Pendekatan bertema

16
ISI KANDUNGAN 1.0 Seni dalam Pendidikan 2 1.1 Pendekatan bertema 2 2.0 Tema Persekitaran 4 3.0 Tema Masyarakat 5 4.0 Tema Komunikasi 6 5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema 7 6.0 Cadangan 9 7.0 Rancangan Pengajaran Harian 12 7.1 Pendidikan Islam 12 7.2 Bahasa Melayu 17 7.3 Pendidikan Seni Visual 22

Transcript of Pendekatan bertema

Page 1: Pendekatan bertema

ISI KANDUNGAN

1.0 Seni dalam Pendidikan 2

1.1 Pendekatan bertema 2

2.0 Tema Persekitaran 4

3.0 Tema Masyarakat 5

4.0 Tema Komunikasi 6

5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema 7

6.0 Cadangan 9

7.0 Rancangan Pengajaran Harian 12

7.1 Pendidikan Islam 12

7.2 Bahasa Melayu 17

7.3 Pendidikan Seni Visual 22

7.4 Pendidikan Jasmani 26

7.5 Kemahiran Hidup 29

8.0 Bibliografi 30

Page 2: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1.0 Seni Dalam Pendidikan

Seni dalam pendidikan (SDP) meliputi pengetahuan asas guru dalam seni visual,

muzik dan pergerakan. Ia menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan

kritikan. Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh

Howard Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan.

Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum yang

ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan

kelebihan yang ada pada diri mereka.

Kepentingan seni dalam pendidikan adalah untuk mengembangkan proses

pembelajaran di kalangan pelajar bagi mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan

menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan

yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata

pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami

dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria pelajar mereka. Guru akan memberi

peluang kepada pelajar untuk menjalankan aktiviti seperti meneroka, mengalami dan

mengekspresi citarasa pancaindera. Aktiviti ini akan dapat membantu pelajar dalam

meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran

optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri

daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan

yang lebih cemerlang dan bersifat holistik.

2.0 Pendekatan Bertema

Pusat Perkembangan Kurikulum (2008) mendefinisikan pendekatan bertema

adalah sebagai pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topik atau tema yang

dipilih oleh guru dan bersesuaian dengan masa, tempat dan minat dan latar belakang

murid. Menurut Bustam Kamri dan Putri Zabariah (2006) pula, pendekatan bertema ini

2

Page 3: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

mempunyai dua situasi. Kandungan topik pembelajaran boleh ditentukan oleh guru.

Pengalaman belajar digabungkan dalam bidang yang luas. Topik-topik pembelajaran

meliputi pelbagai bidang tetapi tidak mendalam. Pengajaran adalah berdasarkan tema

yang dipilih dengan melangkaui bidang atau komponen sesuatu konsep atau kemahiran.

Manakala menurut Nani Menon (2007), keberkesanan dan kejayaan pengajaran

bertema bergantung kepada daya usaha , kemahiran, dan kesungguhan guru dalam

merancang tema dan memilih aktiviti-aktiviti yang sesuai demi menhidupkan lagi

suasana pembelajaran. Pendekatan bertema juga dapat meningkatkan perkembangan

pelajar secara menyeluruh. Dalam pendekatan bertema, pengajaran gabung jalin adalah

salah satu unsur utama yang ditekankan. Di bawah satu unit tema, melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak akan memperoleh pelbagai hasil

pembelajaran. Pendekatan bertema juga adalah bermatlamat menambah pengetahuan

kanak-kanak dalam menangani kehidupan masa kini dan akan datang.

Pemilihan sesuatu tema perlulah merangkumi perkara-perkara yang berkaitan

dengan kehidupan seharian pelajar. Contohnya, tema yang mudah seperti rumah saya,

cuaca, tumbuh-tumbuhan, sehinggalah kepada tema-tema yang lebih abstraks seperti

institusi swasta atau cakerawala. Satu unit tema kecil, dapat meliputi pengetahuan konsep

yang berkait dengan aspek estetika, kemahiran afektif, kognitif, bahasa, fizikal, dan sosial

pelajar. Apa yang penting, aktiviti yang dirancang perlulah ada kesinambungan di antara

tema supaya mesej yang khusus dapat disampaikan kepada pelajar sewaktu proses

pengajaran dan pembelajaran.

Aspek-aspek yang mesti dipertimbangkan oleh guru dalam pemilihan sesuatu

tema adalah seperti ia boleh merentas semua matapelajaran, bersesuaian dan berkaitan

dengan dengan pengalaman dan kehidupan pelajar, bersesuaian dengan situasi, masa atau

peristiwa. Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang akan digunakan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipertimbangkan dalam pemilihan

sesuatu tema. Selain itu, guru juga perlu berminat terhadap tema yang dipilih. Tema yang

3

Page 4: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

dipilih pula perlu ada pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih mencabar

supaya mudah untuk pelajar memahami sesuatu topik yang diajar.

2.0 Tema Persekitaran

Persekitaran merangkumi persekitaran fizikal seperti bahan, ruang dan masa

manakala persekitaran sosial pula dipengaruhi oleh ibubapa, rakan sebaya dan

masyarakat. Elemen–elemen fizikal dan sosial ini berinteraksi dengan tahap

perkembangan kanak-kanak, pengalaman lalu, masa dan ruang perlindungan.

Terdapat 3 eleman persekitaran iaitu alam semula jadi, buatan manusia, dan

teknologi. Elemen persekitaran diimbangi oleh ekosistem supaya semua kehidupan hidup

dengan berharmoni. Sekiranya satu rantaian ekosistem berubah, ia akan mempengaruhi

kehidupan manusia. Manakala perbuatan manusia yang dilakukan terhadap persekitaraan

seperti pembakaran terbuka, pembersihan hutan secara besar-besaran akan mencetuskan

perubahan yang positif atau negatif terhadap kehidupan manusia itu sendiri.

Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah membawa perkembangan dan

perubahan kepada manusia. Teknologi membawa perubahan dalam kehidupan manusia.

Ia juga melahirkan dunia tanpa sempadan dan telah memperkenalkan konsep globalisasi.

Teknologi mampu menawarkan cara untuk mencapai matlamat-matlamat artistik,

cendiakawan, penghasilan dan persembahan. Penggunan teknologi yang menarik dan

kreatif juga mampu menarik minat dan memotivasikan murid-murid untuk melibatkan

diri dalam bidang kesenian.

Tajuk persekitaran boleh diajar melalui mata pelajaran pendidikan jasmani,

muzik dan seni visual. Tema yang berkaitan dengan persekitaran juga boleh digunakan

untuk mengajar mata pelajaran lain seperti sains, bahasa melayu, matematik, bahasa

inggeris dengan menggabungkan mata pelajaran lain iaitu muzik, seni visual dan

4

Page 5: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pendidikan jasmani. Penggunaan tema persekitaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran mampu mempertingkatkan daya kreativiti dan kefahaman bukan sahaja

kepada kanak-kanak malah kepada orang dewasa secara optimum dan menyeluruh.

3.0 Tema Masyarakat

Masyarakat terbahagi kepada tiga zaman iaitu ,asyarakat purba, zaman batu dan

masa kini. Ini bermaksud, manusia telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Menurut kitab

suci Al-Quran, manusia mula wujud sejak zaman nabi Nabi Adam a.s. Manusia

dikategorikan sebagai makhluk sosial yang berkongsi keperluan asas yang sama. Ini

bermakna setiap manusia perlu merasa untuk dikasihi, dimiliki, merasai kejayaan, merasa

selamat dan memperolehi pengiktirafan.

Sosial dan budaya tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat manusia.

Kerjasama perlu wujud di antara setiap manusia untuk menjaga kepentingan masyarakat.

Perhubungan sosial ini memberi ruang kepada manusia mencipta pelbagai aktiviti untuk

memenuhi masa lapang sehingga menjadi budaya dalam masyarakat. Dalam konteks

pelajar di sekolah, mereka memulakan penghidupan dengan diri mereka sendiri kemudian

berkembang kepada hubungan keluarganya lalu bergerak kepada kumpulan yang lebih

besar dalam masyarakat. Ia meliputi pelbagai budaya, latar belakang, keluarga dan

individu yang berbeza di persekitaran kanak-kanak. Pelajar dapat mempelajari dan

memahami setiap peranan yang dimainkan oleh manusia seperti pegawai bomba, posmen,

dan pemandu teksi dalam kehidupan seharian. Setiap insan adalah penting dalam

kehidupan dan persekitaran pelajar itu sendiri. Mereka dapat memahami betapa

pentingnya hidup bermasyarakat. Selain interaksi sosial dalam masyarakat, budaya dan

isu perkauman dapat mempengaruhi dalam pergaulan setiap pelajar.

Kesimpulannya, tema masyarakat menekankan tentang manusia, masyarakat

dan budaya. Pembelajaran sosial yang bertepatan dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan

dapat membantu seseorang itu untuk meningkatkan tahap kesedaran dan untuk lebih

5

Page 6: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

mendalami tentang masyarakat. Di samping itu, pelajar akan dapat menghargai pelbagai

budaya yang wujud dalam masyarakat kita. Dengan itu pengalaman pelajar berdasarkan

aktiviti sekitar tema masyarakat dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran

dan pembelajaran bagi pergerakan, muzik dan seni visual di sekolah.

4.0 Tema Komunikasi

Komunikasi bermaksud perlakuan tindak balas seseorang atau lebih individu

untuk menghantar dan menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan

dan memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Komunikasi terbahagi kepada dua

iaitu komunkasi verbal dan bukan verbal. Manusia berkomunikasi untuk berhubung di

antara satu sama lain dan seterusnya menyampaikan mesej yang ingin disampaikan.

Setiap komunikasi memberi kesan terhadap orang yang terlibat semasa berkomunikasi.

Komunikasi terbahagi kepada empat dimensi iaitu fizikal, budaya, psikologikal dan

temporal.

Konteks fizikal dalam komunikasi merujuk kepada komunikasi yang berlaku di

dalam persekitaran yang nyata. Contohnya, bilik, ruang tamu, dewan dan sebagainya.

Konteks budaya pula merujuk kepada peraturan dan norma komunikasi, kepercayaan dan

sikap yang turun temurun dari satu generasi kepada satu generasi yang seterusnya.

Contohnya seperti peraturan yang diwarisi dari zaman nenek moyang yang akan

diturunkan kepada pewaris yang seterusnya. Dari segi konteks sosio-psikologikal pula, ia

merangkumi contoh hubungan dikalangan peserta, peranan yang dimainkan oleh manusia

dan peraturan budaya sesuatu masyarakat Manakala dalam konteks temporal ianya

merangkumi masa dan tarikh semasa kemunikasi telah berlaku.

Komunikasi boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk. Anda boleh menghantar

dan menerima mesej melalui sesiapa sahaja. Malah dari mana-mana organ deria anda

sekalipun. Mesej yang ingin disampaikan bukan sahaja dari segi verbal, malah secara

bukan verbal. Dalam konteks pendidikan, komunikasi sering mendatangkan kesan ke atas

6

Page 7: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelajar. Contohnya, pelajar boleh mendapat pengetahuan atau mempelajari bagaimana

untuk menganalisa, membuat sintesis atau menilai sesuatu. Ia merupakan kesan

intelektual atau kognitif yang akan diperolehi oleh pelajar. Guru boleh juga mengubah

sikap, kepercayaan, emosi dan perasaan pelajar anda yang akan mendatangkan kesan

afektif. Pelajar juga boleh diajar untuk membuat perlakuan verbal atau bukan verbal

yang merupakan kesan psikomoter. Apa yang penting, pelajar harus memahami

bagaimana untuk berkomunikasi dengan betul dalam sesuatu masyarakat supaya mesej

yang ingin disampaikan atau pun yang perlu diterima berjaya diperoehi.

5.0 Kelebihan Pendekatan Bertema

Terdapat banyak kelebihan apabila menggunakan pendekatan bertema. Antara

kelebihannya ialah, ia boleh mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru dapat menyediakan satu pengajaran

yang lebih tersusun, menarik dan berkaitan dengan pengalaman pelajar. Antara kaedah

yang boleh digunakan ialah menggunakan elemen muzik, video, animasi dan sebagainya.

Pendekatan bertema juga dapat dijalankan merentas pelbagai mata pelajaran lain dengan

aktiviti-aktiviti yang mampu merangsang minda pelajar. Contohnya, penggabungan

antara mata pelajaran pendidikan Islam, mata pelajaran sains, matematik, bahasa melayu

dan bahasa Arab di dalam sesuatu tajuk. Pembelajaran secara menyeluruh yang

menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran juga dapat dijalankan secara terancang

dan berkesan.

Kedua, pendekatan bertema juga dapat menyemai daya imaginasi pelajar

melalui penerokaan. Ini kerana, pendekatan bertema memerlukan semua pelajar

meneroka sesuatu tema yang dipilih secara mendalam sambil dibimbing oleh guru.

Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar matapelajaran sains guru boleh menerapkan

elemen khayalan dan imaginasi kepada pelajarnya. Mereka boleh berimaginasi tentang

angkasa lepas, membawa kapal terbang dan sebagainya. Imginasi mereka ini akan

memudahkan pemahaman seseorang pelajar tentang angkasa. Melalui imaginasi, pelajar

7

Page 8: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

juga dapat membayangkan pro dan kontra sesuatu tajuk yang diberi kepada mereka

terhadap alam sekitar dan masyarakat. Pelajar juga secara tidak langsung telah dilatih

membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam membuat keputusan di dalam kehidupan

seharian mereka.

Dengan pelbagai pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran,

pelajar dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan

dan pengalaman lalu mereka. Aktiviti yang dijalankan dapat memupuk sifat keberanian

dalam diri setiap pelajar untuk menonjolkan diri dan kebolehan diri. Ini kerana dalam

pendidikan bertema, semua murid terlibat ketika aktiviti dijalankan dan semua aktiviti

yang dijalankan adalah berkaitan dengan pengalaman dan pengetahuan pelajar. Apabila

keyakinan diri pelajar dapat ditingkatkan ia akan membantu pelajar bersedia untuk

menghadapi apa jua cabaran tanpa rasa takut dan malu. Ini akan membantu meningkatkan

potensi pelajar secara optimum. Disamping itu, pelajar juga dapat memperbaiki

kemahiran interpersonal dan intrapersonal kerana mereka dilatih bergaul dengan rakan

sebaya. Semua kemahiran ini diperolehi secara tidak langsung ketika aktiviti pengajaran

dan pembelajaran di dijalankan dalam kelas. Contoh aktiviti yang boleh meningkatkan

kemahiran interpersonal dan intrapersonal ialah aktiviti berkumpulan, bercerita,

mendeklamasikan sajak atau penyelesaian masalah secara berkumpulan.

Nilai empati, harmoni dan pemahaman sesama insan dapat dipupuk di kalangan

pelajar yang terdiri daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Seperti yang kita semua

sedia maklum, masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum, berlainan

adat dan juga berlainan bahasa, Dengan menekankan pendekatan bertema dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, ia dapat menyemai sikap saling hormat-menghormati di

kalangan pelajar sejak mereka di sekolah rendah lagi. Ini secara tidak langsung dapat

mengerat hubungan antara pelajar yang pelbagai kaum.

Antara kelebihan lain pendekatan bertema ialah, ia berfokuskan guru dan murid.

Di samping itu pelajar dapat belajar melalui pengalaman yang dilalui sendiri. Kurikulum

8

Page 9: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

berdasarkan pengajaran bertema juga menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang

menggabungkan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan

pembelajaran pelajar dapat dipelbagaikan. Guru tidak akan kekeringan idea bagi mencari

aktiviti yang barkaitan setiap kali marancang jadual aktiviti. Selain daripada menambah

pengetahuan kognitif pelajar pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga

menggalakkan ciri-ciri kepimpinan, keyakinan diri, sikap saling membantu, bertolenrasi

dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama dengan rakan sebaya. Secara tidak

langsung, pendekatan bertema akan meningkatkan kesedaran sosial dan tanggung jawab

pelajar sebagai ahli masyarakat..

Pendekatan bertema yang selalu digunakan oleh semua guru mampu melahirkan

pelajar yang lebih kreatif dan aktif. Melalui pendekatan bertema juga pelajar dapat lebih

memahami konsep melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Ini kerana bukan semua

pelajar yang mampu menerima sesuatu konsep secara terus. Ini secara langsung dapat

meransang minda pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Melalui pengajaran

bertema, pelajar dapat meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan

verbal dalam pelbagai bentuk seperti pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik.

Pelajar dapat meluahkan rasa gembira melalui senyuman sambil menyanyi ketika

menjalankan aktiviti yang melibatkan muzik.

6.0 Cadangan

Bagi memantapkan lagi pengisian pendekatan bertema yang diguna pakai di

dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran, guru harus menambah ilmu

pengetahuan di dalam memahami sesuatu pendekatan bertema dengan lebih mendalam.

Ini kerana, guru merupakan orang yang paling penting dalam pelaksanaan pendekatan

bertema kerana guru merupakan pemudahcara bagi pelajar ketika pengajaran dan

pembelajaran dijalankan. Melalui pendekatan ini guru harus mempunyai kecekapan yang

tinggi dalam pelbagai bidang matapelajaran kerana pendekatan ini mengabungjalinkan

pelbagai mata pelajaran dalam satu pengajaran. Jika guru mempunyai kecekapan yang

9

Page 10: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

rendah, ini akan menyebabkan objektif pengajaran bertema tidak dapat dicapai secara

optimum. Contohnya jika guru mempunyai kurang pengetahuan tentang seni visual, maka

pengajaran bertema yang mengabungjalinkan mata pelajaran seni visual tidak dapat

dijalankan dengan berkesan.

Seiring dengan peredaran zaman, teknologi telah memainkan peranan yang

penting di dalam aspek kehidupan kita. Tidak terkecuali juga penggunaan teknologi di

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru perlu memahirkan dirinya

di dalam menguasai sesuatu teknologi supaya boleh digunakan di dalam pengajarannya.

Hal yang demikian kerana, dengan menggunakan teknologi seperti perisian berbantukan

komputer, ia akan dapat menarik minat murid di dalam menghayati sesuatu pelajaran

yang diajar. Contohnya penggunaan perisian yang dihasilkan oleh Bahagian Teknologi

Pendidikan sewaktu proses pengajaran. Perisian yang dihasilkan adalah suatu perisian

yang menarik. Ia merangkumi penggunaan warna yang menarik, penggunaan animasi,

video dan audio yang pastinya boleh menarik minat murid. Oleh itu, adalah penting untuk

setiap guru untuk memantapkan dan memahirkan diri dalam menguasai teknologi supaya

mereka dapat menggunakannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan

lancar..

Guru perlu merebut peluang untuk menyertai sebarang kursus-kursus yang di

anjurkan di sekolah mahupun di luar kawasan sekolah yang berkaitan dengan pedagogi.

Ini kerana hanya dengan menghadiri kursus yang berbentuk pedagogi sahaja mampu

membantu guru untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka. Seringkali kita

melihat bahawa guru hanya menggunakan teknik yang serupa sahaja sewaktu mengajar di

dalam kelas. Kita juga selalu menyaksikan para pelajar hanya duduk di kerusi mereka dan

mendengar sahaja apa yang diperkatakan oleh guru mereka di hadapan kelas. Apa yang

berlaku ialah pelajar akan mudah bosan sekiranya guru hanya menggunakan teknik yang

biasa sahaja. Ini akan mengakibatkan tahap pemahaman pelajar terbatas dan pelajar juga

akan mudah berasa bosan. Hal ini boleh dielakkan sekiranya guru menghadiri kursus-

kursus pedagogi dan seterusnya mengaplikasikannya di dalam kelas. Penguasaan

10

Page 11: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

pelbagai teknik pedagogi dan digabungkan dengan pendekatan bertema akan mampu

menghasilkan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan mampu

mencapai objektif yang disasarkan.

Selain daripada menambah ilmu pengetahuan di dalam memahami sesuatu

pendekatan bertema, menguasai kemahiran teknologi, menyertai kursus pedagogi, guru

juga perlu mengetahui cara yang betul untuk menilai pelajarnya. Ini kerana semua

pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza di antara satu sama lain. Contohnya ada

pelajar yang mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mata pelajaran bahasa tetapi

mempunyai kebolehan yang rendah dalam matematik dan sebaliknya. Ini akan

menyukarkan guru untuk membuat penilaian yang sewajarnya. Untuk mengelakkan

daripada guru menggunakan kaedah penilaian yang salah kepada pelajarnya, guru harus

memahami setiap pelajarnya dari segi pemikiran dan tahap IQ mereka. Melalui

pemahaman ini sahaja, guru mampu mengelakkan diri daripada salah menilai pelajar.

Setiap pelajar harus dinilai menggunakan kaedah penilaian yang berbeza namun adil dari

segi perlaksanaanya. Oleh yang demikian, penguasaan dalam membuat penilaian dan

penggunaan pendekatan bertema juga pasti akan mampu menbantu guru dalam menilai

tahap kemampuan setiap pelajarnya dengan betul.

Kesimpulannya, setiap guru perlu menanamkan di dalam diri mereka untuk

sentiasa maju ke hadapan di dalam bidang pendidikan. Walaupun pelbagai cabaran yang

harus ditempuhi oleh guru dalam melaksanakan pengajaran bertema dalam usaha

melahirkan murid yang kreatif dan kritis, semangat yang tinggi dengan usaha yang tidak

mengenal penat lelah sudah pasti segala cabaran ini dapat di atasi dengan baik.

Bibliografi

11

Page 12: Pendekatan bertema

SUTINA MUHAMMAD HANIP830706055058

AMBILAN KHAS NOVEMBER 2009

1. MALAYSIA, Open University. (2009). HBEF1403 Seni Dalam Pendidikan, Kuala

Lumpur: UNITEM Sdn. Bhd

2. Pusat Perkembangan Kurikulum (2008), Pelaksanaan Kurikulum Prasekolah

Kebangsaan: Pembelajaran yang Menyeronokkan dan Bermakna, Kuala

Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Ee Ah Meng (2003), Ilmu pendidikan pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas

(semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Nor Hashimah Hashim, Yahya Che Lah (2005), Panduan Pendidikan Prasekolah,

Bentong: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd.

12