PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

download PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

of 3

Transcript of PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

  • 8/14/2019 PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

    1/3

    PENGAJARAN BERTIMBAL-BALIK(Reciprocal Teaching)

    Oleh

    Ahmad Fuad Muhammad1

    Apakah Pengajaran Bertimbal-balik?

    Pengajaran bertimbal-balik adalah aktiviti tunjukajar yang berbentukdialog interaktifantara pengajar dengan pelajar berkaitan maklumatyang telah diajar. Dialog interaktif ini melibatkan empat strategi;membuat ringkasan, persoalan, memberi penjelasan, dan membuatramalan. Setelah pengajar melakukan demonstrasi setiap strategitersebut, pelajar mengambil giliran untuk memainkan peranansebagai ketua memimpin perbincangan/diskusi. Pengajar hanyamembimbing proses tersebut dengan memberi maklumbalas dansokongan yang sesuai sehingga pelajar dapat mempelajari prosesitu.

    Strategi-Strategi Pengajaran Bertimbal-balik

    1. Membuat Ringkasan (Summarizing)

    Pelajar menyatakan semula dengan perkataannya sendiri apa

    yang telah dibaca. Melalui proses membuat ringkasan, pelajarditekankan untuk mengenalpasti maklumat yang palingpenting/signifikan yang telah dibaca. Seorang pembaca yangbaik berkebolehan untuk memahami (comprehend) apa yangdibaca.

    2. Persoalan (Questioning)

    Pelajar yang mengepalai diskusi akan bertanya pelajar-pelajaryang lain soalan-soalan spesifik mengenai maklumat yangtelah diajar. Untuk melakukan perkara ini mereka perlumengenalpasti maklumat-maklumat yang signifikan, menanya

    soalan-soalan berkaitan maklumat tersebut, dan memeriksauntuk pastikan mereka boleh menjawab soalan-soalan merekasendiri. Soalan-soalan ini akan membantu pelajar-pelajarmemahami konsep-konsep yang sedang diajar.

    3. Memberi Penjelasan (Clarifying)

    Memberi penjelasan akan membantu pelajar-pelajar memberitumpuan atau fokus kepada konsep-konsep yang paling susahuntuk difahami.

    4. Membuat Ramalan (Predicting)

    1Perunding Latihan/Pendidikan

  • 8/14/2019 PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

    2/3

    Dengan membuat ramalan, pelajar-pelajar akan menggunakanpengetahuan latarbelakang mereka yang relevan untukmembuat spekulasi mengenai kegunaan konsep-konsep baruyang terdapat dalam kursus. Membuat ramalan membantudalam pembentukan matlamat untuk mengaplikasikan konsep-

    konsep dan memberi peluang kepada pelajar-pelajarmenghubungkan apa yang sedang dipelajari dengan apa yangmereka tahu dan apa yang sepatutnya mereka lakukan dimasaakan datang.

    Prosedur

    Pelajar yang memimpin perbincangan/diskusi menggunakankeempat strategi untuk memberi hala tuju kepada perbincangan.Setiap strategi memerlukan pemahaman yang berlainan. Membuatringkasan memerlukan pelajar-pelajar menyatakan semula dengan

    menggunakan perkataan sendiri apa yang telah dibaca. Persoalanpula melibatkan pelajar-pelajar menanya soalan-soalan berkaitanapa yang telah diajar. Memberi penjelasan membantu para pelajarmemberi tumpuan/fokus kepada apa yang membuat isi kandungansusah untuk difahami. Membuat ramalan menggalakan pelajarmembuat spekulasi tentang apa yang akan dibincangkan pada sesiakan datang.

    Bagi mengelakkan pengajar secara terus menerus melibatkan diridalam perbincangan mengenai pembacaan, para pelajar danpengajar secara bergiliran mengepalai perbincangan. Setiap ketua

    perbincangan membuat persediaan untuk memimpin perbincanganmengenai satu bahagian dari pembacaan dengan membuatringkasan, menjana persoalan untuk pertanyaan, mengenalpastipotensi konsep-konsep yang bermasaalah, dan menentukan apakahramalan yang akan dibuat. Pelajar-pelajar yang lain akanmenambahbaik kepada perbincangan dengan memberi komenkeatas ringkasan, memberi jawapan kepada persoalan, memberipenjelasan kepada konsep-konsep, dan membuat ramalan-ramalan.

    Pengajaran bertimbal-balik diteruskan dengan pelajar yang lainmemainkan peranan sebagai ketua perbincangan. Pengajar patut

    melibatkan diri jika diperlukan untuk membantu mengekalkan prosesperbincangan. Sekiranya pengajar berasa perlu untuk mengawalhala tuju perbincangan atau membetulkan salah faham, iasepatutnya mengalakkan ketua perbincangan mengawal ataumenentukan hala tuju perbincangan sekiranya mampu berbuatdemikian.

    Beberapa Pertimbangan Yang Diberi Perhatian

    Memberi gambaran keseluruhan mengenai prosedur kepada

    pelajar dengan memberikan peranan sebagai ketua

    perbincangan dan membimbing kelas sepanjang prosestersebut.

  • 8/14/2019 PENGAJARAN BERTIMBAL BALIK (Reciprocal Teaching)

    3/3

    Memberi masa kepada pelajar untuk berlatih setiap strategisupaya mereka boleh mempelajarinya dan mengaplikasikantekniknya dengan berkesan.

    Apabila pelajar telah biasa dengan strategi-strategi tersebut,

    ulangi keseluruhan proses sekali lagi.

    Pengajar patut memainkan peranan yang lebih menunjulsemasa diperingkat awal pengajaran bertimbal-balik. Apabilapelajar semakin biasa dengan prosedurnya, peranankepimpinan pengajar sepatut berkurangan.

    Nyatakan lima (5) situasi dimana Pengajaran Bertimbal-balikamat berguna dalam pengajaran anda?

    1. Tutorial2. Perbincangan kumpulan3. .......................................

    4. .......................................5. .......................................

    We learn from the company we keep Smith(1992)

    As we interact in a contextually rich learning environment, we pickup relevant jargon, immitate behavior and gradually start to act inaccordance with the norms of the cultural setting Brown, Collins & Duguid (1989)