peraturan-peraturan sekolah

7
SMK BANDAR BARU SERI PETALING PERATURAN-PERATURAN UMUM PERSEKOLAHAN 1.0 Waktu Persekolahan Waktu persekolahan dibahagikan kepada dua sesi: a) Sesi pagi : Isnin hingga Khamis 7.30 pagi 1.05 tengahari Jumaat 7.30 pagi 12.30 tengahari b) Sesi petang :Isnin hingga Khamis 1.10 tengahari 6.45 petang Jumaat 2.20 petang 6.45 petang c) Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.15 pagi setiap hari. d) Pelajar-pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas yang bertugas atau guru disiplin untuk mendapatkan surat kebenaran masuk kelas. Tanpa surat kebenaran, mereka yang lewat TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kelas. Surat kebenaran ini hendaklah dihantar untuk semakan guru dalam kelas dan seterusnya kepada guru tingkatan untuk rekod kehadiran. 2.0 Ketidakhadiran ke Sekolah a) Murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain mestilah membawa surat doktor atau surat penjelasan daripada ibu bapa/penjaga sebaik sahaja dating kembali ke sekolah. b) Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doctor/surat penjelasan daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan akan diambil. c) Surat cuti sakit daripada ibu bapa/penjaga mesti mengggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Surat yang menggunakan kertas buku latihan atau tanpa sampul surat TIDAK akan dilayan. 3.0 Pulang Awal semasa Waktu Persekolahan a) Murid-murid tidak dibenarkan pulang awal/meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua/Guru Penolong Kanan. b) Ibu bapa/penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang awal semasa waktu persekolahan diminta mengisi dan menandatangani buku khas yang terdapat di pejabat. Guru bertugas dan guru tingkatan hendaklah diberitahu sebelum pelajar ini dibawa pulang. 1

description

Disiplin

Transcript of peraturan-peraturan sekolah

SMK BANDAR BARU SERI PETALING

PERATURAN-PERATURAN UMUM PERSEKOLAHAN1.0 Waktu Persekolahan

Waktu persekolahan dibahagikan kepada dua sesi:

a) Sesi pagi: Isnin hingga Khamis 7.30 pagi 1.05 tengahari

Jumaat

7.30 pagi 12.30 tengahari

b) Sesi petang:Isnin hingga Khamis1.10 tengahari 6.45 petang

Jumaat

2.20 petang 6.45 petang

c) Perhimpunan pagi akan bermula pada pukul 7.15 pagi setiap hari.

d) Pelajar-pelajar yang datang lewat dikehendaki melaporkan diri kepada pengawas yang bertugas atau guru disiplin untuk mendapatkan surat kebenaran masuk kelas. Tanpa surat kebenaran, mereka yang lewat TIDAK DIBENARKAN masuk ke dalam kelas. Surat kebenaran ini hendaklah dihantar untuk semakan guru dalam kelas dan seterusnya kepada guru tingkatan untuk rekod kehadiran.2.0 Ketidakhadiran ke Sekolah

a) Murid yang tidak hadir ke sekolah kerana sakit atau sebab-sebab lain mestilah membawa surat doktor atau surat penjelasan daripada ibu bapa/penjaga sebaik sahaja dating kembali ke sekolah.

b) Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa membawa surat doctor/surat penjelasan daripada ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan tindakan akan diambil.

c) Surat cuti sakit daripada ibu bapa/penjaga mesti mengggunakan kertas surat dan sampul surat yang sesuai. Surat yang menggunakan kertas buku latihan atau tanpa sampul surat TIDAK akan dilayan.

3.0 Pulang Awal semasa Waktu Persekolahan

a) Murid-murid tidak dibenarkan pulang awal/meninggalkan kawasan sekolah tanpa kebenaran Pengetua/Guru Penolong Kanan.

b) Ibu bapa/penjaga yang ingin membawa anak mereka pulang awal semasa waktu persekolahan diminta mengisi dan menandatangani buku khas yang terdapat di pejabat. Guru bertugas dan guru tingkatan hendaklah diberitahu sebelum pelajar ini dibawa pulang.4.0 Kebenaran Berjumpa Murid

a) Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan pergi ke kelas anak mereka untuk berjumpa dengan murid.

b) Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan menyuruh murid lain memanggil anaknya supaya keluar dari kelas berjumpa dengannya.

c) Ibu bapa/penjaga hendaklah pergi ke pejabat sekolah untuk segala urusan mengenai anak mereka. Kakitangan pejabat akan memanggil murid berkenaan keluar dari kelas untuk berjumpa dengan ibu bapa/penjaga.

5.0 Keselamatan Lalu Lintas

a) Murid-murid yang berjalan kaki harus menggunakan susur gajah atau lorong pejalan kaki yang disediakan oleh pihak DBKL. Murid-murid harus mengelak daripada berjalan di kawasan-kawasan yang sunyi atau gelap.

b) Murid-murid yang menaiki bas hendaklah beratur semasa menaiki bas dan turun dalam keadaan yang tertib. Jangan berebut-rebut dan jangan sekali-kali berdiri di atas tangga sewaktu bas berjalan. c) Murid-murid harus melintas jalan raya dalam keadaan yang selamat dan tidak bermain-main di jalan raya.

d) Semua basikal/motosikal hendaklah disimpan di tempat yang ditetapkan dalam kawasan sekolah. Basikal/motosikal mesti sentiasa dikunci. Jika terdapat kehilangan atau kerosakan pihak sekolah tidak bertanggungjawab.

e) Murid-murid dilarang membawa atau meletak kereta di dalam kawasan sekolah.

6.0 Perhimpunan Sekolah

a) Semua murid dikehendaki berada di kawasan perhimpunan selewat-lewatnya pukul 7.15 pagi. Murid yang hadir selepas jam 7.15 pagi dianggap sebagai lewat ke perhimpunan.

b) Murid-murid dikehendaki beratur dalam barisan kelas masing-masing secara berpasangan.

c) Murid-murid dilarang bercakap, bermain-main, membaca, atau berlengah-lengah sebaik sahaja loceng berbunyi untuk perhimpunan.

d) Murid-murid akan menyanyikan lagu kebangsaan, lagu Wilayah Persekutuan, dan lagu sekolah dengan penuh semangat.

e) Semasa doa dibacakan, murid-murid Islam dikehendaki berdoa bersama-sama dan murid-murid bukan Islam hendaklah berdoa dengan cara sendiri dalam keadaan senyap.

f) Murid-murid hendaklah membaca ikrar Rukun Negara, Visi dan Misi sekolah dengan penuh semangat.

g) Murid-murid dikehendaki member sepenuh perhatian semasa Pengetua/Guru Penolong Kanan/guru menyampaikan ucapan.

7.0 Peraturan Waktu Belajar

a) Semua murid mesti berada di dalam kelas sendiri , di bilik-bilik khas seperti bengkel, bilik seni, dan makmal dan tempat duduk yang telah ditetapkan. Murid-murid dilarang berpindah-pindah tempat duduk.

b) Murid-murid dilarang meminjam buku/alat tulis dari kelas lain semasa waktu belajar atau pada masa pertukaran waktu.

c) Murid-murid tidak dibenarkan meminum air semasa guru mengajar. Sekiranya hendak minum, mestilah meminta kebenaran guru dahulu.

d) Murid-murid yang tidak mengambil sesuatu mata pelajaran atau kertas ujian tidak dibenarkan meninggalkan kelas. Mereka dikehendaki berada dalam kelas dan mengulang kaji dengan senyap di bawah pengawasan guru.

e) Murid-murid dikehendaki mengambil tahu serta mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan, pusat sumber, makmal sains, bengkel, padang, dan lain-lain.

f) Murid-murid yang meninggalkan kelas kerana hal kecemasan mesti diiringi oleh salah seorang AJK kelas(misalnya murid sakit yang hendak ke bilik kesihatan/bilik HEM)

g) Murid-murid yang ingin keluar ke tandas atau bagi urusan guru mestilah menggunakan pas yang disediakan.h) Murid-murid perlu menukar pakaian untuk kelas Pendidikan Jasmani dan melaporkan diri kepada guru PJ. Murid yang sakit juga perlu lapor diri kepada guru PJ.i) Sekiranya murid-murid pergi ke bilik-bilik khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran, semua suis lampu dan kipas perlu ditutup terlebih dahulu.

j) Murid-murid dilarang pergi ke tandas pada waktu pertama, sebelum rehat, selepas rehat, dan waktu terakhir sesi persekolahan.

8.0 Waktu Rehat

a) Semua murid mesti keluar dari kelas pada masa rehat KECUALI ketua kebersihan dan murid-murid yang bertugas dalam pembersihan kelas.

b) Semasa di kantin :

i. Murid-murid dilarang meninggalkan sampah atau sisa makanan di atas meja atau bangku selepas makan.

ii. Murid-murid mesti memulangkan bekas makanan atau minuman seperti gelas, mangkuk, dan sebagainya ke dalam tong atau dulang yang disediakan.

iii. Murid-murid dilarang membawa keluar makanan atau minuman dari kawasan kantin.

9.0 Kebersihan Kelas

a) Semua murid bertanggungjawab menjaga kebersihan kelas dan kawasan sekolah.

b) Kelas mesti dibersihkan di dalam dan di luar pada waktu pertama, semasa rehat, dan sebelum balik.

c) AJK kelas harus memastikan segala peralatan pembersihan kelas berada di tempat yang ditentukan.

d) Guru Tingkatan dan ketua kelas harus memantau jadual tugas yang disediakan dipatuhi oleh semua murid di dalam kelas berkenaan.

e) Murid-murid mesti membersihkan lantai yang berdekatan dengan tempat duduk masing-masing serta menyusun meja dan kerusi seperti yang telah ditetapkan.

10.0 Telefon Awam

a) Telefon awam yang disediakan di dalam kawasan sekolah tidak boleh digunakan pada waktu pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan.

b) Panggilan kecemasan boleh dilakukan menggunakan telefon di dalam pejabat

11.0 Lain-Lain

a) Murid diminta melaporkan kepada pihak sekolah sekiranya ternampak pelajar-pelajar lain yang berkelakuan tidak senonoh atau mencemarkan nama baik sekolah.b) Murid-murid tidak boleh mencemarkan nama baik sekolah atau menjatuhkan imej sekolah sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah. Mereka yang berkelakuan kurang sopan di perhentian bas, kedai, gerai atau tempat-tempat lain misalnya semasa mewakili sekolah akan dihukum dengan berat.

c) Semua murid dilarang menjadi ahli kumpulan haram atau menubuhkan sindiket haram.

d) Murid-murid dikehendaki hadir untuk kelas hari Sabtu, latihan rumah atau majlis rasmi sekolah seperti yang diwajibkan oleh pihak sekolah.

e) Murid-murid dikehendaki menjaga buku SPBT seperti hak milik sendiri. Sebarang kerosakan perlu dibaiki dan jika dilakukan dengan sengaja maka murid akan didenda.

f) Murid lelaki dan perempuan dilarang berpasangan atau berdua-duaan di dalam kawasan sekolah.

g) Murid-murid harus memakai pakaian sukan sekolah semasa bermain di padang atau gelanggang.

h) Murid-murid dilarang membawa orang luar yang tidak diingini atau yang berniat jahat ke dalam kawasan sekolah.

i) Kawasan pejabat sekolah dan bilik guru adalah kawasan larangan bagi semua murid.12.0 Barang-Barang Larangan

j) Pemadam cecair.

ii) Kamera tanpa kebenaran guru.

iii) Sarung kaki berwarna.

iv) Barang-barang kemas atau friendship band dan sebagainya.

v) Pakaian selain daripada pakaian sekolah.

vi) Barang-barang kosmetik.

vii) Minyak wangi.

viii) Cermin mata gelap.

ix) Aksesori rambut yang berkilat, bermanik, dwiwarna, denim, dan lain-lain.

x) Subang yang lebih besar daripada saiz siling lima sen, berbentuk cincin, mutiara, tiga dimensi, dwiwarna, anting-anting, mismatched earrings,double studded atau lebih daripada satu stud. Hanya satu subang pada setiap telinga; jika mempunyai lebih daripada satu lubang pada setiap telinga, subang mesti dipakai pada lubang yang paling rendah.

xi) Bahan lucah atau sebarang jenis poster.

xii) Kasut sukan kecuali selepas waktu persekolahan untuk aktiviti sukan.

xiii) Diari peribadi(buku atau elektronik) atau buku autograph.

xiv) Varnish kuku.xv) Semua jenis majalah hiburan kecuali majalah yang berunsurkan pendidikan.

xvi) Pita video dan cakera padat, radio, alat perakam, walkman, tamagotchi atau lain-lain alat elektrik atau elektronik tanpa kebenaran guru.

xvii) Telefon mudah alih (handphone).

xviii) Senjata (pisau, besi, dan lain-lain)

xix) Daun terup, kad mainan atau lain-lain permainan.

xx) Chewing gum, bubble gum, gula-gula dan seumpamanya.

xxi) Tali kasut berwarna.

xxii) Pen marker, scribbles, spraypaint,unipaint, tepung dan lain-lain tanpa kebenaran guru.

xxiii) Gambar-gambar artis.

xxiv) Teropong.

xxv) Dadah atau sebarang ubatan tanpa kebenaran bertulis daripada doktor.

xxvi) Alat picagari(syringe).

xxvii) Rokok dan lain-lain bahan tembakau.

xxviii) Minuman keras.

xxix) Beg yang bergambar tidak sopan atau lucah, dan juga beg yang berkilat (bukan beg sekolah)

xxx) Sun glasses

xxxi) Jam tangan yang menonjol atau terlalu besar dan berfesyen.

xxxii) Segala barangan yang dilarang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa.13.0 Dendaan

Murid-murid atau seluruh kelas boleh didenda/dikenakan bayaran ganti rugi bagi kesalahan berikut:

a) Meja

RM 1.00 hingga RM 70.00 (rosak atau hilang)

b) Kerusi

RM 1.00 hingga RM 40.00 (rosak atau hilang)

c) Kaca Tingkap

RM 3.00 hingga RM 5.00 (pecah atau retak)

d) Pas keluar

RM 3.00 hingga RM 5.00 (rosak atau hilang)

e) Alat-alat pembersihanRM 1.00 hingga RM 15.00 (hilang)

f) Membawa telefon bimbitRM 10.00 (kali pertama)

RM 20.00 (kali kedua)

RM 30.00 (kali ketiga)

g) Kesalahan SPBT

RM 0.50 (setiap kesalahan)

h) Pembaziran elektrik

RM 5.00 (seluruh kelas)

Catatan:

Setiap dendaan yang dikenakan ini adalah sebagai langkah pencegahan ke arah melahirkan murid-murid yang berdisiplin, bertanggungjawab, menjaga dan menghargai harta benda awam/kerajaan serta mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif.

Bayaran denda atau ganti rugi dikutip daripada ibu bapa dan bukannya daripada wang saku murid-murid.

Segala dendaan ini telah dipersetujui bersama oleh Ahli Jawatankuasa PIBG sekolah.

Peraturan-peraturan ini berkuatkuasa sepanjang sesi persekolahan dan diguna pakai kepada semua murid yang berdaftar di SMK Bandar Baru Seri Petaling, Jalan Radin 57000 Kuala Lumpur.

Arahan:Pengetua

SMK Bandar Baru Seri Petaling

1