Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

14
PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA Hjh Noor Zila Binti Md. Yusuf [email protected] Hj Amir Bin Juhari [email protected] Universiti Putra Malaysia Pendahuluan Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu, memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran, peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia mula mempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini kadang berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting juga wujud bahasa lain di antara kedua-duanya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap digunakan sebagai bahasa perantaraan di sekolah. Di Sarawak, khasnya terdapat lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa pribumi masing- masing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah. Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa pertama melalui pemerolehan yang diwarisi secara turun temurun dan prosesnya berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalam keadaan atau situasi yang tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan proses mental dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sarawak menghadapi masalah berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, fenomena pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar Iban, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka. Pernyataan Masalah Kajian Noor Aina Dani (1994) berkenaan dengan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan BM pelajar B2 di Sabah, didapati memang terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar di Sabah. Fenomena pemindahan bahasa ini dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani. Hal ini kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur persekitaran linguistik seperti pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang dipelajari. Nathesan (1995) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, kajian terhadap bahasa tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi penuturnya. Oleh yang

description

677

Transcript of Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Page 1: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

PENGARUH PERSEKITARAN LINGUISTIK DALAM PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEDUA

Hjh Noor Zila Binti Md. Yusuf

[email protected]

Hj Amir Bin Juhari

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

Pendahuluan

Manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu,

memberi arahan, menyatakan sesuatu dan sebagainya. Bahasa juga mencerminkan pemikiran,

peraturan, sikap, kebudayaan dan peradaban sesuatu bangsa yang dapat diperturunkan dari satu

generasi ke satu generasi yang lain. Manusia memperoleh bahasa pertama secara semula jadi sejak

dilahirkan dan dianggap sebagai bahasa ibunda. Apabila perkembangan pesat berlaku manusia mula

mempelajari bahasa kedua secara formal. Dalam proses mempelajari bahasa kedua ini kadang

berlaku pertukaran kod, pemindahan kod dan tidak kurang penting juga wujud bahasa lain di antara

kedua-duanya. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan

setiap kaum ini mempunyai bahasanya yang tersendiri. Uniknya BM dipilih dan diangkat menjadi

bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, iaitu bahasa ini digunakan sebagai bahasa pengantar

dan bahasa perantaraan masyarakat bagi semua kaum. Oleh itu, walaupun terdapat banyak bahasa

bumiputera atau bahasa tempatan yang dituturkan di seluruh pelusuk tempat di negara ini, BM tetap

digunakan sebagai bahasa perantaraan di sekolah.

Di Sarawak, khasnya terdapat lebih daripada 30 etnik yang menuturkan bahasa pribumi masing-

masing. Justeru, mereka akan mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di sekolah.

Penguasaan B1 dan B2 sangat berbeza. Penguasaan bahasa pertama melalui pemerolehan yang

diwarisi secara turun temurun dan prosesnya berlaku secara tidak sengaja dan tanpa dirancang. Dalam

keadaan atau situasi yang tidak disedari, penguasaan bahasa secara pemerolehan akan melibatkan

proses mental dan prosesnya bersifat tabii. Penguasaan bahasa kedua pula kebiasaannya diperoleh

melalui pembelajaran secara formal di sekolah. Pelajar-pelajar di Sarawak menghadapi masalah

berkaitan pertuturan dan penulisan bahasa Melayu Standard. Keadaan kini mendorong pengkaji untuk

mengkaji dan menyelidik fenomena tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, fenomena

pemindahan bahasa ini juga dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan ditangani.

Dalam kajian ini, bahasa kedua merujuk kepada Bahasa Melayu yang dipelajari oleh pelajar-pelajar

Iban, manakala Bahasa Iban merupakan bahasa ibunda atau bahasa pertama mereka.

Pernyataan Masalah

Kajian Noor Aina Dani (1994) berkenaan dengan pemindahan bahasa dalam karangan dan pertuturan

BM pelajar B2 di Sabah, didapati memang terdapatnya pengaruh dialek dalam penulisan pelajar di

Sabah. Fenomena pemindahan bahasa ini dilihat sebagai satu permasalahan yang perlu dibendung dan

ditangani. Hal ini kerana, gangguan bahasa dalam penulisan karangan bukan sahaja dilakukan oleh

pelajar sekolah rendah malahan juga dilakukan oleh pelajar pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Gangguan tersebut dilihat berbentuk pengaruh daripada unsur-unsur persekitaran linguistik seperti

pendedahan dan penggunaan bahasa oleh pelajar tersebut serta sikap pelajar terhadap bahasa yang

dipelajari. Nathesan (1995) menjelaskan bahawa bahasa sememangnya mempunyai hubungan yang

erat dengan masyarakat penutur sesebuah bahasa tersebut. Tambah beliau lagi, kajian terhadap bahasa

tidak dapat dilakukan tanpa mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi penuturnya. Oleh yang

Page 2: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

demikian, dalam kajian ini pengkaji terdorong untuk mengkaji dan membuktikan bahawa persekitaran

linguistik sememangnya mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai B2.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran bahasa Melayu pelajar. Tiga

kategori utama ialah faktor persekitaran linguistik, faktor psikolgi dan faktor dan kaedah pengajaran.

Faktor yang pertama ialah faktor persekitaran lingusitik. Menurut Chew Fong Peng dan Abdul Jalil

Othman dalam Sosiohumanika, (2008) menyatakan lingkungan keluarga individu amat

mempengaruhi corak kehidupan seseorang pelajar. Persekitaran linguistik ialah lingkungan di mana

pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu serta suasana politik tentu sekali akan dapat

juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Pengkaji mendapati pelajar-pelajar Iban yang

dibesarkan dengan lingkungan bangsa mereka sendiri kurang yakin semasa bertutur bahasa Melayu.

Pengkaji menyifatkan pelajar-pelajar ini tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar

bahasa Melayu terutama dari aspek pertuturan.

Faktor yang kedua ialah faktor psikologi. Selalunya motif dan keupayaan ini dibantu dengan sikap

dan motivasi dalam mempelajari sesuatu bahasa itu. Mengikut Lightbown dan Spada (1999) dalam

kajian yang dilakukan oleh Nik Mohd Rahimi et al (2008) menyatakan banyak keputusan kajian yang

telah membuktikan elemen motivasi memberikan sumbangan kepada pencapaian bahasa kedua dalam

kalangan pelajar. Dalam tinjauan yang lepas didapati pelajar Iban tidak suka bertutur menggunakan

bahasa Melayu kerana mereka merasakan untuk bertutur bahasa Melayu mereka perlu mempelajari

segalanya. Mereka perlu mempelajari sebutan, tatabahasa, dan kosa kata bahasa Melayu yang jauh

bezanya dengan bahasa ibunda mereka.

Menurut Tamam Timbang et al. Dalam Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Edisi 89, teknik pengajaran

yang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar. Pengkaji mendapati

guru kurang menekankan dua kemahiran itu disebabkan pelajar tidak suka memberi pendapat secara

lisan akibat penguasaan kosa kata yang kurang dan tidak yakin diri. Pelajar pula menganggap guru

tidak memperuntukkan masa yang secukupnya untuk mengajar dua kemahiran itu dan lebih

memfokuskan kemahiran menulis dan membaca. Sebenarnya punca-punca tersebut saling berkait,

iaitu sikap guru yang mengabaikan kemahiran mendengar dan bertutur dalam pengajaran dalam bilik

darjah menyebabkan pelajar tidak yakin untuk memberi pendapat secara lisan. Siti Hajar Abd Aziz

(2009: 110), kelemahan berbahasa pelajar berlaku kerana pelajar tidak mendapat peluang mendirikan

asas berbahasa yang kukuh sewaktu berada pada peringkat sekolah. Pada peringkat menengah pula,

pelajar lebih memberikan tumpuan untuk lulus peperiksaan. Dengan kata lain, mereka mempelajari

bahasa bukan untuk mendapatkan kemahiran berbahasa, sebaliknya untuk membolehkan mereka

menjawab soalan peperiksaan.

Persoalan Kajian

Adakah faktor-faktor persekitaran linguistik mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai

bahasa kedua

Objektif Kajian

Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu

sebagai bahasa kedua

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi menambah bilangan kajian yang sedia ada dalam bidang psikolinguistik iaitu

berkaitan pemerolehan bahasa kedua pelajar. Kajian ini juga memberi maklumat kepada para

pendidik, khasnya guru-guru yang mengajar bahasa Melayu tentang masalah yang dihadapi oleh

pelajar dalam mempelajarai BM sebagai bahasa kedua. Selain itu, kajian ini penting untuk

menjelaskan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran BM sebagai B2.

Secara amnya kajian ini penting kerana pelajar yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa

Page 3: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

kedua sering melakukan kesalahan dalam pertuturan dan penulisan mereka akibat pengaruh bahasa

ibunda.

Sorotan Kajian

James (1988), menyatakan bahawa bahasa kedua yang berbeza daripada bahasa pertama

menimbulkan kesukaran untuk dipelajari. Beliau turut menyatakan gangguan bahasa dalam

membentuk bahasa kedua, iaitu gangguan fonologi. James turut menyatakan bahawa terdapat nosi

gangguan bahasa dalam konteks situasi. Beliau turut menyatakan bahawa gangguan fonik merupakan

gangguan pembentukan bahasa pada peringkat permulaan. Umumnya , gangguan bahasa Bidayuh ke

atas pencapaian bahasa Melayu kanak-kanak. James telah menyatakan bahawa proses pemindahan

bahasa sebagai salah satu daripada proses linguistik. Selain itu, pemindahan bahasa dianggap sebagai

aturan psikolinguistik yang bermakna. Semasa bertutur bahasa Melayu, kanak-kanak masyarakat

Bidayuh sering menggunakan bahasa Bidayuh untuk membentuk pola-pola ayat bahasa Melayu.

Lado (1957 & Fries (1945) mengemukakan bahawa dalam proses pembelajaran B2, seseorang pelajar

kerap melakukan kesilapan akibat daripada pengaruh bahasa ibundanya. Lado (1957) mengatakan

bahawa seseorang pelajar sememangnya cenderung untuk memindahkan aspek-aspek B1 dalam B2

semasa mempelajari B2. Beliau juga mengatakan bahawa apabila satu pola struktural mempunyai

fungsi, bentuk dan penyebaran yang sama dalam B1 dan B2, pembelajaran bahasa akan berlaku

dengan senang kerana dapat memindahkan bahasa dengan mudah. Namun keadaan yang sebaliknya

akan berlaku apabila B1 dan B2 mempunyai fungsi, bentuk dan penyebaran yang berbeza. Keadaan

ini akan menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran dan akhirnya kesilapan akan berlaku.

Noriah Mohamad (1987) telah membuat penyelidikan terhadap strategi komunikasi pelajar-pelajar

Iban berkomunikasi dalam Bahasa Malayu. Dalam kajian itu, Noriah telah memberikan tumpuan

terhadap strategi pencapaian dari aspek sebutan bunyi (fonologi) dan leksikal. Hasil daripada

kajiannya, Noriah mendapati bahawa dari aspek sebutan bunyi, sampel kajiannya telah menggunakan

strategi pemindahan negatif bunyi dan strategi pemindahan positif bunyi. Kedua-dua strategi ini

melibatkan pemindahan semua jenis bunyi dalam Bahasa Malayu, iaitu bunyi vokal, konsonan dan

diftong .

Kuldip Kaur (1994) membentangkan penemuan tentang cara kanak-kanak dan orang dewasa

mempelajari bahasa kedua dengan memberi tumpuan kajian pemelajaran bahasa Inggeris sebagai

bahasa kedua. Beliau yang memetik pendapat Dulay et. al.(1982) menyatakan bahawa pemerolehan

bahasa kedua sebagai proses pemelajaran bahasa asing berlaku selepas mengetahui dan menguasai

bahasa pertama yang bermula pada peringkat umur lima tahun atau selepasnya. Satu lagi aspek yang

berkaitan dengan linguistik ialah umur. Beliau mengemukakan dapatan tentang pengaruh umur

seseorang individu dalam usaha mempelajari serta memperoleh bahasa kedua. Beliau turut

menegaskan bahawa had umur maksimum bagi berlakunya proses perkembangan bahasa adalah pada

waktu seseorang itu berusia 12 tahun atau apabila seseorang itu memasuki alam remaja.

Amir Bin Juhari dan Noor Zila binti Md. Yusuf (2012) telah menjalankan kajian ke atas 30 orang

pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kertas kerja yang dibentangkan

di Seminar PMIOL, Bandung Indonesia telah membincangkan “ Kaedah berkesan dalam

pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua”. Kertas kerja tersebut membicarakan tentang

faktor-faktor yang dikenal pasti sebagai punca pelajar-pelajar lemah menulis karangan. Gangguan

daripada bahasa Ibunda dan kekurangan kosa kata dalam bahasa sasaran menyebabkan pelajar

berkenaan gagal menulis karangan dengan baik. Bagi pelajar-pelajar B2, mereka masih belum

menguasai kemahiran mengolah isi karangan kerana beberapa faktor. Antaranya kurang idea, tahap

penguasaan bahasa yang sangat lemah , kosa kata yang terhad dan tabiat membaca yang rendah.

Kaedah IsSam diperkenalkan untuk membantu pelajar-pelajar B2 menulis karangan dengan baik. Satu

kajian tindakan telah dilaksanakan untuk menguji keberkesanan Kaedah IsSam. Responden kajian

terdiri daripada pelajar-pelajar Iban yang mempelajari bahasa Melayu sebagai B2. Dapatan kajian

Page 4: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian

pasca. Pencapaian pelajar lebih baik dalam ujian pasca berbanding ujian pra.

Latar Belakang Responden Kajian

Kajian ini dijalankan dengan mengambil sampel kajian daripada sebuah sekolah di daerah Meradong,

Bintangor Sarawak. Sampel Kajian terdiri daripada 28 orang pelajar Iban yang mempelajari bahasa

Melayu sebagai bahasa kedua. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar yang berumur 10 tahun dan

menuntut dalam tahun empat di sekolah kajian. Mereka terdiri daripada 12 pelajar perempuan dan 16

orang pelajar lelaki. Berikut merupakan peratusan pelajar SK Bukit Nibong mengikut kaum.

Rajah 1 : Peratusan Pelajar SK Bukit Nibong mengikut kaum.

Berdasarkan rajah di atas menunjukkan jumlah dan peratusan pelajar mengikut kaum. Terdapat tujuh

kaum yang terdapat di Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong iaitu Iban, Cina, Melayu, Melanau,

Kenyah, Dusun dan Bidayuh. Merujuk kapada rajah tersebut, kaum Iban merupakan kaum majoriti di

Sekolah Kebangsaan Bukit Nibong dengan peratusan sebanyak 82% yang membawa nilai sebanyak

154 orang pelajar daripada 188 orang secara keseluruhannya. Selain itu, terdapat 6% pelajar

berbangsa Cina yang membawa jumlah sebanyak 11 orang pelajar. Kaum Melayu dan Melanau

masing-masing sebanyak 5% yang membawa jumlah sebanyak 10 orang. Kaum Kenyah, Bidayuh dan

Dusun merupakan minoriti di sekolah ini dengan hanya terdapat seorang pelajar untuk setiap kaum

dengan peratusan sebanyak 1%. Keseluruhannya, sebanyak 188 orang pelajar di Sekolah Kebangsaan

Bukit Nibong ini.

82%

6%

5% 5%

1% 1% 1%

Peratusan Murid Mengikut Kaum

Iban

Cina

Melayu

Melanau

Kenyah

Dusun

Bidayuh

Page 5: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Rajah 2 : Enrolman Pelajar Iban di SK, Bukit Nibong

Rajah di atas menunjukkan, enrolmen pelajar Iban untuk setiap kelas. Terdapat 19 orang pelajar

Tahun 1 berbangsa Iban dengan 13 orang pelajar lelaki dan 6 orang pelajar perempuan. Selain itu,

untuk Tahun 2 pula terdapat 29 orang pelajar berbangsa Iban daripada keseluruhannya 37 orang

pelajar dengan 12 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan. Tahun 3 pula adalah seramai

17 orang pelajar Iban daripada 23 orang pelajar dengan sembilan orang lelaki dan lapan orang

perempuan. Setelah itu, untuk Tahun 4 pula seramai 30 orang pelajar dengan 28 orang pelajar adalah

berbangsa Iban dengan 12 orang lelaki dan 16 orang perempuan. Seterusnya, Tahun 5 pula adalah

seramai 27 orang pelajar dengan 23 orang pelajar berbangsa Iban, sembilan lelaki dan 14 orang

perempuan. Tahun 6 pula adalah seramai 32 orang pelajar dengan 26 pelajar adalah berbangsa Iban

dengan 15 orang lelaki dan 11 orang perempuan. Secara keseluruhannya, terdapat 74 orang pelajar

lelaki dan 80 orang pelajar perempuan berbangsa Iban di SK Bukit Nibong dan menjadikan jumlah

keseluruhan pelajar Iban seramai 154 orang.

Rajah 3 : Peratusan Pelajar Tahun 4 Mengikut Kaum

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Enrolmen Pelajar Iban

L

P

97%

3%

Peratusan Pelajar Iban dan Pelajar Melayu Tahun 4

Iban

Melayu

Page 6: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Latar Belakang Pencapaian Akademik

Berikut merupakan pencapaian responden kajian dalam Ujian Pertengahan Penggal Pertama Mei

2013.

Bil Nama Pelajar BMK BMP

Markah Gred Markah Gred

1 Andrew Jackson 28 D 7 E

2 Ayang 45 C 43 C

3 Beatrice 75 B 63 B

4 Brownson 35 D 10 E

5 Daisy 55 C 53 C

6 Desmond 42 C 63 B

7 Dyana 48 C 37 D

8 Emelya 35 D 8 E

9 Gilbert Jimbai 28 D 33 D

10 Jeniffer Shirley 40 C 12 E

11 Jennifer 68 B 78 B

12 Joachim 33 D 33 D

13 Joanessanji 33 D 23 D

14 Joanis Slu 75 B 77 B

15 Jordan 45 C 57 C

16 Katerina 58 C 65 B

17 Margaretha 35 D 15 E

18 Martina 55 C 50 C

19 Natasya Kristy 83 A 57 C

20 Nelson Rimong 45 C 50 C

21 Patricia Joana 73 B 75 B

22 Reni Jau 43 C 23 D

23 Ricky Melis 58 C 43 C

24 Ricky Thomas 30 D 7 E

25 Sofia Iging 40 C 27 D

26 Stevenson Untam 35 D 27 D

27 Syarrolyne Challa 40 C 48 C

28 Veronica Ipah 68 B 75 B

Jadual 1 : Markah dan Gred Pelajar Iban Tahun 4 di SK Bukit Nibong

Page 7: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Responden kajian yang dipilih dalam kajian ini ialah 28 orang pelajar Iban yang sedang belajar di

salah sebuah sekolah rendah di daerah Meradong, Sarawak. Pengkaji telah memilih subjek kajian

berdasarkan kriteria berikut

i. Merupakan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 10 tahun.

ii. Pelajar-pelajar tersebut sedang belajar dalam tahun 4 dan telah didedahkan dengan

pembelajaran bahasa Melayu secara formal di sekolah rendah

iii. Merupakan penutur jati bahasa Iban dan merupakan penduduk asal kawasan kajian

iv. Ibu bapa adalah penduduk asal kawasan kajian

v. Tidak mempunyai perasaan syak wasangka, dan curiga dalam kajian in

vi. Seorang yang sihat, waras dan tiada mengalami masalah pembelajaran

Rasional pelajar-pelajar tahun empat dipilih sebagai responden kajian kerana pada tahap ini, pelajar-

pelajar tahun empat merupakan pelajar tahap 2 yang sudah mendirikan asas kukuh dalam menguasai

kemahiran membaca dan menulis sebelum melangkah ke tahun 5 dan 6.

Kaedah Kajian

Pengkaji menggunakan kaedah kajian lapangan dengan mengemukakan borang soal selidik untuk

mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi

pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Melalui borang soal selidik pengkaji telah

mendapatkan maklumat berkaitan latar belakang diri dan keluarga responden serta latar belakang

bahasa keluarga responden.

Dapatan Kajian

Menghuraikan faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi pembelajaran bahasa

Melayu sebagai bahasa kedua

Dalam kajian ini pengkaji cuba melihat faktor-faktor persekitaran linguistik yang mempengaruhi

pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua .Data dikutip berdasarkan borang soal selidik

yang diberikan kepada ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang mengandungi dua bahagian. Bahagian

A ialah latar belakang diri dan keluarga seperti bangsa ibu bapa, bangsa datuk dan nenek, pekerjaan

ibu bapa, tempat tinggal dan bangsa jiran. Manakala bahagian B pula berkaitan latar belakang bahasa

yang digunakan dalam keluarga.Pengkaji berpendapat pengaruh persekitaran linguistik amat penting

dalam pemerolehan bahasa kedua. Hal ini bergantung kepada sikap positif ibu bapa atau penjaga

terhadap bahasa Melayu akan membuka ruang yang lebih luas untuk kanak-kanak mempelajari bahasa

tersebut. Gleitmann (1986) dalam Puteri Roslina (2004) menyatakan, sikap, kepercayaan, tanggapan,

penilaian dan sifat semulajadi menyebabkan seseorang itu bertindak dengan cara tertentu. Sikap

kanak-kanak terhadap bahasa kedua mungkin berbeza bagi mereka yang berlatar belakang keluarga

profesional daripada yang bukan profesional.

Latar Belakang diri dan keluarga

Kajian ini melibatkan 28 orang responden yang terdiri daripada 12 orang pelajar lelaki dan 16 orang

pelajar perempuan yang berumur dalam lingkungan 10 tahun. Kesemua pelajar ini berketurunan Iban

berdasarkan bangsa bapa.Walau bagaimanapun terdapat seorang pelajar mempunyai ibu berketurunan

Melanau. Dari segi bangsa datuk dan nenek sebelah bapa pula, 100% responden mempunyai datuk

dan nenek berbangsa Iban. Namun begitu seorang responden mempunyai datuk dan nenek berbangsa

Melanau melalui keturunan sebelah ibu. Berdasarkan pekerjaan bapa hanya seorang responden

mempunyai bapa yang bekerja dengan syarikat swasta manakala selebihnya bekerja sendiri sebagai

nelayan, petani dan buruh. Kebanyakan ibu responden tidak bekerja dan menjalankan tugas-tugas

sebagai suri rumah. Dari segi kawasan tempat tinggal responden, 27 orang tinggal di rumah panjang

Page 8: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

manakala seorang tinggal di kampung. 100% responden mempunyai jiran berbangsa Iban. Data dan

maklumat responden dapat ditunjukkan melalui jadual satu di bawah :

Butiran Kekerapan

Jantina Lelaki

Perempuan

12

16

Umur 10 tahun

28

Bangsa bapa Iban

Lain-lain

28

0

Bangsa Ibu Iban

Lain-lain (Melanau)

27

1

Bangsa Datuk (sebelah bapa) Iban

Lain-lain

28

0

Bangsa Nenek (sebelah bapa) Iban

Lain-lain

28

0

Bangsa Datuk (sebelah ibu) Iban

Lain-lain (Melanau)

27

1

Bangsa Nenek (sebelah ibu)

Pekerjaan Bapa

Pekerjaan Ibu

Iban

Lain-lain (Melanau)

Swasta

Sendiri

Suri rumah

27

1

1

27

28

Tempat Tinggal Rumah Panjang

Taman Perumahan

Kampung

27

0

1

Bangsa Jiran Iban

Lain-lain

28

0

Jadual 2 : Latar belakang diri dan keluarga

Latar Belakang Bahasa Keluarga Responden

Terdapat 14 item latar belakang bahasa telah dikemukakan kepada responden melalui borang soal

selidik seperti yang ditunjukkan dalam jadual 2 di atas. Dapatan kajian menunjukkan kesemua ibu

bapa responden menggunakan bahasa Iban di rumah sama ada bertutur dengan anak atau suami isteri.

Kesemua responden juga lebih senang menggunakan bahasa Iban apabila bertutur dengan rakan dan

jiran walaupun rakan dan jiran mereka berbangsa Melayu.Walau bagaimanapun setiap ibu bapa

responden mempunyai bahasa kedua iaitu bahasa Melayu. Bahasa Melayu akan digunakan dalam

pertuturan dengan rakan dan jiran yang tidak tahu bertutur bahasa Iban. Berdasarkan jadual 1 dan 2 di

atas, pengkaji hanya memilih tiga faktor utama yang dapat dikaitkan dengan persekitaran yang boleh

mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Antaranya ialah latar belakang

tempat tinggal, penggunaan bahasa perbualan di rumah dan latar belakang rakan dan jiran.

Page 9: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Bil Maklumat Berkaitan Iban Peratus Melanau/

Melayu

Peratus

1. Bahasa utama yang digunakan di rumah 28 100% 0 0

2. Bahasa Pertama Suami 28 100% 0 0

3. Bahasa Pertama Isteri 27 97% 1 3%

4. Bahasa kedua Suami 0 0 28 100%

5. Bahasa Kedua Isteri 1 4% 27 96%

6.. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan suami

dan isteri

28 100% 0 0

7. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan suami

dan anak

28 100% 0 0

8. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan isteri

dan anak

28 100% 0 0

9. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan suami

dengan jiran

28 100% 0 0

10. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan isteri

dengan jiran

28 100% 0 0

11. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan anak

dengan jiran

28 100% 0 0

12. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan suami

dengan rakan

28 100% 0 0

13. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan isteri

dengan rakan

28 100% 0 0

14. Bahasa yang digunakan dalam pertuturan anak

dengan rakan

28 100% 0 0

Jadual 3 : Latar Belakang Bahasa Responden

Pemerolehan bahasa pertama berlaku dalam kalangan kanak-kanak secara tidak formal, yakni tidak

perlu diajar. Bahasa kedua pula terpaksa dipelajari dan hanya berkembang melalui latihan dan

pengukuhan. Pelajar-pelajar perlu mempunyai dorongan dan sikap yang sihat untuk dapat belajar

dengan berkesan. Dorongan dan sikap yang sihat ini menjadi faktor sosial dan budaya. Tegasnya ada

perbezaan yang besar antara memperolehi bahasa pertama dan mempelajari bahasa kedua. Bahasa

pertama dikuasai secara tidak formal. Ia tidak perlu diajar dan kanak-kanak pandai tanpa

pembelajaran. Kanak-kanak hanya perlu didedahkan kepada bahasa dan mereka akan pandai dengan

sendirinya. Kita terpaksa belajar bahasa kedua melalui rancangan dan kaedah tertentu. Selain itu

dorongan dan motivasi sangat penting kepada seseorang pelajar dalam proses mempelajari bahasa

kedua. Pembelajaran boleh bermula di rumah melalui komunikasi dengan keluarga bagi membentuk

kebiasaan.

Page 10: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Bahasa Perbualan di Rumah

Rajah 4 : Bahasa Perbualan di Rumah

Daripada 28 orang responden yang dikaji hanya seorang responden yang menyatakan penggunaan

bahasa di rumah ialah campuran bahasa ibunda dengan bahasa Melayu dan Melanau. Responden ini

berketurunan Iban di sebelah bapa dan keturunan Melanau di sebelah ibu. Oleh sebab bahasa Iban dan

Melayu mempunyai sedikit persamaan, maka dalam sesetengah keadaan mereka akan berkomunikasi

dalam bahasa Melayu kerana kebanyakan mereka mempunyai sedikit pengetahuan dalam bahasa

Melayu. Selebihnya semua responden ini menggunakan bahasa Iban di rumah. Penggunaan bahasa di

rumah sangat penting kerana ia merupakan terapi pertuturan ke arah penguasaan sesuatu bahasa

sasaran. Tanpa latih tubi dan penggunaan bahasa Melayu di rumah, pelajar-pelajar akan menghadapi

masalah semasa mereka mula belajar bahasa kedua terutama dari aspek lisan.

Lingkungan di mana pelajar itu tinggal, dalam bentuk masyarakat dan individu dan suasana politik

tentu sekali akan dapat juga membantu pencapaian dalam mempelajari bahasa. Misalnya, masyarakat

yang prihatin tentu akan membantu mendorong seseorang itu belajar. Di Malaysia sekarang seluruh

lingkungan di negara ini prihatin, malah menggalakkan pembelajaran bahasa Melayu. Tetapi mungkin

lingkungan keluarga akan menghalangnya. Kalau ada individu yang tidak prihatin dengan

pembelajaran bahasa Melayu, maka anak yang pulang dari sekolah semestinya tidak dapat dorongan

di dalam keluarga. Mungkin ini berlaku dengan tanpa disedari. Ibu bapa yang ingin anak-anaknya

belajar bahasa Melayu seharusnya membantu anaknya belajar bahasa Melayu pula di rumah

komunikasi dan cuba mengelak daripada bertutur bahasa ibunda. Mungkin juga ibu bapa itu tidak

fasih berbahasa Melayu dan lebih suka menggunakan bahasa ibunda, maka lingkungan keluarga

seperti itu tidak boleh dianggap sebagai lingkungan yang dapat membantu dalam mempelajari bahasa

Melayu. Jadi kanak-kanak itu tidak hidup dalam lingkungan yang sihat untuk belajar bahasa Melayu.

Latar belakang tempat tinggal

Latar belakang tempat tinggal akan memberi gambaran kepada pengkaji sejauh mana penggunaan

bahasa boleh mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Daripada 28 orang

responden yang dikaji hanya seorang responden tinggal di kawasan kampung dan selebihnya 27

orang tinggal di rumah panjang. Rumah panjang merupakan tempat tinggal kaum Iban. Jadi tiada

pergaulan dengan masyarakat Melayu menyebabkan mereka kurang terdedah dengan penggunaan

bahasa tersebut. Bagi pelajar yang tinggal di kawasan kampung, potensi untuk bertutur dalam bahasa

Melayu lebih baik kerana ramai orang Melayu tinggal di kawasan kampung.

97%

3%

Bahasa Perbualan di Rumah

Iban

Campuran Melayu, Iban,Melanau

Page 11: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Rajah 5 : Latar Belakang Tempat Tinggal

Latar belakang rakan-rakan dan jiran

Sebahagian besar responden yang tinggal di rumah panjang, rakan-rakan dan jiran mereka dari

kalangan orang Iban sahaja. Bagi responden yang tinggal di kawasan kampung mereka mempunyai

jiran daripada pelbagai kaum seperti Cina, Melayu dan Iban. Responden hanya akan berkawan dengan

rakan mereka yang berbangsa Melayu di sekolah sahaja. Walau bagaimanapun jumlah mereka terlalu

sedikit memandangkan berdasarkan enrolmen jumlah pelajar di sekolah kajian menunjukkan hanya 15

daripada 189 orang pelajar berketurunan Melayu. Kebanyakan jiran mereka pula berbangsa Iban

berdasarkan lokasi tempat tinggal. Rajah berikut menunjukkan latar belakang rakan dan jiran.

Rajah 6. Latar Belakang Rakan dan Jiran

3%

97%

Latar Belakang Tempat Tinggal

Kampung Rumah Panjang

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

20

Melayu Iban Campuran

Axi

s Ti

tle

Latar Belakang Rakan dan Jiran

Page 12: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

Rumusan

Berdasarkan faktor-faktor persekitaran linguistik yang telah dihuraikan tadi, jelas bahawa faktor

persekitaran linguistik membentuk sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran bahasa kedua. Latar

belakang keluarga, latar bahasa, tempat tinggal, rakan dan jiran memberi pengaruh terhadap

pembelajaran bahasa kedua kanak-kanak dan mempengaruhi tahap kecekapan kanak-kanak di tempat

kajian dalam mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Berdasarkan tinjauan dan

pemerhatian pengkaji, faktor pekerjaan ibu bapa juga mempengaruh pembelajaran bahasa kedua

kanak-kanak. Kanak-kanak yang lahir daripada keluarga profesional cenderung menggunakan bahasa

Melayu dalam pertuturan mereka akibat dorongan daripada ibu bapa. Namun begitu, dalam kajian ini

kebanyakan ibu bapa bekerja sendiri. Kekurangan masa bersama anak-anak menyebabkan mereka

kurang prihatin tentang keperluan bahasa tersebut kepada kanak-kanak. Justeru, kesedaran untuk

menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan anak-anak mereka sangat kurang.

Dorongan hanya diperoleh di sekolah melalui guru dan rakan-rakan berbangsa Melayu. Walau

bagaimanapun perkahwinan campur boleh menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa terutama

bahasa Melayu yang sering digunakan sebagai bahasa komunikasi dalam kalangan masyarakat

pelbagai etnik di Sarawak. Latar belakang tempat tinggal juga boleh mempengaruhi pembelajaran

bahasa Melayu. Bagi respoden yang tinggal di rumah panjang, pendedahan terhadap bahasa Melayu

amat kurang kerana hidup dalam kelompok masyarakat Iban yang hanya menggunakan bahasa Iban

sebagai bahasa pertuturan utama. Jika diteliti daripada pergaulan dengan rakan dan jiran, kanak-

kanak yang bergaul dengan rakan dan jiran berbangsa Melayu lebih cekap menggunakan bahasa

Melayu berbanding kanak-kanak yang tinggal di rumah panjang.

D.N. Larson dan W.A. Smalley (1972) menyenaraikan tujuh perkara yang dapat memberi sedikit

penjelasan mengenai kemungkinan berhasilnya pembelajaran bahasa kedua iaitu, pertama pelajar

yang mempunyai keupayaan yang tinggi, serta diberi peluang yang baik dan mempunyai motif yang

kukuh dan sikap yang sihat serta belajar dalam lingkungan masyarakat yang mendorong, maka

usahanya dalam pembelajaran bahasa itu tentu sekali akan berjaya. Kedua, seorang pelajar yang

mempunyai motif tinggi dan diberi peluang baik, tetapi tidak mempunyai keupayaan yang tinggi

terhadap pembelajaran bahasa, akan mencapai kejayaan yang baik juga, lebih-lebih lagi kalau

masyarakat sekelilingnya itu mendorongnya. Ketiga, seorang pelajar yang mempunyai motif yang

tinggi serta ada sikap dan keupayaan baik, tetapi kurang berpeluang, harus juga mencapai kejayaan

yang agak baik jika ada individu di sekelilingnya yang memberi sokongan kepada pembelajarannya

itu. Keempat, jika seorang pelajar itu berpeluang baik untuk belajar bahasa dan mempunyai

keupayaan tinggi, maka kejayaannya bergantung pada motifnya. Motifnya itu akan bergantung kepada

lingkungan kebudayaan di sekelilingnya. Hanya mereka yang dapat mengatasi masalah ini yang

berjaya. Kelima, jika seorang pelajar itu bermotif tetapi tidak mempunyai keupayaan, sikap dan

peluang untuk belajar maka dia harus gagal. Kalaulah kebudayaan dan masyarakat sekelilingnya

membantu maka ada juga sedikit harapan untuk mendapat sedikit kejayaan. Keenam, jika seorang

pelajar itu mendapat peluang baik untuk belajar bahasa tetapi tidak mempunyai keupayaan dan motif,

maka dia akan gagal. Peluang yang diberi kepadanya akan sia-sia. Kebudayaan yang menyokong

pembelajaran itu juga akan membosankannya. Ketujuh, pelajar yang berkeupayaan tinggi, tetapi tidak

bermotif dan juga tidak diberi peluang akan gagal. Walau bagaimanapun lingkungan yang menyokong

mungkin membantunya mencari motif, kalau tidak dia akan gagal. Faktor-faktor ini perlulah wujud

sebelum kejayaan sepenuhnya tercapai. Tetapi, sekiranya faktor-faktor ini tidak menyokong maka

pelajar itu tentu akan gagal.

Dalam kajian ini pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa faktor persekitaran linguistik telah

mempengaruhi pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dalam kalangan pelajar-pelajar

Iban di sekolah kajian. Faktor tersebut ialah latar belakang diri dan keluarga serta latar belakang

bahasa keluarga. Pembelajaran bahasa kedua perlu difikirkan terlebih dahulu dan dirancang

sepenuhnya oleh guru berbanding bahasa pertama yang diperoleh secara tidak formal. Pembelajaran

harus berlaku dalam lingkungan sosial yang membolehkan bahasa kedua sering didengar dan

dituturkan. Hal ini memerlukan latihan dan pengulangan sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan.

Pengkaji berharap dengan adanya kajian seperti ini, akan dapat membantu guru-guru merancang

Page 13: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p

strategi pengajaran yang lebih berkesan dalam membimbing pelajar mempelajari bahasa kedua.

Kajian ini juga mampu membekalkan maklumat kepada pensyarah dan guru-guru bahawa

persekitaran linguistik mempunyai pengaruh yang besar terhadap pembelajaran bahasa Melayu

sebagai bahasa kedua. Hasil penyelidikan boleh digunakan untuk rujukan ilmu bagi pelajar, guru,

pensyarah dan masyarakat umum.

RUJUKAN

Adjemain, C (1976). “On The Nature of Interlanguage Systems” dlm Jurnal Language Learning 26,

hlm.297-320 1976.

Alice Alim, (2011). Bahasa Antara dalam Pemelajaran Bahasa Kedua. Kertas Kerja dalam

Persidangan Linguistik ASEAN V, Warna-warni Lingustik ASEAN: Penyelidikan dan

Pemantapan Korpus Ilmu, Anjuran PLM dan UKM. 21-22 Disember 2011.

Amir Juhari, Noor Zila (2012). “ Kaedah berkesan dalam pembelajaran bahasa Melayu sebagai

bahasa kedua”. Kertas Kerja dalam Persidangan PLIOM Universitas Pendidikan Indonesia

14-15 Jun 2012

Corder, S. Pit., (1973).Introducing applied linguistics. Penguin Books Ltd.

Ellis, Rod ( ed ), (1987). Second language acquisition in context.Hertfordshire: Prentice

Hall International ( UK ) Ltd.

Faerch, C (ed), (1983). Strategies in Interlanguage Communication. New Yord: London Limited.

Diemroh Ihsan, (1998). ‘Bahasa Antara Kedudukannya dalam Rentangan Linguistik: Implikasi dalam

Pengajaran Bahada Asing..Kertas Kerja dalam Seminar Masyarakat Linguistik Indonesia

(MLI) Komisariat Universitas Sriwijaya, Palembang 26 Disember 1988

Kuldip Kaur, (1994). Pemelajaran dan Pemerolehan Bahasa Kedua oleh Kanak-kanak dan Orang

Dewasa dlm. Jurnal Dewan Bahasa 38:7 hlm.645-650..

Nemser, William.,(1971). Approximate systems of foreign language learners.IRAL

9:2, hlm.115-123.

Noor Aina Dani, (1999). Bahasa Antara di kalangan Pelajar B2: Tahap dan Fosilisasi. Monogaf

Bahasa Sastera dan Budaya Melayu Jld 1 1999. Jabatan Bahasa Melayu FBMK, UPM.

Puteri Roslina Abdul Wahid,(2004). Bahasa Antara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Selinker Larry, (1975). The interlanguage hypothesis extended to children. dlm.

Language Learning 25: 1, hlm. 139-161.

Selinke Larry, (1992). Rediscovering interlanguage.London And New York: Longman

Group United Kingdom Limited.

Susan Juhin (1999). Bahasa Antara dalam Bahasa Melayu Lisan Kanak-kanak bangsa Bidayuh di

Daerah Bau, Sarawak.dlm Jurnal Dewan Bahasa 43:5 hlm.455-463

Tarone, et al. (1983) ‘On The Variability of Interlanguage System”dlm. Applied Linguistics 4:2, hlm

143-163..

Tarone, E, (1988). Variation of Interlanguage.London : Edward Arnold

Zulkifley Hamid, (1996). Bahasa Konsep, Fungsi dan Penggunaannya oleh Penutur. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 14: Pengaruh Persekitaran Linguistik Dalam p