Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

15
Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN “PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah dengan izinNya laporan kajian ini dapat disiapkan. Laporan ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan individu, organisasi dan pihak pihak tertentu. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi bimbingan, idea dan sokongan dalam menjayakan kajian ini. Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan saya tujukan kepada pensyarah Dr. Tan Ai Mei di atas bimbangan yang telah diberikan dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang telah banyak membantu sehingga sempurnanya kajian ini. NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0 KONTEKS KAJIAN 1.1 PENDAHULUAN 1.2 OBJEKTIF KAJIAN 2.0 KAEDAH KAJIAN

description

murid berkeperluan khas

Transcript of Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

Page 1: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan Khas

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

“PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKEPERLUAN KHAS

PENGHARGAAN

 

Syukur Alhamdulillah dengan izinNya laporan kajian ini dapat disiapkan. Laporan ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan individu, organisasi dan pihak pihak tertentu. Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi bimbingan, idea dan sokongan dalam menjayakan kajian ini.

Tidak dilupakan juga ucapan penghargaan saya tujukan kepada pensyarah Dr. Tan Ai Mei di atas bimbangan yang telah diberikan dalam menyiapkan kajian ini.

Akhir sekali, kepada semua pihak sama ada secara langsung ataupun tidak langsung yang telah banyak membantu sehingga sempurnanya kajian ini.

NIK MOHD MUHAZMEE BIN NIK MUSTAPHA

SENARAI ISI KANDUNGAN

1.0  KONTEKS KAJIAN

1.1   PENDAHULUAN

1.2   OBJEKTIF KAJIAN

2.0  KAEDAH KAJIAN

2.1   MAKLUMAT KAJIAN

3.0  ANALISIS DATA

3.1  PENGENALAN KONSEP DAN SKOP KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

4.0  ISU KETIDAKSAMAAN PELUANG DI SEKOLAH KAJIAN

Page 2: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

4.1  FAKTOR PENYUMBANG

5.0  REFLEKSI

6.0  PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN PELUANG PENDIDIKAN

7.0  KESIMPULAN

8.0  RUJUKAN

1.0          KONTEKS KAJIAN

          KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

“PENGASINAG DAN DISKRIMINASI YANG DIHADAPI OLEH MURID

BERKEPERLUAN KHAS

1.1          PENDAHULUAN

 

Matapelajaran Budaya dan Pembelajaran adalah subjek wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan semester 5 pengkhususan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Dalam kerja kursus kali ini, kami diberi tugasan untuk membuat kajian tentang fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan di Malaysia semasa menjalankan Amalan Profesional Praktikum Fasa 1. Tugasan ini bagi mengkaji sejauh mana kesan ketidaksamaan peluang menjejaskan tahap akademik murid.

Menurut YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussin, ” … merapatkan jurang pendidikan, yang merangkumi jurang di antara bandar dengan luar bandar ; jurang di antara yang miskin dengan yang kaya ; jurang digital dan jurang antara mereka yang bekeperluan khas ; agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.”

Dengan hal yang demikian, beliau menegaskan supaya ketidaksamaan peluang ini dapat dihapuskan supaya para pelajar mendapat pendidikan yang sama rata walaupun terdapat pelbagai jurang yang mengekang perkara ini daripada berlaku. Hal ini penting kerana, sebagai seorang bakal pendidik, kita tidak seharusnya bersikap pilih kasih dan menyisihkan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam pelbagai aspek ini.

Justeru itu, kajian ini bagi mengesan dan seterusnya menyambut saranan YB untuk meminimumkan jurang yang ada dan menyamaratakan peluang-peluang pendidikan kepada seluruh rakyat Malaysia, sesuai dengan slogan 1 Malaysia yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri Malaysia.

1.2                 OBJEKTIF KAJIAN.

Page 3: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

1.2.1            Menyenaraikan isu-isu ketidaksamaan peluang pendidikan kepada pelajar

1.2.2            Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan ketidaksamaan peluang pendidikan

1.2.3            Menyediakan satu penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk mengurangkan ketidaksamaan peluang pendidikan di sekolah kajian

2.0          KAEDAH KAJIAN

 

Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui ;

2.0.1     Pemerhatian. Memerhatikan murid berdasarkan cara pemakaian, kenderaan ke sekolah dan kelengkapan persekolahan Pada sepanjang kajian, saya telah memerhatikan subjek kajian saya selama seminggu untuk mengenalpasti isu yang melibatkan mereka.

2.0.2     Soal selidik. Menjalankan soal selidik dengan meminta murid mengisi borang soal selidik yang telah diberikan. Boring diberikan kepada subjek kajian yang saya telah kenalpasti.

2.0.3     Temu bual. Menemubual murid yang telah dipilih daripada setiap darjah dan pelbagai jantina untuk mengetahui pandangan mereka kepada murid-murid berkeperluan khas. Temubual juga telah dijalankan bersama dengan guru-guru kelas murid-murid untuk mengetahui taraf akademik subjek yang telah dipilih.

2.1     MAKLUMAT KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan semasa kami menjalankan Amalan Profesional Praktikum Fasa 1. Kajian dijalankan selama seminggu dan data dikumpul melalui pelbagai jenis kaedah.

Tempat                      : Sekolah Kebangsaan BangBang

Subjek                       : Murid-murid terpilih dari darjah 1 hingga 3

Tempoh Kajian        : Satu Minggu

Responden              : 5 orang murid dari setiap darjah. Darjah 1 hingga darjah 3. Murid-murid ini telah dipilih dengan berpandukan nasihat yang diperoleh daripada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

3.0          ANALISIS DATA

 

3.1  PENGENALAN KONSEP DAN SKOP KETIDAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA.

Page 4: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

Ketaksamaan telah didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi-3 sebagai “ketidaksamaan perihal (sifat,keadaan) tidak sama antara gambaran dan hakikat. Ketidaksamaan peluang pendidikan pula  merujuk kepada keadaan yang menyebabkan tahap penyampaian/pemerolehan ilmu berbeza antara murid. Ketidaksamaan peluang pendidikan boleh dipecahkan kepada  :

1. Kelas sosial2. Jantina3. Kumpulan minoriti4. Murid berkeperluan khas

3.1.1 Kelas Sosial.

Konsep kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat. Kelas sosial  terhasil daripada  kewujudan jenis-jenis atau kedudukan/taraf yang tidak sama dari segi kuasa, politik keakayaan, pendapatan , martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluar . Dalam masyarakat kapitalis pada dunia hari ini, mereka terbahagi kepada dua golongan iaitu Bourgeoise yakni masyarakat yang memiliki punca-punca pengeluar( kilang-kilang),pengagihan dan pertukaran. Golongan masyarakat yang kedua ialah Proletariat iaitu masyarakat yang hanya memiliki tenaga kerja sahaja. Mereka juga dianggap sebagai golongan bawahan dalam sistem kapitalis.

Ketidaksamaan Sosial merujuk kepada ketidaksamaan peluang-peluang atau ganjaran tertentu. Rohan Meighan (1986) menyatakan bahawa Ketidaksamaan Sosial mengambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan sesuatu bangsa yang sama. Menurut Max Weber pula, terdapat 5 Kelas Sosial yang boleh dikenal pasti iaitu Golongan Bangsawan ( aristocrat), Golongan Pertengahan Atasan (professional), Golongan Pertengahan Bawahan, Kelas Pekerja ( kolar biru),  dan Golongan Bawahan iaitu yang memiliki kelulusan amat rendah. Ketidaksamaan sosial dengan kata mudah merujuk kepada perbezaan taraf ekonomi. Masyarakat. Menurut kajian Saifuddin Hj. Masduki (1977) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Mereka yang mempunyai pendapatan yang tinggi secara selarinya akan mampu untuk mengadakan peluang pendidikan yang baik untuk anaknya berbanding mereka yang berpendapatan rendah yang hanya mampu menyediakan peluang pendidikan yang terbatas. Sebagai contoh, seorang murid yang merupakan anak kepada golongan profesional seperti doktor umumnya akan mampu untuk menghadiri kelas tuisyen berbayar, membeli buku-buku ilmiah yang mahal dan mampu alatan belajar seperti perisian komputer dan sebagainya. Berbanding dengan murid yang merupakan anak kepada mereka yang berpendapatan biasa dan rendah yang tidak mampu untuk menyertai kelas tuisyen  berbayar dan kadang kala, untuk membeli peralatan belajar yang wajib pun mereka tidak mampu. Keadaan ini semestinya akan memberikan satu ketidaksamaan yang ketara ke atas peluang pendidikan kedua-dua contoh tersebut.

3.1.2 Jantina

Ketidaksamaan peluang pendidikan mengikut jantina telah berlaku sejak sekian lama lagi. Dari segi semula jadi, sifat yang berbeza antara jantina boleh mempengaruhi kemampuan murid

Page 5: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

dalam penguasaan subjek-subjek tertentu. Pada zaman penjajahan, golongan lelaki mendapat kelebihan dan peluang yang lebih besar untuk melanjutkan pelajaran manakala golongan wanita disifatkan sebagai tidak layak dan tidak perlu untuk mendapat pendidikan yang tinggi. Hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian pelajar perempuan di peringkat pengajian tinggi telah meningkat dari 0.5% pada tahun 1970 kepada 4.9% pada tahun 1991. Sifat dalaman dan luaran antara jantina telah menyebabkan guru perlu mengambilkira faktor jantina semasa melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Penyelidik Aminah Ahmad (2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan dan teknik serta di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik.

3.1.3 Kumpulan Minoriti

            Kumpulan minoriti dimaksudkan dengan suatu kumpulan etnik yang kecil dalam sesebuah masyarakat. Kumpulan minoriti seperti kaum asli, kadazan, murut, siam, saba dan lain-lain. Golongan ini biasanya hanya menerima pendidikan yang tidak formal sahaja. Golongan minoriti biasanya mempunyai masalah dalam komunikasi disebabkan bahasa yang berbeza dan sering menjadi mangsa diskriminasi. Hal ini telah mendorong mereka untuk berkelakuan negatif seperti ponteng, pembuki, merokok, lepak dan lain-lain. Pembentukan kelakuan negative ini telah menyebabkan terbentuknya mentaliti negatif oleh golongan lain terhadap golongan ini dan juga menimbulkan persepsi negatif golongan ini terhadap pendidikan. Hal ini menyebabkan golongan ini semakin jauh dengan peluang pendidikan yang sempurna. Namun, terdapat juga kumpulan minoriti yang bersifat positif, rajin belajar, kuat agama dan suka member sumbangan untuk menghias dan mencantikkan sekolah. Walaubagaimanapun, golongan minority yang bermasalah haruslah didekati dan diberi perhatian yang serius agar mereka tidak terus tercicir dalam pendidikan. Diskriminasi terhadap mereka perlu dihapuskan untuk meastikan mereka lebih selesa untuk mendapatkan pendidikan mereka.

3.1.4 Murid Keperluan Khas

Murid berkeperluan khas merupakan golongan yang mengalami pelbagai masalah kecacatan yang menyebabkan mereka bermasalah dalam mendapatkan pendidikan seperti kanak-kanak normal. Menurut Dr. Chua Tee Tee (1982), murid berkeperluan khas merupakan satu program pendidikan yang dirancang khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Terdapat juga murid berkeprluan khas iaitu kanak-kanak pintar cerdas yang berkebolehan mental jauh lebih tinggi daripada kanak-kanak normal. Keadaan ini berlaku kerana mereka memiliki kebolehandan perkembangan yang amat pantas. Terdapat lapan kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu kerencatan akal, disleksia, autism, syndrome down, hiper aktif, slowlearner, cacat penglihatan dan cacat pendengaran. Masalah –masalah yang mereka hadapi menyebabkan mereka perlu ditempatkan berasingan daripada murid-murid normal. Mereka amat sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain dan menyebabkan memerolehan dan pemberian ilmu daripada guru amat terbatas. Penempatan mereka yang berasingan dengan arus sekolah perdana menyebabkan kemahiran komunikasi dan sosial mereka terbantut dan sering disisihkan. Keperluan asasi dan perkembangan pendidikan mereka kadangkala tidak diberi perhatian yang menyeluruh oleh pihak sekolah disebabkan oleh

Page 6: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

kesukaran untuk mengukur tahap pencapaian mereka. Ini telah mewujudkan ketidaksamaan pendidikan yang amat besar kepada mereka.

4.0         

Warga Pendidik

Pihak Sekolah

Murid-murid

Tidak mendapat perhatian daripada guru-guru lain

–        Tidak menerima murid-murid berkeperluan khas

–        Merasakan mereka sebagai tidak pentingMurid berkeperluan khas tidak mendapat sokongan moral daripada murid normal

–        Masalah komunikasi

–        Tidak mengenali murid berkeperluan khasPengasingan pelajar pendidikan khas dan pelajar normal

–        Masalah disiplin

–        Masalah tingkah laku

ISU DAN FENOMENA KETIDAKSAMAAN PELUANG DI SEKOLAH.

Rajah 1

Berdasarkan rajah 1 di atas, saya telah menyenaraikan isu-isu yang terdapat dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas yang terdapat di tempat kajian saya. Bersama-sama itu juga saya telah masukkan faktor-faktor yang dikenalpasti dan mungkin menjadi penyebab kepada isu-isu ini.

Isu pertama yang saya perolehi adalah daripada pihak pentadbir di mana mereka telah melakukan sesuatu yang mendorong kepada ketidaksamaan peluang pendidikan mereka. Pihak pentadbir telah meletakkan mereka pada satu bangunan yang terpencil di bahagian belakang sekolah

Page 7: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

tersebut sebagai kelas mereka. Apabila saya menjalankan temubual bersama pihak pentadbir, beliau mengatakan bahawa hal ini terjadi bagi mengelakkan masalah disiplin yang berlaku terhadap murid-murid berkeperluan khas, apabila perkara ini berlaku, mereka secara tidak langsung akan merosakkan persekitaran pembelajaran murid-murid normal yang lain dan mengganggu proses pembelajaran dan pengajaran guru-guru lain. Justeru itu, mereka sebulat suara mengasingkan kelas-kelas murid berkeperluan khas ini di bahagian belakang sekolah.

Isu kedua yang dapat saya perhatikan ialah daripada warga pendidik iaitu daripada guru-guru sendiri. Mereka tidak berapa memberikan perhatian kepada murid-murid berkeperluan khas ini. Mereka sebaliknya hanya memberikan perhatian kepada murid-murid normal sahaja. Apa yang dapat saya perhatikan, murid-murid berkeperluan khas ini hanya dilayan oleh guru-guru berkeperluan khas sahaja. Berdasarkan temubual yang saya buat kepada guru-guru yang mengajar murid normal dan murid berkeperluan khas ini, mereka mengatakan bahawa mereka tidak bolah menerima perangai murid-murid berkeperluan khas ini kerana mereka dikatakan mengada-ngada dan tidak menghormati guru-guru yang tidak mengajar mereka. Selain itu, mereka juga dirasakan tidak penting oleh guru-guru lain. Guru-guru merasakan bahawa mereka tidak menyumbang kepada tahap pencapaian sekolah dan hanya merosakkan gred yang diperoleh mereka daripada murid normal.

Pemerhatian selama sebulan telah menemukan saya dengan isu yang ketiga. Isu ini dikenalpasti datangnya daripada murid-murid normal sendiri. Mereka dilihat tidak suka berkawan dengan murid berkeperluan khas ini. Secara tidak langsung, tiada sokongan moral yang diberikan kepada mereka oleh murid-murid normal. Hal ini amat dipandang serius memandangkan mengikut kajian daripada Kosterman (1996), pengaruh rakan sebaya merupakan sumber yang paling kuat dalam mengubah nilai dan sikap seseorang apabila pengaruh keluarga berkurangan. Soal selidik dan temubual dijalankan kepada murid-murid normal ini dan mendapati, antara faktor yang menyebabkan masalah ini adalah komunikasi. Mereka memberitahu tentang kesukaran mereka untuk berkomunikasi dan memahami apa yang dicakapkan oleh murid-murid berkeperluan khas. Selain itu, faktor kawasan juga memainkan peranan. Mereka menyatakan bahawa, blok murid-murid berkeperluan khas ini terletak jauh daripada mereka. Hal ini membuatkan mereka tidak berapa kenal akan rakan-rakan mereka ini dan sekaligus tidak bertegur sapa.

5.0          REFLEKSI TERHAFAP FAKTOR PENYUMBANG KEPADA JEWUJUDAN ISU

Sebagai refleksi untuk isu-isu ini, saya rasakan bahawa tidak wajar bagi pihak pentadbir untuk mengasingkan murid-murid berkeperluan khas kerana mereka juga seperti murid-murid normal yang lain. Seperti mana Teori Ekologi Manusia (Bronfenbrenner, 1979), menjelaskan bahawa manusia tidak hidup dalam keadaan vakum yang terpisah daripada sistem dan persekitaran luar. Konteks sistem luar keluarga seperti sistem kejiranan, persekitaran tempat kerja, peraturan dan undang-undang, adat resam dan tatasusila budaya mengikut konteks tempatan mempunyai pengaruh tersendiri dan mampu pula dipengaruhi oleh keluarga. Oleh itu, sekiranya terdapat pengasingan yang berlaku dalam kalangan murid ini, mereka akan merasakan terasing dan menjejaskan pembelajaran mereka. Hal ini akan mengakibatkan ketidaksamaan peluang pendidikan dan secara tidak langsung akan menjejaskan psikologi murid itu sendiri.

Page 8: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

Bagi para pendidik pula, sepatutnya tiada isu pilih kasih yang berlaku disekolah kerana salah satu perkara di dalam Pelan Induk Pembangunan dan Pendidikan, (PIPP) adalah untuk memartabatkan profesion perguruan. Namun sekiranya isu remeh seperti pilih kasih ini masih wujud, bagaimana PIPP ini akan dicapai? Guru-guru di sekolah itu  tidak memberikan perhatian kepada murid berkeperluan khas ini kerana mereka merasakan bahawa murid-murid ini tidak berpotensi untuk berjaya dan tidak senang untuk meletakkan mereka supaya menduduki peperiksaan awam kerana bimbangkan graf kecemerlangan yang mungkin merosot. Secara peribadi, saya merasakan tindakan sesetengah guru ini amatlah tidak adil dengan hanya mementingkan graf kecemerlangan sekolah tanpa mempedulikan nasib kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk menunjukkan potensi dan bakat yang mereka ada. Para pendidik haruslah  memahami kanak-kanak istimewa bahawa mereka mempunyai impian dan cita-cita untuk bergiat aktif dalam kehidupan sosial, ekonomi dan politik. (Mohd. Sharani 2004).

Isu yang paling ketara yang berlaku di sekolah adalah daripada murid-murid normal. Mereka tidak suka berkawan dengan rakan-rakan sebaya mereka yang tidak normal. Hal ini akan membuatkan murid berkeperluan khas ini terasa terasing di sekolah. Mereka merasakan diri mereka seperti disisihkan dan secara tidak langsung jiwa mereka memberontak dari dalam. Faktor yang menyumbang kepada penyisihan ini ialah komunikasi. Mereka mengatakan bahawa sukar untuk berinteraksi dengan murid khas ini. Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Jadi tidak hairanlah jika dikatakan bahawa masalah komunikasi berlaku antara mereka. Namun perkara ini masih boleh diatasi sekiranya mereka diletakkan sama taraf dengan murid-murid normal yang lain. Seperti contoh, perhimpunan bersama, rehat bersama, kawasan kelas tidak terlampau jauh dan macam-macam aktiviti lain juga bersama. Dengan ini, mereka akan lebih saling mengenali dan mengetahui serta memberi dorongan kepada murid berkeperluan khas ini untuk belajar bersungguh-sungguh dan berjaya pada masa akan datang.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Walaupun demikian, tidak bermaksud mereka layak untuk disisihkan. Mereka juga memerlukan kasih saying dan peluang pembelajaran yang sama rata seperti kanak-kanak normal yang lain. Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Namun demikian, banyak pihak menyalahertikan perbezaan yang dikatakan ini dan bukan hanya memberi perbezaan, tetapi juga menyisihkan mereka. (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

6.0          PELAN TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN PELUANG PENDIDIKAN

Sebagai langkah penambahbaikan, sekiranya saya sebagai guru besar di sekolah tersebut saya akan menguatkuasakan beberapa perkara. Hal ini demikian kerana saya merasakan tanggungjawab saya adalah untuk memastikan bahawa tiada seorang pelajar pun yang tercicir daripada mendapat pendidikan yang menyeluruh dan lengkap.

Page 9: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

Untuk isu yang pertama iaitu pengasingan pelajar berkeperluan khas dengan pelajar normal, saya dengan serta merta akan mengarahkan supaya kelas bagi pelajar berkeperluan khas ini diubah bersama-sama dengan kelas pelajar-pelajar normal yang lain. Hal ini demikian kerana pihak pentadbir sebelum ini bagi saya telah melakukan kesilapan dengan mengasingkan mereka daripada pelajar-pelajar dari arus perdana.Tindakan ini juga diambil bagi mewujudkan suasana yang sama rata dan tidak mendatangkan perasaan disisih dalam kalangan pelajar dan guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas ini. Ianya akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Sasaran ini berdasarkan kekangan-kekangan yang bakal berlaku yang harus ditempuhi sekiranya melaksanakan tindakan ini. Selama tempoh ini juga, saya akan melaksanakan sekurang-kurangnya 2 waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P) seminggu yang melibatkan penggabungan murid berkeperluan khas dengan murid normal.

Bagi isu yang kedua pula iaitu isu guru-guru aliran perdana tidak memberi perhatian sewajarnya kepada murid-murid berkeperluan khas ini. Hal ini demikian kerana guru-guru lain menganggap murid-murid berkeperluan khas ini ini tidak penting. Justeru itu, saya akan mengadakan beberapa seminar dan kem-kem yang boleh memperkenalkan kepentingan murid-murid berkeperluan khas ini. Hal ini demikian adalah bagi memastikan guru-guru dapat menerima kehadiran murid-murid berkeperluan khas ini dan dapat membantu mereka dalam pelajaran juga sekaligus akan merapatkan jurang pendidikan yang dihadapi sekarang. Jangkamasa yang saya jangkakan untuk merealisasikan perkara ini dalah selama 5 hingga 6 bulan. Hal ini demikian kerana, menurut Dr Yusuf Musa (1989), persepsi seseorang sukar diubah kerana mereka telah lama hidup di alam itu. Jadi, masa yang dijangka diharap akan berjaya digunakan sepenuhnya bagi mengubah persepsi para guru dalam menerima murid-murid berkeperluan khas ini.

Berdasarkan isu terakhir yang diperoleh ketika melaksanakan kajian ini, iaitu isu murid berkeperluan khas tidak mendapat sokongan moral dan perhatian daripada murid-murid normal yang lain. Bagi mengatasi perkara ini, saya telah merangka untuk melaksanakan perkara yang mudah namun mempunyai kesan jangkamasa panjang yang berkesan. Perkara yang saya maksudkan ialah mengadakan aktiviti-aktiviti seperti lawatan sambil belajar dan perkhemahan yang melibatkan kedua-dua aliran (perdana dan berkeperluan khas). Cara ini akan dilaksanakan bagi mewujudkan suasana sosial yang sihat dan berkesan diantara murid berkeperluan khas dan murid-murid normal. Hanya 5 hingga 6 minggu sahaja diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti ini.  Ini kerana, perkara ini terbukti berkesan dan mudah untuk dilakukan. Tambahan pula, murid-murid masih kecil, pemikiran dan persepsi mereka mudah diubah dengan sedikit sokongan. Dalam situasi ini, saya akan menggunakan Teori Pelaziman Pavlov di mana akan ada rangsangan-rangsangan terlazim dan tidak terlazim dan seterusnya menunjukkan satu hasil yang memberangsangkan.

Apabila semua cara ini berkesan, secara tidak langsung, kita akan merapatkan jurang yang selama ini terbuka dan sekali gus menyahut seruan YB Dato; Seri Hishamuddin Bin Tun Hussin yang ingin jurang ini dirapatkan walau apa cara sekalipun.

7.0          KESIMPULAN

Terdapat pelbagai kategori kanak-kanak berkeperluan khas dan golongan kanak-kanak istimewa ini mestilah dikenal pasti ketidakupayaan mereka bagi memenuhi keperluan perkembangan

Page 10: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan  kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Abu Bakar & Ikhsan 2003). Jadi, sebagai seorang pendidik, kita tidak seharusnya mengabaikan tanggungjawab kita dalam mendidik murid-murid, tidak kira sama ada mereka daripada pelajar normal ataupun pelajar berkeperluan khas. Konsep sama rata yang diterapkan kepada guru oleh YAB Menteri Pelajaran Malaysia, Dato’ Seri Muhyiddin Bin Yassin haruslah diterapkan semasa berada di sekolah supaya pembelajaran dan ilmu yang diperoleh oleh pelajar adalah sama rata tidak kira daripada murid berkeperluan khas, miskin dan sebagainya.

Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau “kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan atau pun dari segi rasa hati. Walaupun begitu, mereka berhak mendapat layanan yang baik daripada semua pihak agar mereka tidak merasa terasing atau disisihkan. Hal ini penting kerana, jika mereka merasa demikian, semangat mereka untuk belajar terus lenyap dan akan mewujudkan sikap prejudis terhadap mereka yang melakukan sedemikian kepada mereka.

Akhir kata, sepanjang melaksanakan kajian ini, saya amat beruntung kerana banyak ilmu yang saya perolehi daripada murid-murid berkeperluan khas ini dan mereka telah memberikan saya motivasi untuk terus berusaha untuk memperbaiki diri saya. Jika mereka yang berkeperluan khas mampu, kenapa saya tidak. Ini amat bersesuaian dengan satu ayat daripada kitab suci Al-Quran yang bemaksud, “ Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka berusaha untuk mengubah nasib mereka sendiri “.

RUJUKAN

Abd. Rahim  Talib (2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur. MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Abu  Bakar Nordin  &  Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Kuala Lumpur. Quantum Books.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon (1992). Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jamila K.A Mohamad (2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS Publiction & Distributions.

Mohd. Sharani Ahmad (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS Publications & Distributors.

Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2009).  Sekolah  Pendidikan Khas.  Diperoleh pada 9

Oktober daripada  http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_khas

Zamri  Mahamod  (2009). Posiding Seminar Pendidikan Khas. Bangi.  Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 11: Pengasingan Dihadapi Murid Berkeperluan

RUJUKAN LAMAN WEB

http://tuanmat.tripod.com/analisa.html Dilayari pada 17 Mac 2012. Pada Pukul 9.32 malam

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0906&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_05.htm Dilayari pada 18 Mac 2012 Pada Pukul 8.12 malam.