Pendekatan Teori Humanistik l2

7
Latihan 2 Langkah-Langkah Guru Untuk Memenuhi Keperluan Murid Pendekatan Teori Humanistik Menurut Maslow, keperluan fisiologi yang juga dikenali sebagai keperluan primer ialah merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini melibatkan keperluan untuk mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori keperluan Maslow dalam konteks pendidikan, keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan murid dipenuhi. Contohnya, murid-murid yang kurang makanan akan menyebabkan kesihatan pelajar terbabit akan terjejas. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuh serta tidak bermotivasi untuk belajar. Justeru, para guru perlu mengambil berat kepada tanda-tanda kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Selain itu, guru mempunyai sifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi di rumah. Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid serta memberikan motivasi dan peneguhan yangs sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid agar dapat meningkatkan keperluan penyuburan serta dapat memperolehi pengetahuan dan mennikmati karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. Di samping itu, keluarga yang bahagia dapat memenuhi keperluan asas mereka. Sebagai murid sekolah, mereka memerlukan individu

description

DFDF

Transcript of Pendekatan Teori Humanistik l2

Page 1: Pendekatan Teori Humanistik l2

Latihan 2

Langkah-Langkah Guru Untuk Memenuhi Keperluan Murid

Pendekatan Teori Humanistik

Menurut Maslow, keperluan fisiologi yang juga dikenali sebagai keperluan primer ialah

merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini melibatkan keperluan untuk mendapatkan

makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori keperluan Maslow dalam konteks

pendidikan,  keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung

kepada setakat mana hierarki keperluan-keperluan murid dipenuhi. Contohnya, murid-murid yang

kurang  makanan akan menyebabkan kesihatan pelajar terbabit akan terjejas. Hal ini akan

menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian sepenuh serta tidak bermotivasi untuk

belajar. Justeru, para guru perlu mengambil berat kepada tanda-tanda kekurangan dari segi fizikal

pelajar itu.

Selain itu, guru mempunyai sifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang yang

mungkin tidak diperolehi di rumah. Memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid serta

memberikan motivasi dan peneguhan yangs sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh

dalam pelajaran. Guru juga boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid agar

dapat meningkatkan keperluan penyuburan serta dapat memperolehi pengetahuan dan mennikmati

karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi.  

Di samping itu, keluarga yang bahagia dapat memenuhi keperluan asas mereka. Sebagai

murid sekolah, mereka memerlukan individu dewasa terutamanya ibu bapa agar keperluan mereka

dilindungi. Sekiranya keperluan asas tidak dipenuhi atau keselamatan mereka tidak terjamin, akan

menjejaskan perkembangan personaliti mereka. Hanya setelah mereka mencapai tahap keperluan

fizikal, keselamatan diri dan penerimaan kasih sayang dipenuhi, mereka boleh melangkah ke tahap

yang seterusnya dalam Hierarki Keperluan Maslow.

Penghargaan diri yang positif akan mempengaruhi sikap kanak-kanak dalam sistem

persekolahan dan mereka akan dapat menerima seterusnya menguasai ilmu dan kemahiran dengan

mudah. Mereka akan menetapkan matlamat cita-cita mereka dan memastikan yang mereka akan dapat

mencapainya. Namun begitu, Maslow juga dapat menerima hakikat bahawa tidak semua kanak-kanak

dapat melalui setiap peringkat yang tertera dalam hierarki keperluan beliau.

Page 2: Pendekatan Teori Humanistik l2

Pendekatan Teori Behaviorisme

Guru-guru mencipta suasana pendidikan yang memberikan motivasi terhadap murid-murid secara

konsisten untuk memenuhi keperluan murid dan mencapai kejayaan akademik. Antara situasi

pendidikan yang perlu diberi penekanan oleh para  guru ialah;

(i)            Aktiviti Pembelajaran

Antara aktiviti pembelajaran yang boleh memotivasikan murid-murid ialah memastikan penglibatan

aktif dalam semua aktiviti pembelajaran sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Penglibatan

ini akan melahirkan perasaan ingin tahu yang merupakan naluri semulajadi kanak-kanak.

Selain itu, guru-guru mesti meningkatkan motivasi intrinstik murid-murid menerusi aktiviti-aktiviti

penerokaan dan penemuan penyelidikan. Mereka juga boleh menggunakan strategi pembelajaran

seperti kuiz, pertandingan dan ujian ringkas.

(ii)          Matlamat Pembelajaran

Guru-guru perlu memberikan tugasan yang bersesuaian dengan kemampuan tahap murid-murid agar

matlamat pembelajaran para guru boleh tercapai. Murid-murid akan berusaha mencapai matlamat

pembelajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Sekiranya mereka berjaya menyelesaikan tugasan yang

diberikan oleh guru, mereka akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menyelesaikan tugasan guru

yang seterusnya.Selain daripada mempelbagaikan strategi pembelajaran berasaskan kuiz, permainan,

lakonan dan sebagainya, para guru juga boleh menggunakan internet dan komputer di dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Strategi pembelajaran ini akan dapat menarik perhatian untuk

melengkapkan tugasan mereka secara talian.

Implikasi Motivasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Motivasi mempunyai beberapa kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, terutamanya

sebelum, sewaktu dan selepas proses berkenaan. Guru-guru perlu mengenalpasti secara sistematik

bagaimana pengajaran dan aktiviti-aktiviti yang boleh memotivasikan murid-murid.

Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru perlu membuat rancangan mengajar

dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan.  Selain itu, guru-guru juga

merancang bagaimana untuk menimbulkan rasa minat murid-murid sepanjang pelajaran selepas tamat

pengajaran. Selain penerapan motivasi ekstrinsik seperti pelekat bintang dalam carta kemajuan kelas

perlu juga menerapkan motivasi intrinsik.

Page 3: Pendekatan Teori Humanistik l2

Guru-guru juga boleh menimbulkan minat dalam kalangan murid mengenai topik yang diajar

seperti mengarahkan perhatian mereka membaca bahan yang relevan, memasang poster dan gambar

rajah berkaitan di dinding bilik darjah atau membawa barang-barang untuk dipamerkan. Untuk

menggalakkan dan memotivasikan menggunakan kemahiran teknologi maklumat (ICT), maka guru-

guru perlu menyusun penggunaan makmal agar memastikan kesemua murid dapat menggunakan

komputer.

Penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti kecil seperti mengumpulkan bahan-bahan keratan-

keratan akhbar atau membawa barang dari rumah, secara tidak langsung dapat memupuk rasa

tanggungjawab serta minat dalam kalangan mereka. Sebelum memulakan sesi pelajaran, guru-guru

boleh menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid-murid mengenai topik yang ingin dipelajari.

Contohnya, guru boleh menggunakan set induksi yang menarik seperti membawa arnab ke dalam

bilik darjah semasa mengajar mata pelajaran Sains.

Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan

yang mencabar serta mengkehendaki mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu

topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti

langkah pengajaran yang berikutnya.

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai

pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada

dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat

penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya,

guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang,

kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman.

Bagi murid-murid yang mempunyai motivasi intrinsik yang rendah, guru-guru boleh

memberikan ganjaran kecil seperti gula-gula, bintang pada carta yang membawa rasa pencapaian dan

penghargaan yang bagus. Walaupun ganjaran yang diberikan oleh guru berperanan sebagai motivasi

ekstrinsik tetapi juga boleh menghasilkan motivasi intrinsik pada sesetengah murid.

Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung.

Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid.

Page 4: Pendekatan Teori Humanistik l2

Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang

berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. 

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Selepas tamat sesi pelajaran, murid-murid diberikan waktu untuk membuat refleksi dan dicatatkan di

dalam buku catatan mereka. Proses ini dapat membantu murid-murid menilai kekuatan dan kelemahan

yang terdapat pada diri mereka supaya guru dapat memberikan pertolongan yang khusus. Penilaian

guru boleh dibuat melalui kerja rumah atau secara lisan di penghujung pengajaran, guru-guru boleh

memberikan kata-kata perangsang terhadap pencapaian matlamat pembelajaran mereka. Maklum

balas ini akan membina dan memotivasikan murid-murid.

Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan

pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid menjawab kuiz pada

waktu lapang. Sebagai guru yang prihatin, perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada pelajar

yang kurang cerdas dengan menyediakan latihan tambahan untuk mencapai hasil pembelajaran.

Sikap prihatin juga perlu diberikan kepada murid-murid yang tidak mempunyai keperluan

asas yang mencukupi seperti mereka yang pergi ke sekolah tanpa buku dan alatan tulis atau tidak

mempunyai makanan yang sihat di rumah. Justeru, guru-guru perlu mengambil langkah yang

sewajarnya untuk membantu murid-murid terbabit. Contohnya, memasukkan mereka dalam skim

makanan tambahan, bekalkan buku dan alat tulis serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan

murid agar tidak menghina murid yang miskin.

Implikasi penggunaan teknik-teknik motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik murid-murid. Justeru, guru mesti mempercayai

bahawa pencapaian semua murid bolah dipertingkatkan melalui motivasi intrinsik dan ekstrinsik.

Page 5: Pendekatan Teori Humanistik l2

Bibliografi

Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan

Untuk KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan

Budiman.

Dr. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2012). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI

Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Lokus Kawalan (Locus of Control) Part 4 dicapai pada 16 Ogos 2012 di

http://afitieysoon.blogspot.com/2009/02/lokus-kawalan.html

Mok Soon Sang (2011). Nota Intisari Ilmu Pendidikan Psikologi Pendidikan.

Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Robert E. Slavin (2003). Seventh Edition Psychology Theory and Practice. United

State of America: Allyn and Bacon, Permissions Department.