Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

download Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

of 12

Transcript of Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    1/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    37

    PERANAN PEGAWAI SULH DALAM PENYELESAIAN KONFLIK

    KELUARGA ISLAM

    Mohd Fuad Mohd SallehUniversiti Teknologi Malaysia

    Jamilah Othman

    Universiti Putra Malaysia

    Abstrak

    Konflik terjadi apabila satu pihak menghalang, menekan atau memaksa pihak lain menerima

    pendapatnya yang kemudiannya pihak ini terasa tergugat dengan tindakan pihak yang pertama.

    Meskipun konflik boleh diselesaikan oleh pihak-pihak berkonflik namun kerapkali ia memerlukan pihakketiga untuk menyelesaikannya. Pendekatan kualitatif kajian kes dipilih untuk menyempurnakan dan

    menjawab persoalan kajian iaitu memahami peranan Pegawai Sulh menyelesaikan konflik. Temuan

    kajian mendapati Pegawai Sulh menyelesaikan konflik dengan melaksanakan dua asas utama iaitu (a)

    tidak bertentangan dengan hukum syarak dan undang-undang dan (b) persetujuan bersama. Pegawai

    Sulh telah menjalankan dua peranan iaitu mediator dan kaunselor. Oleh itu mediasi-kaunselingsebagai

    satu konsep baru boleh diperkenalkan sebagai alternatif penyelesaian pertikaian untuk menyelesaikan

    konflik.

    Kata kunci: Sulh, Konflik, Mediasi

    1.0 PENGENALAN

    Untuk memenuhi keinginan, keperluan dan kepuasan bagi mencapai kebahagiaan

    manusia sering menghadapi masalah perhubungan. Kerapkali manusia berhadapan

    dengan halangan yang boleh mewujudkan konflik. Akibat daripada halangan dan

    kritikan yang dihadapi, individu-individu yang berkonflik mungkin memilih strategi

    konfrantasi langsung, bertanding atau mengelak yang mungkin menyebabkan konflik

    bertambah besar dan merenggangkan hubungan sesama individu (Rahim, 1992).

    Menurut Messman & Mikesell (2000) konflik merupakan sesuatu yang nutral dan ia

    adalah kesan yang tidak boleh dielakkan akibat proses semulajadi untuk perubahan dan

    pembangunan. Konflik ialah satu keadaan di mana kepentingan atau matlamat dua atau

    lebih individu dianggap sebagai tidak bersesuaian (Thomas & Kilmann, 1974 dan

    Rhoades, 1999) Kesan daripada usaha memahami permasalahan yang dihadapi

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    2/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    38

    mengikut pandangan sendiri tanpa meminta pandangan pihak ketiga, konflik tidak

    dapat diselesaikan dengan sempurna dan masih terus berlaku (De Bono, 1985).

    2.0 KONFLIK

    Konflik ialah satu keadaan di mana kepentingan atau matlamat dua atau lebih individu

    dianggap sebagai tidak bersesuaian (Bar-Tal, 1988; Thomas & Kilmann, 1974; Putnam

    & Folger, 1988). Konflik akan menghasilkan kesan yang negatif apabila ada pihak atau

    kedua-dua pihak menangani pertikaian dengan taktik menang-kalah. Konflik merujuk

    kepada kewujudan pertembungan ini iaitu pertembungan dua kehendak yang sama

    tetapi tidak dapat diperolehi dan dikongsi bersama (De Bono, 1985 dan Littlejohn,1996). Konflik sosial pula merujuk kepada proses interaksi sosial melibatkan

    perlumbaan untuk memiliki sumber, kuasa dan status, kepercayaan dan lain-lain

    kepentingan yang terhad (Bisno, 1988). Konflik juga merujuk kepada tekanan emosi

    yang dialami oleh seseorang individu (Oxford Talking Dictionary, CD-ROM, 1999).

    Konflik bermaksud kepincangan dalam piawaian makanisma pembuatan keputusan

    yang akan menjadikan seseorang individu atau kumpulan menjadi sukar untuk

    membuat keputusan (March dan Simon, 1958 dalam Rahim, 1986). Konflik adalah

    tindakan menghalang (Rahim, 1986). Coser (1964, dalam Messman & Mikesell, 2000)

    memberi definisi konflik sebagai perjuangan mengenai nilai dan tuntutan terhadap

    status, kuasa dan sumber terhad yang mana tujuan penentang ialah untuk menutral,

    melukai atau menghapuskan pesaing. Sementara itu Tjosvold (1991) memberikan

    definisi konflik sebagai tindakan atau tingkahlaku yang tidak bersesuaian

    (incompatible). Apabila seseorang melakukan sesuatu yang tidak bersesuaian dengan

    orang lain sama ada di dalam keluarga, di tempat kerja atau di mana-mana sahaja, maka

    ia boleh mencetuskan konflik.

    Deutsch (1973) melabelkan konflik sebagai sesuatu yang tidak bersesuaian dan

    memperincikannya sebagai tindakan yang tidak bersesuaian dengan tindakan lain

    untuk menjaga, menghalang, mencampuri, melukai atau pada ketika lain

    menjadikannya kurang digemari atau kurang efektif. Menurut Karl Marx konflik

    kerapkali mengundang risiko, namun ia merupakan sebahagian daripada keadaan

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    3/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    39

    yang perlu dihadapi dalam tugas seharian dalam usaha untuk mencari keharmonian

    (Coser and Rosenberg, 1982 dan Bisno, 1988).

    3.0 MEDIASI

    Mediasi ialah proses yang dilakukan dalam usaha untuk menyelesaikan konflik antara

    orang yang berkonflik dengan bantuan pihak ketiga (Kressel, 2000). Mediasi

    melibatkan pihak ketiga yang tidak memihak yang akan membantu dalam

    perbincangan mengenai konflik dalam kalangan orang yang berkonflik untuk

    membolehkan mereka menyatakan keprihatinan mereka agar isu-isu utama dapat

    diselesaikan (Umbreit, 1995). Donna (2001) memberi definisi mediasi sebagai prosesyang dilakukan untuk mendapatkan penyelesaian terhadap isu yang menjadi

    perbalahan. Kekuatan utama mediasi ialah ia menyerlahkan harapan untuk

    memperbaiki hubungan melalui pernyataan dan pemahaman faktor emosi terhadap

    konflik yang terjadi (Lulofs dan Cahn, 2000).

    Mediator membawa pihak-pihak berkonflik untuk duduk bersama, membantu

    mereka menceritakan keinginan atau faedah yang boleh dirunding, kemudiannya akan

    membantu mereka menyusun secara relatif mengikut merit setiap pilihan yang

    berbeza dan kemudian merangka perjanjian yang boleh menjadi alat untuk

    memuaskan kepentingan setiap pihak dan seterusnya membuat keputusan (Dana,

    2001). Meskipun wujud tekanan sosial untuk menyelesaikan konflik, sekiranya

    rangka perjanjian itu tidak memuaskan hati salah satu pihak maka pihak-pihak

    berkonflik mempunyai kebebasan untuk menolak perjanjian tersebut (Moore, 2003).

    Sekiranya ini terjadi maka pihak-pihak berkonflik boleh mencuba alternatif

    penyelesaian konflik lain seperti tindakan undang-undang, perang, atau lain-lain

    pilihan (Carnegie Commission, 1997).

    Ini bermakna mediasi bukan jalan terakhir. Melalui mediasi pihak-pihak berkonflik

    akan menentukan sendiri keputusan yang akan diambil untuk kedua-dua belah pihak.

    Mediasi boleh memperbaiki komunikasi antara pihak berkonflik. Ia juga mengizinkan

    mereka yang berkonflik merangka penyelesaian sendiri yang bermula sebagai satu

    perbincangan dan perundingan yang dipermudah dengan adanya pihak ketiga

    (Umbreit, 1995). Mediasi juga telah terbukti sesuatu yang berkesan dalam menangani

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    4/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    40

    konflik dan ini disokong oleh kajian secara empirikal selama lebih dua dekad (Kresel,

    2000 dan The Ohio Commissions, 2001)

    4.0 SULH

    Sulh menurut istilah adalah penamatan sesuatu pertikaian manakala dari segi syara

    pula ia bermaksud satu aqad yang dengannya tamat sesuatu pertikaian secara

    sukarela (Nazzam & Qadri Basha, 1909, dalam Raihanah, 2005). Definisi yang sama

    juga diberi oleh al-Zuhaili (1999). Berdasarkan pemahaman dari segi istilah dan

    syara ini maka Sulh merupakan satu proses di mana pihak-pihak yang terlibat di

    dalam suatu pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan di Mahkamah Syariah,dipanggil dan dipertemukan di dalam suatu majlis perundingan terpimpin secara

    rasmi. Pertemuan ini diatur oleh mahkamah berdasarkan prosedur tertentu dan jika

    perdamaian tercapai maka keputusan perdamaian akan dikeluarkan sebagai satu

    perintah mahkamah tanpa perlu melalui proses perbicaraan biasa (Mahkamah Syariah

    Selangor, 2001).

    Tuntutan melaksanakan sulh telah dinyatakan di dalam Al-Quran di dalam Surah

    al-Hujurat ayat sembilan yang bermaksud: Dan jika dua puak dari orang-orang yang

    beriman berperang maka damaikanlah di antara keduanya. Ia juga ada disebut di

    dalam Hadis Nabi SAW yang bermaksud: Perdamaian (sulh) itu diharuskan (dalam

    urusan) di antara kaum Muslimin, kecuali sulh dalam hal mengharamkan sesuatu yang

    halal dan menghalalkan sesuatu yang haram. (Hadis riwayat at-Tarmizi).

    Berdasarkan kepada peraturan yang dinyatakan dalam Enakmen Undang-undang

    Keluarga Islam Selangor (EUKI) 1984, antara tuntutan atau permohonan yang boleh

    diselesaikan melalui kaedah sulh adalah (1) tuntutan kerana melanggar janji untuk

    berkahwin atau bertunang (seksyen 15) (2) tuntutan berbangkit daripada isu-isu

    perceraian iaitu mutaah dan nafkah iddah (seksyen); (3) nafkah tertunggak (seksyen

    69); (4) harta sepencarian (seksyen 58); (5) hutang maskahwin (seksyen 57); (6)

    tuntutan nafkah anak (Seksyen 72, 73, 77); dan (7) tuntutan hak jagaan anak

    (hadanah) (seksyen 81). Walau bagaimanapun, tuntutan hak jagaan anak hanya boleh

    diperakukan keputusannya oleh Mahkamah Tinggi Syariah namun ia tidak menghalang

    perundingan dilakukan di Mahkamah Rendah Syariah.

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    5/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    41

    Penyelesaian konflik merujuk kepada pendekatan konstruktif untuk mencapai

    penyelesaian konflik yang boleh diterima bersama. Antara pendekatan penyelesaian

    konflik yang diamalkan ialah dengan melibatkan pihak ketiga yang berkecuali yangmembantu pihak-pihak yang berkonflik berunding untuk mencapai persetujuan

    bersama. Proses perundingan yang lebih memberi kesan ialah mediasi di mana pihak

    ketiga akan menyediakan ruang untuk berbincang dan membantu pihak-pihak

    berkonflik mencari alternatif penyelesaian dan seterusnya merundingkan penyelesaian

    yang boleh diterima. Dalam program Sulh, seorang Pegwai Sulh dilantik untuk

    menangani konflik ini (Gambarajah 1).

    2525

    PerananPeranan PegawaiPegawai SulhSulh

    MatmalatSulh Berjaya/Sulh Gagal

    Pilihan yang ada

    Konflik

    Pegawai Sulh

    Peranan Pegawai Sulh dalam menangani konflik

    Suami Isteri

    Pilihan yang adaPersetujuan

    Bersama

    Gambarajah 1: Peranan Pegawai Sulh

    Penyelesaian luar mahkamah atau penyelesaian tanpa melalui perbicaraan di

    hadapan Hakim merupakan antara matlamat program Sulh dilaksanakan. Sejak

    kaedah Sulh diperkenalkan, banyak kes dapat diselesaikan di luar mahkamah. Dari

    Mei hingga Disember 2002, daripada 803 kes yang dirujuk kepada Pegawai Sulh, 492

    kes (61.7 peratus) berjaya diselesaikan, 235 kes (29.26 peratus) dibawa ke hadapan

    hakim untuk perbicaraan, manakala baki 76 kes (9.46 peratus) masih dalam

    perundingan proses Sulh (Zohdi, 2003). Sehingga April 2004 sebanyak 66 peratus kes

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    6/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    42

    dapat diselesaikan melalui proses perundingan Sulh. Ini menunjukkan keberkesanan

    sistem Sulh dalam mempercepat penyelesaian kes di luar mahkamah. Kejayaan

    penyelesaian kes di luar mahkamah akan dapat mengurangkan kes yang perlu dibawakepada pengadilan di hadapan hakim Mahkamah Syariah dan seterusnya dapat

    mengurangkan kes-kes tertangguh. Jadual 1 menunjukkan pecahan kes mengikut

    daerah di Selangor.

    Jadual 1. Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor, April 2004.

    DAERAH BAKI DAFTAR BERJAYA BICARA TANGGUH

    Mah. Tinggi 88 25 16 12 85Shah Alam 31 14 7 11 27

    Klang 6 36 20 6 16

    Kuala Langat 6 12 5 6 7

    Kuala Selangor 3 13 9 3 4

    Sabak Bernam 5 5 7 1 2

    Petaling Jaya 2 24 16 12 18

    Gombak Barat 7 8 2 7 6

    Gombak Timur 13 8 15 3 3Hulu Langat 11 25 12 4 20

    Sepang 1 5 3 0 3

    Hulu Selangor 6 6 9 0 3

    JUMLAH 199 181 121 65 194

    PERATUS 100 32 17 51

    JUMLAH TERDAHULU 3,045 2,017 829 199

    JUMLAH KESELURUHAN 3,226 2,138 894 194

    PERATUS 100 66 28 6

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    7/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    43

    5.0 RUKUN SULH

    Dalam melaksanakan perundingan Sulh, terdapat empat rukun yang perlu diikuti. Ini

    dinyatakan dalam Manual Perundingan Sulh yang dikeluarkan oleh Mahkamah

    Syariah Selangor. Rukun-rukun tersebut ialah: (1) pernyataan tawaran dan

    penerimaan (sighah), (2) pihak-pihak yang bertikai, (3) hak yang dipertikaikan, (4)

    gantian terhadap objek yang dipertikaikan. Kesemua elemen ini mesti wujud dalam

    sesuatu proses sulh untuk membolehkan sesuatu persetujuan bersama boleh dianggap

    sah dan memenuhi prinsip sulh. Para ahli hukum berpendapat bahawa kontrak yang

    terpakai untuk kebanyakan kontrak muamalat juga terpakai dalam sulh (al-Hattab,

    1992, dan Raihanah, 2005). Selain dari itu terdapat tiga syarat yang perlu diikuti

    dalam menjalankan sulh iaitu: (1) syarat berkaitan pihak-pihak yang berdamai (sulh),

    (2) syarat bagi sesuatu yang dijadikan sulh dan (3) syarat bagi hak yang dipertikaikan.

    (Sheikh Ghazali, 2000). Berdasarkan kepada rukun dan syarat sulh ini maka sekiranya

    sulh telah dipersetujui ianya akan mengikat dan tidak boleh diubah tanpa persetujuan

    dan tidak boleh didengar dakwaan yang menuntut buat kali kedua (Atras, 2005).

    (1) Pernyataan tawaran dan penerimaan (Sighah).

    Dalam melaksanakan proses sulh, pihak-pihak yang bertikai perlu menyatakan

    tawaran dan penerimaan bagi menamatkan atau menyelesaikan pertikaian. Menurut

    undang-undang Islam, pernyataan tawaran dan penerimaan ini menunjukkan adanya

    kerelaan dalam urusan perjanjian dan bukan atas dasar paksaan (Yasin, 1978, dalam

    Raihanah, 2005). Tawaran dan terimaan ini pula mestilah dijalankan sertamerta dan

    tidak ada penangguhan kerana sekiranya ada penangguhan ini menunjukkan

    wujudnya keraguan. Elemen penawaran ini juga menjadi suatu elemen dalam mediasi

    di mana ada tawaran ada penerimaan dari pihak-pihak berkonflik. Jelasnya Sulh juga

    mengamalkan konsep yang serupa seperti diamalkan mediasi.

    (2) Pihak-pihak yang bertikai.

    Ulamak dalam kalangan mazhab Syafie dan Maliki berpendapat bahawa

    persetujuan sulh merupakan satu kontrak yang melibatkan barangan dan juga

    kebajikan (Idris, 1983 dan Raihanah, 2005). Oleh itu mereka berpendapat bahawa

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    8/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    44

    syarat-syarat jualbeli terpakai dalam sulh. Untuk membolehkan persetujuan sulh

    terpakai dan tidak terbatal, maka mereka yang berhak sahaja boleh membuat tawaran

    dan melakukan penerimaan.

    (3) Hak yang dipertikaikan.

    Hak yang dipertikaikan hanya terhad kepada hak individu manusia yang berbentuk

    benda atau objek seperti wang tunai atau manfaat atau hak bukan benda seperti giliran

    bermalam dengan syarat individu tersebut mempunyai kuasa mutlak ke atas hak-hak

    yang dipertikaikan untuk membuat tuntutan atau persetujuan (Idris, 1983 dan

    Raihanah, 2005). Hak yang dipertikaikan ini mestilah dimiliki oleh yang menuntut

    atau dituntut dalam perundingan Sulh. Hak ini mestilah diperakukan oleh kedua-duapihak yang bertikai di dalam perundingan Sulh. Sekiranya persetujuan sulh

    melibatkan gantian atau pertukaran hartabenda atau manfaat, ia mestilah sesuatu yang

    diharuskan di sisi Islam. Ini juga bersesuaian dengan konsep yang dilaksanakn dalam

    mediasi.

    (4) Gantian terhadap hak yang dipertikaikan.

    Sebagai agama yang lengkap mencakupi semua bidang, untuk menjaga

    kepentingan semua pihak dan untuk menjamin keadilan, Islam membenarkan gantian

    atau pertukaran terhadap hak yang dituntut melalui proses sulh. Gantian atau

    pertukaran ini boleh dilakukan dengan tiga syarat iaitu: (i) ia mestilah sesuatu yang

    diizinkan di sisi syarak, (ii) gantian atau pertukaran itu mestilah sesuatu yang dimiliki

    oleh pihak-pihak yang menganjurkan sulh (pihak berkonflik), (iii) gantian atau

    pertukaran tersebut mestilah sesuatu yang dimaklumi atau diperakui oleh kedua-dua

    belah pihak (Raihanah, 2005). Syarat-syarat ini diletakkan untuk mengelakkan

    berlaku ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

    6.0 TEMUAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

    Secara keseluruhannya amalan sulh di Selangor tidak jauh berbeza dengan amalan

    mediasi yang diamalkan sekarang. Namun terdapat beberapa perbezaan jelas yang

    membezakan antara mediasi barat dengan sulh. Perbezaan pertama ialah sulh

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    9/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    45

    meletakkan agama sebagai ciri terpenting dalam penyelesaian sulh sedangkan dalam

    mediasi masyarakat barat peranan agama tidak pernah diketengahkan sebagai salah

    satu syarat penyelesaian konflik apa yang penting ialah mediator mesti membantupihak berkonflikuntuk menyelesaikan konflik.

    Perbezaan kedua ialah kaedah kokus. Dalam sesi mediasi, perundingan hendaklah

    dilakukan dengan pihak-pihak berkonflik hadir dalam satu forum yang sama.

    Perbincangan secara sebelah pihak tidak digalakkan. Dalam Majlis Sulh, kokus

    digalakkan kerana ia boleh memberi lebih banyak maklumat kepada Pegawai Sulh

    untuk memahami situasi konflik dan seterusnya menyediakan alternatif penyelesaian

    kepada konflik. Ia bersesuai dengan budaya dan adat resam Melayu yang walaupun

    pihak-pihak berkonflik sudah berpisah, perasaan hormat kepada pihak-pihak ini masihada. Oleh itu untuk mendapatkan maklumat lebih banyak maka perundingan secara

    berasingan diperlukan.

    Pegawai Sulh telah melaksanakan peranannya untuk membantu pihak-pihak

    berkonflik dengan melaksanakan beberapa peranan sebagai mediator dan juga

    kaunselor untuk mendapat persetujuan bersama bagi menyelesaikan konflik. Ini

    dibuktikan dalam keadaan di mana pihak-pihak berkonflik cuba membangkitkan

    peristiwa lalu, Pegawai Sulh telah menghentikan perbincangan yang tidak produktif

    ini dengan menekankan pentingnya tumpuan diberi kepada masa depan, bukan masa

    lampau. Pegawai Sulh seterusnya bertindak mengingatkan pihak-pihak berkonflik

    bahawa mereka perlu berunding untuk mencari penyelesaian dengan memberi

    tumpuan kepada isu-isu penting untuk diselesaikan.

    Ada ketikanya Pegawai Sulh perlu mengadakan pertemuan berasingan dalam sesi

    kokus untuk membincangkan secara sebelah pihak mengenai tuntutan pihak satu lagi

    apabila mereka berpendapat bahawa pihak-pihak berkonflik tidak boleh berunding

    secara bersemuka kerana ada perkara-perkara yang tidak mahu disebut di hadapan

    pihak lain. Dalam sesi ini Pegawai Sulh telah memberi nasihat dan ingatan kepada

    setiap pihak mengenai pentingnya mematuhi prinsip-prinsip keadilan Islam dalam

    menyelesaikan pertikaian. Sesi ini juga digunakan untuk memberi pemahaman

    mengenai pentingnya setiap pihak patuh kepada prinsip-prinsip keadilan Islam. Setiap

    tuntutan yang dikemukakan mestilah tidak bertentangan dengan hukum syara. Sesi

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    10/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    46

    konflik juga dilaksanakan untuk mendapat seberapa banyak maklumat tambahan yang

    tidak dapat dinyatakan secara berdepan oleh kedua-dua pihak berkonflik.

    Tindakan perbincangan dalam sesi kokus ini merupakan satu tindakanmengurangkan halangan bagi memudahkan persetujuan bersama. Sesi kokus juga

    telah memudahkan perundingan dan serentak itu juga menunjukkan kepercayaan

    yangtinggi oleh pihak-pihak berkonflik kepada Pegawai Sulh untuk membantu

    menyelesaikan konflik.

    Jelasnya sulh memiliki ciri-ciri tersendiri yang tidak terdapat dalam sesi mediasi

    mengikut amalan Barat. Ciri-ciri unik ini adalah bersesuaian dengan amalan

    masyarakat Melayu yang terkenal tinggi kesantunannya kerana pengaruh ajaran Islam.

    Penyelesaian yang disandarkan kepada Islam dilihat sebagai jalan paling sesuai danmutlak kerana tidaka ada sesiapapun di kalngan umat Islam yang memeprtikaian

    peranan ajaran Islam yang betunjang kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul.

    7.0 IMPLIKASI KAJIAN

    Kajian yang dilakukan mendapati bahawa Pegawai Sulh telah menjalankan tugas

    untuk mencari penyelesaian dengan cuba menyelesaikan konflik di dalam majlis sulh

    dengan mengamalkan dua prinsip penting iaitu (1) tidak bertentangan dengan prinsip-

    prinsip Islam dan (2) persetujuan bersama. Hasil kajian juga memberi implikasi

    bahawa mediasi menurut fahaman Barat perlu disesuaikan dengan masyarakat Melayu

    yang terikat dengan agama Islam dan budaya Timur. Oleh itu pendekatan sulh yang

    sebahagiannya menggunakan konsep mediasi boleh diperkukuhkan dan satu konsep

    baru boleh diperkenal dengan mengambil kira peranan Sulh dalam menyelesaikan

    konflik untuk memperkaya teori-teori sedia ada.

    Berdasarkan kepada kemampuan sulh mengurus konflik, ia sepatutnya diperkenal

    di peringkat awal sebelum perceraian berlaku kerana usaha ini boleh mengurangkan

    bilangan perceraian yang berlaku dalam kalangan suami-isteri Melayu. Jika ini dapat

    dilakukan, dengan sendiri ia akan dapat mengurangkan kes yang dirujuk ke

    mahkamah, sekaligus mengurangkan kes-kes tertunggak di Mahkamah Syariah. Hasil

    kajian menunjukkan bahawa perbincangan dalam sesi kokus telah memberi kesan

    besar dalam perkongsian maklumat. Ini memberi implikasi bahawa kaedah kokus

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    11/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    47

    amat sesuai dipraktikkan terutama dalam masyarakat Melayu yang masih berpegang

    kepada budaya Melayu yang penuh dengan kesantunan kerana kokus mampu menjadi

    kaedah untuk berkongsi maklumat melalui orang tengah.Kesimpulannya ialah sesi kokus banyak membantu dalam proses penyelesaian

    konflik. Oleh itu satu konsep baru iaitu mediasi kaunseling yang merupakan kaedah

    baru dalam mediasi yang menggabungkan unsur kaunseling di dalam perbincangan

    kokus untuk menjadikan mediasi lebih berjaya perlu diperkenalkan. Mediasi-

    kaunseling memerlukan pihak ketiga menjalankan dua fungsi iaitu sebagai mediator

    dalam perundingan bersemuka dan kaunselor dalam sesi kokus.

    RUJUKAN

    al-Zuhaili, Wahbah (1999). Fiqh dan Perundangan Islam Jilid VI. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Atras Mohamad Zin (2005). Penyelesaian konflik keluarga di mahkamah syariah:peranan sulh dan keberkesanannya. Kertaskerja di Seminar Isu-isu MahkamahSyariah, Gombak: Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIAM, 29

    Januari 2005.

    Bar-Tal, D. (1998). Societal beliefs in times of intractable conflict: The Israeli case.International Journal of Conflict Management, Jan 98, Vol. 9 Issue 1, h. 22

    Bisno, H. (1988). Managing conflict. Newbury Park: Sage Publications.Carnegie Commission (1997). Preventing deadly conflict, New York: CarnegieCorporation.

    Coser, L. A. & Rosenberg, B. (ed.) (1982). Sociological theory 5th. ed. New York:Macmillan Publishing Co., Inc.

    Dana, D. (2001). Conflict resolution. New York: McGraw-Hill.De Bono, E. (1985). Conflicts: A better way to resolve them. London: Harrap Limited.Deutsch, M. (1973). The resolution of conflict: constructive and distructive processes.

    New Haven: Yale University Press.

    Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2/2003

    Idris Ahmad (1983). Fiqh Syafii Jilid 2. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (2002). Manual Kerja Sulh. Putrajaya: Jabatan

    Perdana MenteriKressel, K. (2000). Mediation in Deutsch, M. & Coleman, P.T: The handbook of

    conflict resolution: theory and practice. San Francisco: Jossey-Bass Publishers.h522-545.

    Littlejohn, S. W. (1996). Theories of human communication. New York: WadsworthPublishing Company.

    Lulofs, R. S. & Cahn, D. D. (2000). Conflict: from theory to action. Boston: Allynand Bacon.

  • 8/7/2019 Peranan Pegawai Sulh Dalam Penyelesian Konflik Keluarga Islam

    12/12

    JUTEKS, 7(1), Dis, 2008

    48

    Messman, S. J. & Mikesell, R. L (2000). Competition and interpersonal conflict indating relationships. Communication Reports, Winter 2000, Vol. 13 Issue 1,h21 35

    Moore, C. W. (2003). The mediation process : practical strategies for resolvingconflict2nd

    ed. San Francisco: Josey-Bass Publisher.Negeri Selangor. Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor 1991. Kaedah-

    kaedah Tatacara Mal (Sulh.) Selangor: Warta Kerajaan Selangor 2001.Putnam, L. L. & Folger, J. (1988). Communication, conflict, and dispute resolution:

    the study of interaction and the development of conflict theory. CommunicationResearch 15 (1988). h349.

    Rahim, M.A. (1986). Managing conflict in organizations. New York: PraegerPublishers.

    Rahim, M.A. (1992). Managing conflict in organizations. 2nd

    . Edition. New York:

    Praeger Publishers.

    Raihanah Azhari (2005). Konsep sulh dalam Islam. Penyelesaian konflik keluarga di

    mahkamah syariah: peranan sulh dan keberkesanannya. Seminar Isu-isuMahkamah Syariah VII. Gombak: Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim,

    UIAM, 29 Januari, 2005.

    Rhoades, J. A. (1999). The cognitive representation of responses to social conflict:the development of an integrative taxonomy. International Journal of ConflictManagement, 1999, Vol. 10 Issue 4, h360 - 385.

    Sheikh Gazali Abdul Rahman (2000). Sulh dalam perundangan Islam. JurnalUndang-undang IKIM, Vol. 4 No. 2 (Julai-Disember 2000) h 11-12.

    The Ohio Commission on Dispute Resolution and Conflict Management (2001)

    http://www.state.oh.us/cdr/Brochures/truancybrochure.htm. Dilayari pada 28

    January, 2003.

    Thomas, K. W. & Kilmann, R.H. (1974). Thomas-Kilmann conflict mode instrument.

    Tuxedo, NY: Xicom.Tjosvold, D. (1991). The conflict-positive organization. Massachusetts: Addison-

    Wesley Publishing Company.

    Umbreit, M. (1995). Mediating interpersonal conflicts: a pathway to peace. USA:CPI Publishing.

    Zohdi Tohir. (2003). Isu-isu terkini Mahkamah Syariah dan wanita. Kertas-kerja diSeminar Memahami Hak Wanita di Dalam Undang-undang Keluarga Islam

    Negeri Selangor (Pindaan Terbaru). Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan

    surau As-Sobah, Hulu Langat.