisar dan penampi padi.

    Lesung hindik kaki dan lesung tangan

    Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah

    padi bagi menghasilkan beras. Beras yang

    dihasilkan bercampur dengan antah, sekam dan

    lain-lain.

    (www.cikgusejarah.com)

    (www.cikgusejarah.com)

    17

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    22/29

    Lesung Kisar

    Untuk Mengisar padi. Diperbuat daripada buluh atau kayu. Raga buluh dibuat untuk

    mengisi tanah busut yang telah dicampur garam dan dihentak dengan kuat untuk

    menahan mata pengisar. Mata pengisar daripada kayu bakau dibelah nipis lebih kurang

    3-4 mm. Panjang mata pengisar lebih kurang 4 inci (10 cm).

    Penampi Padi

    (www.memori-kedah.net)

    Penampi Padi

    Digunakan untuk memisahkan biji beras dari kulitnya selepas ditumbuk dan dikisar

    setelah memusingkan kipas di dalamnya. Angin yang dihasilkan melalui kipas tersebut

    akan menerbangkan kulit biji padi yang lebih ringan dari biji beras. Disinilah wujud

    proses pengasingan di mana biji beras akan keluar daripada corong pertama (besar)

    manakala kulitnya keluar melalui corong kedua (kecil).

    8. Menampi

    Beras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras

    tradisi kemudiannya ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi yang dikenali

    sebagai "nyiru telor buaya" yang diperbuat daripada buluh untuk mengasingkan antah,

    sekam dan dedak beras bagi menghasilkan beras bersih.

    Selain

    menggunakan

    kaedah mesin

    menampi padi, padi

    18

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    23/29

    yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh

    dipisahkan biji beras dan kulit dengan kaedah

    menampi menggunakan nyiru atau badang yang

    diperbuat daripada buluh dan berbentuk bulat. Melalui

    kaedah ini kulit biji padi akan keluar dan yang tinggaldi dalam nyiru tersebut ialah beras.

    (www.cikgusejarah.com)

    19

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    24/29

    Penanaman Padi Masakini

    Penanaman padi secara tradisional masih lagi digunapakai pada masa kini hanya pada

    aktiviti-aktivit tertentu sahaja yang menggunakan teknologi moden. Contohnya dalam

    aktiviti menbajak. Proses membajak mengikut sistem tradisional adalah menggunakan

    tenggala yang ditarik oleh kerbau pada musim hujan. Namun begitu cara ini dianggap

    tidak produktif. Oleh itu jentera pembajak atau traktor digunakan. Terdapat dua jenis

    traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi

    traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk

    menggemburkan tanah sawah. Dibawah merupakan contoh traktor yang digunakan

    dalam membajak sawah.

    (www.Fotopages_com.htm)

    Selain daripada membajak, aktiviti menanam padi atau biji benih juga menggunakan

    teknologi moden iaitu menggunakan jentera yang kelihatan seperti traktor. Penggunaan

    jentera ini mula diperkenalkan pada tahun 70-an tetapi kurang mendapat sambutan

    kerana terdapat kaedah yang lebih murah dan mudah iaitu penanaman secara selerak

    atau tabur terus. Bagaimanapun akhir-akhir ini jentera mula digunakan kerana ia boleh

    menanam padi sebanyak enam baris dalam satu masa. Dibawah merupakan contoh

    jentera yang digunakan.

    (www.Fotopages_com.htm)

    20

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    25/29

    Aktiviti menuai juga telah menggunakan teknologi moden iaitu menggunakan jentera

    jenis sederhana (30 kuasa kuda) atau jenis besar(100 kuasa kuda). Jentera ini hanya

    digunakan menerusi sistem usahasama. Sebelum proses menuai dilakukan, sawah

    padi akan dikeringkan dengan mengalirkan air ke terusan. Ini bertujuan memudahkan

    proses penuaian dilakukan. Dibawah menunjukkan contoh jentera yang digunakan

    untuk menuai padi.

    (www.Fot opages_com.htm)

    Terdapat juga mesin-mesin penuai lengkap yang kecil dan ringan iaitu 'mini combine'

    yang juga boleh menuai, membanting dan membersihkan hasil padi sekaligus, tetapi ia

    hanya boleh menuai seluas 0.1 ha (1/3 ekar) sejam.

    Dalam proses mengagin padi pula, teknologi moden kini membersihkan padi dalam dua

    peringkat. Peringkat pertama dinamakan pembersihan lasat iaitu bahan-bahan seperti

    batu-batu, jerami dan hampas diasingkan. Jenis mesin yang digunakan ialah gegaran.

    Peringkat kedua pula padi muda, hampa dan bahan-bahan asing seperti rumpai

    diasingkan secara automatik.

    Mengilang adalah untuk mendapatkan beras daripada padi. Antara kaedah yang

    digunakan bagi memisahkan beras dan padi ialah melalui pemisah sekatan. Pemisah

    ini mempunyai lataran yang disendengkan dan bersekatan. Kaedah ini dikatakan lebih

    mudah jika dibandingkan dengan cara tradisional yang menggunakan kaedah menampi

    menggunakan nyiru dan penampi padi.

    21

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    26/29

    Teknologi dan Pembangunan Tempatan

    (www.mohdashraf.com)

    Gambarajah di atas menunjukkan salah satu teknologi moden yang digunakan dalampenanaman padi. Ia merupakan projek perintis menanam padi di atas bumbung telah

    dilaksanakan di Kompleks Jihad Membasmi Kemiskinan di Paya Pahlawan, Kedah.

    Projek telah dijalankan pada awal 1996 kerana Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar

    Kedah Darul Aman yang ketujuh pada tahun 1996 sehingga 1999. Kini padi jenis MR84

    ditanam di atas tapak seluas sebesar 95 meter persegi di atas bumbung sebuah

    bangunan di kompleks tersebut. Projek menanam padi atas bumbung itu dilancarkan

    Kerajaan Negeri dengan membina tiga lapis bumbung di atas bangunan untuk tujuan

    tersebut. Kakitangan MADA ditugaskan menjayakan projek tersebut dengan kaedah

    penanaman semaian basah.

    22

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    27/29

    Pelajaran dan Implikasi Pada Masa Depan

    Pada zaman dahulu, para penduduk di Kedah terikat dengan caracara penanaman

    padi yang tradisional dan ketinggalan zaman. Cangkul, parang, bajak, tenaga manusia

    dan binatang merupakan alat-alat yang digunakan bagi menambahkan hasil

    penanaman mereka. Mereka terpaksa berhadapan dengan ancaman bencana alam

    seperti banjir dan kemarau serta serangan binatang liar dan serangga perosak

    tanaman.

    Dengan perkembangan yang pesat di bidang sains dan teknologi, berbagai-bagai cara

    dan alat telah dicipta oleh ahli-ahli sains untuk membantu mereka dalam mengeluarkan

    hasil yang berlipat-ganda. Misalnya baja-baja kimia yang berkesan untuk

    menambahkan hasil penanaman mereka. Manakala pelbagai jenis ubatan dan racun

    juga dicipta untuk memerangi musuh tanaman seperti serangga, tikus, tiak dan

    sebagainya.

    Ahli-ahli sains juga telah menciptakan jentera-jentera yang amat berguna seperti jentera

    bagi memudahkan kerja-kerja membajak, menanam anak benih padi dan sebagainya.

    Dengan adanya jentera-jentera ini, para petani dapat membuka kawasan pertanian

    baru yang lebih luas dan dapat menjimatkan masa, kos serta tenaga manusia. Alatandan jentera menuai padi seperti Ezeki sering digunakan untuk membantu para petani

    mengutip hasil padi yang biasanya dapat membereskan kerja dalam masa sehari

    sahaja menggantikan kerja yang biasa yang dilakukan oleh tenaga manusia. Begitu

    juga dengan proses penanaman anak benih padi yang dapat ditanam sebanyak enam

    baris dalam satu masa.

    Penyelidikanpenyelidikan yang dilakukan oleh ahli-ahli sains telah benyak memberi

    faedah kepada kaum petani. Dari segi pemilihan biji benih misalnya, para petani akan

    dibekalkan dengan biji-biji benih yang baik dan bermutu . Dengan cara ini kaum petani

    dapat menanam padi dua atau tiga musim setahun serta menghasilkan perolehan yang

    berlipat-ganda. Oleh yang demikian jelas kepada kita, sains telah memberi faedah yang

    tak ternilai kepada kaum petani di kampung-kampung terutamanya di negeri Kedah.

    23

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    28/29

    Penutup

    Sebagai kesimpulan, sains dan teknologi telah membawa kemajuan yang besar kepada

    kaum petani dari semua segi. Ciptaan-ciptaan sains telah membantu memudahkan

    kerja-kerja mereka dan akhirnya dapat meningkatkan sumber pendapatan harian

    mereka sekaligus dapat meningkatkan taraf ekonomi negara.

    24

  • 7/31/2019 Sistem Penanaman Padi

    29/29

    Rujukan

    Ibrahim, Abd Latif, (1991). Tanaman Padi Di Negeri Kedah Dan Hubungannya

    Dengan Sumber Air : Satu Tinjauan Daripada Perspektif Sejarah,http://www.eprints.utm.my/5022, 18 Januari 2008.

    MUSIM MENANAM PADI - I SEE I SNAP I SHARE,

    http://www.Fotopages_com.htm, 1 November 2008.

    PADI Kegiatan Pertanian Awal Pendidikan ,

    http://www.cikgusejarah.com/padi .

    Penanaman Padi, http://www.memori-kedah.net.

    Padi Atas Bumbung, http://www.mohdashraf.com.

    http://www.eprints.utm.my/5022http://www.cikgusejarah.com/padihttp://www.memori-kedah.net/http://www.mohdashraf.com/http://www.eprints.utm.my/5022http://www.cikgusejarah.com/padihttp://www.memori-kedah.net/http://www.mohdashraf.com/