PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ......

10
SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012 1 PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA YANG SEBENARNYA BERLAKU? Prof. Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd Meerah Fakulti Pendidikan, UKM ABSTRAK Pelajar sekolah telah melalui latihan dalam mengambil peperiksaan. Hakikatnya, mereka mungkin sudah habis mengajar isi sukatan pelajaran, beri ujian serta mengulang pengajaran supaya pelajar berjaya. Persoalannya, apa yang diuji untuk tujuan mengukur dan menilai apa dan apa yang diguna untuk menghasilkan ukuran dan penilaian tersebut. Guru telah menerima pelbagai ucapan tahniah dalam menghasilkan keputusan yang baik yang turut meningkat setiap tahun. Makin tahun makin ramai yang dapat hasil ukuran yang tinggi. Namun begitu masih terdapat pelajar kurang persediaan untuk meneruskan pengajaran dengan baik serta berkualiti. Kertas kerja ini menjelaskan kekurangan amat ketara guru berusaha memahami dari awal persediaan pelajar dari segi ‘apakah ilmu dan kemahiran’ yang diperlukan supaya dapat mengikuti pelajaran yang lebih berkesan. Pengajaran di sekolah tertumpu kepada ujian pencapaian hingga lupa membangunkan alat ukur ujian untuk mengukur apa yang dipunyai oleh pelajar dan jurang dalam asas yang perlu supaya usaha-usaha awal diambil untuk mencapai apa yang diharapkan. Bagaimana ujian perlu dijalankan dan apakah bentuk ujian tersebut untuk mengenal pasti kekurangan supaya pemulihan boleh dilakukan dari awal. Kertask kerja ini akan menerangkan kepentingan persediaan dalam latar belakang, pra-keperluan atau prasyarat. Kedua, menerangkan amalan dalam dan luar dalan mengukur dan menilai kesediaan pelajar. Ketiga, menerangkan contoh, alat ukur dalam ujian diagnostik serta langkah-langkah penyediaan. Akhir sekali, perbincangan penyelidikan ujian diagnostik.

Transcript of PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ......

Page 1: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

1

PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA YANG SEBENARNYA

BERLAKU?

Prof. Datuk Dr. Tamby Subahan Mohd Meerah

Fakulti Pendidikan, UKM

ABSTRAK

Pelajar sekolah telah melalui latihan dalam mengambil peperiksaan.

Hakikatnya, mereka mungkin sudah habis mengajar isi sukatan pelajaran,

beri ujian serta mengulang pengajaran supaya pelajar berjaya. Persoalannya,

apa yang diuji untuk tujuan mengukur dan menilai apa dan apa yang diguna

untuk menghasilkan ukuran dan penilaian tersebut. Guru telah menerima

pelbagai ucapan tahniah dalam menghasilkan keputusan yang baik yang turut

meningkat setiap tahun. Makin tahun makin ramai yang dapat hasil ukuran

yang tinggi. Namun begitu masih terdapat pelajar kurang persediaan untuk

meneruskan pengajaran dengan baik serta berkualiti. Kertas kerja ini

menjelaskan kekurangan amat ketara guru berusaha memahami dari awal

persediaan pelajar dari segi ‘apakah ilmu dan kemahiran’ yang diperlukan

supaya dapat mengikuti pelajaran yang lebih berkesan. Pengajaran di sekolah

tertumpu kepada ujian pencapaian hingga lupa membangunkan alat ukur

ujian untuk mengukur apa yang dipunyai oleh pelajar dan jurang dalam asas

yang perlu supaya usaha-usaha awal diambil untuk mencapai apa yang

diharapkan. Bagaimana ujian perlu dijalankan dan apakah bentuk ujian

tersebut untuk mengenal pasti kekurangan supaya pemulihan boleh

dilakukan dari awal. Kertask kerja ini akan menerangkan kepentingan

persediaan dalam latar belakang, pra-keperluan atau prasyarat. Kedua,

menerangkan amalan dalam dan luar dalan mengukur dan menilai kesediaan

pelajar. Ketiga, menerangkan contoh, alat ukur dalam ujian diagnostik serta

langkah-langkah penyediaan. Akhir sekali, perbincangan penyelidikan ujian

diagnostik.

Page 2: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

2

PENGENALAN

Umumnya para pendidik dan guru tahu batasan maklumat yang dapat

diperoleh daripada keputusan pengujian pencapaian sekolah, daerah

mahupun di peringkat nasional, khususnya berhubung dengan kekuatan dan

kelemahan pelajar yang dapat membantu dalam pengajaran dan pembelajaran

seterusnya serta intervensi yang munasabah. Lagipun, mengikut Popham,

W.J. (2000), ujian piawai kurang penggunaan untuk menilai kualiti pendidikan

sebab terdapat kurangnya ‘alignment’ di antara apa yang diajar dengan yang

diukur serta hasil ukuran yang diperoleh mungkin menggambarkan daya

intelek pelajar, apa yang diperolehi daripada pengajaran guru atau apa yang

dipelajari di luar sekolah (termasuk latih-tubi guru tuisyen).

Kekurangannya juga boleh dilihat dari segi keadilan pengendalian

pengujian. Penggunaan satu sistem pengujian baik dari segi perspektif semua

pelajar diadili oleh satu standard yang sama. Dengan harapan semua

menguasai kemahiran-kemahiran untuk hidup dengan berjaya selepas

pendidikan yang diterima. Namun kesan yang dialami adalah sekolah

khususnya menumpu terlalu banyak masa pengajaran kepada penyediaan

pelajar menghadapi peperiksaan, menghadkan perkara-perkara yang akan

diuji. Pengajaran mengakibatkan pembelajaran secara hafalan.

Oleh sebab itu, Subahan (1990) mendapati terdapat kepelbagaian latar

belakang asas dalam mata pelajaran Fizik dan Matematik Tahun Satu di UKM.

Walaupun pelajar mengikuti kurikulum yang seragam di peringkat sebelum ke

universiti (Matrikulasi atau Tingkatan Enam) dengan prestasi yang baik.

Antara punca utama adalah mereka telah lupa apa yang telah dipelajari.

Sungutan-sungutan biasa kedengaran daripada guru yang menerima pelajar

yang baru berjaya menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR, SPM

tetapi tidak menunjukkan mereka telah bersedia dengan asas yang perlu

untuk mengikuti pelajaran selanjutnya. Fenomena pelajar tidak dapat

membaca selepas 6 atau 9 tahun persekolahan serta tidak bersedia dengan

kemahiran asas makmal dan seumpamanya.

Seperkara lagi pengujian itu tidak mengambil kira batasan pelajar yang

menghadapi masalah pembelajaran serta kecacatan lain, tetapi mungkin

terlepas peluang menunjukkan mereka mempunyai kebolehan dalam tingkah

laku yang diukur oleh sebab tiadak bantua akodomadasi yang sesuai diberi

untuk mengatasi kekurangan mereka supaya mereka boleh menjalankan

pengujian tersebut.

Page 3: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

3

Oleh sebab di atas, pelajar perlu melalui pengujian semula untuk para

penerima pelajar tersebut dapat maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan

mereka bagi membantu keputusan intervensi atau pengubahsuaian tertentu.

Pengujian yang dimaksudkan membuat lebih dalam tetapi sempit dari segi

liputan bahagian isi kandungan dan objektif yang terpilih. Ini berbeza dengan

pengujian pencapaian tradisional yang mana ruang lingkup agak laus dan

bilangan item pengujian bagi sesuatu perkara terbatas. Dua contoh jenis

pengujian ini adalah ujian saringan LINUS (dalam Matematik dan Bacaan) dan

ujian penempatan ELPT (English Language Placement Test).

Terdapat usaha untuk membangunkan pengujian yang diklasifikasi

sebagai ujian diagnostik dalam mata pelajaran seperti Matematik, Sains dan

Bahasa untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar. Perhatian

juga diberi untuk membangunkan ujian diagnostik mengenal pasti kecacatan

tertentu pelajar yang dikategorikan sebagai khas, supaya pemilihan dapat

dilaksanakan. Sebenarnya pengujian diagnostik bukan sahaja untuk

pengenalpastian kekurangan tetapi juga sepatutnya diikuti dengan rancangan

pemulihan atau intervensi yang positif. Beberapa penyelidik telah

menghasilkan kedua-dua jenis alat diagnostic di atas. Namun bilangannya

masih kecil sama ada di peringkat dalam dan luar negara. Baru-baru ini

program LINUS telah dijalankan sehingga peringkat Tahap Satu sekolah

rendah, dan pengumuman Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-

2025 telah berfokus kepada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Peringkat Pengajian Tinggi baru-baru ini juga telah diperuntukkan satu juta,

walaupun kecil khususnya untuk inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

di peringkat ini. Perkara ini merupakan perkembangan yang amat sihat.

Berdasarkan pengalaman dan latar belakang di atas, pusat

kecemerlangan Fakulti Pendidikan (Pusat Penilaian Pendidikan) yang telah

ditubuhkan setahun yang lalu berhasrat untuk memainkan peranan yang

penting dalam mentransformasikan sistem penilaian melalui penyelidikan,

antaranya adalah pembangunan pengujian diagnostik. Kertas ini ingin

mengambil kesempatan untuk perkongsian ilmu dalam pembangunan

pengujian diagnostik.

PENGUJIAN DIAGNOSTIK

Terdapat berbagai konsepsi mengenai pengujian diagnostik terpulang kepada

siapa ianya dirujuk dan untuk tujuan apa? Biasanya pengguna kepada hasil

pengujian ingin tahu apa pelajar boleh atau tidak, bukan khusus untuk

mengetahui kedudukan antara mereka. Ujian diagnostik LINUS merupakan

Page 4: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

4

satu usaha untuk menentukan kebolehan membaca dalam kalangan murid

sekolah rendah. Murid akan dikategorikan mengikut kriteria atau standard

yang ditetapkan. Mereka diklasifikasikan kepada tiga kumpulan, seperti

Perdana, LINUS, Tegar. Kumpulan LINUS dan Tegar akan diberi program

pemulihan hingga mencapai standard yang diharapkan. Tiga saringan

dilakukan (dalam bulan Februari, Jun, September) bermula dari Tahun Satu.

Saringan akan diteruskan pada tahun berikutnya mengikut standard Tahun

Dua, hingga kini sudah Tahun Tiga, kumpulan pertama ini berada.

Difahamkan melalui intervensi dan pemulihan, hampir 90% ke atas murid

berjaya menguasai standard pembacaan dan matematik. Sasaran Kementerian

Pelajaran adalah semua murid harus boleh membaca selepas tamat sekolah

rendah.

Walau bagaimanapun terdapat tujuh peratus yang masih tidak melepasi

tahap tegar. Antara punca, murid tidak mempunyai peluang mengguna,

contoh Bahasa Melayu di rumah. Tetapi mengikut pandangan penyelidik

sebahagian murid tersebut mungkin menghidap masalah ‘reading disorder’

(R.D.), yang berkaitan masalah disleksia, iaitu satu bentuk masalah

pembelajaran yang mempengaruhi kebolehan, menganalisis dan memanipulasi

sebutan dalam pertuturan yang mempengaruhi pembelajaran pembacaan.

Gejala ini juga dihalkan sebagai ketidakupayaan untuk dekod struktur

fonologi dan morfologi. Persatuan Disleksia Antarabangsa (IDA) mentakrif

ketidakupayaan dalam pembacaan sebagai kesukaran dengan pengecaman

perkataan secara tepat atau/dan lancar kenalpastian dan kelemahan mengeja

atau kebolehan dekod.

Dua contoh instrumen diagnostik telah dibangunkan oleh Lee, L.W.

(2008) dan Pheh, K.S. et al. (2012). Dua pengujian diagnostik ini telah

dibangunkan secara berasingan untuk saringan kebolehan membaca. Mereka

telah menggunakan hipotesis deficit fonologi ketidakbolehan membaca.

MyREAT dibangun oleh ahli Fakulti Perubatan UKM an Lee dibangunkan

dibangunkan di Fakulti Pendidikan, UKM.

Terdapat ujian diagnostik lain tetapi mereka mengandaikan pelajar yang

tidak boleh menguasai literasi oleh sebab mereka menghadapi disorder

pembacaan atau masalah pembelajaran bentuk lain. Masalah seperti di atas

jika dapat dikesan awal boleh dibantu supaya pelajar tersebut tidak disalah

tafsir sebagai menghadapi masalah pembelajaran. Sebelum ini pun instrumen

seperti di atas telah dibangunkan seperti Instrumen Senarai Semak Disleksia

(ISD) 2003 dan Children with Learning Difficulties Detection Instrument, tetapi

tiada rekod penulisan mengenai ciri psikometrik serta norma dan nilai klinikal

Page 5: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

5

(cut-off values) tidak dinyatakan. Instrumen oleh Pheh (2012) dan Lee (2008)

telah dibangunkan oleh kumpulan pakar termasuk ahli linguistik, psikologi

klinikal dan psikolinguistik dan ahli optometric

PENGUJIAN DIAGNOSTIK SAINS DAN MATEMATIK

Ausubel (1978) telah menyatakan, “jika dia ada pilihan untuk merumus semua

psikologi pendidikan kepada hanya satu prinsip, (beliau) akan menyatakan ini:

faktor yang paling penting mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang

pelajar telah mengetahui; tentukan ini dan mengajar dia mengikutinya”.

Ramai telah menerima dan menggunakan idea beliau itu dari sudut

pembelajaran bermakna. Berdasarkan itu, berbagai pengujian diagnostik

telah dibangunkan, untuk mengukur kesediaan pelajar untuk mengikuti

pelajaran seterusnya.

Faizah (2005) dari analisis literatur seperti Laporan Prestasi Calon SPM,

oleh Lembaga Peperiksaan dan laporan di peringkat Negeri Sembilan telah

merumuskan bahawa satu pengujian diagnostik matematik amat diperlukan.

Ujian-ujian diagnostik yang dibangunkan dapat memberi maklumat kepada

guru-guru sejauh manakah pelajar telah bersedia dengan pengetahuan asas

Matematik Tingkatan Empat dan juga diperlukan dalam Matematik

Tambahan. Beliau telah membangunkan instrumen berdasarkan analisis

keperluan serta mendapat pengesahan dari pakar pendidik matematik.

Keputusan kajian beliau bahawa pengujian diagnostik yang dibentuk mampu

memberi gambaran yang jelas dan tepat mengenai kekuatan dan kelemahan

pelajar dalam menguasai kemahiran-kemahiran Matematik Tingkatan 1, 2 dan

3.

Ujian diagnostik berbeza dengan ujian pencapaian oleh sebab pengujian

adalah mendalam dan khusus kepada satu bahagian yang kecil. Item-item

telah dibangunkan untuk setiap aspek, biasanya berdasarkan analisis mikro

kemahiran yang diperlukan, mengikuti urutan hierarki dalam menguasai

bidang kecil tersebut. Oleh itu terdapat pembangunan instrumen berdasarkan

topik atau kemahiran tertentu yang spesifik. Norasiah (2002) dan dan

Tarzimah (2012) telah membangunkan instrumen diagnostik berbagai topik.

Antaranya Norasiah (2002) dan Tarzimah (2012) telah menggunakan Hierarki

Kesilapan Newman dan temu bual klinikal untuk kepastiakn konsep tersebut.

Kebanyakan penyelidik hanya membangunkan instrumen tetapi tidak

merancang pembangunan diagnostik atau pemulihan. Tarzimah telah

memastikan pembangunan pelajar yang lemah dalam ‘kira-mengira’

matematik, selepas mengdiagnosis kelemahan pelajar.

Page 6: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

6

Subahan (1990) juga telah membangunkan instrumen pra-keperluan

pelajar, walaupun sebahagian item-item adalah melalui adaptasi instrumen

yang berkaitan. Dapatan kajian telah menyedarkan pensyarah-pensyarah

tahun satu mengenai andaian pelajar yang masuk universiti tidak semua

benar-benar bersedia dengan asas pengetahuan yang dijangka pelajar telah

perolehi. Usaha sedang dibuat untuk membangunkan bukan sahaja

pengujian di atas talian tetapi modul pemilihan juga akan disediakan untuk

pengujian dan pemulihan kendiri.

PENGUJIAN DIAGNOSTIK PENYELESAIAN MASALAH

Terdapat domain lain yang perlu didiagnosis. Razak (2006) telah mengusaha

membangun prosedur dan pengujian yang menekankan penyelesaian masalah

menggunakan kaedah berfikir cara lantang (thinking aloud). Dengan

pendekatan ini, beliau dapat mengidentifikasikan kelemahan dalam strategi

penyelesaian masalah fizik guru pelatih fizik. Dengan maklumat pengujian ini,

pendidik guru boleh merancang langkah diagnosis dalam pengajaran mereka.

PEMBANGUNAN UJIAN PINTAR

Pengujian diagnostic juga digunakan untuk menguji kekuatan kumpulan

pelajar (2 – 5% dalam sesuatu populasi). Satu daripada usaha tersebut, telah

dijalankan oleh penyelidik pusat pintar untuk membuat saringan pelajar

pelajar pintar seluruh negara. Alat Medsi, telah dibangunkan mengikut teori

kecerdasan, dan telah mula dipatenkan. Sehingga ini instrumen telah berjaya

membuat pemilihan calon pintar berdasarkan analisis korelasi kesahan

ramalan yang tinggi prestasi mereka dalam program PINTAR UKM. Hanya

seorang dua yang nampak tidak menunjukkan prestasi seperti diharapkan –

bilangan kecil ujian diagnostik untuk kumpulan khas. Identifikasi pelajar

yang mempunyai kekurangan atau masalah khas perlu dibangunkan. Namun

masih banyak perlu dilakukan untuk membangunkan intervensi bersesuaian

dengan kepintaran-kepintaran tertentu.

DIAGNOSIS SALAH FAHAM

Pusat Penilaian Pendidikan sedang membangunkan diagnosis mengenai

kesdiaan pelajar untuk sesuatu tahap. Dalam analisis mengenai kesediaan

pelajar dalam konsep-konsep asas, kami dapati terdapat kesilapan yang kerap

berlaku bukan disebabkan masalah pelajar tidak menguasai konsep yang

Page 7: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

7

betul tetapi oleh sebab mempunyai konsepsi atau penerangan alternatif yang

salah yang stabil; tidak mudah dinyahkan. Satu alternatif untuk mengatasi

adalah melalui ‘eksperimen bawa ke rumah’. Setiap pelajar akan dibekalkan

satu kit eksperimen dari bahan apparatus yang mudah dan murah diperolehi

dan mereka diminta menjalankan satu siri amali. Eksperimen-eksperimen

terfokus kepada sestau topik khusus di mana pelajar akan mencuba,

mengikut masa sendiri di rumah. Dengan penggunaan kit ini pelajar akan

melakukan eksperimen yang diatur dengan tertib supaya pembentukan dan

peneguhan konsep-konsep hierarki terhasil. Salah konsep dapat dinyahkan

melalui ‘directed’ eksperimen yang menggunakan pendekatan ‘Prediction

Observation and Explanation’. Adalah diharap intervensi seperti ini dapat

dibangunkan supaya diagnosis dan pemulihan dibuat serentak.

PUSAT KEPELBAGAIAN PELAJAR

Bersama dengan pusat ini, terdapat beberapa kegiatan penyelidikan

pembangunan pengujian diagnostik untuk menentukan asas mengdiagnosis

dan pemulihan pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran. Apabila

mengukur tingkah laku (yang bermasalah) prinsipnya kecacatan pelajar perlu

diambil kira supaya tidak menghalang pelajar mempamerkan kebolehan

mereka khususnya pencapaian dalam tingkah laku tidak ada perhubungan

dengan kecacatan pelajar. Dalam hal ini, program latihan diberi kepada

penyelidik yang berminat membangunkan pengujian diagnostik. Masalah

pembelajaran ditakrifkan sebagai suatu disorder yang mengkrompomikan

kebolehan pelajar untuk memahami atau guna bahasa pertuturan atau

penulisan, dan dimanifestasikan dalam bentuk kesukaran mendengar,

berfikir, bercakap, membaca, menulis, mengeja atau membuat kiraan

matematik. Memang terdapat banyak jenis kesukaran. Apabila pelajar

dikehendaki mengikut prosedur penilaian yang melibatkan penggunaan

kebolehan-kebolehan yang dipengaruhi oleh kecacatannya, maka penilaian itu

tidak relevan. Untuk mengukur konstruk sebenar, perlu ada ‘akomodasi’

supaya pelajar khas dapat menunjukkan nilai pengukuran yang sebenar.

Terdapat berbagai ‘akomodasi’ untuk memenuhi keperluan pelajar yang

mengalami kecacatan supaya mencerminkan kebolehan pelajar khas

sebenarnya.

Reynolds et al. (2010) telah menyenaraikan beberapa modifikasi yang

perlu dimasukkan:

1) Penyediaan Format

2) Modifikasi Format Laporan

Page 8: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

8

3) Modifikasi Masa diperuntukkan

4) Modifikasi Setting

Akomodasi dibuat supaya pelajar yang diuji diberi setting, masa, format dan

bentuk persembahan yang paling sesuai supaya pelajar dapat menunjukkan

persembahan yang terbaik. Ini penting supaya tiada penafian pelajar

menunjukkkan kebolehan sebenar, tanpa dijejaskan oleh kecacatannya. Oleh

yang demikian sebarang ujian diagnostik perlu merujuk aspek-aspek ini.

ISU-ISU PENILAIAN DIAGNOSTIK

Terdapat beberapa isu berhubung dengan penyelidikan dalam bidang ini:

1) Masih tidak banyak tumpuan dalam penyelidikan pendidikan dalam

perkara berhubung dengan pengujian diagnostik. Kita perlu

membangunkan penyelidikan dan mewujudkan perkongsian ilmu dalam

bidang kajian seperti ini.

2) Pembangunan instrumen diagnostic harus turut mengkaji diagnostiknya

yakni tindakan penyebab kesukaran yang dihadapi oleh pelajar. Guru kini

diminta membuat interpretasi tersebut dan menjalankan intervensi. Ini

disebabkan daripada pelaksanaan kelas inklusif di sekolah, di mana

pelajar khas dimasukkan dalam kelas biasa, menuntut guru

melaksanakan pemulihan jika wujud. Guru perlu latihan untuk

membangunkan pengujian diagnostik memandangkan masih belum ada

dalam pasaran instrumen yang diperlukan.

3) Walaupun pernah sesuatu instrumen di bangun dan diguna tetapi

dokumentasi dan pengujian instrumen tidak ada, khusus mengenai ciri

psikometrik dan norma serta nilai titik selisih untuk tindakan.

4) Terdapat langkah tertib dalam pembinaan serta model instrumen tidak

terhad kepada bentuk ujian pencapaian.

5) Terdapat berbagai teori asas pembangunan didasarkan selain daripada

asas defisit seperti bentuk model hybrid defisit.

RUMUSAN

Terdapat usaha kini untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan

pembelajaran untuk semua termasuk menyelidik inovasi dalam pengajaran

dan pembelajaran. Fakulti Pendidikan UKM merasa perlu ada perkongsian

ilmu dan kerjasama untuk meneroka bidang penilaian diagnostik supaya

sama-sama membantu untuk mengdiagnosis beserta dengan penyediaan

pemulihan. Kerjasama sedang dijalinkan antara pusat kecemerlangan dalam

Page 9: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

9

universiti, luar universiti tempatan serta luar negara. Marilah kita

bekerjasama untuk memaksimumkan hasil daripada peruntukan yang kecil

untuk semua.

RUJUKAN

Chatterji, M. 2003. Designing and Using Tools for Educational Assessment.

USA: Pearson Education, Inc.

Kubiszyn, T. & Borich, G. 2010. Eduactional Testing and Masurement:

Classroom Application and Practice. United States: John Wiley and Sons.

Faizah Mohd Ghazali. 2005. Ujian Diagnostik Matematik Menengah Rendah.

Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia

Lee Lay Wah. 2008. Pembinaan dan Pengesahan Ujian Bacaan untuk

Mengenal Pasti MasalahMembaca Disleksia. Tesis PhD, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norasiah Ambia. 2002. Diagnosis Jenis Kesilapan dan Kesukaran dlam

Hierarki Pembelajaran Persamaan Serentak. Projek Penyelidikan Sarjana

Pendidikan, Fakulti Pendidikan.

Pheh Kai Shuen, Indira a/p Madhavan, Normah Che Din, Sharanjet Kaur,

Rogayah A.Razak, Zainora Mohamad, Faudziah Abd, Manan, Rokiah

Omar, Haliza Abdul Mutalib, Arijit Chakroborty, Siti Zamratol Mar-

Sarah, Lim Hui Woan, Mohd Azmarul A Aziz, Manisah Ali & Sariah

Amirin. 2012. Construct Validity and Normative Data of Malay Reading

Abulity Test: A Preliminary Study. Proceeding International Conference on

Learner Diversity 2012. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Popham, W.J. 2000. Modern Educational Measurement: Practical Guidelines for

Educational Leaders. Boston: Allyn & Bacon.

Razak Samad. 2006. Teknik Berfikir Cara Lantang: Aktiviti Penyelesaian

Masalah di Kalangan Guru Siswazah : Satu Kajian Kes.

Reynolds, C.R., Livingston, R.B. & Willson V. Measurement and Assessment in

Education. 2nd Edition. Singapore: Pearson.

Subahan, T.M. & Abdullah. 1979. Tahap Literasi Murid Tahun Satu di Sekolah

Rendah Selangor. Laporan Penyelidikan. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Page 10: PENGUKURAN DAN PENILAIAN DIAGNOSTIK: APA · PDF filepengujian ini adalah ujian saringan ... bermula dari Tahun Satu. Saringan akan diteruskan pada ... Matematik Tingkatan 1, 2 dan

SEMINAR KEBANGSAAN MAJLIS DEKAN-DEKAN PENDIDKAN, IPTA 2012

10

Tarzimah Tamby Chik. 2012. Analisis Kesukaran dan Pembangunan Bateri

Pengenalpastian Kesukaran dan Kemahiran Matematik Asas. Tesis

Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.