Penuh Utk Asia Timur(Sima Dan Siva)
-
Upload
baharuddinbidin -
Category
Documents
-
view
245 -
download
0
description
Transcript of Penuh Utk Asia Timur(Sima Dan Siva)
ISI KANDUNGAN
BIL. TAJUK MUKA SURAT
1. 1.0 PENGENALAN 2
2. 2.0 PEMBENTUKAN DINASTI QING 3-4
3. 3.0 KEJAYAAN-KEJAYAAN DINASTI QING
3.1 MAHARAJA KANGXI (1661-1722) 3.1.1 PENTADBIRAN 3.1.2 KETENTERAAN 3.1.3 PENDIDIKAN 3.1.4 AGAMA KRISTIAN 3.1.5 KESENIAN
3.2 MAHARAJA YONG ZHENG (1722-1735) 3.2.1 PEMBENTUKAN MAJLIS BESAR 3.2.2 PENAKLUKAN
3.3 MAHARAJA QIAN LONG (1735-1796) 3.3.1 PENYATUAN ETNIK 3.3.2 PERTANIAN 3.3.3 PENTADBIRAN 3.3.4 KEKUATAN KETENTERAAN 3.3.5 KESENIAN
5
5-66-77-88-999
1010-11
11
1112
12-131314
14-15
4. 4.0 ANALISIS 16-17
5. 5.0 KESIMPULAN 17
6. RUJUKAN 18-19
1
1.0 Pendahuluan
Pada tahun 1644 M telah menyaksikan pemerintahan Dinasti Ming (1368M-1644M)
digantikan oleh Dinasti Qing menjadi pemerintah di China yang mana buat kali
keduanya China diperintah oleh kaum bukan Cina. Pada kali pertama China
diperintah oleh orang asing ataupun lebih tepat dikenali sebagai kaum bukan Cina
adalah semasa pemerintahan Dinasti Yuan yang mana kaum Mongol sangat
berkuasa pada masa itu, dan pada tahun 1644M telah menyaksikan bahawa pihak
Manchu pula mengambil alih kekuasaan di China. Melalui pentadbiran yang
dilaksanakan oleh setiap Maharaja Dinasti Qing ini telah memperlihatkan pelbagai
kemajuan yang dicapai oleh China itu sendiri melalui tiga orang Maharaja Qing yang
terkenal. Namun begitu terdapat seorang lagi Maharaja Qing yang terawal jarang
diketengahkan pembabitan beliau iaitu Maharaja Shunzi yang telah menjadi
pemerintah Dinasti Qing pada tahun 1644M sehingga 1661M.
Walaupun begitu dalam membicarakan mengenai kejayaan yang dicapai oleh
Dinasti Qing ini hanya pembabitan tiga orang maharaja Qing sahaja yang akan
dibangkitkan iaitu Maharaj Kuangxi yang mentadbir dari tahun 1661M sehingga
1722M, Mahara Yongzheng yang memerintah daripada tahun 1722M sehingga
tahun 1736M, dan Maharaja Qianglong yang merupakan maharaja terakhir yang
memerintah pada tahun 1736M sehinggalah ke tahun 1796M. Dalam meneliti
jangka masa pemerintahan ketiga-tiga maharaja diatas antara Maharaja Qing yang
paling lama memerintah adalah Maharaja Kuangxi iaitu selama 61 tahun dan jangka
waktu tersebut telah menjadikan beliau sebagai pemerintah Dinasti Qing yang
terlama sekali.
Qing membawa maksud suci dan bersih dan dalam menjalankan misi
menawan China pihak Manchu telah mengukuhkan kuasa mereka melalui
penubuhan organisasi Lapan Panji-panji. Panji-panji ini yang merupakan pasukan
tentera pihak Manchu dinamakan sebagai Lapan Panji-panji adalah berdasarkan
perbezaan yang terdapat dalam setiap tentera mereka dan ianya merupakan
sebuah pertubuhan sosial yang wujud dalam kalangan masyarakat Manchu sebelum
ekpedisi menawan China daripada Dinasti Ming. Dengan adanya Lapan Panji-panji
ini maka pihak Manchu menjadi lebih kuat dan gerakan penawanan mula dijalankan
2
sekitar tahun 1590M dan akhirnya menyaksikan pihak Manchu Berjaya menawan
China dan menggantikan Dinasti Ming.
2.0 Pembentukan Dinasti Qing
Dalam setiap pembentukan sesebuah dinasti keterlibatan pembangunnya
merupakan sesuatu yang sangat penting bagi mengetahui teknik yang telah
digunakan bagi melahirkan sesebuah empayar ataupun dinasti tersebut. Dalam
membina sebuah dinasti agung bukanlah kerja mudah malahan dalam mendirikan
sesebuah dinasti ataupun empayar itu masa berpuluh tahun diperlukan. Dinasti
Qing yang merupakan dinasti terakhir China telah dibangunkan oleh kaum bukan
China kerana kaum China sesungguhnya adalah kaum minoriti pada masa itu jika
dibandingkan dengan kaum lain. Masyarakat Han yang merupakan penduduk atau
kaum Cina tulen merupakan sebuah kelompok masyarakat yang sedikit sahaja
bilangannya dan menguasai China semasa era Dinasti Ming namun begitu peranan
mereka dalam kerajaan semakin berkurang setelah tampuk pemerintahan dipegang
oleh Dinasti Qing.
Dalam penubuhan ataupun pembentukan Dinasti Qing ianya merupakan
sebuah dinasti yang diasaskan oleh kaum Manchu iaitu yang terdiri daripada orang
Jurchen yang turut dikenali sebagai orang Tungusic.1 Individu yang paling
berpengaruh dalam mengasaskan Dinasti Qing pada masa ini ialah Nurhachi iaitu
ketua kepada kaum Jurchen di Jianzhou pada awal abad ke 17.2 Beliau yang pada
masa itu begitu bergantung kepada pihak kerajaan Ming telah melancarkan satu
kempen bagi menyatukan kaum-kaum yang letaknya berdekatan dengan mereka
pada tahun 15823 bagi menawan China yang berada dibawah pegangan Dinasti
Ming. Pada tahun 1616M, Nurhachi Berjaya menyatukan kaum-kaum berdekatan
1
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/111803/China/71751/Culture#toc71754, diakses pada 24 April2013.
2 Pada zaman Dinasti Ming sistem ketua kaum telah diperkenalkan dan setiap kaum mempunyai penghulu masingmasing. Sistem ini dikenali sebagai Native Chieftain System iaitu dianggap sebagai sebuah birokratik yangunik. John E. Herman, Empire in the Southwest: Early Qing Reforms to the Native Chieftain System,Association for Asian Studies (The Journal of Asian Studies, Vol. 56, No. 1), 1997, hlm. 50.
3http://www.britannica.com/EBchecked/topic/111803/China/71751/Culture#toc71754, diakses pada 24 April2013.
3
Jianzhou dan menguatkan lagi daerah pegangannya itu dan beliau telah
menggelarkan dirinya sebagai Khan of The Great Jin yang mana merujuk kepada
Dinasti Jurchen yang sebelumnya.4
Dua tahun kemudian pula, Nurhachi telah mengistiharkan tentang Tujuh
Sungutan iaitu the Seven Grievances yang mana beliau secara terbuka menyatakan
bahawa kedaulatan maharaja Ming dalam menyatukan kaum Jurchen adalah hanya
tipu sahaja dan beliau telah melancarkan beberapa siri peperangan bagi
menewaskan pasukan Ming dan setelah beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh
beliau Nurhachi telah memindahkan pusat pentadbirannya ke Hetu Ala bagi
memudahkan penawanan beliau yang seterusnya iaitu daerah Liaodong yang mana
antara daerah yang telah berjaya ditawan beliau pada masa ini ialah Liaoyang yang
telah ditawan pada 1621M dan Shenyang ditawan pada 1625M.
Kemudiannya tindakan yang seterusnya diambil oleh Nurhachi ialah
bekerjasama dengan pihak Mongol. Mongol pada masa itu walaupun telah menjadi
sebuah kaum yang terletak diluar kekuasaan dinasti Ming namun mereka tetap
mendapat layanan yang pilih kasih daripada pihak pemerintah Ming dan dikawal
ketat oleh tentera-tentera kerajaan Ming dan hal ini member peluang untuk
Nurhachi bagi menjalinkan hunbungan dengan pihak Mongol bagi menjatuhkan
dinasti Ming pada masa itu. Kerjasama antara pihak Manchu dan Mongol pada masa
itu merupakan satu gabungan kuasa yang kuat malah tindakan Nurhachi ini mampu
menghapuskan satu musuh yang mungkin dapat menggagalkan rancangannya bagi
memusnahkan dinasti Ming namun dengan kerjasama dengan pihak Mongol,
Nurhachi percaya bahawa beliau akan Berjaya.
Selain itu, dalam menjalankan hubungannya dengan pihak Mongol Nurhachi
telah menjalankan satu dasar bagi mengukuhkan lagi hubungan pihak Manchu
dengan Mongol iaitu melalui perkahwinan dalam kalangan golongan bangsawan
mereka. melalui perkahwinan antara kedua-dua kaum maka hubungan
persahabatan antara mereka lebih terjamin malahan sepanjang pemerintahan
Dinasti Qing pihak Mongol sentiasa memberi bantuan terutama dari segi
ketenteraan.5
4 Ibid.5
Ibid.
4
Dalam pembentukan dinasti Qing ini juga apa yang paling penting ialah
penubuhan Lapan Panji-panji yang telah menjadi salah satu usaha dan faktor
kemenangan pihak Manchu menawan kerajaan Ming. Antara ketua kepada Lapan
Panji-panji yang begitu berkuasa pada masa itu ialah Hong Taiji. Beliau begitu
banyak membantu dalam kempen pihak Manchu ingin mengalahkan kerajaan Ming.
Akhirnya setelah beberapa siri serangan dilakukan pada tahun 1644M pihak Manchu
Berjaya menjatuhkan kerajaan Ming dan membangunkan Dinasti Qing sebagai
sebuah pemerintahan yang baru dibawah maharajanya yang pertama iaitu
Maharaja Shunzhi.6
3.0 Kejayaan-kejayaan Dinasti Qing
Dalam membangunkan sesebuah dinasti bukanlah perkara mudah, tersilap langkah
akan membawa kepada keruntuhan dinasti itu sendiri. Dinasti Qing yang
merupakan sebuah dinasti yang telah diasaskan oleh puak Manchu telah
mengalami pelbagai kejayaan melalui pemerintahan tiga orang rajanya yang sangat
berkaliber. Walaupun terdapat kelemahan dalam diri setiap maharajanya itu namun
terdapatnya kejayaan yang dicapai oleh mereka sehingga membawa kepada
Negara China yang ada pada hari ini.
3.1 Maharaja Kangxi (1662M-1722M)
Setelah kematian ayahnya iaitu Maharaja Shunzhi akibat daripada demam cacar,
Kangxi yang pada masa itu baru berusia tujuh tahun telah dilantik menjadi
Maharaja Dinasti Qing yang kedua menggantikan ayahnya. Nama Kangxi
merupakan nama yang digunakan oleh beliau setelah menaiki takhta Dinasti Qing
menggantikan ayahnya yang bermaksud sihat dan sungguh baik sekali. Sewaktu
beliau kecil nama yang diberikan kepada Maharaja Kangxi ialah Xuanye dan beliau
merupakan anak ketiga ayahnya. Walaupun begitu perlantikan beliau sebagai
pengganti ayahnya pada masa itu tidak menimbulkan rasa cemburu dalam diri dua
orang abangnya.
Semasa era pemerintahan beliau, Maharaja Kangxi merupakan seorang
maharaja yang sangat digeruni dan disayangi oleh rakyatnya kerana beliau
6
http://www.dynastiesofasia.com/asian-history-references.htm, diakses pada 24 April 2013.
5
merupakan salah seorang pemerintah yang mana sepanjang pemerintahannya
tidak membabitkan kehilangan ramai nyawa. Beliau juga mempunyai sebuah badan
tugas rahsia yang diperintah bagi mendengar suara rakyat mengenai
pentadbirannya tanpa pengetahuan badan kehakiman dan perwakilan rakyat
kerana beliau tahu bahawa pihak tersebut sering mengambil kesempatan dan
memanipulasi rakyat. Dengan tindakan yang dilakukan oleh beliau ini maka hak
rakyatnya lebih terpelihara.
Menurut Pamela Kyle Crossley yang merupakan pengkaji kepada sejarah
China menyatakan bahawa Mahara Kangxi ialah antara tiga pemerintah agung yang
telah melahirkan idea kosmopolitan melalui cara pembentukan dan cara beliau
mengendalikan tampuk kerajaannya.7 Tambahnya lagi sebagai seorang maharaja
kosmopolitan, Kangxi bukanlah seorang maharaja yang suka mengatur
pentadbirannya berdasarkan fantasinya malah beliau begitu sedar akan persepsi
dan idea kosmopolitan yang telah dimanifestasi olehnya yang merupakan hasil
daripada kesedaran beliau tentang betapa pentingnya berfikir kehadapan. Selain
itu, beliau turut dilihat oleh para sarjana sebagai seorang model pemerintah yang
disegani dan berkaliber malah Regina Krahl iaitu seorang sarjana daripada United
Kingdom menjelaskan bahawa Kangxi memiliki pemikiran yang begitu berinovasi
dan telah mengaplikasikan teknik sains dalam pendekatan terhadap penghasilan
seni.8
3.1.1 Pentadbiran
Setelah berjaya menguasai China dan menjatuhkan Dinasti Ming pihak Manchu
masih lagi membawa sistem kerajaan lama seperti mana yang berlaku pada zaman
Ming. Tujuan mengapa kerajaan Qing meneruskan sistem kerajaan yang telah
dilaksanakan oleh dinasti Ming adalah bagi memudahkan urusan dan agar rakyat
merasa selesa. Misalnya sistem peperiksaan bagi mendapatkan pekerjaan dengan
pihak kerajaan tetap diteruskan oleh kerajaan malahan didapati semakin ramai
masyarakat Manchu yang memperolehi pekerjaan dibawah kerajaan.
7
Kenyataan P.K. Crossley tersebut dipetik daripada konferensi yang telah dianjurkan oleh The Asian CivilisationsMuseum (ACM), Singapore pada 21 March 2009.
8 Ibid.
6
Dibawah pentadbiran Maharaja Kangxi juga keadaan politik berada pada
keadaan yang stabil. Sistem Gabenor Jeneral telah dilaksanakan oleh beliau bagi
memudahkan urusan pentadbiran di China hal ini memandangkan keadaan negara
China yang agak besar dan memerlukan tampuk pentadbiran kecil bagi membantu
beliau dalam menguruskan pentadbiran. Antara individu yang dilantik oleh beliau
untuk menyandang jawatan sebagai Gabenor Jeneral ini ialah Cai Yurong.9 Cai
Yurong telah diarahkan untuk memegang daerah Yunnan untuk mengawal revolusi
kecil yang sedang berlaku pada masa itu. Selain itu, pada zaman pemerintahan
maharaja Kangxi, beliau tidak menyerahkan sepenuhnya kepercayaannya terhadap
golongan pihak mahkamah. Kerana bagi beliau golongan ini sering mengambil
kesempatan dan tidak boleh dipercayai kerana pada zaman Dinasti Ming golongan
ini merupakan golongan yang memonopoli kerajaan dan sumber ekonomi.
Dalam melaksanakan pentadbirannya, maharaja Kangxi turut dibantu oleh
pihak Jesuits. Golongan Jesuits ini sangat dihormati oleh beliau kerana begitu
banyak membantu beliau dalam tampuk pemerintahannya, malahan dalam
memodenkan China pendapat golongan Jesuits ini begitu penting. Selain itu, cara
bagi menggunakan senjata, teleskop dan sebagainya turut dijelaskan oleh golongan
tersebut kepada beliau. Oleh kerana itu, maka timbulnya kontroversi dalam
kalangan penduduk China pada masa itu. Apatah lagi apabila Maharaja Kangxi pada
masa itu memeluk agama Kristian.
Selain daripada kewibawaan Maharaja Kangxi itu sendiri, beliau begitu
bertuah kerana terdapatnya Gabenor Jeneral yang bijak dalam membantu urusan
pentadbiran beliau. Gabenor Jeneral Cai Yurong telah mentakrifkan semula sistem
ketua kaum yang diamalkan di China bagi mengelak berlakunya penguasaan
mutlak golongan elit serta untuk memastikan kesetiaan golongan elit ini diserahkan
sepenuhnya kepada kerajaan. Akhirnya usaha beliau dalam mentakrifkan semula
sistem tersebut telah berjaya memperlihatkan kesetiaan penuh daripada golongan
elit bagi kerajaan Qing pada waktu itu.10
3.1.2 Ketenteraan
9 John E. Herman, Empire in the Southwest: Early Qing Reforms to the Native Chieftain System, Association forAsian Studies (The Journal of Asian Studies, Vol. 56, No. 1), 1997, hlm. 58.
10
Ibid, hlm. 58.
7
Apabila keadaan politik sesebuah negara itu berada dalam keadaan stabil maka
tidak hairanlah jika aspek ketenteraannya juga berada dalam posisi yang begitu
baik sekali. Sama perihalnya juga dengan dinasti Qing, Kuangxi merupakan antara
pemerintah agung dinasti ini dan juga antara tiga pemerintah kosmopolitan dunia
pada abadnya jadi tidak menghairankan jika beliau berjaya meluaskan aspek
ketenteraannya dengan begitu luas dan sistematik. Tidak hanya mengharapkan
pihak tentera beliau sahaja, maharaja Kangxi turut akan menyertai segala
peperangan yang dianjurkan oleh pihaknya malahan beliau sendiri begitu mahir
menunggang kuda serta memanah.11 Kepintaran beliau dalam kedua-dua bidang
tersebut telah menjadi kelebihannya dalam menawan segala daerah yang diingini
oleh beliau bersama bala tenteranya yang lain.
Pada tahun 1696, Kangxi telah mengetuai tiga bala tenteranya dalam usaha
melawan pihak Dzungars dan pada masa yang sama juga dibahagian barat Qing
telah diancam pula oleh Galdan yang mana membawa kepada Peperangan Jao
Modo sekaligus membawa kepada kematian Galdan pada tahun berikutnya. Pada
tahun 1701 pihak Kangxi telah cuba untuk merampas Dartsedo dan bandar Sichuan
yang mana terletak dibawah pegangan Tibet dan beliau berjaya. Usaha beliau
tersebut telah membawa kepada permusuhan antara Dinasti Qing dan Tibet.
Keberkesanan ketenteraan zaman maharaja Kangxi ini juga dapat dilihat
melalui kejayaan beliau dalam menumpaskan revolusi yang dipanggil sebagai The
Three Feudatoties pada tahun 1681M. Kangxi dengan sendirinya telah menyertai
pasukan tenteranya dalam membanteras revolusi yang diakibatkan oleh dasar
pembersihan pada zaman dinasti Ming ini selain itu revolusi ini turut dijalankan bagi
menegakkan semula kekuasaan Dinasti Ming dan untuk menjatuhkan Dinasti Qing
oleh para bangsawan dan individu yang begitu setia terhadap kerajaan Ming.12 Oleh
itu tidak hairanlah mengapa maharaja Kangxi mampu untuk menawan segenap
daerah China dalam sepanjang pemerintahan beliau selama 61 tahun. Michael G.
Chang dalam konferensi beliau mengenai sejarah asia dia Singapura pada 21 Mac
2009 menyatakan bahawa, jika dilihat secara purata Kangxi telah berjaya
menyelesaikan kunjungan beliau ke atas enam buah daerah di China selama hanya
11 Frances Wood, China: The Three Emperors 1662-1795, London: Burlington, 2006, hlm. 5.12
Willard J.Peterson, The Ch’ing Dynasty To 1800, Volume 1, Cambridge University Press, 2002, hlm. 56.
8
tiga bulan sahaja bagi memantau sendiri keadaan di daerah pegangan beliau itu
yang mana lawatan dan pantauannya bermula dari daerah Zhili sehinggalah ke
bahagian Hulu Yangzi.
3.1.3 Pendidikan
Pada era abad ke 17 hak wanita untuk memperolehi pelajaran begitu diabaikan dan
diketepikan kerana pada pandangan masyarakat pada masa itu wanita hanya
bekerja di rumah dan mengurus rumah serta mengurus keluarga sahaja. Keadaan
berbeza pada zaman pemerintahan Maharaja Kangxi. Wanita telah diberi peluang
untuk belajar walaupun tidak secara menyeluruh namun hak mereka bagi
mendapatkan pendidikan telah diberi oleh pihak kerajaan pada masa itu.
Pada zaman pemerintahan Maharaja Kangxi wanita telah diberi pendedahan
terhadap asas pendidikan seperti menulis dan membaca walaupun masih ramai
pada masa itu suami atau ibu yang kurang senang dengan dasar pendidikan
tersebut.13 Pada pendapat mereka jika wanita membaca sebuah buku maka
terdapatkah masa untuknya mengurus keluarganya.14 Namun begitu pada zaman
Maharaja Kangxi beliau telah membuktikan bahawa walaupun wanita diberi
pendedahan untuk belajar namun ia tetap tidak menjejaskan tugasnya untuk
menguruskan segala hal ehwal keluarga.
Selain daripada memperkenalkan pendidikan bagi kaum wanita sistem
pendidikan bagi kanak-kanak tempatan turut dititik beratkan pada zaman beliau.
Kanak-kanak tempatan dipantau ketat bagi memastikn mereka mendapat
pendidikan dengan sebaiknya dan sekaligus melanjutkan pelajaran mereka ke
peringkat yang lebih tinggi dan langkah terakhir ialah bagi menduduki peperiksaan
yang membolehkan mereka untuk bekerja dengan pihak kerajaan.
3.1.4 Agama Kristian
Semasa pemerintahan Maharaja Kangxi telah menyaksikan pemeluasan
penyebaran agama Kristian secara besar-besaran di China. Beliau begitu
13
C. Wing-Chung Ho, The Cultivation of Female Talent: Views on Women’s Education in China During The Early andHigh Qing Period (Journal of The Economic and Social History of The Orient, Vol. 38, No. 2.), BRILL, 1995,hlm. 192.
14 Ibid, hlm. 193.
9
menghormati para mubaligh-mubaligh Kristian yang telah datang ke China
sehinggalah beliau pernah meminta kepada seorang mubaligh Jesuits iaitu Fr.
Gerbillon untuk mengajar beliau ilmu Matematik di ruangan peribadinya di Istana.
Selain itu beliau turut mempelajari ilmu astronomi daripada mubaligh-mubaligh
Kristian ini.15 Melalui tindakan terbuka Maharaja Kangxi ini dapat dijelaskan bahawa
beliau merupakan pemerintah yang berfikiran kehadapan malahan melalui
kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian ini juga beliau telah mempelajari begitu
banyak tentang dunia luar dan pengetahuan ini sudah pastinya disalurkan kepada
rakyat China itu sendiri.
3.1.5 Kesenian
Kesenian dalam masyarakat China bukan sahaja merujuk kepada lukisan malahan
juga kepada etika berpakaian. Setiap pemerintah China akan memerintah
menggunakan satu set salinan pakaian yang berbeza dan baru untuk setiap dinasti
yang berbeza. Perbezaan dari segi pakaian ini menunjukkan perubahan pentadbir
yang berbeza. Namun apa yang paling nyata adalah pada era dinasti Qing telah
memperlihatkan satu cara berpakaian yang unik danbcorak berpakian masyarakat
China pada era dinasti Qing ini telah diseragamkan.16
3.2 Maharaja Yong Zheng (1722-1735)
Maharaja Yong Zheng merupakan maharaja yang menggantikan Maharaja Kangxi
dimana nama beliau itu bermaksud “harmoni dan betul” manakala nama
keluarganya Yinzhen bermaksud “warisan nasib”. Beliau merupakan seorang
pemerintah yang bekerja keras serta matlamat utama Yongzheng adalah untuk
mewujudkan sebuah kerajaan yang berkesan hanya dengan perbelanjaan
minimum.17 Walaupun zaman pemerintahan Yongzheng adalah lebih pendek
daripada pemerintahan kedua-dua bapanya (Maharaja Kangxi) dan anaknya
(Maharaja Qianlong), kematian mengejut beliau adalah disebabkan oleh beban kerja
15 Frances Wood, China: The Three Emperors 1662-1795, London: Burlington, 2006 , hlm. 6.16
Ren Wanping, Dressing Customs During Kangxi’s Reign and Their Significance, ACM, Singapore, 2009.17 Patricia Buckley Ebrey, Chinese Civilization, United States of America : The Pree Press A Division of
Macmillan,1993, hlm 271.
10
yang berat. Yong Zheng semasa era keamanan dan kemakmuran, beliau telah cuba
menghapuskan rasuah dan mengelakkan berlakunya pembaziran, dan
memperbaharui pentadbiran kewangan. Beliau telah membangunkan sistem
“Palace memorial” yang ditubuhkan oleh bapanya untuk menjaga pegawai
Makhamah Luar.
3.2.1 Pembentukan Majlis Besar
Semasa pemerintahan Maharaja Yong Zheng beliau telah melakukan perubahan
yang paling penting dalam pengendalian negeri iaitu pembentukan Majlis Besar
pada tahun 1729. Majlis ini telah direka untuk membantu secara langsung maharaja
dalam merangka fatwa dan berkhidmat sebagai majlis penasihat utama dalam hal-
hal keadaan negara dan kerajaan tentera. Beliau juga telah memilih majlis baru
untuk mentadbir iaitu terdiri daripada lapan putera Yinsi, 13 putera Yinxiang, Zhang
Tingyu, Ma Qi dan Longkoda.18 Beliau juga membenci rasuah dan semasa era
pemerintahan beliau, pegawai-pegawai yang mengambil rasuah akan dihukum
teruk kerana beliau ingin mewujudkan satu peraturan autokrasi yang ketat.
3.2.2 Penaklukan
Semasa era pemerintahan maharaja Yong Zheng beliau telah memperluaskan
kuasanya ke rantau asia timur dimana beliau telah mengusai kawasan Timur
Mongolia. Kerajaan Qing pada masa itu cuba untuk menambah wilayah jajahannya
ke kawasan pendalaman bagi menundukkan orang Mongol.19 Oleh itu, tentera telah
dihantar dengan peralatan perang yang lengkap seperti meriam dan senjata-
senjata moden dan jelas dapat dilihat dengan menggunkan senjata-senjata moden
mereka telah mengalahkan orang Mongol kerana hanya bersenjatakan panah dan
busur. Apabila berlakunya perang saudrara pada 1727-1728 beliau telah campur
tangan dan beliau juga telah meninggalkan warganegara Qing untuk melindungi
kepentingan dinasti.
18 Ibid.,hlm 27319
Ibid., hlm 274.
11
Selain itu beliau juga telah menghantar tentera yang terdiri daripada 230,00
untuk mengakahkan Dzunzer yang mempunyai tentera 80,000. Oleh sebab keadaan
geografi tentera Qing tidak dapat melibatkan diri dan pada masa itu musuh lebih
mudah ambil alih namun akhirnya mereka dapat mengalahkan mereka.
Disebabkan reformasi 172920 perbendaharaan meningkat daripada jumlah yang
ditetapkan oleh maharaja Yong Zheng namun pendamaian kawasan luar Mongol
dan pertahanan pada kawasan sempadan dapat dilakukan dengan baik serta beliau
telah berjaya memperluaskan pengaruhnya
3.3 Maharaja Qian Long (1735-1796)
Maharaja Qailong memerintah selama 63 tahun yang paling lama dan dianggap
sebagai maharaja terakhir China kerana semasa saat akhir pemerintahan beliau
dasar tutup pintu China telah dibuka buat kuasa luar iaitu bagi Britain. Nama
Maharaja Qian Long dimana dengan Aisin Giorro sebagai nama keluarga beliau,
Hongli sebagai nama kecil, dan Qian long sebagai tajuk pemerintahan selepas
beliau menaiki takhta mengantikan bapanya iaitu Maharaja Yong Zheng.21 Maharaja
Qian Long merupakan salah satu cucunya yang sangat disukai oleh datuknya iaitu
Maharaja Kangxi kerana keperibadianya. Beliau merupakan taktik tentera yang
hebat dan pencinta seni. Dibawah pemerintahan Maharaja Qianlong beliau
melakukan banyak perubahan iaitu, sewa dikurangkan, cukai dipotong
mengalakkan kaedah pertanian baru, melaksanakan langkah-langkah kawalan
banjir di sungai-sungai dan mengekalkan keamanan. Kebanyakkan aktiviti
perluasan kuasa telah berlaku dengan pesat kerana semasa pemerintahan
Maharaja Qianlong beliau suka mengembara secara luas.
3.3.1 Penyatuan Etnik
Di bawah pemerintahan Maharaja Qianlong, empayar Cina meningkat kepada saiz
yang belum pernah berlaku dalam sejarah China dan dimasukkan Tibet serta
banyak pusat Asia, termasuk bahagian dari apa yang hari ini Rusia. Di samping itu,
China juga melanjutkan kawalan politik ke atas beberapa negeri kecil di Asia
20 Patrica B.E, Cambridge Illustrated History: China, United Kingdom: Lautence King Publishing Utd.1996. hlm 224.21 Patricia Buckley Ebrey, op.cit.,hlm 275.
12
Tenggara dan Korea. Ketika kemuncak pemerintahan Maharaja Qian long, China
menguasai Asia Timur ketenteraan, politik, dan budaya.22 Oleh itu apabila
berlakunya perluasaan kuasa di asia timur semasa pemerintahan Maharaja Qian
Long, telah wujud negeri etnik dimana sebuah empayar etnik Cina mula muncul,
yang terdiri daripada bukan sahaja Han (Han merupakan kumpulan majoriti etnik
dan kumpulan dominan berbahasa-bahasa Cina di China), tetapi juga Mongol, Tibet,
dan Manchu, antara lain, masing-masing dengan tradisi asli agama mereka.
3.3.2 Pertanian
Maharaja Qianlong mengalakkan pertanian dan membina kerja-kerja pengairan,
yang menyumbang kepada ekonomi yang makmur dan penduduk terus meningkat,
dengan jumlah mencapai 300 juta, satu pertiga daripada penduduk dunia pada
masa itu. Maharaja Qianlong telah berminat pada budaya tradisional Cina, dan
beliau sendiri adalah seorang penyair yang mempunyai lebih 40000 puisi dalam
hidupnya. Dalam usaha untuk melindungi budaya tradisional, dia mengumpul buku-
buku purba dari seluruh negara dan, beliau juga melantik menteri untuk
menganjurkan projek-projek kebudayaan secara besar-besaran termasuk
menyusun, mengoreksi dan menerbitkan banyak kod budaya dan rekod purba
seperti “The Classics Confucian Tiga belas” dan” Dua puluh-dua Sejarah dan
Santong”23.Langkah pertama adalah penyusunan kerja-kerja lengkap Classics Cina,
di mana sebanyak 3457 buku purba (79070 jumlah) telah dimasukkan dan 36.275
buku telah terikat.24
Selain itu buku-buku kuno yang berharga telah dipelihara kerana penyusunan
kerja-kerja lengkap Classics Cina yang merupakan sebuah karya yang dikumpul
daripada budaya buku purba di China. “A Dream of Red Mansions”, harta novel
klasik Cina, juga telah siap dibina semasa pemerintahan Maharaja Qianlong.
Pemerintahan enam puluh tahun Maharaja Qianlong adalah fasa penumpuan
budaya Cina, di mana bukan sahaja politik dan hal ehwal ketenteraan, tetapi juga
ideologi dan budaya mempunyai masa mereka.
22
Patrica B.E, op.cit., hlm 227.23 Ibid.24
Ibid.
13
3.3.3 Pentadbiran
Semasa pemerintahan maharaja Kanqxi, berlaku keadaan yang tidak tenteram di
Tibet. Pada 1630 an kawasan Timur Mongol telah jatuh ke Dinasti Qing dan diikuti
oleh kawasan Barat Mongol yang dibawah pemerintahan Dzungar pada tahun 1969.
Walau bagaimanapun Dzungar masih memegang bandar-bandar Islam di wilayah
Xinjiang serta meluaskan pengaruhnya dengan cuba untuk menakluki Tibet pada
tahun 1717. Semasa pemerintahan Maharaja Kangxi, ketua kerajaan Mongol25 iaitu
Lha –Bzang Khan telah menyerang Tibet dengan kebenaran Maharaja Kangxi. Oleh
itu, Tibet pernah menjadi negara jajahan Mongol. Semasa pemerintahan Maharaja
Qian Long, keadaan Tibet berada dalam rusuhan kerana pemerintahnya Pho-lha-
Nas telah meninggal dunia. Oleh itu, kerajaan Tibet masih dibawah Dinasti Qing,
beliau telah mengeluarkan sebuah dekri yang dikenali sebagai dekri 1326 iatu
perkara yang membubarkan jawatan rejen (desi) yang ditubuhkan oleh kerajaan
Tibet dan sebagai ganti, Maharaja Qian Long telah menubuhkan Kashag iaitu majlis
negara yang terdiri daripada empat orang menteri, serta memberikan kuasa yang
rasmi kepada pemerintah Tibet.
Selain itu, Maharaja Qian Long juga telah menjadikan kawasan naungan dan
kawasan pangkalan tetap tentera Qing pada masa itu. Disamping itu Maharaja Qian
Long juga menjaga negara naungannya serta memberikan bantuan dimana sebagai
contohnya pada tahun 1788, Raja Gurkha iaitu, raja Pritvi Narayan Shah menyerang
Tibet dan Maharaja Qian Long bersama tenteranya berjaya menewaskan tentera
Gurkha27. Jelas di sini bahawa kerajaan di bawah pemerintahan Maharaja Qian Long
telah dijaga dengan baik daripada berlakunya ancaman daripada luar.
3.3.4 Kekuatan Ketenteraan
25 http://cultural-china.com/chinaWH/html/en/33History214, diakses pada 3 Mei 2013.26 http://afe.easia.columbia.edu, diakses pada 3 Mei 2013.27
Xinjiang, yang bermaksud "Wilayah Baru" dalam bahasa Cina, adalah nama yang hadir bagi kawasan yang dikenali sebelum ini di Barat sebagai Timur atau Cina Turkestan. Dalam kesusasteraan yang tidak menggunakan sistem Pinyin daripada perumian, ia sering muncul sebagai Sinkiang. Nama ini telah digunakan oleh Cina untuk menggambarkan kawasan sejak ia pertama kali datang di bawah pemerintahan China semasa Dinasti Han,tetapi bukan nama yang penduduk asal digunakan untuk merujuk kepada tanah air mereka. Patrica B.E, op.cit.,hlm 228.
14
Selepas mengalahkan Dzugar di Tibet, tentera- tentera Qing telah
mengambilkesempatan untuk menyerang Dzungar di Xinjing. Pada Ketika ini dapat
dilihat tentera Qing telah melakukan beberapa ekspedisi ketenteraan untuk
menakluki Xinjiang dan antara yang paling terkenal ialah salah satu ekspedisi yang
dikenali sebagai “Ten Great Campaigns”28 atau dikenali sebagai Sepuluh Kempen
Besar dimana merupakan satu siri peperangan yang berjuang semasa
pemerintahan Maharaja Qian Long. Antaranya ialah, untuk membesarkan kiawasan
Qing iaitu kawalan di Asia Tengah dimana terbahagi kepada dua iaitu terhadap
Dzungars (1755-1757) dan pendamaian Xinjiang (1758-1759). Di samping itu tujuh
kempen yang lain ialah menubuhkan dalam bentuk tindakan polis di sempadan.29
Kemusnahan yang paling penting ialah kemusnahan terakhir iaitu Dzungars
dimana mendapat sempadan utara dan barat Xinjiang. Kempen ini telah diketuai
sendiri oleh Maharaja Qianlong dan dibantu oleh Zhoa Hui. Selain itu penentangan
ini dilakukan oleh tentera-tentera Dzungar dan Uighar, namun dikalahkan oleh
tentera Qing serta Xinjing berjaya dikuasai secara keseluruhannya pada tahun
1759. Ketika penaklukan Dinasti Qing, penduduknya terdiri daripada beberapa
kumpulan etnik yang berbeza. Selain itu, bentuk pentadbiran yang ditubuhkan
untuk mentadbir wilayah-wilayah baru ialah dimana keseluruhan Xinjiang diletakkan
di bawah kawalan gabenor tentera yang bertanggungjawab dalam kedua-dua sektor
iaitu sektor awam dan tentera.30 Oleh itu, melalui perluasan kuasa ke Xinjiang, jelas
membuktikan bahawa Maharaja Qian Long berjaya menakluk Xianjiang dimana
pada masa itu juga dapat dilihat Xinjiang diduduki oleh penduduk muslim yang
ramai serta penduduk dibenarkan mengekalkan ketua agama mereka dan
mengikuti undang-undang tempatan.31
3.3.5 Kesenian
Maharaja Qianlong sangat berminat dengan kesenian dan semasa era
pemerintahan beliau telah memperkembangkan dengan membuat 150 hubungan
sepanjang lawatan beliau serta menandatangani setiap fatwa yang dikeluarkan oleh
28 Ibid., hlm 229.29 Patricia Buckley Ebrey, Chinese Civilization, United States of America : The Pree Press A Division of
Macmillan,1993, hlm 276.30 Ibid.31 W.Scott Morton Charlton M.Lewis, Its History and Culture Fourth Edition,United States of America: Library of
Congress Catologing in Publication Data, 1960, hlm 145-146.
15
kerajaan.32 Belaiu juga mengarahkan ulama menganjurkan, mengumpul dan
mengkategorikan lukisan, kaligrafi dan buku-buku serta beliau sendiri
mengumpulkan 1000 drama dan cerpen dari seluruh negara dan menyalin semula
tulisan China oleh 300 sarjana dan 3600 ahli Taurat selama 10 tahun untuk
melengkapkan dan mengandungi 4.2 juta muka surat.
Di samping itu, kesenian yang terhasil semasa dinasti Qing mempunyai
unsur-unsur dari negara seperti Tibet, Timur Tengat, India dan mempunyai
pengaruh di Eropah. Sebagai contohnya, ialah kayu berukir, seramik dan
sebagainya. Jelas disini bahawa melalui kesenian juga Maharaja Qianlong
memperluaskan wilayahnya. Selain itu, terdapat juga lukisan dan sebagai
contohnya sekeping potret besar telah dihasilakan untuk golongan bangsawan dan
kelas pemerintah dalam dinasti Qing. Mengikut kepercayaan Dinasti Qing, lukisan
dianggap sebagai medium untuk berkomunikasi dengan saudara-mara si mati.33
Porselin juga merupakan salah satu yang terkenal dan merupakan landskap halus
yang dicat serta mempunyai pelbagai warna dan reka bentuk. Kilang-kilang telah
didirikan untuk mengembangkan perindustrian porselin semasa pemerintahan
Maharaja Qianlong dan kesenian semasa era pemerintahan beliau sangat maju
serta berkembang dengan baik.
4.0 Analisis
Dalam setiap dinasti yang ada di China sudah tentu kejayaan-kejayaan yang dicapai
itu akan dikaitkan dengan kehebatan maharaja-maharaja yang memerintah
manakala keruntuhan sesebuah dinasti itu pula akan dikaitkan dengan kelemahan
pemerintah yang kemudiannya. Dinasti Qing telah berjaya mewujudkan sebuah
dinastinya setelah berjaya mengalahkan Dinasti Ming. Walaupun Dinasti Qing
32 http://factsanddetails.com/china.php?itemid=57&subcatid=2#09, diakses pada 2 Mei 2013.33 W.Scott Morton Charlton M.Lewis, op.cit., hlm. 147.
16
merupakan sebuah dinasti yang diasaskan oleh kaum bukan Cina namun dibawah
dinasti ini dengan kebijaksanaan pemerintah yang sedia ada maka penduduk di
China berjaya disatukan. Namun kelemahan seseorang maharaja dalam tampuk
pemerintahan tidak semestinya juga akan membawa kepada berakhirnya dinasti
tersebut dan membawa kepada munculnya dinasti baru, keadaan ini dapat kita lihat
ke atas Maharaja Shunzi iaitu ayah kepada Maharaja Kangxi yang hanya menjadi
boneka dan semasa era beliau, Dorgon yang merupakan bapa saudaranya begitu
berkuasa namun kekuasaanya terhenti dengan perlantikan Maharaja Kangxi
kemudiannya.
Maharaja Kangxi memiliki keistimewaannya yang tersendiri dalam
memajukan China sekaligus mengecap setiap kejayaan-kejayaan yang dikenang
sehingga kini sehingga beliau digelar sebagai antara maharaja yang berpemikiran
kosmopolitan oleh P.K. Crossley. Antaranya, pada era pemerintahan Maharaja
Kangxi pendidikan buat wanita telah mulai diketengahkan yang mana pada
sebelumnya hak wanita di China untuk mendapatkan pendidikan dinafikan dan
dikatakan tidak layak kerana peranan wanita hanya berada dirumah dan
menguruskan rumah tangga namun sebaliknya pula pada era pemerintahan
Maharaja Kangxi. Beliau sangat menghormati hak setiap individu dan tidak hanya
menitik beratkan kaum Manchu sahaja malah kaum Han turut diberi peluang
pekerjaan dan pendidikan yang sama rata. Maharaja Yong Zheng pula begitu hebat
dalam melaksanakan bidang pentadbiran bagi Dinasti Qing. Beliau telah
mempertingkatkan dan membuat pembaharuan dalam struktur pentadbiran iaitu
pembentukan satu Majlis Besar telah dibuat bagi membantu beliau untuk
melicinkan urusan pentadbiran malah majlis ini turut menjadi penasihat langsung
untuk beliau.
Selain itu era pemerintahan Maharaja Yong Zheng turut menyaksikan
peningkatan dan pemodenan dalam aspek ketenteraan dimana busur dan panah
mulai giat digunakan dalam peperangan. Tidak kurang juga usaha yang
dilaksanakan oleh Maharaja Qian Long. Semasa pemerintahan beliau turut
memperlihatkan kejayaan yang tidak kurang hebatnya walaupun beliau merupakan
seorang pemerintah yang agak tegas berbanding yang lainnya. Sesungguhnya pada
era beliau dimana pada masa itu China berada dalam dasar tutup pintu dan demi
menjaga hak perdagangan rakyat China sendiri dan tidak ingin adanya campur
17
tangan barat dalam negara China beliau telah melaksanakan undang-undang Lapan
Peraturan bagi mengawal aktiviti perdagangan pedagang barat di China malah
beliau turut menurunkan cukai agar rakyat tidak merasa terbeban dan etnik di
China seperti kaum Han, Mongol dan Manchu telah disatukan dibawah beliau
melalui kesenian. Usaha-usaha yang telah dijalankan oleh pemerintah-pemerintah
Dinasti Qing ini bukan sahaja demi memajukan dinasti itu sendiri namun demi
rakyatnya juga malah usaha yang tinggi ini telah membawa kepada kejayaan-
kejayaan buat dinasti ini.
5.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, Dinasti Qing merupakan sebuah dinasti terakhir yang berjaya
meluaskan wilayah jajahannya den telah menguasai seluruh besar tanah besar
China. Dinasti Qing yang telah wujud pada sekitar tahun 1550 -an dan juga dikenali
sebagai dinasti Manchu kerana pada awalnya telah dibuka oleh orang Manchu.
Selain itu, kejayaan –kejayaan yang dicapai oleh Dinasti Qing dalam usaha
memperluaskan wilayah-wilayah di rantau Asia Timur ialah dimana pemerintahan
dan perluasaan kuasa Dinasti Qing sangat menonjol semasa era Maharaja Kangxi,
Maharaja Yong Zheng dan Maharaja Qian Long.
Era pemerintahan ketiga-tiga maharaja ini disebut sebagai “The Golden Age
Of Three Emperors” kerana ketika pemerintahan dinasti Qing dibawah ketiga-tiga
maharaja ini, keadaan Dinasti Qing sangat kegemilangan serta berjaya meluaskan
kuasa ke Tibet, Xinjiang dan sebagainya. Namun begitu, Dinasti Qing juga berlaku
zaman kejatuhan dimana sebab utamanya ialah sikap pemimpin Qing sendiri,
cabaran dari Barat (1839-1860), pertambahan penduduk dan bencana alam serta
berlakunya pemberontakan akibat ketidak puasaan hati rakyat. Walau
bagaimanapun Dinasti Qing berjaya memperluaskan kuasanya dibawah
pemerintahan ketiga-tiga maharaja yang teragung.
18
RUJUKAN
C. Wing-Chung Ho. 1995. The Cultivation of Female Talent: Views on Women’s Education in China During The Early and High Qing Period. (Journal of The Economic and Social History of The Orient, Vol. 38, No. 2.). BRILL.
Frances Wood. 2006. China: The Three Emperors 1662-1795. Burlington. London.
John E. Herman. 1997. Empire in the Southwest: Early Qing Reforms to the Native Chieftain System. Association for Asian Studies (The Journal of Asian Studies, Vol. 56, No. 1).
Patrica B.E. 1996. Cambridge Illustrated History: China. United Kingdom. Lautence King Publishing Utd.
Patricia Buckley Ebrey. 1993. Chinese Civilization. United States of America. The Pree Press A Division of Macmillan.
P.K. Crossley. 21 March 2009. The Asian Civilisations Museum (ACM). Konferensi. Singapore.
Ren Wanping. 2009. Dressing Customs During Kangxi’s Reign and Their Significance. ACM. Singapore.
Willard J.Peterson. 2002. The Ch’ing Dynasty To 1800. (Volume 1). Cambridge University Press.
W.Scott Morton Charlton M.Lewis. 1960. Its History and Culture Fourth Edition. United States of America. Library of Congress Catologing in Publication Data.
http://www.britannica.com/EBchecked/topic/111803/China/71751/Culture#toc71754. Diakses pada 24 April 2013.
19
http://www.dynastiesofasia.com/asian-history-references.htm. Diakses pada 24 April 2013.
http://factsanddetails.com/china.php?itemid=57&subcatid=2#09. Diakses pada 2 Mei 2013.
http://cultural-china.com/chinaWH/html/en/33History214. Diakses pada 3 Mei 2013.
20