Penggunaan Video Sebagai Bahan Bantu Mengajar

download Penggunaan Video Sebagai Bahan Bantu Mengajar

of 6

Transcript of Penggunaan Video Sebagai Bahan Bantu Mengajar

PENGGUNAAN VIDEO SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR Video pembelajaran merupakan salah satu media yang dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran. Video pembelajaran boleh didefinisikan sebagai gabungan bunyi dan visual yang direkod ke dalam pita video dan dimainkan melalui kaca TV (Tomalin, 1986). Televisyen dan pita video telah berjaya menjadi suatu media dalam pendidikan tidak formal dan formal. Ianya telah dikaji dengan luasnya oleh penyelidik. Hasil kajian membuktikan bahawa kebanyakan kaedah pengajaran menggunakan televisyen dan pita video adalah lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran tradisional. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami telah membina video pembelajaran berkaitan dengan kata nama Am. Dalam video ini, kami telah masukkan maksud kata nama Am, jenis-jenis kata nama Am berserta contoh dan juga penggunaan kata nama Am dalam ayat. Semua maklumat yang kami masukkan dalam video ini telah diubah agar ianya mampu untuk menarik minat pelajar untuk terus belajar. Sebagai contoh, dalam video ini, kami telah masukkan unsur-unsur bunyi yang meliputi sound track, dan juga suara penerangan. Disamping itu juga, kami turut memasukkan animasianimasi agar proses pembelajaran menggunakan video ini bertambah menarik dan menyeronokkan. Bahan bantu mengajar berbentuk video ini sesuai digunakan oleh guru pada langkah pertama, kedua ataupun langkah ketiga. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu ingin menggunakan video ini pada langkah pertama, maka selepas guru menayangkan video ini, guru boleh meminta murid menyenaraikan contoh-contoh lain kata nama Am yang tidak lagi terdapat dalam video tersebut sebagai aktiviti susulan selepas tayangan video tersebut.

Secara kesimpulannya, penggunaan bahan bantu mengajar seperti video ini sememangnya perlu digunakan oleh guru kerana keberkesanannya telah terbukti. Hal ini kerana, penggunaan video ini dapat meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap proses pembelajaran. Jadi penggunaan video sebagai bahan bantu mengajar ini adalah sangat wajar untuk terus digunakan oleh semua guru disekolah. PENGGUNAAN BROSUR DAN NEWSLETTER MENGAJAR Brosur adalah selebaran (selembar kertas) yang berisi maklumat di mana maklumat tersebut disusun secara sistematik. Brosur terdiri dari beberapa halaman yang dilipat tanpa menggunakan jilid. Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Begitu juga dengan newsletter, bezanya hanyalah newsletter tidak perlu di lipat sepertimana brosur. Saiz newsletter adalah sebesar SEBAGAI BAHAN BANTU

sehelai kertas A4 tanpa di lipat. Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian, dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang baik terhadap produk tersebut. Brosur dan newsletter lebih berfungsi sebagai penyampai maklumat yang ringkas dan padat. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami telah membina satu brosur berkaitan dengan kata nama am. Dalam brosur ini, kami telah memasukan maklumat tentang maksud kata nama am, kata nama yang terbentuk melalui proses imbuhan dan kami juga telah memasukan latihan kata nama am untuk di kategorikan oleh murid. Di samping itu, kami juga telah hias brosur tersebut dengan gambar-gambar kartun untuk menarik perhatian murid untuk belajar. Tambahan lagi, Latar belakang brosur tersebut di hiasi dengan pelbagai warna supaya murid tidak mudah jemu untuk membuat latihan dalam brosur tersebut.

Bagi newsletter pula, kami juga membina newsletter mengenai kata nama khas. Melalui newsletter ini, kami menfokuskan kepada satu tema iaitu tema haiwan peliharaan. Kami ingin menyampaikan maklumat mengenai kata nama khas yang melibatkan nama-nama haiwan. Tambahan lagi, kami telah membuat beberapa ayat mudah untuk menerangkan setiap nama-nama haiwan tersebut. Seterusnya, kami menyelitkan satu cerita kana-kanak Kisah Sang Arnab dan Sang Kura-kura untuk menambahkan lagi maklumat kami mengenai kata nama khas. Newsletter ini juga mempunyai daya tarikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana ianya mempunyai latar belakang dan gambar-gambar yang dapat menarik perhatian murid. PENGGUNAAN POWER POINT SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR Power Point adalah suatu program aplikasi yang berfungsi untuk membuat presentasi dalam bentuk slide. Power point ini dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh setiap peserta yang melihat hasil power point tersebut. Persembahan maklumay ini akan menjadi lebih menarik, dan efektif dengan adanya efek-efek animasi dan multimedia yang menyertainya. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami telah membina persembahan power point berkaitan dengan kata nama Am. Dalam power point ini, kami telah memasukkan maksud kata nama am yang lebih khusus iaitu kami menfokuskan kepada manusia, tempat, benda dan haiwan. Setiap item tersebut kami mempersembahkan dalam bentuk gambar supaya pengajaran dan pembelajaran dapat di laksanakan dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, setiap slide tersebut kami telah memasukan muzik latar agar menampakkannya bertambah menarik. Disamping itu juga, kami turut memasukkan animasi-animasi agar proses pembelajaran menggunakan power point ini bertambah menarik dan menyeronokkan. Bahan bantu mengajar berbentuk power point ini sesuai digunakan oleh guru dalam menyampaikan pengajaran mereka. Ini kerana ianya dapat menarik perhatian murid untuk menerima sesuatu pengajaran dengan lebih berkesan.Tambahan lagi, power point mempunyai pelbagai fungsi yang menarik seperti hyperlink dan sebagainya.

Refleksi Ahmad Izzudin Bin Abdullah Setelah selesai melaksanakan tugasan ini, banyak faedah dan manfaat yang saya dapat daripadanya. Melalui penghasilan kerja kursus ini, saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut dan terperinci tentang katalog internet bahan pengajaran dan pembelajaran dari laman web. Tambahan lagi, saya juga dapat membina bahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat pengarangan seperti brosur, newsletter, powerpoint dan movie maker. Apabila selesai membuat tugasan ini, barulah saya mengetahui bahawa terdapat banyak alat pengarangan yang dapat dijadikan bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. . Di samping itu, tugasan ini juga turut menekankan kepada aspek keilmuan. Saya berkata begitu kerana melalui tugasan ini saya dapat menimba ilmu pengetahuan baru tentang maklumat-maklumat yang saya perolehi semasa membuat kerja kursus. Contohnya, saya dapat banyak ilmu dalam membina alat pengarangan. Sebelum ini, saya hanya mahir dalam membuat persembahan maklumat dalam powepoint sahaja tetapi kini saya mendapat satu pengalaman

baru dalam menyampaikan maklumat melalui brosur, newsletter dan movie maker. Ianya juga dapat mencungkil bakat daripada diri saya sendiri dalam membina alat pengarangan yang kreatif dan menarik. Seterusnya, tugasan ini dapat membiasakan saya dengan pencabahan ilmu atau idea yang baru dalam melaksanakan sesuatu tugasan pada masa yang akan datang. Sebelum ini saya tidak mengetahui secara mendalam tentang penggunaan alat pengarangan tersebut tetapi sekarang ianya menebal di dalam minda saya. Maksudnya di sini, saya dapat menerangkan semula tanpa merujuk buku untuk menerangkan kepada orang lain tentang hal-hal yang berkaitan dengan alat pengarangan khususnya dalam membuat video mivie maker. Secara tidak langsung, saya dapat memperbaiki dan menambah baik dari segi pengetahuan am saya dan seterusnya dapat menjadi seorang individu minda kelas pertama.

Di samping itu, manfaat yang saya perolehi sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ialah saya dapat merancang masa yang ada dengan baik. Hal ini demikian kerana, saya perlu menggunakan masa yang diberikan dengan baik supaya dapat menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan dan dapat menghasilkan tugasan dengan lebih berkualiti. Oleh itu, saya perlulah menggunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya dan alhamdullillah kerana saya mempunyai masa yang mencukupi hasil daripada perancangan masa yang dilakukan. Malah, dengan masa yang diberikan ini juga memberikan saya peluang untuk mencari maklumat yang pelbagai dari berbagai bahan sumber seperti pusat sumber, internet, buku rujukan dan sebagainya. Tambahan lagi, pensyarah dan rakan-rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui kolaborasi dengan pensyarah, saya dapat gambaran dan cara-cara untuk menghasilkan tugasan yang terbaik yang mengikut format-format yang telah ditetapkan. Tugasan ini juga turut mengajar saya untuk menghargai masa yang ada dan tidak membazirkan masa yang ada untuk perkara yang tidak berfaedah. Ini penting terutamanya saya sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang agar menepati masa yang telah ditetapkan dan selalu bersikap berdisiplin agar dapat menjadi contoh kepada muridmurid. Secara keseluruhannya, tugasan ini membawa banyak faedah kepada saya dalam pelbagai aspek dan menjadikan saya seorang yang lebih peka dalam pembelajaran. Tambahan lagi, tugasan ini amat berjaya bagi saya. Ini kerana saya telah faham sepenuhnya tentang katalog internet dan alat pengarangan yang telah memberi saya satu pengalaman baru dalam hidup saya sepanjang berada di IPG kampus Kota Bharu ini. Saya harap ilmu yang saya perolehi ini tidak saya persiasiakan begitu sahaja. Saya akan menfaatkan ilmu ini untuk di curahkan kepada bakal anak-anak murid saya kelak.