PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN...

15
1 PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) NEGERI KELANTAN TAHUN 2015 PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Yang Berusaha Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan, Ketua-ketua Sektor atau wakil, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah atau wakil, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, wakil-wakil pihak media dan hadirin yang saya hormati sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya diberi kesempatan untuk mengumumkan analisis keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Negeri Kelantan tahun 2015. UPSR ini telah berlangsung pada 8, 9 dan 10 hb. September 2015 di seluruh negara. Untuk makluman, semua calon akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah masing-masing. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) taip UPSR <Jarak> Angka Giliran seterusnya sms ke 15888 dan juga dengan melayari portal Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp

Transcript of PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN...

Page 1: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

1

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) NEGERI KELANTAN

TAHUN 2015 PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berusaha Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kelantan,

Ketua-ketua Sektor atau wakil, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah

atau wakil, Pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,

wakil-wakil pihak media dan hadirin yang saya hormati sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah yang

Maha Pengasih lagi Penyayang kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya, saya diberi kesempatan untuk mengumumkan analisis

keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Negeri Kelantan

tahun 2015. UPSR ini telah berlangsung pada 8, 9 dan 10 hb.

September 2015 di seluruh negara. Untuk makluman, semua calon

akan menerima keputusan mereka mulai jam 10.00 pagi ini di sekolah

masing-masing. Calon juga boleh menyemak keputusan melalui sistem

pesanan ringkas (mySMS) taip UPSR <Jarak> Angka Giliran

seterusnya sms ke 15888 dan juga dengan melayari portal Lembaga

Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp

Page 2: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

2

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

UPSR yang diperkenalkan mulai tahun 1987 merupakan

peperiksaan berpusat peringkat kebangsaan yang diduduki oleh murid-

murid Tahun Enam sekolah rendah. UPSR dilaksanakan dengan

tujuan untuk mengukur sejauh mana calon telah dapat menguasai

kemahiran 3M iaitu menulis, membaca dan mengira. Di samping itu,

murid-murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-

masing agar menjadi insan yang seimbang seperti yang dihasratkan

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan UPSR bukan

merujuk kepada lulus atau gagal tetapi kepada tahap pencapaian murid

di akhir persekolahan di sekolah rendah.

Maklumat daripada keputusan UPSR ini boleh dirujuk oleh

pelbagai pihak untuk mengetahui tahap penguasaan murid dalam

kemahiran 3M dan kemahiran saintifik yang diterapkan melalui mata

pelajaran yang diajar di sekolah rendah. Keputusan UPSR boleh

digunakan oleh pentadbir dan guru sekolah menengah sebagai

maklumat untuk menentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai apabila murid-murid ini ke Tingkatan Satu.

MAKLUMAT AM UPSR 2015

Para hadirin sekalian,

Syukur Alhamdulillah, pada tahun ini UPSR dapat dilaksanakan

dengan lancar tanpa ketidakaturan. Sejumlah 31,068 orang murid

telah mendaftar sebagai calon UPSR di negeri Kelantan pada tahun

2015 berbanding 32,926 pada tahun 2014, iaitu penurunan seramai

1,858 calon atau 5.94%. Jumlah ini merangkumi 30,374 (97.77%)

calon Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia dan 694 (2.23%)

Page 3: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

3

calon bukan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak 445

pusat peperiksaan disediakan manakala seramai 2,872 orang petugas

peperiksaan telah dilantik untuk pentadbiran peperiksaan tersebut.

PELAPORAN KEPUTUSAN UPSR 2015

Seperti tahun-tahun lepas, keputusan UPSR tahun ini juga

dilaporkan berdasarkan Pencapaian Calon dan Prestasi Mata Pelajaran.

Pelaporan Pencapaian Calon adalah merujuk kepada sejauh mana calon

menguasai pembelajaran di sekolah rendah dalam kesemua mata

pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk menunjukkan

pencapaian calon di seluruh negara ialah Gred Purata Nasional.

Manakala pengukuran di peringkat negeri pula menggunakan Gred

Purata Negeri (GPN). Prestasi Mata Pelajaran pula merujuk kepada

sejauh mana calon menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam

setiap mata pelajaran yang diuji. Indeks yang digunakan untuk

menunjukkan prestasi mata pelajaran ialah Gred Purata Mata

Pelajaran (GPMP) bagi setiap mata pelajaran. Nilai gred purata

yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih

baik.

Pencapaian Calon UPSR 2015

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Sekali lagi saya memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi kerana

secara keseluruhannya pencapaian UPSR tahun 2015 bagi negeri

Kelantan amat membanggakan. Jadual 1 (di bawah) menunjukkan

pencapaian calon UPSR negeri Kelantan dari tahun 2011 hingga 2015.

Page 4: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

4

Pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) tahun 2015 telah

meningkat sebanyak 0.02 mata iaitu daripada 2.16 mata pada

tahun 2014 kepada 2.14 mata pada tahun 2015. Pencapaian GPN ini

juga mengatasi Gred Purata Nasional sebanyak 0.13 mata (Gred

Purata Nasional ialah 2.27 mata).

Dari sudut peratus kecemerlangan pula sebanyak 11.70% atau

seramai 3,527 calon daripada 30,139 calon yang menduduki UPSR

tahun ini telah memperolehi A bagi semua mata pelajaran yang

diambil berbanding dengan tahun 2014 sebanyak 11.25% atau 3,600

daripada 31,987 calon yang mendudukinya. Ini menunjukkan berlaku

peningkatan peratus kecemerlangan sebanyak 0.45%.

Manakala pencapaian Peratus Am Negeri menunjukkan sedikit

penurunan iaitu 0.5% daripada 73.90% tahun 2014 kepada 73.40%

pada tahun 2015. Pencapaian peratusan calon yang dikategorikan

sebagai Menguasai dan Tidak Menguasai (A-E) telah menunjukkan

peningkatan sebanyak 0.84% iaitu 24.4% bagi tahun 2015 berbanding

sebanyak 23.61% pada tahun 2014. Ini menunjukkan seramai

7,369 calon yang mendapat keputusan gred yang bercampur-campur

daripada gred A hingga E.

Amat membanggakan juga apabila peratusan pencapaian

calon yang dikategorikan sebagai Di bawah Tahap Penguasaan

Minimum/Gagal (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)

telah menurun sebanyak 0.35% iaitu 2.15% pada tahun 2015,

berbanding 2.50% pada tahun 2014.

Page 5: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

5

Secara keseluruhannya, sekali lagi pencapaian UPSR negeri

Kelantan tahun 2015 telah mengekalkan prestasi pencapaian

dalam kalangan yang terbaik di peringkat nasional.

Jadual 1: Pencapaian Calon UPSR di Negeri Kelantan dari Tahun 2011 hingga 2015

Pencapaian Calon 2011 2012 2013 2014 2015

Beza antara 2015

dengan 2014

Bil. Calon Menduduki 34,182 34,882 32,632 31,987 30,139 -1,848

Gred Purata Negeri (GPN)

2.09 2.18 2.16 2.16 2.14 0.02

Cemerlang (Semua A 7/5A)

5,282 15.45%

4,922 14.11%

4,703 14.41%

3,600 11.25%

3,527 11.70%

0.45%

Peratus Am Negeri (%) Menguasai (7/5 ABC)

73.57% 71.8% 70.16% 73.90% 73.40% -0.5%

Menguasai & Tidak Menguasai (A-E)

8,900 26.04%

8,784 25.19%

8,795 26.95%

7,551 23.61%

7,369 24.45%

0.84%

Di bawah Tahap Penguasaan Minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)

132 0.39%

1,044 2.99%

942 2.89%

799 2.5%

649 2.15%

-150 (-0.35%) lebih baik

Catatan: Bilangan calon yang memperoleh Gred ABC = 22,121 calon

Page 6: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

6

Pencapaian Calon Berkeperluan Khas

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,

Jadual 2 (di bawah) menunjukkan pencapaian calon

berkeperluan khas di negeri Kelantan pada tahun 2015 berbanding

tahun 2014. Bilangan calon berkeperluan khas di negeri Kelantan pada

tahun ini ialah 35 orang iaitu berkurangan seramai 20 calon berbanding

55 orang calon pada tahun 2014. Terdapat 6 (17.14%) calon

berkeperluan khas yang mendapat pencapaian lulus (ABC) pada tahun

ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45%) calon, iaitu

meningkat sebanyak 11.69%. Manakala bagi calon yang berada di

bawah tahap penguasaan minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-

duanya) dan lain-lain kombinasi pada tahun 2015 seramai 29 (82.86%)

calon berbanding dengan tahun 2014 seramai 51 (92.73%) iaitu

menurun sebanyak 9.87% (lebih baik).

Jadual 2: Pencapaian Calon Berkeperluan Khas di Negeri Kelantan Pada Tahun 2014 Berbanding Tahun 2015

Pencapaian Calon 2014 2015 Beza

Bil. Duduki 55 35 -20

Cemerlang (Semua A)

1 1.82%

0 0.00%

-1 -1.82%

Baik (Minimum C tidak termasuk semua A)

3 5.45%

6 17.14%

3 11.69%

Di bawah tahap penguasaan minimum (semua D/E atau kombinasi kedua-duanya)

5 9.09%

1 2.86%

-4 -6.23%

Lain-lain kombinasi 46

83.64% 28

80.00% -18

-3.64%

Page 7: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

7

PRESTASI MATA PELAJARAN UPSR 2015

Untuk makluman, kandungan sukatan mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah bagi Sekolah

Kebangsaan (SK) adalah lebih luas dan mendalam daripada Sekolah

Jenis Kebangsaan (SJK iaitu SJKC dan SJKT). Oleh itu, cakupan kertas

soalan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut lebih luas di SK

berbanding di SJK. Justeru, analisis prestasi mata pelajaran Bahasa

Melayu dan Bahasa Inggeris SK dan SJK dibuat secara berasingan.

Jadual 3 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan gred

purata Bahasa Melayu di SK di negeri Kelantan bagi tahun 2015 dan

tahun 2014. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu – Pemahaman di

SK, terdapat peningkatan peratusan calon yang mendapat Gred

A sebanyak 4.53%. Peratusan calon yang melepasi tahap

penguasaan minimum Gred ABC meningkat sebanyak 0.38%.

Pada masa yang sama, peratusan calon yang mendapat Gred D

dan E pula menurun masing-masing sebanyak 0.28% dan 0.10%

(lebih baik). Berdasarkan GPMP pula, prestasi keseluruhan Bahasa

Melayu – Pemahaman di SK menunjukkan peningkatan sebanyak

0.06 mata berbanding tahun 2014.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Penulisan di SK di negeri

Kelantan, peratusan Gred A telah menurun sebanyak 0.30% dan

peratusan gred ABC juga menurun sebanyak 0.02%. peratusan calon

yang mendapat Gred D meningkat sebanyak 0.57% dan gred E pula

menurun sebanyak 0.55%. Secara keseluruhannya, prestasi Bahasa

Melayu – Penulisan di SK kekal dan menyamai tahun lepas iaitu

1.93 mata .

Page 8: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

8

Jadual 3: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu SK di Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran

Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP

A B C ABC D E

Bahasa Melayu– Pemahaman

2015 29,259 63.45 14.27 17.68 95.40 3.02 1.58 1.65

2014 30,987 58.92 17.89 18.21 95.02 3.30 1.68 1.71

Beza -1728 +4.53 -3.62 -0.53 +0.38 -0.28 -0.1 +0.06

Bahasa Melayu–Penulisan

2015 29,258 52.31 23.20 10.40 85.91 7.20 6.89 1.93

2014 30,987 52.61 23.26 10.06 85.93 6.63 7.44 1.93

Beza -1729 -0.30 -0.06 +0.34 -0.02 +0.57 -0.55 0.0

Jadual 4 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan gred

purata Bahasa Melayu di SJK di negeri Kelantan bagi tahun 2015 dan

tahun 2014. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK,

peratusan calon yang mendapat Gred A menurun sebanyak 7.98%.

Peratusan calon yang melepasi tahap penguasaan minimum Gred

ABC pula meningkat sebanyak 0.63%. Secara keseluruhan, GPMP

mata pelajaran Bahasa Melayu - Pemahaman di SJK menurun

sebanyak 0.11 mata.

Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu - Penulisan di SJK di negeri

Kelantan, peratusan Gred A telah meningkat sebanyak 0.24%

dan peratusan gred ABC juga meningkat sebanyak 6.10%.

Secara keseluruhannya, prestasi Bahasa Melayu – Penulisan di SJK

meningkat sebanyak 0.19 mata berbanding tahun lepas.

Page 9: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

9

Jadual 4: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Melayu di SJK Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP

A B C ABC D E

Bahasa Melayu– Pemahaman

2015 880 35.79 21.25 24.43 81.47 14.78 3.75 2.29

2014 955 43.77 17.17 19.90 80.84 16.02 3.14 2.18

Beza -75 -7.98 +4.08 +4.53 +0.63 -1.24 +0.61 -0.11

Bahasa Melayu–Penulisan

2015 881 9.99 52.21 15.32 77.52 11.92 10.56 2.61

2014 955 9.75 43.66 18.01 71.42 13.61 14.97 2.80

Beza -74 +0.24 +8.55 -2.69 +6.1 -1.69 -4.41 +0.19

Jadual 5 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan gred

purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK di negeri Kelantan bagi tahun

2014 dan tahun 2015. Bagi Bahasa Inggeris di SK, prestasi keseluruhan

menurun sebanyak sebanyak 0.12 mata GPMP berbanding tahun 2014.

Peratusan calon mendapat Gred A menurun sebanyak 4.66% dan

Gred ABC juga menurun sebanyak 1.15% berbanding tahun lepas.

Peratusan calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum Gred

D dan Gred E pula meningkat masing-masing sebanyak 0.78% dan

0.35%.

GPMP keseluruhan Bahasa Inggeris di SJK meningkat

sebanyak 0.07 mata. Peratusan calon mendapat Gred A menurun

sebanyak 2.05% dan Gred ABC meningkat sebanyak 3.46%

berbanding tahun 2014. Peratusan calon yang tidak mencapai tahap

penguasaan minimum Gred D dan Gred E pula menurun masing-

masing sebanyak 2.27% dan 1.19% (lebih baik).

Page 10: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

10

Jadual 5: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Inggeris di SK dan SJK di Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran

Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP

A B C ABC D E

Bahasa Inggeris

SK

2015 29,198 18.72 27.20 38.57 84.49 10.72 4.79 2.56

2014 30,971 23.38 28.25 34.01 85.64 9.94 4.42 2.44

Beza -1773 -4.66 -1.05 +4.56 -1.15 +0.78 +0.35 -0.12

Bahasa Inggeris

SJK

2015 935 10.59 24.60 30.05 65.24 17.75 17.01 3.05

2014 989 12.64 19.41 29.73 61.78 20.02 18.20 3.12

Beza -54 -2.05 +5.19 +0.32 +3.46 -2.27 -1.19 +0.07

Jadual 6 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan gred

purata Mathematics dan Science di negeri Kelantan bagi tahun 2014

dan 2015. Bagi mata pelajaran Mathematics dan Science, sukatan mata

pelajaran dan kertas peperiksaan adalah sama di SK dan SJK.

Jadual 6: Analisis Prestasi dan Gred Purata Mathematics dan Science di Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran

Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP

A B C ABC D E

Mathematics

2015 30,133 37.50 21.20 30.72 89.42 4.93 5.65 1.82

2014 32,486 35.64 21.27 31.35 88.26 4.82 6.92 2.26

Beza -2353 +1.86 -0.07 -0.63 +1.16 +0.11 -1.27 +0.44

Science

2015 30,133 23.82 41.95 23.90 89.67 4.43 5.90 2.02

2014 32,522 19.42 45.62 22.75 87.79 4.93 7.28 2.35

Beza -2389 +4.4 -3.67 +1.15 +1.88 -0.5 -1.38 +0.33

Page 11: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

11

Prestasi mata pelajaran Mathematics mencatatkan

peningkatan peratusan calon yang mendapat Gred A iaitu

1.86% manakala Gred ABC juga mencatatkan peningkatan

sebanyak 1.16%. Peratusan calon tidak mencapai tahap penguasaan

minimum bagi Gred D meningkat sebanyak 0.11% manakala Gred E

pula menurun sebanyak 1.27%. Pada keseluruhannya, prestasi mata

pelajaran Mathematics mengalami peningkatan iaitu sebanyak

0.44 mata GPMP berbanding tahun 2014.

Prestasi keseluruhan mata pelajaran Science juga meningkat

sebanyak 0.33 mata GPMP berbanding tahun 2014. Peratusan calon

yang mendapat Gred A meningkat sebanyak 4.4% manakala

Gred ABC juga meningkat sebanyak 1.88% berbanding tahun

lepas. Peningkatan prestasi juga disebabkan oleh penurunan peratusan

calon yang mendapat Gred D dan E (di bawah tahap penguasaan

minimum) iaitu masing-masing sebanyak 0.5% dan 1.38%.

Jadual 7 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan GPMP

Bahasa Cina Pemahaman dan Penulisan bagi tahun 2015 dan tahun

2014. Prestasi keseluruhan mata pelajaran Bahasa Cina -

Pemahaman menurun sebanyak 0.02 mata GPMP. Peratusan calon

yang mendapat Gred A juga menurun sebanyak 1.23%, manakala

peratusan calon yang mendapat Gred ABC meningkat sebanyak

0.74% berbanding tahun lepas. Peratusan calon yang tidak mencapai

tahap penguasaan minimum Gred D pula berkurangan sebanyak 3.25%

dan Gred E pula meningkat sebanyak 2.99% berbanding tahun lepas.

Page 12: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

12

Prestasi mata pelajaran Bahasa Cina - Penulisan juga

menunjukkan penurunan sebanyak 0.30 mata GPMP berbanding

tahun 2014. Peratusan calon yang mendapat Gred A menurun

sebanyak 10.24% dan Gred ABC juga menurun sebanyak 4.62%.

Peratusan calon yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum Gred

D menurun sebanyak 0.74%, manakala peratusan calon yang

mendapat Gred E pula meningkat sebanyak 5.36%.

Jadual 7: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Cina di Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran

Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP

A B C ABC D E

Bahasa Cina– Pemahaman

2015 932 15.56 27.04 33.80 75.40 12.12 11.48 2.77

2014 989 16.79 23.96 35.39 76.14 15.37 8.49 2.75

Beza -57 -1.23 +3.08 -1.59 +0.74 -3.25 +2.99 -0.02

Bahasa Cina–Penulisan

2015 933 4.93 21.01 35.37 61.31 13.82 24.87 3.33

2014 989 15.17 20.73 30.03 65.93 14.56 19.51 3.03

Beza -56 -10.24 +0.28 +5.34 -4.62 -0.74 +5.36 -0.30

Jadual 8 (di bawah) menunjukkan analisis prestasi dan GPMP

Bahasa Tamil bagi tahun 2015 dan tahun 2014. Prestasi keseluruhan

mata pelajaran Bahasa Tamil – Pemahaman meningkat

sebanyak 1.75 mata GPMP berbanding tahun 2014. Peratusan

calon yang mendapat Gred A meningkat sebanyak 100.00 % dan

Gred ABC kekal 100%. Begitu juga prestasi keseluruhan Bahasa Tamil –

Penulisan juga meningkat sebanyak 0.92 mata GPMP berbanding

tahun 2014. Peratusan Gred A menunjukkan peningkatan

sebanyak 66.67% dan pencapaian gred ABC kekal 100%.

Page 13: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

13

Jadual 8: Analisis Prestasi dan Gred Purata Bahasa Tamil di Negeri Kelantan bagi Tahun 2014 dan 2015

Mata Pelajaran

Tahun Bil.

Duduki

Peratus Calon GPMP A B C ABC D E

Bahasa Tamil– Pemahaman

2015 3 100.0 0.0 0.0 100.0 0.0 0.0 1.0

2014 4 0.0 25.00 75.00 100.00 0.0 0.0 2.75

Beza -1 100.0 -25.00 -75.00 0.0 0.0 0.0 +1.75

Bahasa Tamil– Penulisan

2015 3 66.67 33.33 0.0 100.00 0.0 0.0 1.33

2014 4 00.00 75.00 25.00 100.00 0.0 0.0 2.25

Beza -1 66.67 -41.67 -25.00 0.0 0.0 0.0 +0.92

PELAPORAN UJIAN APTITUD TAHUN ENAM

Tahun ini merupakan tahun ke tujuh Ujian Aptitud diduduki

oleh semua murid Tahun Enam. Hasil ujian dapat memberi gambaran

tentang kebolehan dan kesediaan mental murid sebelum memasuki

sekolah menengah. Potensi diri (aptitud) murid dilaporkan berdasarkan

dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir serta kemahiran menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan.

Pelaporan dinyatakan dalam bentuk Band 1 yang terendah

hingga Band 4 yang tertinggi. Minat dan kecenderungan murid

terhadap bidang Akademik, Teknik dan Vokasional, Seni, Budaya dan

Sosial atau Sukan turut dilaporkan. Pengetahuan tentang perkara ini

membantu murid membuat pilihan untuk meneruskan pendidikan

ke peringkat menengah berdasarkan kecenderungan dan potensi

diri masing-masing. Di samping itu juga, maklumat ini boleh digunakan

Page 14: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

14

oleh guru untuk memahami murid-murid dan juga ibu bapa boleh

mengetahui potensi anak-anak mereka. Ingin ditekankan bahawa

maklumat keputusan Ujian Aptitud tidak dinyatakan dalam slip

keputusan UPSR, tetapi boleh diperoleh melalui pihak sekolah.

PENUTUP

Demi menjamin kualiti pendidikan yang menjurus kepada

pembangunan modal insan, sistem peperiksaan yang sedia ada akan

diperkukuh dan diperluaskan konsepnya kepada pentaksiran yang

bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan

pembelajaran murid. Mulai tahun 2016 UPSR akan dilaksanakan dengan

menggunakan format baharu berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR). Murid-murid akan diterapkan dengan kemahiran

berfikir aras tinggi sama ada semasa pembelajaran ataupun melalui

pentaksiran sekolah yang dilaksanakan semasa proses pengajaran dan

pembelajaran dan pentaksiran pusat sebagai persediaan mereka

menghadapi persaingan dalam kehidupan di alaf baru. Murid-murid

akan mendapat empat pelaporan yang holistik iaitu Pelaporan

Pentaksiran Pusat (UPSR), Pelaporan Pentaksiran Sekolah (PS),

Pelaporan Psikometrik (Psi) dan Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan

kepada semua pihak yang menjalankan tugas dan tanggungjawab

khasnya kepada pentadbir sekolah, guru-guru, persatuan ibu bapa dan

guru, badan-badan sukarela, pemimpin-pemimpin tempatan serta pihak

media massa dalam memastikan kejayaan anak-anak kita dalam bidang

Page 15: PENGUMUMAN KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN …jpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/beritaterkini/PRESSUPSR2015.pdf · ini berbanding dengan tahun 2014 seramai 3 (5.45% ... soalan bagi kedua-dua

15

pendidikan. Saya yakin kejayaan ini adalah hasil daripada usaha dan

perancangan yang rapi oleh semua pihak yang terlibat.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada

warga JPN Kelantan, khususnya Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Unit

Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pendidikan Daerah dan semua

petugas peperiksaan yang terlibat dalam mengurus dan mengendalikan

peperiksaan UPSR tahun 2015 secara profesional dengan penuh

komitmen, dedikasi dan integriti. Sesungguhnya permuafakatan dan

kerjasama semua pihak turut menyumbang kepada kecemerlangan ini.

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 17 November 2015