PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

6
PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK 1. Undang-undang Permainan

Transcript of PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

Page 1: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK
Page 2: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

1. Undang-undang Permainan

1.1Undang-undang I (ukuran padang / gol)

Panjang Padang 73.15m – 82.0mLebar Padang 54.86m x 64.01mKawasan Gol 14.63m x 4.57mKawasan Penalti 32.92m x 13.72mJarak Tendangan Penalti 9.15mTinggi gol - ukuran bawah palang (warna putih)

2.13m

Lebar gol – ukuran dalam tiang (warna putih)

6.40m

Saiz tiang gol 10cmJejari bulatan tengah 7.32mJejari lengkok bulatan 7.32mTinggi tiang bendera penjuru

5 kaki

1.2Undang-undang II (bola)

1.2.1 Saiz 4

2. Jangka Masa Perlawanan

2.1Masa permainan seperti ketetapan berikut

2.1.1 Bawah 12 tahun : 30 minit bagi setiap separuh masa, dan rehat

tidak lebih 10 minit dengan izin pengadil.

2.1.2 Bawah 14/15 tahun : 35 minit bagi setiap separuh masa, dan

rehat tidak lebih 10 minit dengan izin pengadil.

2.1.3 Bawah 18/16 tahun : 40 minit bagi setiap separuh masa, dan

rehat tidak melebihi 10 minit dengan izin pengadil.

2.1.4 Bawah 9/10/11 tahun : 07 minit bagi setiap separuh masa, dan

rehat tidak melebihi 01 minit dengan izin pengadil.

3. Pakaian Pemain

3.1Semua pemain mesti memakai jersi seperti yang didaftar, dengan

nombornya mengikut nama pemain tersebut. Sebarang pameran

Page 3: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

pengiklanan jenama rokok, minuman keras dan lambang parti politik

tidak dibenarkan.

4. Masa Tambahan

4.1Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa

sewaktu pertukaran pemain, rawatan kepada pemain yang tercedera

atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari

padang untuk mendapatkan rawatan.

5. Permulaan Permainan

5.1Penentuan pasukan yang memulakan pertandingan atau memilih

kawasan gol adalah dengan melambung duit syiling.

5.2Pasukan yang kalah lambungan duit syiling akan memulakan

pertandingan, sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk

memilih kawasan gol.

5.3Pasukan yang menang lambungan duit syiling akan memulakan

sepakan mula pada separuh masa kedua.

6. Jaringan

6.1Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol

diantara tiang gol dan di bawah besi palang gol, dengan syarat pemain

pasukan penyerang tidak melempar, membawa dan menolak dengan

menggunakan lengan atau tangan.

6.2Satu gol akan diperoleh dengan setiap jaringan.

6.3Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai

pemenang.

6.4Perlawanan akan dikira seri sekiranya kedua-dua pasukan

menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan.

7. Ofsaid

Page 4: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

7.1Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada

berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola

melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan

pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya dua pemain

pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu

sendiri.

7.2Ofsaid akan menyebabkan pihak lawan mendapat tendangan

percuma.

8. Kesalahan dan kelakuan buruk

8.1Menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan.

8.2Memegang pemain pihak lawan.

8.3Melompat ke atas pemain pihak lawan.

8.4Menolak pemain pihak lawan.

8.5Mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain

pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola.

8.6Sengaja memukul atau meludah pihak lawan.

8.7Menyadung pemain pihak lawan.

9. Tendangan percuma

9.1Terdapat dua jenis tendangan percuma :

a) Secara langsung

b) Tidak langsung

9.2Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung.

9.3Bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung,

bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain

membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan

gawang.

9.4Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m dari

kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan

tidak langsung.

Page 5: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

9.5Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9.15m

daripda bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma

tidak langsung dalam jarak 9.15m dari gawang pasukan pertahanan.

Dalam situasi ini, pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang

mereka untuk menghalang jaringan berlaku.

10.Sepakan Penalti

10.1 Sepakan penalti diambil 11m di hadapan kawasan penalti dan di

tengah-tengah gawang.

10.2 Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m di luar

kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti

dan penjaga gol.

10.3 Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang

gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan

diambil.

10.4 Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil

sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi

sehingga bola itu dissentuh oleh pemain lain.

11.Balingan Masuk

11.1 Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari

bahagian belakang kepala.

11.2 Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah

menyentuh garisan atau di luar garisan.

11.3 Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola

disentuh oleh pemain lain.

12.Tendangan Gol

12.1 Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain

pertahanan atau pun penjaga gol.

Page 6: PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA SEPAK

12.2 Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola

sehingga pemain lain menyentuhnya.

12.3 Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di

kawasan penalti.

12.4 Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti

semasa tendangan gol diambil.

12.5 Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol.

13.Tendangan Sudut

13.1 Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada

hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera.

13.2 Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

13.3 Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m

dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil.

13.4 Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola

sehingga pemain lain menyentuhnya.