Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

8
Saban hari, isu-isu gejala sosial yang membabitkan golongan remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa masyarakat kita kini semakin jauh menyimpang dari budaya kita yang menjaga maruah secara serius. Lambakan berita perlakuan sosial yang negatif pada hari ini membuktikan permasalahan ini semakin berkembang dalam masyarakat kita. Namun, mengapa permasalahan ini berlaku terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini? PENDAHULUAN - isu gejala sosial yang semakin membimbangkan - lambakan pusat pelacuran, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, kelahiran serta pembuangan anak luar nikah - mengapakah gejala bangsat ini wujud dalam masyarakat kita? ISI 1 - kurangnya pendidikan keagamaan menjadi punca utama peningkatan gejala sosial - agama merupakan asas dan panduan hidup, Rasulullah sebagai contoh terbaik - tercari-cari identiti jalan hidup dan lebih cenderung untuk terpengaruh dengan budaya negatif Barat berbanding mentaati perintah agama - pendidikan berbentuk keagamaan wajib dititikberatkan ISI 2 - Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak masing-masing - ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak: alasan terlalu sibuk bekerja - anak-anak mereka terlalu bebas; berrisiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik - tidak memberi kasih sayang secukupnya - hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan ISI 3 - Pengaruh rakan sebaya; membentuk perilaku remaja yang masih mentah - mereka lebih mesra dengan rakan mereka berbanding ibubapa - lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga

Transcript of Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

Page 1: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

Saban hari, isu-isu gejala sosial yang membabitkan golongan remaja hangat diperkatakan, secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa masyarakat kita kini semakin jauh menyimpang dari budaya kita yang menjaga maruah secara serius. Lambakan berita perlakuan sosial yang negatif pada hari ini membuktikan permasalahan ini semakin berkembang dalam masyarakat kita. Namun, mengapa permasalahan ini berlaku terutamanya dalam kalangan generasi muda hari ini?

PENDAHULUAN- isu gejala sosial yang semakin membimbangkan- lambakan pusat pelacuran, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, kelahiran serta pembuangan anak luar nikah

- mengapakah gejala bangsat ini wujud dalam masyarakat kita?

ISI 1- kurangnya pendidikan keagamaan menjadi punca utama peningkatan gejala sosial- agama merupakan asas dan panduan hidup, Rasulullah sebagai contoh terbaik- tercari-cari identiti jalan hidup dan lebih cenderung untuk terpengaruh dengan budaya negatif Barat berbanding mentaati perintah agama

- pendidikan berbentuk keagamaan wajib dititikberatkan

ISI 2- Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak masing-masing- ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak: alasan terlalu sibuk bekerja

- anak-anak mereka terlalu bebas; berrisiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik- tidak memberi kasih sayang secukupnya- hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan

ISI 3- Pengaruh rakan sebaya; membentuk perilaku remaja yang masih mentah- mereka lebih mesra dengan rakan mereka berbanding ibubapa- lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga- mengikut kehendak untuk keseronokan tanpa memikirkan implikasi

ISI 4 - mempunyai perasaan ingin tahu yang cukup kuat- mendorong para remaja untuk mencuba sesuatu: apa sahaja yang berlaku di sekeliling akan mampu menarik perhatian mereka

- masalah mula timbul apabila mereka ingin mencuba perkara-perkara yang negatif

ISI 5- Pengaruh persekitaran di sekolah; tekanan yang dihadapi pelajar - guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar: mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah

- melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat

Page 2: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

- memberontak dengan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang

ISI 6- media massa memaparkan budaya hidup bebas dan bersosial; mempengaruhi minda golongan muda

- mempengaruhi minda rakyat dengan perlakuan yang tidak senonoh: corak pergaulan, cara berpakaian dan gaya hidup cara Barat

- pergaulan bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di kalangan generasi muda- disebalik keseronokan terdapat kesan terhadap masyarakat kini

PENUTUP- kita sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni- perlu memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik berteraskan ajaran agama

- ‘isyarat’ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan dan perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama mengapa ia berlaku

- mengambil langkah proaktif dan produktif

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=2079http://harakahdaily.net/v2/index.php?content&view=article-gejala-sosial-membimbangkan-TuanGuruHadiAwang/ http://ummatanwasatan.net/?p=4536 http://muslimat.pas.org.my/v2/index.php? content&view=article242:kurang-pendidikan-keimanan-punca-peningkatan-gejala-sosial http://tusunterabai.wordpress.com/2010/04/08/punca-punca-gejala-sosial-dalam-kalangan-remaja/

Page 3: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

Sedasarwarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap pelusuk dunia mengenai isu gejala sosial yang semakin membimbangkan. Hakikatnya, kita di Malaysia juga acapkali dikejutkan dengan berita lambakan pusat pelacuran, bersekedudukan pasangan lelaki dan wanita yang bukan muhrim, kelahiran serta pembuangan anak luar nikah termasuklah dalam kalangan pelajar sekolah. Ramai yang berasa cemas kerana kesan yang ditinggalkan bagaikan suatu kerosakan yang agak sukar untuk dibaikpulih. Mengikut statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dalam tempoh lima tahun daripada tahun 2005 hinga 2009, JPN telah mencatatkan sejumlah 74,723 orang anak luar nikah yang membabitkan orang Melayu beragama Islam, tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tidak sedikit yang merasa rimas apabila mengikuti perkembangan yang kita lalui, iaitu apabila semakin banyaknya gejala sosial mewarnai pola kehidupan bermasyarakat. Persoalannya, mengapakah gejala bangsat ini wujud dalam masyarakat kita bahkan semakin meningkat dari setahun ke setahun?

Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Bahkan gejala ini bukan permasalahan yang baru wujud dalam kalangan masyarakat kita, tetapi ia permasalahan lapuk. Masyarakat kita bersependapat bahawa kurangnya pendidikan keagamaan menjadi punca utama peningkatan gejala sosial. Umum mengetahui agama merupakan asas dan panduan hidup sebagaimana yang ditunjukkan oleh baginda Muhammad Rasulullah sepanjang hayat baginda dengan akhlak yang cukup terpuji. Namun, remaja hari ini yang masih tercari-cari identiti jalan hidup lebih cenderung untuk terpengaruh dengan budaya negatif Barat berbanding mentaati perintah agama. Masalah ini semakin parah apabila remaja terutamanya Muslim, terlalu longgar dengan aqidah dan akhlak sebagai seorang penganut Islam. Natijahnya, permasalahan sosial dalam kalangan penganut Islam terus meningkat menjadikan kita ‘juara’ berbanding penganut lain. Tiada apa-apa yang akan dapat membantu dalam mengawal diri kita ini, jika kita kosong dengan bekalan keimanan dan ketakwaan yang mendalam. Kita perlu dan tidak boleh mengabaikan bahawa perhiasan yang paling indah ialah keimanan dan ketakwaan yang mendalam kepada Allah Taala. Sebaliknya, agama Islam itu sendiri cukup lengkap untuk terus memandu manusia ke jalan yang benar. Justeru, pendidikan berbentuk keagamaan wajib dititikberatkan kerana ia merupakan faktor utama peningkatan perlakuan sosial yang negatif.

Sikap keluarga dalam mendidik dan mengasuh anak masing-masing juga adalah menjadi satu sebab mengapa remaja sekarang terlalu mudah terjerumus dalam gejala sosial. Terdapat ibubapa yang tidak begitu perihatin tentang sifat dan kelakuan anak-anak mereka sendiri seperti membiarkan anak-anak mereka hidup bebas tanpa teguran dan bimbingan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka dengan alasan terlalu sibuk bekerja seterusnya tidak memberi kasih sayang secukupnya. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di

Page 4: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

fikiran tanpa berfikir panjang. Ada sesetengah ibubapa juga tidak menetapkan peraturan-peraturan yang tertentu dalam hidup berkeluarga yang boleh mengakibatkan anak-anak mereka terlalu bebas melakukan sesuatu perkara dan seterusnya mempunyai risiko tinggi terlibat dalam gejala yang tidak baik. Lebih parah lagi, masih ramai para ibubapa tidak memainkan peranan sepenuhnya didalam memberi didikan agama kepada anak-anak mereka. Oleh itu, langkah untuk memperkasakan institusi kekeluargaan adalah tepat kerana ia merupakan antara faktor berlakunya gejala sosial.

Pengaruh rakan sebaya juga adalah salah satu perkara yang menjadi punca berlakunya gejala sosial. Ia membentuk perilaku remaja yang masih mentah dalam meneruskan cabaran hidup. Perkara ini sering berlaku dalam kalangan remaja sekarang yang hidup di dalam alam penuh dengan kemodenan dan mereka lebih mesra dengan rakan mereka berbanding ibubapa yang sibuk dengan urusan kerja dan lain-lain. Ada sesetengah remaja meluangkan masa hampir sepenuh hari bersama rakan-rakannya. Di sebabkan itu, remaja sekarang lebih mengenali rakan mereka berbanding dengan ibubapa sendiri dan lebih mempercayai rakan mereka daripada keluarga atau ibubapa. Kejadian seperti ini adalah amat bahaya dan boleh mengakibatkan remaja tersebut terjerumus dalam gejala sosial yang tidak sihat. Realitinya, generasi berdarah muda ini hanya mengikut kehendak untuk keseronokan mereka tanpa memikirkan implikasi terhadap diri mereka sendiri. Kawan yang baik mampu membimbing rakan ke jalan kebaikan, begitu juga sebaliknya. Oleh sebab itu, golongan remaja perlu bijak memilih rakan. Ringkasnya, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan dalam menentukan naikturun perlakuan gejala sosial.

Selain itu, sudah menjadi fitrah bagi peringkat generasi muda mempunyai perasaan ingin tahu yang cukup kuat didalam diri mereka. Perasaan kuat tersebut mendorong para remaja untuk mencuba sesuatu yang baru. Justeru, apa sahaja yang berlaku di sekeliling mereka akan mampu menarik perhatian mereka seterusnya membuatkan mereka cenderung uttuk mencuba perkara-perkara tersebut termasuklah menghisap rokok, penyalahgunaan dadah serta perlakuan sosial tidak terkawal. Hakikatnya, perasaan tersebut adalah baik untuk remaja namun masalah mula timbul apabila mereka ingin mencuba perkara-perkara yang negatif, jauh sekali perhatian daripada pihak keluarga. Kesannya dapat dilihat jelas pada statistik bersabit kesalahan akhlak yang dijalankan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menunjukkan kes yang dilaporkan meningkat dari 3978 kepada 4213 kes pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Tidak dapat dinafikan, perasaan ingin tahu yang kuat didalam diri generasi muda sedikit sebanyak telah membawa kepada peningkatan permasalahan sosial.

Pengaruh persekitaran di sekolah juga penting dalam pembentukan akhlak remaja. Tekanan yang dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam

Page 5: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

akademik serta guru yang kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah. Hasilnya, jiwa remaja ‘berdarah panas’ ini memberontak dengan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melarikan diri daripada bebanan masalah yang dihadapi di sekolah. Kajian yang dilakukan Unit Disiplin Pelajar, Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan peratusan pelajar yang terjerumus dengan masalah disiplin dan gejala sosial adalah dalam kalangan para pelajar yang tertekan ketika berada dalam persekitaran sekolah. Konklusinya, suasana persekitaran di sekolah turut mempengaruhi peningkatan perlakuan gejala sosial khususnya dalam kalangan remaja.

Tidak terkecuali, media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya permasalahan sosial yang kini kian meningkat. Dalam alam yang pesat dengan kemajuan teknologi ini remaja sekarang dengan senangnya boleh mendapatkan keseronokan dan kegembiraan. Umum mengetahui, majoriti besar program televisyen dan drama yang ditayangkan, kebanyakannya memaparkan budaya hidup bebas dan bersosial dalam kalangan artis seterusnya mempengaruhi minda golongan muda untuk mengikut jejak langkah mereka. Rancangan bersifat hiburan juga mempengaruhi minda rakyat dengan perlakuan yang tidak senonoh. Umpamanya, corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara Barat. Kes-kes sosial yang ditimbulkan juga sudah semakin terjelma dalam bentuknya yang tersendiri, yang ada kalanya amat sadis dan mengerikan. Paling ketara apabila pergaulan bebas semakin menjadi budaya yang sudah meresap di kalangan generasi muda kita. Kebebasan yang ditimbulkan daripada fenomena sedemikian, tidak dapat tidak menimbulkan kesan terhadap masyarakat secara umum. ‘Virus’ yang disebarkan secara meluas ini merupakan fenomena yang akan mengheret kita kepada kehidupan sosial yang tidak sihat. Tuntasnya, disebalik keseronokan yang ada terdapat juga kesannya terhadap corak bersosial masyarakat kita.

Punca-punca sedemikian perlu di tangani bersama bagi mengurangkan masalah gejala yang tidak sihat. Kerana gejala sosial ini bukan sahaja berpunca dari ibupapa atau keluarga namun boleh dikaitkan dengan kemajuan yang kita capai pada masa sekarang. Oleh itu sebagai ibubapa adalah perlu untuk mengawal anak-anak mereka dan memberi mereka kasih sayang serta panduan yang berguna agar anak-anak mereka menjadi orang yang berguna di mata masyarakat. Justeru, ketegasan ini bukan setakat menyuarakan kita membencinya, akan tetapi mencari jalan untuk dijadikan sebagai pilihan yang menukar hal sedemikian kepada yang lebih produktif dan bermanfaat. Sebagai sebuah negara dan masyarakat yang kuat berpegang teguh terhadap ajaran dan kehidupan beragama, kita tidak mahu akibat daripada perubahan sosial ini akan merubah sikap dan perangai yang akan menghasilkan perkara negatif. Apa yang penting

Page 6: Peningkatan Gejala Sosial: Mengapa???

ialah mempertahankan nilai diri dan jati diri kita sebagai remaja atau belia. Justeru, kekuatan beragamalah yang menjadi kepentingan, yang tidak boleh dipandang ringan.

Bagi remaja yang sudah terpesong hendaklah kita sedar bahawa kita sepatutnya mengamalkan nilai-nilai murni yang baik dalam pergaulan serta mencari arah dan tujuan hidup yang asal serta mencipta kebaikan dan kecemerlangan diri. Tidak bererti keterlanjuran diri yang telah berlalu merupakan sempadan yang tidak dapat diubah ke arah yang lebih baik dan sempurna. Mengambil contoh yang ditunjukkan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yang pada dirinya akhlak yang cukup indah. Oleh hal yang demikian, setiap anggota masyarakat termasuk remaja sendiri perlu memainkan peranan dalam membentuk cara dan corak pergaulan yang baik dan cemerlang, berteraskan ajaran agama yang kukuh. Bersesuaian dengan sabda baginda yang bermaksud, “Bukanlah seorang mukmin yang sempurna, yang suka mencela dan melaknati, berperangai jahat dan berakhlak rendah.” Serasa kita sudah muak dengan isu penyalahgunaan dadah, seks rambang, pembuangan anak dan sebagainya yang memberi ‘isyarat’ bahawa gejala sedemikian ini bukanlah hal yang ringan dan merupakan sampingan semata-mata. Sebaliknya, ia perlu kepada penelitian dan kepekaan bersama mengapa ia berlaku seterusnya mengambil langkah proaktif dan produktif, sekaligus akan mencetus resolusi, reformasi dan revolusi.