Pengenalan Penglibatan Ibu Bapa

2
Pengenalan Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah ialah penglibatan yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama- sama atau saling bantu-membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa dalampendidikan kanak- kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan perkembangan kanak- kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah Abdul Rahman (2006) tentang penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak, beliau merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang pendidikan, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang. Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pula yang menunjukkan kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam kelas prasekolah. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di prasekolah, Di antara

description

Pengenalan Penglibatan Ibu Bapa

Transcript of Pengenalan Penglibatan Ibu Bapa

Page 1: Pengenalan Penglibatan Ibu Bapa

Pengenalan

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Pendidikan Prasekolah ialah penglibatan

yang dapat ditakrifkan sebagai usaha bersama-sama atau saling bantu-

membantu antara dua pihak ataupun beberapa pihak. Penglibatan ibu bapa

dalampendidikan kanak-kanak dapat meneguhkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak dan membantu mengekalkan kejayaannya.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Siti Fatimah Abdul Rahman (2006)

tentang penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak, beliau

merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang

pendidikan, ibu bapa perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran

mereka. Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak

langsung memberikan kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak

antaranya sikap bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran di samping

menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan seimbang.

Di Malaysia Event et al. (1999) mendapati bahawa penglibatan ibu bapa

terdapat ruang lingkup yang agak terbatas. Corak penglibatan ibu bapa

ditentukan oleh penganjur sesebuah tadika. Ada pula yang menunjukkan

kecenderungan ibu bapa terlibat dalam aktiviti kokurikulum tetapi ibu bapa tidak

dijangka dan dirancang terlibat dalam pengendalian pengajaran harian dalam

kelas prasekolah. Hanya 10% daripada ibu bapa yang aktif di prasekolah, Di

antara sebab yang dinyatakan adalah kekurangan masa dan ibu bapa

mempunyai tanggungjawab di rumah, serta kurangnya kesedaran ibu bapa

mengenai peranan mereka sebagi pendidik kanak-kanak pra sekolah.