Penggunaan TMK Dalam P&P BM

27
KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 1.1 Objektif 1.2 Definisi Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) 1.3 Ciri-Ciri TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran a) Teks b) Grafik c) Audio d) Video e) Animasi f) Interaktif 2.0 TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu 3.0 Pendekatan dalam P&P Menggunakan TMK i) Mod Tutorial a) Kekuatan Mod Tutorial B) Kelemahan Mod Tutorial ii) Mod Penerokaan a) Kelebihan Mod Penerokaan b) Kelemahan Mod Penerokaan iii) Mod Aplikasi a) Kelebihan Mod Aplikasi b) Kelemahan Mod Aplikasi iv) Mod Komunikasi a) Kelebihan Mod Komunikasi b) Kelemahan Mod Komunikasi 4.0 Rancangan Pengajaran Harian Integrasi TMK 5.0 Penutup

description

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P Bahasa Melayu

Transcript of Penggunaan TMK Dalam P&P BM

KANDUNGAN

1.0Pengenalan

1.1 Objektif

1.2Definisi Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

1.3Ciri-Ciri TMK dalam Pengajaran dan Pembelajarana)Teks b) Grafikc) Audiod)Videoe) Animasif)Interaktif

2.0TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

3.0Pendekatan dalam P&P Menggunakan TMK

i) Mod Tutoriala) Kekuatan Mod TutorialB)Kelemahan Mod Tutorialii) Mod Penerokaana)Kelebihan Mod Penerokaanb)Kelemahan Mod Penerokaaniii) Mod Aplikasia)Kelebihan Mod Aplikasib)Kelemahan Mod Aplikasiiv) Mod Komunikasia)Kelebihan Mod Komunikasib)Kelemahan Mod Komunikasi

4.0Rancangan Pengajaran Harian Integrasi TMK

5.0Penutup

1.0PengenalanPerkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat sejak belakangan ini telah dan sedang merevolusi gaya hidup dan aktiviti seharian manusia. Kemajuan dalam bidang ini telah memudahkan kita menerima, menyampaikan dan menyebarkan maklumat dengan begitu pantas. Kini maklumat telah menjadi satu komoditi atau produk yang sangat penting dalam membantu individu, masyarakat, organisasi dan kerajaan dalam membuat, merancang, melaksana sesuatu projek dan juga membantu dalam proses membuat keputusan dengan lebih tepat. Ramai pakar bidang futuristik sebelum ini seperti Clark Kerr, Daniel Bell, Alvin Toffler dan lain-lain lagi telah lama menjangkakan bahawa era masa hadapan merupakan era yang didominasi oleh maklumat. Daniel Bell dalam bukunya The Coming of Post Industrial Society (1973) menyatakan bahawa era masa hadapan, masyarakat dunia memerlukan pengetahuan untuk menjangka masa hadapan, berbanding dengan hanya bergantung kepada ramalan atau kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Dan untuk boleh menjangka sesuatu itu kita memerlukan maklumat yang tepat dan banyak. Melihat kepada ledakan maklumat dan kecanggihan teknologi komunikasi yang terdapat masa kini, adalah wajar kita mengambil kesempatan untuk memanfaatkan teknologi ini dalam semua aspek kehidupan demi untuk kebaikan dan manfaat manusia sejagat. Justeru itu adalah sangat wajar penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) ini dimanfaatkan sepenuhnya dalam bidang pendidikan, khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penggunaan TMK dalam P&P dilihat dalam konteks aspek pengajaran guru (guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran murid (murid menggunakan TMK).

1.1 Objektif i. Mengenal pasti kelebihan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada P&P bahasa Melayu di sekolah.ii. Memahami perbezaan setiap mod pembelajaran menggunakan TMK.iii. Mengenal pasti kelebihan setiap mod pembelajaran menggunakan TMK.iv. Mengenal pasti kelemahan setiap mod pembelajaran menggunakan TMK.v. Mengaplikasikan satu mod pembelajaran menggunakan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tahun 6 di sekolah.

1.2Definisi Konsep Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)Menurut Joseph Anjuman dan Wan Rozali Wan Hussin (2013), Teknologi Maklumat dan Komunikasi dapat disimpulkan sebagai suatu sistem komunikasi dan perolehan data dan maklumat melalui peralatan teknologi secara interaktif daripada skala yang sekecil-kecilnya kepada skala yang sebesar-besarnya di peringkat global. Berdasarkan kepada definisi yang mereka berikan aspek penting yang mendasari maksud TMK itu ialah sistem yang membolehkan berlakunya komunikasi dan juga satu sistem yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat atau data hasil penggunaan teknologi tersebut. Secara tepat dan mudah konsep ini merujuk kepada penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) mendefinisikan TMK sebagai teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Berdasarkan definisi di atas dapat difahami bahawa teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.Terdapat tiga asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.Salah satu konsep yang sangat berkaitan dengan konsep TMK ialah teknologi multimedia. Multimedia bermaksud proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio, visual seperti tekas, grafik, audio, video dan animasi (Jamalludin & Zaidatun, 2003)

1.3Ciri-Ciri TMK dalam Pengajaran dan Pembelajarana)Teks Teks merupakan komponen asas dalam TMK serta penggunaan multimedia dalam P&P. Ia mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian sesuatu informasi. Teks juga boleh digunakan untuk memberikan penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan (Jamalludin & Zaidatun, 2000). Dalam konteks pendidikan, teks dalam multimedia digunakan sebagai asas penyaluran sesuatu maklumat untuk capaian pelajar melalui bantuan komputer. Penyaluran teks dalam multimedia dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. b) GrafikGrafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan informasi. Ia membantu dalam menerangkan sesuatu informasi secara lebih berkesan serta menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian informasi lebih menarik dan hidup. Di samping itu, grafik juga merupakan penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks.a) AudioAudio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan, seperti penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa. Di samping itu, ia membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan dan daya tumpuan terhadap sesuatu isi persembahan. Teknologi audio dalam multimedia memberi kemudahan kepada pelajar untuk memperolehi maklumat yang lebih berkualiti. Teknologi audio boleh menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan melalui persembahan audio. d)VideoVideo dapat menyediakan kaedah penyaluran informasi yang amat menarik dan hidup. Ia merupakan sumber atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu informasi. Di samping itu, ia berfungsi sebagai satu sumber penyampaian informasi dan sumber rujukan yang berkesan. Disamping itu, video digital menjanjikan satu corak persembahan yang hidup dan menarik bagi meningkatkan pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Unsur video dalam multimedia membawa satu perubahan yang besar di dalam kaedah penyaluran maklumat kepada pelajar. e) AnimasiAnimasi berperanan bagi menceriakan lagi persembahan sebuah informasi. Animasi juga membantu dalam menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah serta mampu menarik perhatian pengguna. Animasi berkomputer digunakan untuk menghasilkan satu keadaan yang meransang dan menyeronokkan. Seseorang pelajar boleh menggunakan animasi berkomputer untuk mendemonstrasikan bahan secara visual berdasarkan kehendak sendiri (Rozinah 2005). Ini dapat mempercepatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran disamping meningkatkan kreativiti dan produktiviti pelajar dalam subjek yang dipelajari.

`f)InteraktifKebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian computer dan multimedia merupakan kunci utama kebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Pengguna berupaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Ia juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan tersendiri.

2.0TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa MelayuPengajaran bahasa Melayu dengan menggunakan TMK adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan TMK dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru bahasa Melayu melaksanakan pengajaran menggunakan TMK dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Kesan pengajaran Bahasa Melayu menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran. Matlamat kerajaan menyasarkan Pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan di Malaysia sebagai satu bidang yang amat penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu dan tempat melahir generasi masa hadapan. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang yang serius terhadap profesion perguruan. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, krestif dan inovatif. Sehubungan itu, murid yang terlibat dalam pembelajaran mereka perlu menguasai kemahiran dalam mengaplikasikan penggunaan komputer dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran bahasa Melayu sering dinilai sebagai satu mata pelajaran untu meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh mengganggu keberkesanan pengajaran. Masalah tersebut termasuklah penguasaan kemahiran asas bahasa Melayu seperti lisan, membaca dan menulis. Pada tahap yang lebih tinggi, masih terdapat pelajar yang tidak dapat memahami teks yang dibaca dengan sempurna. Di samping itu, pada tahap sekolah menengah, penguasaan menulis juga masih lagi perlu diberi perhatian untuk memastikan objektif pengajaran bahasa Melayu tercapai. Oleh hal yang demikian, penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Melayu dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberikan impak terhadap permasalahan yang dihadapi. Sebagai alat bantu pengajaran yang terkini sifatnya, penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mampu mengubah persepsi pelajar terhadap pembelajaran bahasa Melayu. Guru bahasa Melayu sebagai pengendali pengajaran, perlu mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbantu komputer. Walaupun terdapat kesukaran dalam melaksanakannya, guru perlu bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan kini yang memerlukan pengajaran lebih berpusatkan pelajar. Beberapa kajian telah dilakukan Kesan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran BM juga didapati positif dengan kebanyakan sampel menyatakan demikian. Antaranya ialah penggunaan komputer dapat memupuk minat yang mendalam terhadap penguasaan BM. Kajian yang dijalankan oleh Saad Al Kahtani menunjukkan penggunaan komputer dalam pengajaran menulis karangan dapat memberi kesan terhadap pencapaian pelajar (Yahya, 2005). 3.0Pendekatan dalam P&P Menggunakan TMKPendekatan atau disebut juga Mod yang diperkenalkan untuk integrasi TMK dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru - guru mengaplikasikan proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Pendekatan P&P menggunakan TMK boleh dikategori empat mod iaitu:i) Mod Tutorialii) Mod Penerokaan (Eksplorasi)iii) Mod Aplikasiiv) Mod Komunikasi (Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM, 2001)Barbara Means dan rakan-rakan (1993)belaiu telah menghasilkan sebuah kajian berkenaan perkara ini bagi pihak Jabatan Pelajaran Amerika Syarikat pada tahun 1993, seperti yang terdapat dalam penulisan mereka bertajuk Using Technology to Support Education Reform. Ringkasan penerangan mereka adalah seperti berikut:

v) Mod TutorialDi dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK, kaedah tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan susunan dan urutan yang merangkumi pendedahan kandungan, tunjuk cara sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.Kaedah tutorial adalah sesuai digunakan di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar dan pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.Ia juga sesuai digunakan apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. Di samping itu, mod tutorial ini juga sesuai digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah dan apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.Kaedah tutorial mempunyai beberapa kebaikan. Antaranya ialah ia dapat mengindividukan pelajar. Pelajar juga boleh belajar sendiri dan mengikut kemampuan sendiri dengan seliaan yang minimum oleh guru. Mod tutorial juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penerapan mod tutorial dan penggunaan TKM dalam P&P mempunyai beberapa kekuatan dan kelemahan, antaranya:b)Kekuatan Mod Tutoriali) Pembelajaran individuMelalui penerapan mod tutorial pelajar boleh mengulangkaji atau belajar secara individu. Kaedah ini menyerupai pembelajaran secara konvensional di dalam bilik darjah, bezanya kaedah ini menggunakan TMK. Melalui kaedah ini pelajar juga boleh mengulang-ulang sesuatu topik sehingga pelajar tersebut menguasai topik tersebut.ii)Belajar ikut kemampuan sendiriPelajar juga boleh belajar mengikut kemampuan sendiri misalnya memulakan pelajaran atau ulang kaji mengikut topik yang mudah terlebih dahulu. Pelajar juga boleh mengulang kaji mengikut kesesuaian masa pelajar itu sendiri.iii)Meningkatkan motivasiPelajar akan bermotivasi untuk mengulang kaji secara kendiri. Rasa malu dan rasa rendah diri akan dapat diatasi kerana pelajar tersebut boleh belajar tanpa gangguan pelajar lain terutama bagi pelajar yang agak lemah dalam sesuatu topik atau mata pelajaran.iv)Penyeliaan minimumPendekatan tutorial ini juga tidak memerlukan penyeliaan atau perhatian yang tinggi. Dengan itu guru mempunyai masa yang mencukupi untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai kesukaran. Bantuan itupun hanyalah dalam bentuk yang minimum.

b)Kelemahan Mod Tutoriali)Pembelajaran tidak bersifat konstruksional. Menurut Means (1993) mod tutorial tidak boleh menjadi katalis dalam rekonstruksi sistem P&P kerana mod ini hanya bersifat memberi (transmitting). Tidak wujud interaksi antara guru dengan pelajar.ii)Mod ini sangat terdedah kepada penyalahgunaan oleh pelajar. Oleh kerana pelajar belajar secara kendiri dan kurang pengawasan, kemungkinan berlaku penyalahgunaan adalah tinggi. iii)Mod ini juga memerlukan peruntukan masa yang banyak disebabkan proses latih tubi dan pengulangan.

iv)Penerapan kaedah latih tubi (drilling) mengurangkan ruang untuk melakukan tugasan yang lebih mencabar, pelbagai dan perbincangan tentang masalah-masalah pembelajaran.

vi) Mod PenerokaanKaedah penerokaan ialah kaedah yang digunakan sebagai medium atau perantara untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD-ROM, portal maklumat dan internet.Keadah penerokaan juga digunakan untuk mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena atau keadaan secara tunjuk cara dibawah kawalan pelajar sendiri dan dapat mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi dibawah kawalan sistem.Kaedah penerokaan memfokuskan penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara.Kaedah penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.

Kaedah penerokaan mempunyai kebaikan tersendiri dan dapat memberi kebaikan kepada pelajar dan guru.Kebaikannya kepada pelajar ialah ia dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar dan penyelesaian masalah sebenar. Ia juga dapat memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri secara mendalam terhadap kandungan pelajaran disamping memberi peluang kepada pelajar menentukan hala tuju dan kemajuan pelajaran mereka. Kaedah penerokaan juga memberi kebaikan kepada guru dimana ia memberi peluang kepada guru untuk menerapkan strategi-strategi pembelajaran berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme.

a)Kelebihan Mod Penerokaan

i)Pelajar bebas pilih gaya atau haluan pembelajaran masing-masing. Melalui proses penerokaan tersebut pelajar akan dapat mempelajari fakta, konsep dan prosedur baru. ii)Pelajar akan dapat membina pengetahuan dengan lebih aktif. Pengetahuan dan maklumat baru yang diperolehi akan memupuk minat pelajar untuk terus meneroka perkara lain yang berkaitan.iii)Pelajar juga akan dapat mengatasi masalah sebenar dalam sesuatu perkara dengan mencari maklumat yang dapat membantunya menyelesaikan sesuatu masalah.iv)Mod ini juga bersesuaian dengan kaedah pembelajaran ayang konstruktif kerana pelajar akan dapat pelbagai maklumat di samping maklumat-maklumat yang diberikan oleh guru.

b)Kelemahan Mod Penerokaani)Tanpa pengawasan yang ketat pelajar akan mudah terpesong dalam pencarian maklumat yang diminta. Keseronokan meneroka akan melekakan pelajar dan kemungkinan pelajar meneroka perkara-perkara yang langsung tidak berkaitan akan lebih tinggi.ii)Mod penerokaan memerlukan masa pembelajaran yang panjang/ Oleh kerana mod ini memberi kebebasan pelajar meneroka untuk mendapatkan maklumat maka adalah sukar untuk menentukan peruntukan masa yang mencukupi.iii)Pembelajaran menggunakan mod ini tidak menjamin pelajar akan dapat menguasai atau memahami sesuatu topik itu dengan mendalam. Oleh kerana pelajar meneroka untuk mencari maklumat yang diminta maka sekiranya maklumat tersebut diperolehi, peljar akan meneroka perkara lain pula. Oleh itu tidak wujud proses latih tubi.iv)Kesukaran mendapatkan perisisan atau laman sesawang yang benar-benar menepati keperluan P&P. Untuk membangunkan sesebuah aplikasi atau laman sesawang memerlukan kos yang tinggi. Kalau adapun aplikasi yang boleh dibeli di pasaran harganya mungkin terlalu mahal.

vii) Mod AplikasiKaedah aplikasi dalam pembelajaran yang beteraskan TMK digunakan sebagai mekanisma penyaluran maklumat untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan menyalurkan maklumat kepada pelajar yang lain. Kaedah aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menyisih data.

Kaedah aplikasi memberi kebaikan kepada pelajar di mana pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

a)Kelebihan Mod Aplikasii)Pelajar mampu memberi tumpuan dalam P&P dengan membuat tugasan yang diberikan oleh guru. Contohnya, pelajar akan lebih memberi tumpuan sekiranya ditugaskan membuat suntingan video menggunakan sesebuah perisisan. ii)Melalui mod ini pelajar akan dapat meningkatkan kecekapan dan kemahiran mengendalikan sesebuah aplikasi.iii)Penghasilan tugasan yang kemas dan cantik merupakan salah satu keistimewaan mod aplikasi. Pelajar-pelajar dengan mudah dapat mempelbagaikan gaya persembahan sesuatu tugasan sama ada bentuk, warna ataupun kandungannya. Contohnya memasukkan gambar atau video dalam sesuatu tugasan.iv)Mod ini dikatakan mod yang bersifat multi-disiplin. Mod ini memerlukan pelajar cekap atau mahir dalam banyak perkara berkaitan TMK dan multimedia. Pencarian maklumat, penyuntingan, penulisan dan kebolehan mengarang.b)Kelemahan Mod Aplikasii)Kesukaran menjalankan P&P sekiranya pelajar mempunyai pelbagai kecerdasan dan pengetahuan dalam perisian TMK dan multimedia.ii)pelajar yang lemah dalam mengendalikan sesuatu aplikasi akan berasa malu dan mula mengelak daripada menghabiskan tugasan yang diberi.iii)Kehilangan kemahiran menulis merupakan satu gejala yang ketara berlaku dewasa ini disebabkan semakin ramai pelajar hanya menggunakan komputer untuk menghasilkan tugasan atau menulis. iv) Penghasilan sesebuah aplikasi adalah terlalu mahal. Untuk memperoses kata misalnya, memerlukan perisian seperti Microsoft Words. Perisian ini sangat mahal harganya. Ditambah pula sekiranya memerlukan perisian multimedia.

viii) Mod KomunikasiKaedah komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran TMK digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya Chat, Email, Sidang audio/video dan laman web.Keadah komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Seperti kaedah yang lain, kaedah komunikasi juga mempunyai kebaikan tersendiri.Antara kebaikan dalam kaedah komunikasi ialah memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Ia juga dapat memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini juga mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

a)Kelebihan Mod Komunikasii)Pembelajaran bersifat kolaborartif. Kerjasama dan penyertaan beberapa pihak dalam P&P membolehkan pelajr dan guru mendapatkan maklumat tambahan daripada individu yang berada di tempat lain.ii)Pembelajaran dua hala membolehkan pembelajaran interaktif berlaku. Pelajar boleh berbincang atau mengemukakan pertanyaan kepada pembentang dan mendapat jawapan dengan segera.iii)Boleh mendapatkan maklumat terbaharu melalui pakar-pakar dari seluruh dunia sekiranya ketiadaan pakar di tempat sendiri. iv)Dapat mengurangkan kos dari segi menjemput pakar datang memberikan taklimat atau ceramah.b)Kelemahan Mod Komunikasii)P&P mungkin membosankan kerana pelajar hanya berhadapan dengan teknologi atau alat bantu mengajar sahaja. Dalam hal ini sidang video misalnya, tidak dapat menandingi kehadiran sebenar.ii)Tidak wujud pembelajaran berpusatkan murid yang aktif.iii)Penggunaan video sebagai pembelajaran seperti program TV Pendidikan tidak mewujudkan komunikasi dua hala. Hal ini sangat membosankan ditambahpula sekiranya openyampaian dan kualiti video yang rendah.iv)P&P tidak dapat dijalankan sekiranya terdapat masalah bekalan elektrik dan gangguan internet. Sekiranya berlaku gangguan semasa proses P&P berlangsung akan menjejaskan fokus pelajar.

Kos P&P tinggi Masa P&P lama mungkin membosankan

5.0Rancangan Pengajaran Harian Integrasi TMK

Mata pelajaran: Bahasa MelayuKelas: Tahun 5 MawarTarikh: 14 Oktober 2013Bilangan Murid: 28 orangMasa: 8.40 pagi 9.40 pagiTunjang: KekeluargaanTajuk: Menghormati Ibubapa

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :i) Bertukar-tukar pandangan berdasarkan sesuatu isi.ii) Membaca dan memahami sajak yang diberi.iii) Membina ayat dengan peluasan subjek dan predikat.

Pengetahuan Sedia ada: Murid mengetahui tentang pekerjaan dan aktiviti ibubapa masing dan mengetahui asasPenggunaan komputer.Kemahiran Berfikir: Murid akan dapat :i) Memberi pendapatii) Menjana ideaiii) Berfikiran kreatifNilai Murni: i)Menghargai dan menyayangi orang yang tersayang. ii)Bertanggung jawab.Laman Web Berkaitan :i. https://www.youtube.com/watch?v=cnahSnXMByIii.http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2007/09/si-tanggang.htmliii.http://cikguskskr.blogspot.com/2012/07/koleksi-cerita-rakyat.html

Bahan Bantu Mengajar : Komputer dan LCD, internet, slaid Power Point, teks dan brosurPendekatan : Simulasi, penerangan, perbincangan dan pembentangan

Langkah / Masa

KandunganAktivitiCatatan/Elemen Bestari

Set Induksi( 5 minit )Mencetus Idea murid dengan tayangan video iklan Petronas bertemakan kekeluargaan.1. Guru menayangkan video iklan Hari Raya terbitan Petronas yang diperolehi melalui Youtube.2.Bersoal jawab dengan murid mengenai ibubapa mereka.

Laman web Youtube

Menjana Idea

Memberi pendapat

Pengenalan( 10 minit )Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.1.Guru mengedarkan petikan teks kepada setiap murid.2. Guru membimbing murid membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.3.Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan dengan teks.4.Murid menjawab soalan guru secara lisan.

Teks petikan

Memberi pendapat

Berfikir secara kreatif dan kritis

Aktiviti Kumpulan(20 minit)Perbincangan dalam kumpulan dan melayari internet berkaitan tajuk.1. Perbincangan dalam kumpulan mengenai jasa ibubapa mereka.2.Cara-cara merapatkan nilai kekeluargaan ialah membantu ibubapa di rumah.3.Murid-murid diedarkan brosur cara-cara untuk melayari internet.4.Setiap kumpulan dikehendaki mencadangkan satu aktiviti yang baik yang dapat membantu ibubapa di rumah.5.Murid akan menyediakan power point ringkas berkaitan tajuk.

Power point

Brosur

Komputer

Internet

Mod tutorial

Mod penerokaan

Laman web

Bekerja sama

Persembahan kumpulan(15 minit)Membentangkan Power Point ringkas ( Gambar dan tempat yang menarik untuk keluarga )

1.Guru akan member peluang murid member pendapat dan kebebasan murid-murid memilih aktiviti mereka.2.Murid juga member pendapat bagaimana aktiviti tersebut dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.Bekerjasama

Memberi Pendapat

Power point

Pengukuhan/ Penilaian/ Latihan(5 minit)

Membuat ayat dari gambar yang di ambil dari internet.1.Murid membuat 5 ayat dari gambar yang di ambil dari internet.Yakin diri

Gambar

Kesimpulan/ Penutup(5 minit)Merumus pelajaran pada hari ini.1.Murid dan guru bersoal jawab mengenai pelajaran hari ini.2.Murid juga member beberapa cara lain untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Yakin diri

Berani memberi pendapat

6.0PenutupDewasa ini TMK merupakan satu teknologi yang sangat pesat berkembang. Penggunaan TMK dalam kehidupan seharian sudah menjadi suatu keperluan. Keupayaannya membantu mempercepatkan kerja, meningkatkan hasil dan kemampuanya menyebarluaskan maklumat menjadikan TMK sangat wajar untuk dimanfaatkan dalam P&P di sekolah. Justeru itu pendekatan atau mod yang sesuai wajar diterapkan agar P&P akan menjadi lebih menarik, berkesan dan mempunyai impak yang tinggi.Penggunaan TMK dalam P&P diyakini bukan sahaja akan dapat membantu para guru dalam P&P, ia juga dapat menarik minat pelajar dalam menimba ilmu-ilmu baharu. Aplikasi VLE Frog yang dibangunankan oleh YTL dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia adalah contoh bagaimana TMK dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti P&P di sekolah. Lebih menarik lagi aplikasi ini akan membolehkan ibubapa mengikuti perkembangan akank-anak walau di mana juga ibubapa berada, malah ibubapa juga boleh membantu menjalankan P&P di rumah menggunakan aplikasi VLE Frog ini.Justeru itu kecekapan dan pengetahuan guru dalam menguasi TMK wajar ditingkatkan agar mereka dapat memanfaatkan TMK dalam P&P mereka. Penghasilan perisian yang bermutu dan menepati kehendak sistem pendidikan kita wajar dibangunkan dengan lebih banyak agar pe;ajar-pelajar boleh menimba ilmu dengan cara yang pelbagai dengan sumber yang pelbagai juga.

BIBLIOGRAFI

Bell. Daniel. (1973). The Coming of Post-Industrial Society: A Venture in Social Forecasting, New York: Basic Books

Joseph Anjuman & Wan Rozali Wan Hussin. (2013). ICT dan Kelestarian Penggunaannya dalam Pengajaran dan Pembelajaran Geografi di Sekolah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS). Diperolehi pada 03 Oktober 2013 dari http://www.ums.edu.my/spps/images/stories/Document/SPSG2013/ict%20dan%20kelestarian%20penggunaannya%20dalam%20pengajaran%20dan%20pembelajaran%20geografi%20di%20sekolah%20joseph_wan_usm.pdf.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Publication Sdn. Bhd.

Means, Barbara dll. (1993). Using Technology to Support Education Reform. Diperolehi pada 02 Oktober 2013 di http://www2.ed.gov/pubs/EdReformStudies/TechReforms/title.html.

Norhashim Abu Semah dll. (1996). Pengajaran Bantuan Komputer. Kuala Lumpur : DBP & Penerbit UTM

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2001). Penggunaan Teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Diperolehi pada 05 Oktober 2013 dari http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf.

Yahya Othman. (2005). Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

____________. Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa : Penguasaan Guru dan Kekangan dalam Pelaksanaan. Diperolehi pada 03 Oktober 2013 dari http://eprints.utm.my/5968/1/08-yahya.pdf.