Penjawat Awam Lalok Ugut Bakar Hospital

download Penjawat Awam Lalok Ugut Bakar Hospital

of 1

Transcript of Penjawat Awam Lalok Ugut Bakar Hospital

  • 7/23/2019 Penjawat Awam Lalok Ugut Bakar Hospital

    1/1

    Penjawat awam lalok ugut bakar hospitalOleh : Wartawan Sinar Harian

    Tarikh : November 4, 2011

    SEREMBAN- Gara-gara tidak berpuas hati dengan rawatan diterima di wad kecemasan dua pegawai

    jabatan kerajaan, mengamuk dan mengugut, mahu membakar Hospital Tuanku Jaafar, di sini, Isnin lalu.

    Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, dua lelaki, masing-masing berusia 30 dan 28 tahun, dipercayai

    datang ke hospital kerana demam.

    Bagaimanapun, mereka tidak berpuas hati dengan rawatan diterima, sehingga mencaci danmengeluarkan perkataan kasar kepada pembantu perubatan hospital berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kedua-dua suspek

    mengugut untuk membakar hospital terbabit kerana berang tidak mendapat rawatan diingini.

    Ketika mengamuk, suspek menumbuk cermin tingkap di pondok polis berdekat an wad kecemasan

    tersebut sehingga menyebabkan ia retak. Malah, ubat diberikan juga turut dibuang, katanya kepada

    Sinar Harian, semalam.

    Menurutnya, disebabkan bimbang dengan keadaan itu, pembantu perubatan terbabit, terusmenghubungi anggota cegah jenayah dan menahan kedua-dua suspek.

    Menurutnya, hasil ujian air kencing suspek mendapati, kedua-duanya positif dadah disyaki jenis ganja.

    Kita percaya, semasa kejadian kedua-duanya berada dalam tidak waras atau lalok sehingga tidak sedar

    apa yang mereka lakukan.

    Malah kita percaya, suspek datang ke hospital itu untuk mendapatkan metadone tetapi gagal berbuat

    demikian, katanya.

    Saiful Azly berkata, kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun

    Keseksaan dan Seksyen 15 (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.