PENULISAN_PERINGKAT_PERTAMA.docx

27
KRL 3043 LATIHAN ILMIAH PENULISAN PERINGKAT PERTAMA BAB 1, 2 DAN 3 TAJUK DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. MATRIK PROGRAM MOHD NAZIRUL EZRIN B. ILYAS D201020422 31 AT34J PPG - UPSI PENSYARAH/PENYELIA: DR. NORSILAWATI BINTI ABDUL RAZAK 1 MASALAH KOORDINASI TUBUH BADAN DAN KETANGKASAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN PEMARKAHAN

Transcript of PENULISAN_PERINGKAT_PERTAMA.docx

KRL 3043LATIHAN ILMIAH

PENULISAN PERINGKAT PERTAMABAB 1, 2 DAN 3

TAJUKMASALAH KOORDINASI TUBUH BADAN DAN KETANGKASAN SEMASA MELAKUKAN AKTIVITI PERGERAKAN ASAS LOKOMOTOR DAN MANIPULASI ALATAN

DISEDIAKAN OLEH :

NAMANO. MATRIKPROGRAM

MOHD NAZIRUL EZRIN B. ILYASD20102042231AT34JPPG - UPSI

PENSYARAH/PENYELIA:DR. NORSILAWATI BINTI ABDUL RAZAK

Tarikh : 15 OKTOBER 2014

BAB 1

PENGENALAN

1.1Pendahuluan

Kecerdasan fizikal sering dikaitkan dengan pergerakan fizikal kanak-kanak melalui perlakuan aktiviti kanak-kanak tersebut. Ini kerana pergerakan yang aktif oleh kanak-kanak akan melatih otot-otot mereka berfungsi dengan cekap dan fleksibel. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan fizikal yang baik dapat melakukan pergerakan dengan berkesan seperti menari, bersukan atau bermain bola serta cekap dalam aktiviti yang melibatkan penggunaan motor anggota badan mereka. Selain itu, kanak-kanak juga dapat menggunakan alatan yang diberi dengan baik seperti bermain permainan mereka atau menunggang basikal. Secara tidak langsung, ianya dapat mempengaruhi koordinasi tubuh badan mereka yang merangkumi imbangan, kelajuan dan ketangkasan.

Kecerdasan fizikal kanak-kanan melibatkan pergerakan asas dalam melakukan aktiviti melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alat. Ketiga-tiga asas ini perlulah dilatih sedari usia kanak-kanak pra-sekolah supaya mereka dapat melakukan aktiviti dengan cekap dan sekali gus koordinasi tubuh badan mereka dalam postur yang betul. Namun begitu, kajian ini akan mencari permasalahan murid-murid dalam koordinasi dan ketangkasan semasa melakukan pergerakan asas pergerakan lokomotor dan manipulasi alat. Ini kerana, dua elemen pergerakan asas ini sering menjadi agenda utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.

Pergerakan asas lokomotor merupakan pergerakan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam pergerakan lokomotor seperti berjalan, berlari, melompat dan merangkak dan gerakan ini melibatkan arah (kiri atau kanan, hadapan atau hadapan), haluan (lurus, zig zag) dan masa (cepat atau perlahan). Pergerakan ini boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar dan dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi.Manupulasi alatialah bagaimana menggunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap semasa aktiviti perlakuan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Kemahiran manipulasi alatmerupakan asas kepada kemahiran sukan. Oleh itu, pendedahan mengenai kemahiran ini perlu diberi pada peringkat pra-sekolah lagi. Melalui kemahiran asas manipulasi alat yang betul, koordinasi anggota badan seperti tangan, kaki dan lain-lain dapat ditingkatkan. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mengetahui dan menguasai kemahiran manipulatif ini mereka akan lebih yakin dalam melakukan aktiviti perlakuan asas dan koordinasi badan mereka akan lagi tinggi berbanding kanak-kanak yang tidak mempelajari kemahiran ini. Kemahiran ini meliputi membaling dan melambung, memukul dan menyambut. Melalui kemahiran manipulasi alat ini, ianya akan melibatkan tiga aspek iaitu memberi tenaga kepada objek seperti melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul, membaling, menguasai objek seperti menangkap dan menyambut, menahan dan mengawal objek seperti menggelecek dan memantul bola.

Bagi konsep koordinasi pula, ianya melibatkan keselarasan antara mata, tangan, kaki dan badan dalam pergerakan. Sebagai contoh, keselarasan mata, tangan, kaki dan badan diperlukan untuk melambung dan menyambut bola dengan baik. Oleh itu, masalah koordinasi dan ketangkasan terhadap kanak-kanak dikaji dalam melakukan kecerdasan fizikal berasaskan perlakuan asas lokomotor dan manipulasi alatan melalui latihan litar yang dilaksanakan dalam masa yang telah ditetapkan.

1.2Latar Belakang Kajian

Perkembangan motor dan pertumbuhan kanak berlaku secara pesat sewaktu umurkanak-kanak menjangkau 8 tahun hingga 12 tahun (Gallahue, 1996). Jadi, sepatutnya pada usia ini, kanak-kanak akan mengaplikasikan kemahiran manipulasi alatan yang telah dikuasai sewaktu Tahap Satu ke dalam situasi permainan yang dipelajari pada Tahap Dua. Pergerakan lokomotor dan manipulasi alat amatlah berkait rapat dengan koordinasi dan ketangkasi kanak-kanak. Koordinasi dan ketangkasan akanmembantu kanak-kanakuntuk bertindak dengan pantasdan selamat. Oleh itu, kajian terhadap cara untuk meningkatkan koordinasi dan ketangkasan kanak-kanak dikaji. Melalui hasil tinjauan awal yang dilaksanakan mendapati murid-murid tidak dapat mengubah arah dengan cepat dan berkesan. Keadaan seperti teragak untuk menukar arah dan kembali ke permulaan sering berlaku. Keadaan ini diperhatikan berulang kali sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid Tahun 3 Intan di SK Tasek Gelugor semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi mengesahkan kemusykilan ini, seramai 30 orang murid dipilih untuk melaksanakan satu Ujian Illinois bagi mengetahui tahap ketangkasan. Koordinasi dan ketangkasan setiap murid Tahun 3 Intan telah dinilai melalui latihan litar yang dijalankan. Kajian ini juga bertujuan untuk merangka satu program jangka pendek bagi membantu murid yang menghadapi masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan semasa melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan di kalangan responden.

Sebelum ujian dilakukan, murid-murid akan diberi penerangan tentang tujuan ujian ini dijalankan dan demonstrasi mengenai ujian yang dijalankan ditunjukkan terlebih dahulu. Setelahitu,murid dibenarkan untuk membuat dua kali percubaan sebelum ujian sebenar dilaksanakan. Ini bagi membantu murid-murid untuk menyesuaikan diri dengan keadaan litar ujian. Setelah itu, dua percubaandibuat bagisetiap murid dengan rehatselama sepuluh minit di antaranya sebelum bermula semula.Keputusan ujian telah dibandingkan dengan petunjuk skor tahap ketangkasan untuk mengetahui tahap ketangkasan mereka. Melalui aktiviti ini juga, data kuantitatif yang dikumpul ialah ujian pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan melalui teknik pemerhatian ini. Melalui teknik pemerhatian ini, responden perlu menumpukan perhatian kepada demonstrasi pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alat yang betul.

1.3Pernyataan Masalah

Senario yang terdapat di sekolah masa kini menunjukkan terdapat ramai murid terutamanya murid Tahun 3 yang tidak mempunyai koordinasi tubuh badan dan ketangkasan yang baik. Ini memberi kesan yang negatif untuk tempoh yang panjang kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang banyak melibatkan aktiviti fizikal khususnya dikalangan murid Tahun 3 sewaktu masa Pendidikan Jasmani (Bucher, 1999). Murid yang mempunyai masalah untuk menyelaraskan anggota tubuh badan akan membataskan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian yang dijalankan ke atas murid Tahun 3 menunjukkan terdapat ramai murid tahun ini yang tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan ataupun koordinasi serta ketangkasan semasa melakukan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan dengan baik. Ini disebabkan oleh murid tidak dapat pendedahan yang betul pada peringkat awal berkenaan teknik dan peraturan yang ditetapkan. Selain daripada murid tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya semasa demostrasi dijalankan dan menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti perlakuan asas dan manipulasi alat dengan betul. Melalui pemerhatian ini, beberapa masalah yang timbul antaranya ialah :

i. Sewaktu melaksanakan Lompat Kuadran, murid masih ragu-ragu untuk melompat walaupun setiap petak yang disediakan telah dinomborkan dan murid hanya perlu melompat mengikut susunan nombor.ii. Ketika melakukan lari ulang alik, murid-murid memilih untuk berhenti dan mengambil bongkah kayu berbanding untuk bergerak secara terus dan kembali berlari ke permulaan.iii. Semasa menjalankan permainan galah panjang, murid-murid tidak dapat mengelakkan diri dengan baik daripada disentuh oleh kumpulan berlawanan.

Melalui pemerhatian ini, dapat disimpulkan bahawa sebilangan murid masih tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik serta ketangkasan dalam melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakkan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Oleh itu, kajian berkaitan koordinasi dan ketangkasan difokuskan sebagai permasalan utama dalam kecerdasan fizikal kanak-kanak semasa melakukan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan.

1.4Objektif Kajian

Objektif kajian bagi kajian ini adalah:

i. Mengenalpasti tahap koordinasi dan ketangkasan murid Tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. ii. Mengenalpasti program jangka pendek yang dapat membantu murid Tahun 3 mengatasi masalah untuk menyelaraskan koordinasi iaitu anggota tubuh badan dan ketangkasan. iii. Membantu murid Tahun 3 Intan memahami konsep koordinasi dan ketangkasan.iv. Membantu murid menyelaraskan koordinasi tubuh badan dan ketangkasan dengan lebih baik semasa melakukan latihan litar.

1.5Soalan Kajian

Persoalan kajian ialah persoalan yang dapat dijawab melalui kajian yang dijalankan dengan menggunakan pendekatan yang telah dipilih. Berikut merupakan beberapa persoalan yang sepatutnya dijawab melalui kajian :

i. Apakah tahap koordinasi dan ketangkasan murid tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang?ii. Adakah program jangka pendek yang dapat membantu murid Tahun 3 Intan mengatasi masalah untuk menyelaraskan koordinasi iaitu anggota tubuh badan dan ketangkasan?iii. Adakah murid Tahun 3 Intan dapat memahami konsep koordinasi dan ketangkasan setelah teori dan amali ditunjukkan?iv. Adakah latihan litar dapat membantu meningkatkan ketangkasan murid Tahun 3 Intan?

1.6Fokus Kajian

Kajian ini difokuskan kepada murid Tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Isu yang diberi perhatian untuk kajian ini ialah murid Tahun 3 yang tidak dapat menyelaraskan anggota tubuh badan dan ketangkasan dengan baik semasa melakukan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alat.

1.7Kepentingan Kajian

Sebelum menjalankan kajian, enam faktor berikut telah diambil kira bagi memastikan keberhasilan kajian. Faktor-faktor tersebut ialah kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kolaborasi, kerelevanan dan juga kawalan.

1.7.1Kebolehtadbiran

Kajian ini mudahditadbir dandiuruskan dari segi perlaksaan kajian ketika proses pengambilan data.Permainan ini bolehdilaksanakan di padang dan juga gelanggang badminton sekolah. Padang merupakan kawasan yang terbaik untukmenjalankan intervensidengan selamat.Jikaterdapat peralatan yang tiada atau tidak mencukupi, alat reka ganti boleh digunakan semasa kajian dilaksanakan. Perancanganyangbaikseperti menetapkanmasa, tarikh, lokasi dan tempoh perlaksanaan membantu kelancaran kajian ini.

1.7.2Kepentingan

Usaha untuk meningkatkan tahap ketangkasan murid-murid di sekolah akan membantu memenuhi keperluan fizikal murid-murid dan juga sekolah. Jika murid-murid ini dapat menguasai ketangkasan, mereka telah memenuhi salah satu aspek kecergasan. Seterusnya, sekolah juga amat memerlukan murid-murid yang tangkas untuk mewakili sekolah dalam permainan seperti Bola Sepak, Bola Baling, Badminton dan sebagainya.

1.7.3Kebolehgunaan

Kajian dan intervensi ini sesuai digunakan oleh semua murid di sekolah rendah. Intervensi yang menggunakan pendekatan latihan litar ini dapat digunakan dengan menyesuaikan permainan seperti Galah Panjang sewaktu fasa kemuncak pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani untuk menguji penguasaan murid-murid berkaitan tajuk ketangkasan.

1.7.4KolaborasiKajian inihanya dapatdijalankan dengankerjasama denganbeberapa pihak. Pihak yang terlibat antaranya ialah, pihak sekolah, pihak ibu bapa dan murid, guru pembimbing dan juga pensyarah pengkaji itu sendiri. Pihak sekolah perlu membenarkan murid-murid terpilih membantu menyelesaikan kajian yang dijalankan. Selain itu, guru-guru Pendidikan Jasmani dan juga pensyarah terlibat akan menjadi rujukan jika terdapat sebarang kemusykilan dalam melaksanakan kajian serta intervensi yang telah dicadangkan ini. Murid-murid serta ibu bapa juga perlu memberikan kebenaran sebelum mereka melibatkan diri secara langsung dengan kajian yang bakal dijalankan ini.1.7.5Kerelevanan

Kajian ini dilihat relevan dengan pembangunan kecergasan murid-murid serta pembangunan sukan di sekolah. Jika murid-murid dapat menguasai ketangkasan kemungkinan peningkatan prestasi mereka di dalam permainan-permainan yang dipertandingkan akan meningkat dari masa ke semasa.

1.7.6Kawalan

Kajian yang baik merangkumi perkara-perkara seperti subjek kajian, peralatan, lokasi serta cara perlaksanaan intervensi yang mudah dikawal dan selamat. Subjek kajian atau responden terdiri daripada murid-murid Tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Peralatan yang digunakan pula mudah didapati di stor sukan sekolah. Kawasan padang akan digunakan secara maksimum untuk menjalankan intervensi yang telah dirancangkan. Intervensi akan diadakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani sahaja dan tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran murid yang selainnya.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor, Tasek Gelugor dalam Daerah Seberang Perai Utara sahaja disebabkan mengambil kira masa, tenaga dan kos yang perlu dikeluarkan untuk menjalankan dan melengkapkan kajian ini. Sampel yang digunakan dalam kajian ini hanya melibatkan murid-murid Tahun 3 Intan dari sekolah yang dikaji kerana hanya mereka ini yang dipilih yang menjadi fokus untuk kajian ini. Pemilihan sampel dalam kajian ini nanti akan melibatkan tahap murid baik, sederhana baik dan lemah serta tahap pencapaian akademik yang berbeza. Mereka yang dipilih ini bukanlah mewakili populasi sebenar untuk semua murid di sekolah rendah.

1.9Definisi Pembolehubah

1.9.1Pengajaran

Pengajaran ialah satu proses komunikasi atau penyampaian pengetahuan yang terjadi di dalam proses pembelajaran di kalangan murid-murid. Dalam kajian ini merujuk kepada proses komunikasi atau interaksi yang berlaku sama ada secara formal melalui sistem pendidikan antara guru, ibu bapa dan murid-murid.

1.9.2Pembelajaran

Pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku atau perubahan sifat seseorang manusia kesan daripada pengalaman melalui system pendidikan. Pembelajaran merujuk kepada kajian terhadap perubahan tingkah laku murid-murid melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak formal.

1.10Rumusan

Pergerakan asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan kanak-kanak dalam membentuk budaya yang sihat, cergas dan cerdas dalam melakukan aktiviti bersukan. Memandang kepentingan ini, tujuan kajian terhadap pergerakan asas ini adalah untuk membantu kanak-kanak membina kemahiran pergerakan asas dengan cara yang betul dan tangkas. Pergerakan kemahiran lokomotor akan membantu murid-murid berjalan, berlari, melompat dengan betul, mengetahui cara duduk, berdiri dengan betul dan sebagainya. Manipulasi alatan pula membantu murid-murid menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk kemahiran dalam sukan apabila murid-murid dewasa kelak.

Kajian yang dijalankan merupakan satu perintis bagi mengenal pasti masalah koordinasi dan ketangkasan murid dengan menggunakan teknik pemerhatian melalui latihan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alat. Program latihan ini yang dirancang dengan rapi dan khusus mampu mempertingkatkan aspek-aspek kecergasan sekiranya latihan berdasarkan prinsip-prinsip latihan yang dirancang mengukur dan menguji kompenan kecergasan dengan lebih spesifik.

Melalui pergerakan asas ni, ianya dapat memberi kesedaran kepada guru Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah mengenai potensi kanak-kanak dan kepentingan mengajar murid-murid pergerakan yang betul. Disamping itu, kajian ini membantu guru-guru meneroka cara yang betul dalam pergerakan lokomotor, meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak, mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan pergerakan yang laindengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan, melakukan kemahiran lokomotor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik, bergerak secara tangkas dengan menekankan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, dan aliran, mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi manipulasi alatan, sentiasa berasa cergas dan cerdas, seronok dan yakin melakukan pergerakan, dan sentiasa mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pendahuluan

Rajah 1 menunjukan kecerdasan fizikal terbahagi kepada dua bahagian iaitu kecerdasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecerdasan fizikal berasaskan perlakuan motor (Wong Ling Syu, 2004). Bagi kecerdasan fizikal berasaskan kesihatan, ianya merangkumi daya tahan kardiovaskular, daya tahan otot, kekuatan otot, komposisi tubuh badan serta kelenturan. Manakala kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor pula merangkumi ketangkasan, koordinasi, kuasa, imbangan, masa tindak balas dan juga kelajuan.

Kecerdasan FizikalKesihatanDaya tahan kardiovaskularDaya tahan ototKekuatan ototKomposisi tubuh badanKelenturanPerlakuan motorKetangkasan, KoordinasiKuasaImbanganMasa tindak balasKelajuan.

Rajah 1 : Pembahagian Kecedasan Fizikal

Dalam kajian ini, elemen koordinasi dan ketangkasan terhadap kanak-kanak dikaji berasaskan perlakuan lokomotor dan manipulasi alatan. Dalam bab ini, teori dan konsep koordinasi, ketangkasan serta elemen kecerdasan fizikal iaitu perlakuan lokomotor dan manipulasi alatan akan diterangkan secara terperinci. Berikutnya, kajian-kajian lepas yang mempunyai hubungkait dengan kajian ini dibincangkan. 2.2Teori dan Konsep Berkaitan

Bahagian ini membincangkan teori dan konsep yang digunapakai dalam kajian ini. Antara teori dan konsep yang dibincangkan adalah koordinasi, ketangkasan, pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alat. Hubungkait antara teori dan konsep ini juga dibincangkan.

2.2.1Koordinasi

Koordinasi merupakan kebolehan menggunakan pancaindera bersama tubuh badan dan mengaitkannya dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki. Umur didapati akan mempengaruhi koordinasi motor kasar dan koordinasi mata dengan tangan serta mata dengan kaki. Koordinasi ataupun kebolehan menyelaraskan anggota tubuh badan antara mata, tangan, kaki dan badan merupakan salah satu komponen dalam kecergasan. Koordinasi ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Koordinasi juga boleh ditafsirkan sebagai paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja itu lancar, licin, kemas dan tepat.

Ada juga berpendapat koordinasi merupakan kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan keseimbangan. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota badan. Koordinasi merupakan satu elemen yang penting untuk seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam permainan atau sukan. Sebenarnya koordinasi tubuh badan murid juga akan membantu mengasah potensi yang terdapat dalam diri seseorang murid itu. Koordinasi juga boleh dikaitkan dengan imbangan, ketangkasan, kuasa, masa tindak balas dan kepantasan.

2.2.2Ketangkasan

Ketangkasan merupakan salahsatu komponen dalamkecergasan fizikal yang berkaitdenganpergerakanlokomotorataukemahiran manipulasi alatan. Terdapat pelbagai definisi ketangkasan yang telah diberikan antaranya ialah Thomas dan Nelson (1990) menegaskan bahawa ketangkasan melibatkan ketepatan dan kelajuan mengubah arahbadan ketika bergerak. Merujuk kepada Johnson dan Nelson (1986), ketangkasan diertikan sebagai kebolehan fizikal seseorang yang dapat mengubah kedudukan badannya dan arah pergerakan dengan cepat dan tepat. Adrian Chew (2009) pula menyatakan ketangkasan ialah kelajuan menukar arah dan kedudukan badan. Ketangkasan merupakan kebolehan melakukan pergerakan berturutan ke arah yang berbeza denganmudah,pantasdancekap (Teng BoonTong,2001). Wong Ling Syu (2004) pula menyatakan ketangkasan ialah kebolehan dan keupayaan seseorang bertindak dengan secepat yang boleh untuk membantunya dalam situasi permainan dan ketika kecemasan bertujuan mahu menyelamatkan diri. Ketangkasan dapat membantu murid untuk lebih cemerlang dalam sukan yang diceburi.

2.2.3Pergerakan Asas Lokomotor

Pada Bab 1 telah menjelaskan pergerakan asas lokomotor merupakan pergerakan seseorang dari satu tempat ke tempat yang lain dan perlakuan ini diaplikasikan dalam rutin harian. Oleh itu, ianya amat penting untuk dilatih dalam usia kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah menerima input yang disampaikan dan akan diaplikasi dengan betul. Antara aktiviti pergerakan lokomotor adalah seperti berikut:

i. Berjalana. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan b. Berjalan naik tanggaii. Berlaria. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurusb. Berlari dengan pelahan serta lutut diangkat tinggic. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyaratdiberikan dan berlari semulad. Berlari kehadapan serta berundur kesisie. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahanf. Berlari mengikut arah zig zagg. Lari beberapa langkah dan kemudian melompatiii. Melompata. Melompat tali atau garisan di atas lantaib. Melompat halangan c. Melompat sambil mengubah arah lompatan

iv. Merangkaka. Merangkak melalui pelbagai halanganb. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat

2.2.4Manipulasi Alatan

Manupulasi alatialah cara mengaplikasikan alatan dengan cara yang betul dan cekap semasa aktiviti dijalankan. Sekiranya kamahiran ini dikendalikan dengan betul maka koordinasi tubuh badan dapat ditingkatkan dan selamat ketika aktiviti dijalankan. Antara aktiviti yang melibakan kemahiran manipulasi alatan adalah seperti berikut:

i. Membaling dan melambunga. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semulab. Membaling bola kedinding dan menangkapnya semulac. Membalingkan bola kesasaranii. Menyambuta. Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semulab. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasanganc. Membaling dan menangkap bola secara bergilir dengan pasanganiii. Memukula. Memukul alatan dengan tanganb. Memukul alatan dengan genggamanc. Memukul alatan ke arah sasarand. Melambung bola kecil ke udara dan memukulnyae. Menjatuhkan bola kemudian memukul bola tersebut ketika ia melantun.

2.2.4 Hubungan antara Koordinasi dan Ketangkasan dalam Pergerakan Asas Lokomotor dan Manipulasi Alatan

Barrow Mc Gee (1979) telah mengatakan bahawa koordinasi mempunyai kaitan dengan imbangan, kelajuan dan ketangkasan. Manipulasi alatan dan pergerakan lokomotor boleh dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dan ketangkasan. Sekiranya kemahiran manipulasi alatan dan pergerakan lokomoto ini tidak dilakukan dengan betul dan baik, maka koordinasi tubuh badan akan terjejas dan murid tidak akan tangkas dalam melakukan aktiviti ini. Terdapat beberapa kemahiran manipulasi alatan dan pergerakan lokomotor boleh dilakukan oleh murid adalah seperti melambung, menyambut, menampar, melantun, memukul, berlari dan berjalan. Kesemua kemahiran manipulasi alatan dan pergerakan asas ini boleh dilakukan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.

Salah satu kaedah untuk meningkatkan ketangkasan yang melibatkan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan merupakan adalah latihan litar. Latihan litar telah diperkenalkan oleh R.E Morgan dan G.T Adamson (1953). Menurut Liliana Wong (2011) latihan litar ialah latihan yang dirangka dengan stesen-stesen tertentu.Aktiviti-aktiviti stesen ini dilaksanakandalam masa tertentu yang telah ditetapkan. Satu litar dikira lengkap apabila semua aktiviti yang dirancang telah dilaksanakan.

2.2.5Kebaikan Aktiviti Pergerakkan Asas Lokomotor dan Manipulasi Alatan

Dalam aktiviti pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan, terdapat kebaikan yang dapat dipupuk dalam diri kanak-kanak sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu. Aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan manipulasi alatan ialah kerjasama, berani, semangat berpasukan, disiplin dan gembira. Nilai-nilai positif ini dibincangkan pada sub topik berikutnya.

2.2.5.1Kerjasama

Pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas dan manipulasi alatan boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan dalam satu-satu masa. Murid-murid akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka sesama bilik darjah.

2.2.5.2Keberanian

Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan mereka sendiri. Bagi ymurid yang tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan kawan-kawan yang lain dan sekaligus akan mencuba memberanikan diri untuk melakukan aktiviti tersebut atas dasar pengaruh dari pemerhatian mereka sendiri terhadap rakan yang berani dan berjaya dan sifat malu tersebut. Ini memberi nilai positif keberanian dalam diri murid yang kurang berani pada peringkat permulaan.

2.2.5.3Semangat Berpasukan

Dalam pendidikan pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam aktiviti yang dijalankan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara satu sama lain.

2.2.2.4BerdisiplinDalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas lokomotor dan manipulasi alatan, murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara dan teknik yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin serta membantu mereka dari aspek keselamatan dalam bersukan. Ini kerana, tanpa disiplin yang kuat, murid tidak dapat melakukan aktiviti dengan betul, cekap dan tangkas dan sekaligus membahayakan keadaan mereka dan rakan sekumpulan sekiranya aktiviti dijalankan secara berpasangan atau kumpulan. Oleh itu, setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti. Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri murid-murid.

2.2.2.5Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran supaya murid mudah untuk menerima apa yang disampaikan dan berasa gembira ketika melakukan aktiviti perlakuan asas lokomotor dan manipulasi alatan. Bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut. Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.

2.3Kajian-Kajian Lepas

Perlakuanlokomotordan kemahiran manipulasi alat merupakan komponen kepada kecergasan. Menurut Falls (1980) di dalam Wong Ling Syu (2004), kecergasan fizikal merupakan kecergasan untuk kesihatan yang merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberiindividuperlindungan dari ancaman penyakit hipokinetik seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang.CorbindanLinsey (1994) di dalam Wong Ling Syu (2004) telah mendefinisikan kecergasan fizikal sebagaikeupayaankeseluruhan organisma manusia berfungsi denganefisyendanberkesan, menikmati masa riadah, menjadi sihat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi keadaan-keadaan kecemasan.Syahrul dan Rusedawatty (2008) telah melaksanakan kajian berkaitan ketangkasan dan bentuk tubuh badan pemain Bola Jaring mengikut posisi di dalam pasukan. Kajian tersebut membuktikan ketangkasan pemain dalam pasukan dipengaruhi oleh ketangkasan. Tanpa tahap ketangkasan yang baik, pemain tidak akan dapat beraksi secara maksimum dalam permainan yang disertai mereka. Jika melihat kajianyang dijalankan olehMuhammad Hafiz Ismail dll.(2008) memilih untuk menjalankan kajian tentang tahap ketangkasan atlet peninju peringkat negeri, keputusan kajian mencatatkan hasil yang sama. Di mana, ketangkasan yang baik amat perlu dalam membaca gerakan tangkas dari pihak lawan. Jika peninju dapat membaca gerakan pihak lawan, mereka akan bergerak dan bertindak pantas seperti mengelak atau menghadiahkan semula gerakan yang diterima kepada pihak lawan. Melalui kedua-dua kajian ini telah dibuktikan bahawa, ketangkasan sangat penting dalam memastikan kejayaan atlet secara individu mahupun berpasukan. Gambetta (2005) menyatakan bahawa tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain. Jadi,jika aspekseperti ketangkasan tidakdikuasai,prestasi individuakan menurun. Ini mendorong pengkaji untuk melaksanakan satu intervensi bagi meningkatkan ketangkasan setelah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

2.4Rumusan

Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran serta tugasan amali iaitu aktiviti-aktiviti di padang atau luar kelas sudah tentu memerlukan teknik dan gaya arahan yang jelas, tepat dan berkesan. Ini kerana, murid-murid memerlukan cara yang jelas dan tepat daripada guru untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengikut arahan dan teknik yang betul. Kegagalan murid mengikuti teknik yang tepat dan jelas akan menyebabkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan tidak menepati objektif atau apa yang dikehendaki serta bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti-aktiviti fizikal di padang.

BAB 3

METODOLOGI

3.1Pendahuluan

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan. Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999).

Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Reka bentuk kajian memberi gambaran tentang kerangka, perancangan atau strategi yang menentukan prosedur kajian. Aspek-aspek reka bentuk merangkumi pendekatan kajian, kaedah persampelan, cara pengumpulan data dan teknik memproses dan menganalisis data, dan penulisan laporan. Perkara-perkara yang dibincangkan dalam bab ini terdiri daripada kaedah menjalankan kajian, kaedah pengumpulan data dan penganalisisan data. Tinjauan awal masalah merupakan satu langkah yang perlu dilakukan untuk mengenalpasti masalah yang wujud. Kebiasaannya kaedah yang digunakan untuk membuat tinjauan awal ini adalah melalui pemerhatian dan soal selidik. Pemerhatian selalu dilakukan secara berterusan dalam satu jangka masa yang ditentukan. Soal selidik pula ialah satu bentuk ujian yang mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk dijalankan ke atas responden. Tujuan soal selidik dijalankan adalah bagi mendapatkan data daripada responden melalui rangsangan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dalam kajian ini, metodologi kualitatif digunakan bagi mengumpul dan menganalisa data yang diperoleh melalui pemerhatian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Metodologi kualitatif ini merujuk kepada kaedah yang berbentuk naratif bagi menerangkan data yang diperoleh. Penggunakan teknik hasil kerja, pemerhatian dan nota lapangan sebagai kaedah pengumpulan data. penggunaan analisis kandungan dan pemerhatian untuk menganalisa data yang peroleh dengan sumber untuk mendapatkan maklumat yang relevan bagi mengukuhkan dapatan kajian.

3.2Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan yang dijalankan adalah teknik pengumpulan data yang dipilih adalah secara mixed methods iaitu pendekatan yang mengabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Menurut Creswell (2003), gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif mampu memberikan kekuatan kepada dapatan kajian. Dalam konteks ini, strategi gabungan secara Sequential Explanatory dipilih di mana keputusan yang tidak dijangka melalui kaedah kuantitatif dapat dikenal pasti melalui kaedah kualitatif secara mendalam. Kajian tindakan ini berpandukan kepada model Kemmis dan Taggart (1992) di mana tinjauan, merancang tindakan, melaksana untuk mengkaji, mengumpul data akhir sekali membuat refleksi.

Teknik pengumpulan data dijalankan secara dua fasa yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif. Menerusi fasa pertama iaitu pungutan data kuantitatif, jumlah murid yang tidak dapat menguasai atau melakukan aktiviti yang dijalankan. Dapatan yang diperolehi kemudiannya dianalisis bagi mendapatkan jumlah murid yang tidak dapat melakukan aktiviti. Fasa kedua melibatkan pungutan data secara kualitatif di mana kajian ke atas tiga puluh orang murid yang dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual dan pemerhatian untuk mengumpul data. Dalam konteks penyelidikan, penerokaan secara mendalam bagi mengetahui rutin harian murid terutamanya untuk aktiviti permainan yang pernah dimainkan sewaktu berada di rumah yang melibatkan koordinasi dijalankan.

Setiap minggu selama 30 minit, kelas 3 Intan telah dipantau selama dua bulan bagi tujuan penyelidikan. Pengumpulan data secara kualitatif yang dijalankan dalam fasa kedua kajian ini dapat membantu dalam membuat interpretasi ke atas keseluruhan kajian. Fasa ketiga melibatkan tindakan yang dijalankan ke atas murid yang mengalami masalah melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Murid dikehendaki menjalankan aktiviti fizikal diiringi muzik secara berterusan sekurang- kurangnya 15 minit setiap hari atau 30 minit dua kali seminggu sewaktu matapelajaran Pendidikan Jasmani dan semasa berada di rumah pada waktu petang.

3.3Persampelan

Sampel pelajar dipilih secara keseluruhan dalam kelas tanpa melibatkan latar belakang demografi seperti jantina, pemikiran dan keaktifan murid. Murid-murid yang dipilih adalah daripada Tahap 1 iaitu Tahun 3 dan difokuskan kepada murid Tahun 3 Intan. Bahagian ini membincangkan tentang kitaran kajian pertama, cara data dikumpulkan dan cara menganalis data. Kitaran Pertama ini mengandungi empat fasa yang perlu dilengkapkan. Fasa pertama ialah perancangan, diikuti oleh tindakan. Fasa ketiga dan keempat pula ialah pemerhatian dan refleksi.

3.3.1Perancangan

Latihanlitardigunakan dalam kajian ini bagimeningkatkan ketangkasan murid Tahun 3. Aktiviti-aktiviti yang telah dipilih untuk melengkapkan latihan litar yang telah dirangka ialah Lompat Kuadran, Bangkit Tubi, Meleding serta Lari Ulang Alik 10 Meter. Intervensi ini dirangka sedemikian berdasarkan petikan daripada Barrow dan McGee di dalam Lilian Wong (2011) keberkesanan ketangkasan dapat ditingkatkan dengan menggabungkan aspek-aspek kekuatan, daya tahan otot, kepantasan, deria kinestetik serta koordinasi. Ujian pra akan dilaksanakan terlebih dahulu untuk mendapatkan dapatan yang sah tentang tahap ketangkasan subjek kajian. Setelah itu, intervensi akan dimulakan. Sebelum latihan litar dilaksanakan, sesi aerobik diadakan sebagai aktiviti pemanasan badan dan menarik minat pelajar untuk melakukan latihan seterusnya. Ini dilakukan bagi mengelakkan sebarang kecederaan berlaku kepada subjek kajian. Ia juga membantu menyediakan subjek kajian kepada aktiviti berintensiti yang telah dirancang. Latihan litar ini mengandungi empat stesen yang perlu dilengkapkan oleh subjek kajian. Stesen pertama ialah, Lompat Kuadran. Stesen kedua, Meleding. Stesen ketiga dan keempat pula ialah Lari Ulang Alik 10 Meter dan juga Bangkit tubi. Intervensi ini dijalankan sebanyak 1 set dengan 3 ulangan pada minggu pertama, penambahan ulangan dilakukan sebanyak satu ulangan dibuat sehingga minggu intervensi yang terakhir iaitu, minggu keempat. Setelah intervensi ditamatkan, ujian pasca akan dilakukan bagi melihat kesan daripada intervensi yang telah diikuti oleh subjek kajian.

3.4Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan adalah menjurus ke arah objektif kajian iaitu mengetahui tahap koordinasi dan ketangkasan di kalangan murid tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Terdapat dua aktiviti untuk mengukur tahap koordinasi dan ketangkasan murid yang dijadikan panduan untuk mengklasifikasikan murid yang mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik dengan murid yang tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik dalam fasa kuantitatif iaitu:

i. Pergerakan Asas LokomotorUntuk pergerakan asas lokomotor ini murid dikehendaki melakukan aktiviti skip, congklang dan hoping. Penilaian untuk aktiviti ini ialah melalui pemerhatian dan senarai semak.

ii. Manipulasi Alatan Manipulasi alatan pula ialah pergerakan yang menggunakan alatan. Untuk aktiviti manipulasi alatan murid dikehendaki melambung dan menyambut pundi kacang, melantun bola, menggelecek bola dan memukul bola.

Selain dari itu, terdapat tiga kaedah yang dijalankan bagi pengumpulan data dalam fasa kualitatif iaitu temubual separa berstruktur serta penelitian senarai semak aktiviti yang dijalankan oleh murid. Temubual separa berstruktur dijalankan ke atas murid yang dipilih. Temubual ini dijalankan mengikut protokol temubual yang merangkumi soalan-soalan berkaitan dengan penglibatan dalam aktiviti fizikal atau permainan yang pernah dimainkan semasa di rumah dan kekerapan bermain bersama rakan selama satu minggu. Soalan-soalan yang diajukan kepada murid adalah secara separa berstruktur yang menjurus kepada rutin harian murid yang melibatkan aktiviti koordinasi tubuh badan dan ketangkasan.

Bukti dokumen digunakan sebagai alat sokongan terhadap data atau maklumat yang didapati daripada temu bual yang dijalankan. Menurut Mohd Majid (1990), dokumen terdiri dari rekod yang bertulis dan tidak tidak bertulis yang dapat membantu dalam memberi kefahaman terhadap keseluruhan kajian. Dalam konteks kajian ini, catatan aktiviti harian murid pada waktu petang akan dianalisis. Selain itu, satu cadangan pelan tindakan jangka pendek dirangka bagi membantu murid yang dikategorikan sebagai tidak mempunyai koordinasi tubuh badan yang baik. Pelan tindakan jangka pendek tersebut menghendaki murid menjalankan aktiviti fizikal serta mengikuti jadual aktiviti yang dicadangkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di rumah untuk membantu murid meningkatkan koordinasi tubuh badan.

3.5Analisis Data

Bagi penyelidikan yang dijalankan dalam fasa pertama iaitu pengumpulan data secara Kuantitatif, ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan dijalankan ke atas murid tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek gelugor. Fasa kajian kedua dijalankan secara mendalam ke atas 10 orang murid atau responden yang dipilih secara purposive dengan menggabungkan kaedah temubual separa berstruktur serta ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan. Data yang dikumpul dalam fasa yang pertama dianalisis serta diklasifikasikan mengikut tahap koordinasi tubuh badan murid. Manakala data dari fasa kualitatif pula dianalisis berdasarkan struktur yang dibentuk bagi menjurus ke arah pencapaian matlamat kajian.

Jadual 3.1 : Dapat kajian melalui ujian pergerakan asas dan manipulatif alatanPenguasaan AktivitiPeratusJumlah Murid

Menguasai keseluruhan aktiviti10 %3

Menguasai 6 / 7 aktiviti17 %5

Menguasai 5 / 7 aktiviti40 %12

Menguasai 4 / 7 aktiviti13 %4

Menguasai 3 / 7 aktiviti3 %1

Menguasai 2 / 7 aktiviti0 %0

Tidak menguasai aktiviti 17 %5

Pada fasa pertama, data kuantitif kajian diperolehi melalui ujian pergerakan asas dan manipulasi alatan yang dijalankan ke atas murid tahun 3 Intan Sekolah Kebangsaan Tasek Gelugor. Dapatan kajian dalam Jadual 3.1 menunjukkan bahawa 5 daripada 30 orang murid tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh badan. Seramai 22 orang murid yang tidak dapat melakukan semua aktiviti pergerakan asas dan manipulasi alatan dipilih secara purposive untuk mengikuti pelan tindakan yang telah dicadangkan. Manakala hanya 3 orang murid telah berjaya menguasai pergerakan asas dan manipulasi alatan dengan baik dan koordinasi yang betul. Secara kasar, kebanyakan murid Tahun 3 Intan dapat menguasai teknik pergerakan asas dan manipulasi alatan pada empat hingga enam aktiviti.

Jadual 3.2: Aktiviti fizikal responden selepas dan waktu waktu sekolahSUBJEKSELEPAS WAKTU SEKOLAHWAKTU CUTI SEKOLAH

S 1tidak aktifaktif

S 2tidak aktiftidak aktif

S 3aktifaktif

S 4tidak aktiftidak aktif

S 5tidak aktiftidak aktif

S 6aktifaktif

S 7aktifaktif

S 8tidak aktifaktif

S 9tidak aktiftidak aktif

S 10tidak aktifaktif

Aktif : > 4 kali seminggu Normal : 4 kali seminggu

Jadual 3.2 menunjukkan tahap penglibatan subjek kajian dalam aktiviti fizikal dan permainan yang dimainkan oleh mereka selepas waktu sekolah dan waktu cuti sekolah berdasarkan cadangan pelan tindakan yang disediakan. Didapati 3 subjek melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti permainan yang telah dirancang, manakala 4 subjek lain berada dalam keadaan normal. Seorang subjek telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti fizikal walaupun pasif sebelumnya.Dari segi amalan aktiviti permainan di waktu petang pula, didapati hanya seorang subjek yang tidak mengamalkan aktiviti yang dicadangkan. Maklumat yang diperolehi menunjukkan bahawa subjek ini lebih cenderung bermain permainan elektronik atau permainan komputer daripada melakukan aktiviti fizikal di luar rumah. Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa subjek dapat menyesuaikan diri dengan pelan tindakan yang disediakan.

3.6Rumusan

Kajian tindakan adalah satu kajian menyeluruh dan perlu dihalusi bagi mendapat maklum balas kajian. Namun maklum balas yang diperolehi ini mengambil masa yang panjang kerana ia melibatkan proses perancangan membuat kertas kerja, pelaksanaan dan membuat laporan. Berdasarkan kajian ini, proses membuat kertas kerja adalah titik mula cabaran dalam kajian ini. Aspek pergerakan asas terutama dalam pergerakan lokomotor dan manipulasi alatan perlu difahami terlebih dahulu sebelum memulakan latihan litar dan aktiviti yang melibatkan koordinasi tubuh.

Dalam merancang Pelan Tindakan Jangka Pendek, banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Aspek keselamatan, aspek kualiti Pelan Tindakan Jangka Pendek, aspek kandungan Pelan Tindakan Jangka Pendek yang harus diberi perhatian sewajarnya. Ini memerlukan rujukan yang mendalam kepada bahan-bahan rujukan dan individu yang arif dalam pergerakan asas dan manipulasi alatan agar hasil kajian lebih bermutu. Semasa melakukan latihan, murid perlu diulangi beberapa kali percubaan kerana murid tidak dapatmelakukan aktiviti yang diberikan dengan betul walaupun telah ditegur dan diperbaiki. Ini menunjukkan murid mengalami masalah untuk melakukan aktiviti tersebut kerana telah terbiasa melakukannya dengan cara yang salah dalam aktiviti harian. Secara kesimpulannya daripada data yang diambil, dapat dirumuskan bahawa murid 3 Intan masih tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran asas lokomotor dan manipulasi alatan dengan betul dan melalui koordinasi tubuh yang tidak tepat. Selain itu, mereka kurang tangkas dalam melakukan aktiviti litar. 1