Penyelesaian Masalah (1)

3

Click here to load reader

description

a

Transcript of Penyelesaian Masalah (1)

Page 1: Penyelesaian Masalah (1)

Penyelesaian Masalah

     Menurut  Krulik  dan  Rudnick  (1989),  penyelesaian  masalah  merupakan  satu  proses yang kompleks dan sukar dipelajarinya. Ia mengandungi satu siri tugasan dan proses pemikiran yangdihubungkait rapat untuk membantu pembentukan satu set heuristik atau corak heuristik. Ia merupakan satu set cadangan dan soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam penyelesaian masalah. Heuristik adalah kaedah umum yang dapat diaplikasikan kepada semua kelas masalah.  

     Menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik merangkumi:

1. Memahami masalah;2. Merancang pelan;3. Merancang pelan,  dan4. Mengimbas kembali.

Penyelesaian Heuristik

heuristik merujuk kepada teknik berasaskan pengalaman untuk penyelesaian masalah, pembelajaran dan juga sebarang jenis penemuan (discovery). Kaedah heuristik digunakan untuk mempercepatkan proses untuk mencari satu penyelesaian yang tepat. Dalam erti kata lain, heuristik adalah strategi yang menggunakan maklumat yang sedia diperoleh untuk membantu dalam penyelesaian masalah bagi manusia dan mesin.

Kaedah heuristik yang utama adalah 'cuba jaya' yang juga digunakan dalam mencari nilai pemboleh ubah dalam masalah algebra. Kaedah Heuristik yang sering digunakan adalah:

lukisan gambar

kerja terbalik [working backward]

Masalah Rutin

Masalah-masalah yang melibatkan hanya satu operasi aritmetik sahaja dalam penyelesaiannnya dikategorikan sebagai masalah rutin. Masalah-masalah rutin hanya memerlukan pelajar memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempraktikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Prosedur penyelesaiannya diketahui oleh pelajar. Walaubagaimanapun, masalah-masalah matematik yang rutin ada fungsinya kerana memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan. Selain itu, mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam

Page 2: Penyelesaian Masalah (1)

operasi-operasi asas. Malah memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

Masalah Bukan Rutin Masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada

yangterlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin.

 Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh membantu pelajar-pelajar sekolah rendah khususnya mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah. Di samping itu, dapat membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. Seterusnya dapat mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik. Tambahan itu, mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman yang baik dalam kalangan pelajar.

Masalah Rutin Masalah Bukan Rutin

Masalah kompleks Masalah kehidupan sebenar

Melibatkan satu operasimatematik Memerlukan lebih daripada satu operasi matematik

Kemahiran asas dan langkah-langkah urutan

Menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif

Perlu memahami,mendapatkan maklumat,memilih operasi dan algoritma

Perlu kefahaman, mendapatkanmaklumat, memilih operasi dan algoritma

Menyelesaikan melaluibercerita dan kaitkan denganstrategi keadaan sebenar

Pelbagai dan kaedah untuk menyelesai

Page 3: Penyelesaian Masalah (1)