Penglibatan ibu bapa di prasekolah

8
PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PRASEKOLAH Nama Ahli : Normala Binti Jamian Norsitianum Binti Noor Wahid Julisalha Binti Jaafar Tarikh : 15 Disember 2015 Pensyarah : Dr Kamisah Binti Buang

Transcript of Penglibatan ibu bapa di prasekolah

Page 1: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI PRASEKOLAH

Nama Ahli : Normala Binti Jamian Norsitianum Binti Noor Wahid Julisalha Binti Jaafar

Tarikh : 15 Disember 2015

Pensyarah : Dr Kamisah Binti Buang

Page 2: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

SOALAN 1

Berdasarkan pengalaman anda, sejauh manakah tahap penglibatan ibu bapa di

prasekolah ?

Page 3: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

JAWAPANJawapan : Tahap ibu bapa yang biasaJustifikasi : 10/25 adalah dalam kalangan ibu bapa yang

tidak menyokong dan penglibatan tidak aktif

Huraian :Kebanyakkan ibu bapa dalam kategori ini tidak mengambil berat

akan tahap perkembangan pendidikan anak-anak di sekolah. Mereka hanya menyerahkan soal didikan anak-anak kepada pihak sekolah semata-mata. Mereka juga tidak melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah walaupun telah dimaklumkan awal. Selain itu, mereka juga sering menyalahkan pihak sekolah sekiranya berlaku sesuatu kepada anak-anak mereka.

Page 4: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

Cadangan :Pihak sekolah boleh mengadakan satu aktiviti yang memerlukan

penglibatan anak bersama ibu bapa dan menetapkan bahawa sekiranya ibu bapa tidak turut serta, anak tersebut tidak boleh menyertai aktiviti tersebut.

Contoh aktiviti – Hari Keluarga dan Sukaneka

Page 5: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

SOALAN 2

Bincangkan kelemahan-kelemahan dalam hubungan dengan ibu bapa yang wujud

di tabika anda. Cadangkan penambahbaikkan yang berkesan.

Page 6: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

KELEMAHANJawapan :Kelemahan – Antara kelemahan yang wujud ialah berlakunya ketidakserasian

dalam hubungan antara ibu bapa dan guru contohnya berlakunya perselisihan pendapat yang tidak sama dalam melaksanakan sesuatu program sekolah. Keadaan tersebut menyebabkan tiadanya sokongan ibu bapa terhadap semua aktiviti anjuran sekolah. Ibu bapa juga tidak memberikan sebarang sumbangan kepada pihak sekolah dan hanya berkelakuan dengan menghantar anak ke sekolah dan mengambil anak dari sekolah apabila tamat waktu persekolahan sahaja. Guru juga tidak mengambil serius apabila hal tersebut berlaku dan menganggap hal tersebut sebagai suatu masalah yang remeh.

Page 7: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

CADANGANCadangan –Guru sepatutnya memandang serius terhadap masalah ini. Guru

perlu lebih efisyen dalam menangani masalah ini. Guru sepatutnya lebih bijak dalam berkomunikasi dengan ibu bapa. Contohnya dengan menjadikan hubungan dengan ibu bapa bukan sekadar hubungan guru-ibu bapa tetapi lebih kepada hubungan sebagai seorang kawan. Apabila hubungan ini terjalin, kemesraan akan wujud secara semulajadi dan ibu bapa akan lebih terbuka untuk menyertai semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah tanpa menjejaskan peranan guru sebagai guru dan peranan ibu bapa sebagai ibu bapa.

Page 8: Penglibatan ibu bapa di prasekolah

RUMUSAN

Ibu bapa dan guru merupakan penentu kepada kejayaan dan kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Jalinan hubungan yang baik dan berkesan

memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan dan perkembangan sahsiah serta keperibadian anak-anak itu sendiri.