pendekatan psikoanalitik

9
1.0 Pengenalan Tahukah anda apa itu teori? Teori disifatkan sebagai satu garis panduan yang membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Ini adalah kerana teori boleh meramalkan perkara-perkara seperti kemungkinan-kemungkinan berlakunya sesuatu jenis tingkah laku, hubungan antara kaunselor dan klien, konteks di mana sesuatu masalah itu timbul, matlamat kaunseling atau hasil yang dihasratkan oleh klien dan jenis intervensi yang boleh digunakan oleh kaunselor alam sesi kaunseling. Pernahkah terlintas alam fikiran mengapa teori-teori kaunseling itu penting bagi seorang kaunselor? Antara kepentingan teori yang dapat dikenal pasti ialah teori merupakan rangka rujukan yang baik untuk membantu kaunselor memahami tingkah laku manusia, seterusnya merancang pelan tindakan yang bersesuaian dengan klien yang dipertemukan. Selain itu, teori dapat menjelaskan teknik-teknik tertentu yang boleh dijadikan panduan kepada kaunselor untuk memahami bagaimana manusia berfungsi serta bagaimana sesuatu masalah itu timbul, kemudian membantu individu berkenaan mengurus hidupnya ke arah pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Di samping itu, pengetahuan tentang pelbagai teori membantu kaunselor mengambil tindakan wajar, iaitu sama ada memilih satu teori khusus sedia ada atau membentuk teori baru yang konguren dengan nilai serta personalitinya, di samping sesuai digunakan dengan pelbagai jenis klien yang mengalami pelbagai isu yang berbeza-beza. Terdapat lebih daripada 130 teori kaunseling yang telah di utarakan oleh pelbagai ahli teoris dalam bidang kaunseling dan psikoterapi. Oleh itu, bagaimanakah cara seorang kaunselor memutuskan teori yang akan dipilih untuk dijadikan asas teoritikal semasa menjalankan sesi kaunseling? Mengikut kebiasaan, kaunselor akan memilih teori kaunseling yang sesuai dengan orientasi latihan asas kaunselingnya, falsafah atau pegangan hidupnya, pengalaman-pengalaman kaunseling dan tren masa kini.

Transcript of pendekatan psikoanalitik

Page 1: pendekatan psikoanalitik

1.0 Pengenalan

Tahukah anda apa itu teori? Teori disifatkan sebagai satu garis panduan yang

membantu kaunselor menjalankan sesi kaunseling. Ini adalah kerana teori boleh meramalkan

perkara-perkara seperti kemungkinan-kemungkinan berlakunya sesuatu jenis tingkah laku,

hubungan antara kaunselor dan klien, konteks di mana sesuatu masalah itu timbul, matlamat

kaunseling atau hasil yang dihasratkan oleh klien dan jenis intervensi yang boleh digunakan

oleh kaunselor alam sesi kaunseling.

Pernahkah terlintas alam fikiran mengapa teori-teori kaunseling itu penting bagi

seorang kaunselor? Antara kepentingan teori yang dapat dikenal pasti ialah teori merupakan

rangka rujukan yang baik untuk membantu kaunselor memahami tingkah laku manusia,

seterusnya merancang pelan tindakan yang bersesuaian dengan klien yang dipertemukan.

Selain itu, teori dapat menjelaskan teknik-teknik tertentu yang boleh dijadikan panduan

kepada kaunselor untuk memahami bagaimana manusia berfungsi serta bagaimana sesuatu

masalah itu timbul, kemudian membantu individu berkenaan mengurus hidupnya ke arah

pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Di samping itu, pengetahuan tentang pelbagai

teori membantu kaunselor mengambil tindakan wajar, iaitu sama ada memilih satu teori

khusus sedia ada atau membentuk teori baru yang konguren dengan nilai serta personalitinya,

di samping sesuai digunakan dengan pelbagai jenis klien yang mengalami pelbagai isu yang

berbeza-beza.

Terdapat lebih daripada 130 teori kaunseling yang telah di utarakan oleh pelbagai ahli

teoris dalam bidang kaunseling dan psikoterapi. Oleh itu, bagaimanakah cara seorang

kaunselor memutuskan teori yang akan dipilih untuk dijadikan asas teoritikal semasa

menjalankan sesi kaunseling? Mengikut kebiasaan, kaunselor akan memilih teori kaunseling

yang sesuai dengan orientasi latihan asas kaunselingnya, falsafah atau pegangan hidupnya,

pengalaman-pengalaman kaunseling dan tren masa kini.

Page 2: pendekatan psikoanalitik

Ramai ahli teoris telah mengutarakan pelbagai pendekatan yang boleh dijadikan

panduan kaunselor semasa menjalankan sesi kaunseling. Berdasarkan fokus intervensi

terhadap klien, Thomson (2004) telah mengklasifikasikan teori kaunseling kepada tiga

kelompok atau pendekatan, yaitu pendekatan psikoanalitik, pendekatan humanistic,

eksperiential dan eksistential, pendekatan sosial-psikodinamik dan pendekatan kognitif,

tingkah laku dan berorientasi tindakan. Kesimpulannya, teori-teori ini berfokus kepada

perasaan, fikiran, dan tingkah laku klien. Sekalipun setiap teori memiliki fokus intervensi

yang berbeza, namun harus difahami bahawa perasaan, fikiran, dan perilaku merupakan satu

kesatuan yang terintegrasi dalam sebuah sistem, sehingga perubahan dalam satu dari tiga

bidang tersebut akan menghasilkan perubahan dalam dua bidang yang lain. Dalam setiap

pendekatan pula, terdapat teori-teori yang berbeza dari segi kemahiran kaunselor untuk

melaksanakan intervensi tertentu serta perubahan yang terhasil akibat intervensi tersebut.

Setiap pendekatan meliputi aspek-aspek seperti pandangan terhadap manusia, konsep utama,

matlamat kaunseling, peranan kaunselor dan teknik-teknik kaunseling.

2.0 Teori Pilihan

Teori Rasional Emotif tingkah laku telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan

pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati

bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu

bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan

terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-

rasional (REBT). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori REBT dan datuk

kepada teori tingkah laku kognitif.

Prinsip terapi REBT boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain

dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus

prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini

dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai.

Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar

iaitu klien dalam konteks terapi ini.

Page 3: pendekatan psikoanalitik

Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan

bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional

ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang

tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan ‘output’. Realiti

bagi individu yang berfikiran tidak rational biasanya kurang tepat akibat intepretasi yang

salah terhadap apa yang berlaku. Oleh yang demikian, bagi memudahkan kita untuk

memahami kecelaruan tingkah laku, amat penting kita memahami hubungkait antara

pemikiran, perasaan dan tingkah laku.

Berpandukan pandangan Ellis terhadap manusia, maka antara konsep utama REBT

adalah menggunakan akronim A-B-C-D-E. A merupakan peristiwa yang meransangkan atau

situasi hidup yang mencabar, contohnya seorang remaja lelaki yang putus cinta. Seterusnya B

mewakili kepercayaan ataupun reaksi kognitif yang timbul akibat situasi tadi dan

menghasilkan kesan emosi (C). Sebagai penjelasan, jikalau remaja tersebut mempunyai

kepercayaan yang tidak rasional, misalnya: “semua orang patut suka pada saya”, kesan emosi

yang timbul adalah kemurungan atau kemarahan. Sebaliknya, jika kepercayaannya bersifat

rasional, misalnya: “kadang-kadang ada orang lain yang tidak suka pada saya”, maka kesan

emosi yang timbul seperti kesedihan adalah sementara sahaja. Manakala D merupakan usaha

melawan kepercayaan yang tidak rasional, kemudian diganti dengan kepercayaan rasional

yang berbentuk falsafah yang berkesan dan membentuk emosi yang baru (E). Kepercayaan

yang sihat dan rasional akan membawa kita ke arah pertumbuhan emosi dan ketenangan jiwa.

Terdapat tiga teori di dalam pendekatan humanistik, eksperiential dan eksistential, dan

salah satunya adalah Teori Pemusatan Klien yang diasaskan oleh (Carl Rogers). Rogers

berpendapat manusia bersifat positif dan berkecenderungan kearah penyempurnaan kendiri.

Rogers juga berpendapat setiap individu adalah unik. Individu juga berpotensi meningkatkan

personaliti dan konsep kendirinya. Kesedaran kendiri seseorang berlaku dalam konteks di

mana dia berada. Seterusnya, setiap individu berkebolehan untuk membuat pilihan yang

sesuai mengenai kehidupannya.

Page 4: pendekatan psikoanalitik

Berpandukan pandangan terhadap manusia, Rogers menegaskan kepentingan peranan

fenomenologi (rangka rujukan dalaman) dan kendiri seseorang untuk memahami tingkah

lakunya. Teori personaliti Rogers mempunyai empat ciri iaitu, yang pertama reaksi seseorang

terhadap dunia fenomenanya bergantung kepada persepsi dan pengalamannya. Kedua,

fenomenologi seseorang merupakan indicator yang paling baik untuk memahami tingkah

lakunya. Ketiga, tingkah laku seseorang itu adalah selaras dan kongruen dengan konsep

kendirinya dan yang ke empat, makin banyak pengalaman yang diterima oleh seseorang

makin mudah baginya menerima dan memahami orang lain.

Antara matlamat kaunseling ini termasuk membantu klien memerihalkan perasaan

mereka, mengenalpasti dan membezakan antara perasaan-perasaan yang timbul dan

mengubah atau menerima perasaan tersebut. bagi mencapai matlamat kaunseling tersebut,

kaunselor akan berusaha untuk mengurangkan serta menghapuskan segala halangan dan

penentangan yang wujud dalam diri klien, seterusnya mengembangkan kebolehannya untuk

meluahkan segala perasaan yang terpendam. Pendek kata, hubungan antara kaunselor dan

klien berasaskan interaksi dalam persekitaran yang selamat dan kondusif bertujuan

meningkatkan proses pertumbuhan klien menjadi individu yang berfungsi dengan sempurna.

Dalam pada itu, kaunselor lebih berperanan sebagai pembimbing, dan bukannya pakar.

Teori ini tidak mempunyai teknik khas seperti teori-teori lain. Rogers lebih

menekankan pembinaan hubungan antara kaunselor dan klien. Namun begitu, kemahiran-

kemahiran seperti kemahiran mendengar, menerima tanpa syarat, dan berempati amat

dititikberatkan.

Page 5: pendekatan psikoanalitik

3.0 Ulasan Jurnal

Jeffrey (2011) telah menjalankan kajian dan menyiarkan jurnal yang bertajuk “School

Counselor Consultation: Teachers’ Experiences with Rational Emotive Behavior Therapy”.

Penyiasatan ini menggunakan kaedah kualitatif dengan meneroka pengalaman 19 orang guru

dengan Terapi Kelakuan Rasional Emotif. Guru-guru yang mengambil bahagian akan melalui

sesi kaunseling kelompok yang dijalankan oleh kaunselor sekolah untuk enam sesi selama

tujuh minggu. Data telah dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik yang

ditadbir di akhir sesi penamatan kumpulan. Penyelidikan kualitatif telah digunakan untuk

menganalisa pandangan guru terhadap sesi yang dijalankan termasuk kesan terhadap

pemikiran, perasaan, tingkah laku dan percakapan para peserta. Sesi kaunseling bertujuan

untuk meningkatkan kesejahteraan dan membina hubungan antara individu yang lebih baik.

Kajian ini turut mengkaji implikasi sesi terhadap guru, pelajar, dan kaunselor sekolah

bersama-sama dengan cadangan untuk penyelidikan masa depan. Hasil kajian mendapati

bahawa guru-guru yang menyertai sesi ini telah mengalami perubahan dari segi kesejahteraan

kendiri. Guru-guru menjadi lebih bertolak ansur, tidak terlalu berkira, dan lebih fleksibel. Sesi

kaunseling ini turut memberikan kelegaan emosi kepada para guru. Kelegaan emosi yang

dimaksudkan adalah mengurangkan kadar tekanan dan kekecewaan. Para peserta juga turut

mengalami perubahan corak tingkah laku yang membawa kepada pembinaan hubungan yang

lebih baik antara guru dan pelajar. Hasil kajian ini diharap dapat membantu kaunselor

sekolah untuk menyediakan sokongan emosi kepada para guru di sekolah tersebut dan secara

tidak langsung memberi kesan kepada para pelajar dengan membantu guru menyediakan

kerangka kerja untuk (a) menganalisa diri, (b) meneroka situasi kelas, (c) membina

penyelesaian alternatif dan (d) memupuk perhubungan yang sihat dengan para pelajar.

Dewasa ini, kadar penceraian di Malaysia semakin meningkat. Kebanyakan pasangan

membina hubungan atas dasar cinta semata-mata tanpa membuat kajian dan penyelidikan

atau pembacaan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Boleh dikatakan di sini bahawa

pasangan membina hubungan dengan penuh kejahilan. Mereka menjangkakan bahawa hanya

kerana mereka berada dalam kasih sayang, semua masalah dalam hubungan akan diselesaikan.

Tertarik dengan situasi ini, Ann (2012) telah menjalankan kajian dan menyiarkan artikel yang

bertajuk “I Will Always Love You: Dispelling Marital Myths Through Applications of

Page 6: pendekatan psikoanalitik

Rational-Emotive Behavior Therapy”. Artikel ini membincangkan mengenai cara menangani

mitos dan salah faham yang kritikal bagi pasangan untuk mengenali dan menangani

permasalahan dalam perhubungan. Di samping itu, penulis turut menerangkan pelbagai teknik

untuk memperbaiki kognitif, emosi, dan tingkah laku yang telah terbukti berjaya dalam

kaunseling pasangan. Terdapat 10 mitos berkaitan perhubungan telah dibincangkan.

Antaranya adalah, “perkahwinan adalah sesuatu yang kekal, dan ia tidak akan berubah”, “saya

boleh mengubah pasangan jika saya berusaha lebih kuat”, “pasangan saya adalah segala-

galanya bagi saya” dan lain-lain. Kaunselor telah menggunakan teknik REBT untuk mendidik

klien menghilangkan mitos-mitos tersebut agar klien dapat berfikir secara rasional. Kaunselor

juga menggunakan teknik emosi di mana kaunselor memasang lagu cinta yang berentak

perlahan dan kaunselor meminta klien untuk turut menyanyi bersama-sama. Kaunselor juga

meminta klien untuk menulis lirik lagu tersebut supaya ianya lebih realistik. Teknik lain yang

digunakan adalah dengan merakam ucapan dan memainkan semula dengan berpura-pura

menganggap bahawa klien sebenarnya sedang bercakap dengan pasangan. Selain itu,

kaunselor telah menggunakan teknik tingkah laku dengan memberikan kerja rumah untuk

klien lakukan setelah pemikiran tidak rasional tersebut disingkirkan. Teknik-teknik tersebut

digunakan untuk menghilangkan fikiran tidak rasional klien. Pengkaji menyimpulkan bahawa

teknik REBT sesuai untuk membantu pasangan yang bermasalah. Isu ini turut dikaji oleh

James McMahon (2010) dalam kajian bertajuk “A Personal Reprise of Couples Intervension”.

James turut bersetuju bahawa kebanyakan permasalahan pasangan berpunca dari kepercayaan

tidak rasional.

Boris (2012) dalam jurnal bertajuk “Adverse Working Conditions, Job Insecurity and

Occupational Stress: The Role of (Ir)rational Beliefs” menyatakan ujian teori REBT dalam

persekitaran kerja adalah penyelidikan yang agak baru, dengan beberapa kajian yang terhad,

terutama dalam konteks tekanan kerja. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka peranan dan

hubungan antara kepercayaan yang tidak rasional dan rasional sebagai faktor penilaian

kognitif, dalam pembentukan tekanan pekerjaan, serta interaksi antara keadaan kerja yang

tertekan dan kepercayaan yang tidak rasional. Satu sampel dari 221 pekerja Serbia,

kebanyakannya dari sektor awam dan swasta mengambil bahagian dalam kajian ini.

Keputusan analisis regresi menunjukkan bahawa kepercayaan yang tidak rasional memberi

sumbangan kepada tekanan kerja. Kajian mendapati tiada interaksi yang signifikan antara

tekanan dan kepercayaan tidak rasional atau kepercayaan rasional. Kesimpulannya hasil

Page 7: pendekatan psikoanalitik

kajian mendapati bahawa, tekanan kerja dan faktor keselamatan pekerjaan lebih memberi

tekanan berbanding kepercayaaan rasional dan kepercayaan tidak rasional.

Dalam satu kajian lain yang bertajuk “Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan

Klien Dalam Menangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah: Satu Kajian Kes” hasil kajian

Zainudin Hassan (2004) membawa satu pendekatan yang agak berbeza berbanding teknik-

teknik yang dijalankan oleh pengkaji sebelumnya. Umum mengetahui bahawa teori

pemusatan klien telah diperkenalkan oleh Carl Rogers. Rogers menegaskan bahawa manusia

boleh diberi kepercayaan, tahu mencari alternatif, boleh memahami diri sendiri, boleh

membuat perubahan yang membina dan boleh menjalani kehidupan yang berkesan dan

menghasilkan sesuatu, (Corey, 2000). Apabila kunselor dapat benar-benar menghubungi dan

menyelami secara mendalam kehidupan klien yang sebenar, mengambil berat, memberi

perhatian, dan tidak berat sebelah dalam memahami klien maka besar kemungkinan klien

akan mengalami perubahan yang ketara. Di dalam kertas kerja ini penulis akan menghuraikan

latar belakang klien, senario masalah klien serta proses aplikasi teori Pemusatan Klien.

Penganalisisan kajian ini lebih menumpukan kepada peringkat-peringkat perkembangan sesi

dan teknik-teknik yang sesuai digunakan. Kaunselor telah menjalankn sedikit penyelidikan

bekaitan latar belakang klien, gaya penampilan diri, sikap dan perangai klien. Kaunselor turut

menjalankan sedikit penerokaan dari segi tingkah laku dan perasaan, pengalaman, sejarah

perubatan serta latar belakang pendidikan klien. Kaunselor menjalankan beberapa langkah

dalam pengendalian sesi kaunseling, antaranya seperti (i) pengstrukturan, (ii) membina

hubungan, (iii) menyatakan masalah melalui penerokaan, (iv) meneroka masalah, (v)

alternatif, (vi) pemilihan alternatif, (vii) penilaian dan (viii) penamatan. Berdasarkan kes yang

dikaji, klien sedikit sebanyak menemui celik akal dan menunjukkan kekuatan kendiri hasil

dari proses kaunseling tersebut. Penemuan terhadap kendiri klien lebih menyakinkan bahawa

Pendekatan Pemusatan Klien mampu memberi ruang dan peluang yang cukup baik bagi klien

berubah.

Page 8: pendekatan psikoanalitik

4.0 Perbandingan antara Pendekatan

Teori

kaunseling

Pendekatan Konsep utama Matlamat

kaunseling

Teknik

Terapi

tingkah

laku

rasional

emotif

Pengasas:

Albert Ellis

Kognitif,

tingkah laku,

dan

berorientasi

tindakan.

Kecelaruan tingkah

laku berpunca

daripada pemikiran

yang tidak rasional.

Membantu klien

untuk menukarkan

kepercayaan tidak

rasional kepada

fikiran rasional

i. Kognitif

ii. Emotif

iii. Behavioral

Teori

pemusatan

klien

Pengasas:

Carl

Rogers

Humanistik,

eksperiential

dan

eksistential

i. humanistik

ii. bersikap

positif

iii. cenderung

kepada

penyempurnaa

n kendiri

i. membantu klien

memerihalkan

perasaan

ii. membezakan

antara perasaan

yang dialami

iii. mengubah atau

menerima

perasaan tersebut

Tiada teknik yang

khusus,

menekankan

kemahiran

5.0 Kesimpulan

Melalui teori-teori yang telah dibincangkan, diharap dapat membantu konselor dalam

menentukan kaedah kaunseling yang tepat dan membuat perancangan teknik yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai teori dalam kaunseling, namun hanya dua teori yang dibincangkan yang

menurut penulis dianggap popular, mudah dijadikan sebagai landasan pemahaman apabila

wujudnya permasalahan psikologi terhadap klien. Teori tersebut juga dianggap mudah untuk

difahami, dan mudah diaplikasikan. Kedua teori tersebut adalah Teori Pemusatan Klien dan

Teori Rasional-Emotif Tingkah Laku.

Page 9: pendekatan psikoanalitik

6.0 Rujukan

James, M. (2012). A Personal Reprise of Couples Intervension. Retrive fromhttp://ifp.nyu.edu/2012/journal-article-abstracts/a-personal-reprise-of-couples-intervention/

Boris, P. (2012). Adverse Working Conditions, Job Insecurity and Occupational Stress: TheRole of (Ir)rational Beliefs. Retrived fromhttp://link.springer.com/article/10.1007%2Fs10942-012-0157-5?LI=true

Ann, V. (2012). I Will Always Love You: Dispelling Marital Myths Through Applications ofRational-Emotive Behavior Therapy. Retrived fromhttp://link.springer.com/article/10.1007%2Fs10942-012-0156-6?LI=true

Jeffrey, M. (2011). School Counselor Consultation: Teachers’ Experiences with RationalEmotive Behavior Therapy. Retrive fromhttp://link.springer.com/article/10.1007%2Fs10942-011-0139-z?LI=true

Zainudin Hassan (2004). Aplikasi Pendekatan Kaunseling Pemusatan Klien DalamMenangani Masalah Emosi Remaja Di Sekolah: Satu Kajian Kes. Retrived fromhttp://repo.uum.edu.my/1837/1/20.pdf

Alma Salleh, Zuria Mahmud & Salleh Amat (2009). Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.Edisi kedua.Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Aminah Haji Hashim ( 1994 ). Keperluan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Menengah-Satu Tinjauan. Monograf terbitan UPM, Serdang, Selangor.