Penjajahan Mental

14
Penjajahan mental

Transcript of Penjajahan Mental

Page 1: Penjajahan Mental

Penjajahan mental

Page 2: Penjajahan Mental

“Bangsa yang pernah ditakluki oleh

sebuah kuasa lain lazimnya terus menjadi

kagum terhadap penakluknya. Oleh sebab

itu, mereka gemar meniru pakaian, simbol,

kepercayaan, budaya dan amalan bangsa

yang menakluki mereka.”

Ibnu Khaldun (1332-

1406)

Beberapa pandangan ahli

cendekiawan:

Page 3: Penjajahan Mental

“Fenomena kedwibahasaan mencipta

kesan-kesan yang sangat bertentangan

dengan kebudayaan kebangsaan kita

masing-masing."

Malek Bennabi

(1905–1973)

“Islam hanyalah suatu ajaran

agama, spiritual dan moral, dan

tidak ada kaitan dengan soal politik

dan pemerintahan.”

Ali Abdul Razik

(1954)

Islam dan Prinsip – Prinsip

Pemerintahan

Page 4: Penjajahan Mental

“Minda orang Melayu tidak berubah.

Perspektif mereka terhad, tidak suka

menyiasat dan tidak mahu berfikir

dengan mendalam. Pemikiran

masyarakat Melayu ini

sebahagiannya adalah sisa-sisa

pengaruh penjajahan British.”

Prof. Diraja

Ungku Aziz

Page 5: Penjajahan Mental

“Sehingga hari ini, kita melihat penjajahan

minda masih dominan dalam pemikiran

anak muda sekarang. Penjajahan pada

masa sekarang datang dalam pelbagai

warna, bentuk dan saiz. Sekarang mereka

masuk melalui wayar kuprum, fiber optik

serta satelit dan dengan adanya globalisasi

dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah

untuk mereka mempengaruhi dan

mengawal kuasa politik, ekonomi dan

sistem sosial kita”

Tan Sri Ahmad Sarji Abdul

Hamid

Pengerusi IKIM

Page 6: Penjajahan Mental

Berdasarkan pandangan – pandangan tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran masyarakat kita mudah dipengaruhi oleh penjajah. Mereka terlalu taksub dan mengagung-agungkan penjajah lebih daripada negara sendiri. Hal ini tidak dapat dilihat secara terus tetapi jika kita perhatikan dan mengkaji sikap segelintir masyarakat kita, kita akan melihat perspektif minda penjajah dalam diri mereka melalui cara hidup yang diamalkan, cara mereka menjalinkan hubungan sosial dan cara mereka memimpin.

Page 7: Penjajahan Mental

Beberapa contoh penjajahan mental

Page 8: Penjajahan Mental

Dari segi ekonomi, dalam era globalisasi sekarang,

minda rakyat kita sudah dipengaruhi dengan minda

koperat yang sibuk mengumpul harta peribadi.

Kita akan megah melihat pembangunan di negara

kita, tanpa kita sedari bahawa akhirnya saham-saham

syarikat yang berkepentingan negara dikuasai oleh

bangsa asing, hanya kerana satu minda yang dijajah

dan masih belum merdeka.

Page 9: Penjajahan Mental

Sikap mementingkan diri sendiri kian

menjadi-jadi. Pengagihan ekonomi yang

tidak adil juga menular. Timbullah

beberapa kelompok yang ditindas dari segi

ekonominya.

Dalam negara membangun, rakyat

mereka dihimpit oleh gejala-gejala sosial

hanya kerana sesetengah pemimpin

mereka sibuk meningkatkan ekonomi

peribadi sehingga terlupa meningkatkan

pembangunan sahsiah dan insaniah

Page 10: Penjajahan Mental

Dari segi budaya, cara hidup Barat masih

diagung-agungkan oleh sesetengah masyarakat

Melayu kerana mereka berpendapat bahawa

cara hidup Barat ini merupakan cara hidup yang

moden, maju dan tidak ketinggalan zaman.

Bagi mereka, pergaulan bebas, berpakaian

mencolok mata, mengunjungi kelab-kelab

hiburan bersama pasangan masing-masing

adalah lumrah bagi mereka sesuai dengan

zaman globalisasi kini walaupun perilaku ini

bertentangan dengan agama Islam dan norma-

norma masyarakat Melayu

Page 11: Penjajahan Mental

Sambutan hari kekasih merupakan budaya

baru dalam masyarakat Melayu moden yang

diadaptasikan daripada budaya Barat.

Bagi mereka, pernyataan kasih sayang

perlu dilahirkan secara lahiriah dengan

pemberian hadiah sehingga mereka

terjerumus kepada perlakuan sumbang.

Kesan daripada penjajahan minda ini

lahirlah masyarakat minda kelas ketiga yang

mana minda masyarakat Melayu khususnya

dan masyarakat Malaysia amnya susah

untuk berubah.

Page 12: Penjajahan Mental

Sesungguhnya bagi melahirkan

masyarakat minda kelas pertama, satu

anjakan paradigma perlu dilakukan selari

dengan perkembangan dunia globalisasi

serta pembangunan sains dan teknologi

negara.

Hasrat kerajaan untuk mencapai

Wawasan 2020 tidak akan terlaksana

selagi masyarakat Malaysia masih

terbelenggu dengan sikap-sikap minda

kelas ketiga

Page 13: Penjajahan Mental

Oleh itu, satu perkara yang harus kita sedar ialah setiap perbuatan kita datangnya dari satu organ iaitu hati. Tetapi pepatah ada mengatakan , ikut hati mati, ikut rasa binasa. Maka di sinilah fungsi minda yang memainkan peranan penting bagi menentukan baik buruknya setiap perbuatan manusia dalam membentuk peribadi dan jati diri.

Renung-renungkan dan selamat beramal!

Page 14: Penjajahan Mental

Terima kasih