Peraturan Sekolah Complete

download Peraturan Sekolah Complete

of 29

description

peraturan

Transcript of Peraturan Sekolah Complete

SMK TAMAN SUTERA

SMK TAMAN SUTERA

PANDUAN AM & ETIKA GURU DAN STAF SOKONGAN

PENDAHULUANDi bawah ini diperturunkan beberapa Garis Panduan penting tentang beberapa perkara tertentu di bidang pentadbiran dan pengajaran. Diharapkan kerjasama, prihatin dan tindakbalas guru dan staf sokongan bersama-sama melaksanakan, meyelaras, menyempurnakan dan mengendalikannya dengan tujuan supaya jentera pentadbiran dan pengelolaan sekolah ini berjalan dengan teratur, kemas dan licin. Dengan matlamat ini, maka PANDUAN TUGAS DAN ETIKA GURU & STAF SOKONGAN ini digubal dan disarankan kepada guru dan staf sokongan sebagai panduan dan tindakan.BAHAGIAN A : PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN1.0 PERINTAH AM

Selaku penjawat awam guru adalah tertakluk kepada arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu, semua guru dikehendaki membaca,memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. Guru dan staf sokongan sekolah adalah dinasihati membaca, memahami dan mentafsir dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan lain. Guru-guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah Pendidikan kebangsaan, Falsafah Pendidikan Islam, Falsafah SMKA serta Visi, Misi, Falsafah, Matlamat, Objektif dan Piagam Pelanggan Sekolah.

2.0 SIKAP GURU & STAF SOKONGAN SEKOLAH

Sikap baik guru & staf sokongan sekolah membantu dalam membina iklim sekolah yang baik. Anatara sikap baik ini dapat dilihat dalam perkara-perkara seperti berikut :

Menepati MasaSekurang-kurangnya telah menghadiri diri 10minit sebelum masa yang ditentukan untuk memulakan sebarang tugas di sekolah. Memulakan tugas pengajaran dalam 5 minit loceng berbunyi/masanya. Sesuatu tugas yang diberikan diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan tanpa perlu diingat-ingatkan dalam jangka masa yang ditetapkan.

Pakaian

Guru dan staf sokongan WAJIB mematuhi Surat Pekeliling Bil. 8/1995 Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion perguruan dan masyarakat timur. Pakaian berbentuk seluar, baju tanpa lengan dan skirt atas paras lutut tidak dibenarkan bagi guru perempuan. Guru lelaki hendaklah memounyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai. Semua guru lelaki dikehendaki memakai sepatu/kasut. Guru perempuan juga dikehendaki memakai sepatu supaya kelihatan lebih kemas dan rasmi. Semua guru hendaklah memakai pakaian batik pada setiap hari Khamis. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai yang sesuai.a) Guru perempuan : seluar track atau seluar panjang yang sesuai, kemeja T, kemeja sukan, baju trek, kasut ukan atau kasut getah tanpa tumit.b) Guru lelaki : Seluar track atau seluar panjang yang sesuai. Kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

Rambut/Misai/Janggut

Guru dan staf sokongan lelaki di sekolah hendakla mematuhi garis panduan Kementerian pelajarn Malaysia alam hal ini dan sentiasa menjadi teladan yang baik kepada semua murid.

Merokok

Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan merokok di kawasan sekolah. SEKOLAH ADALAH KAWASAN LARANGAN MEROKOK.

Budi bahasa

Sentiasa bekerjasama untuk mewujudkan perhubungan baik dengan budi bahasa dan sopan di antara semua warga sekolah dan dengan pihak-pihak lura yang berkaitan dengan sekolah. Berusaha berfikir untuk menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan semua bilik, alatan dan kawasan sekolah. Segera memahami tugas yang diberik dan melaksanakannya. Mengambil daya usaha sendiri untuk mengatasi sebarang masalah yang dihadapinya. Berbincang dengan Guru-Guru Penolong Kanan atau Pengetua. Sifat profesionalisme ditunjukkan dalam setiap tugas yang dipegangnya. Sentiasa ingin membaiki kemahiran yang ada pada dirinya untuk menjadi guru/ staf sokongan yang lebih berkesan. Memahami Etika Profesion Perguruan. Sanggup bertolak ansur dan berkorban masa dan tenaga demi kebajukan murid. Mnenerbitkan nilai-nilai sihat dan positif dikalangan murid atau rakan sejawat di sekolah kearah perpaduan dan terhindardaripada sebarang bentuk prasangka clique atau kumpulan dan sebagainya. Menunjukkan sifat keprihatinan terhadap semua murid di sekolah tanpa membezakan antara satu sama lain dari segi keturunan, agama, kedudukan sosioekonomi dan sebagainya. Dan mendidik mereka kea rah Matlamat Pendidikan Negara. Mengemukakan cadangan, idea dan pendapat untuk kebaikan sekolah memlalui saluran-saluran yang adad mesyuarat, peti cadangan, perjumpaan sesame guru dan sebagainya. Sanggup dan ingin menghadiri atau menyertai LDP / seminar / kursus / program Perkembangan staf dan membawa pembaharuan kea lam sekolah ini. Tidak bercuti daripada tugas kecuali atas sebab-sebab yang tergendala itu tanpa sebarang arahan. Memastikan tiada aktiviti di sekolah tergendala kerana ketidakhadirannya. Menyelenggarakan Buku Persediaan Mengajar (Fail), Jadual-jadual, Rekod Pungutan, Alatan, bilik, perabot, buku stok, buku laporan minit dan sebagainya mengikut keperluan yang ditetapkan Memastikan segala tindakan adalah menurut peraturan yang ada. Jika tidak jelas, dapatkan bantuan daripada Guru Penolong Kanan atau Pengetua. Terbuka kepada idea atau kaedah baru dalam pendidikan. Sanggup menerima cabaran semasa menajalankan tugas termasuk mendidik murid-murid yang lemah dan menghadapi tugas-tugas yang berbagai ragam demi kebajikan murid-murid sekolah ini. Memberi kerjasama atau sunbangan kepada GKMP/Ketua panitia atau Ketua Kumpulan/ Unit dalam mengendalikan sesuatu tuigas meskipun tidak bersetuju dengan sesuatu keputusan yang diambi;l oleh kumpulan itu. Tidak terlalu mengira masa atau tugas dalam menjalankan tugas-tugas sekolah Mengutamakan kepentingan sekolah atau perkhidmatan apabila bercanggahan dengan kepentingan diri sendiri.

3.0 WAKTU BERTUGAS

Waktu rasmi persekolahan adalah seperti yang tercatat dalam jadual waktu persekolahan Semua guru wajib berada di dalam kawasan sekolah sepanjang waktu persekolah kecuali menjalankan tugas rasmi di luar sekolah. Semua guru hendaklah samapai dan berada di sekolah sebelum 7.20 pagi dan balik selepas 2.10 Guru bertugas mingguan dikehendaki berada di sekolah jam 7.00 pagi dan berada di tapak perhimpunan untuk mengendalikan perhimpunan pelajar dan mengawal disiplin mereka. Waktu balik bagi guru bertugas mingguan adalah selepas tamat sesi persekolahan Semua guru dan staf sokongan WAJIB merakamkan masa tiba ke sekolah dan masa balik Punch Card di samping menandatangani Rekod Kedatangan Guru.

4.0 KELUAR DARI KAWASAN SEKOLAH SEMASA BERTUGAS

Guru dan staf sokongan TIDAK dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah semasa waktu bertugas kecuali mendapat kebenaran daripada pengetua. Guru-guru yang mendapat arahan daripada JPN/PPD/KPM/ LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA/MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA mestilah memaklumkan kepada Pengetua terlebih dahulu. Bagi urusan tidak rasmi,u dan Staf sokongan dikehendaki mengisi 2 salinan Borang Kebenaran Keluar (Rasmi) (rujuk Lampiran A) dan dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan 1. Satu salinan disimpan di dalam fail di pejabat dan satu salinan lagi untuk diri sendiri. Bagi urusan rasmi, guru dan staf sokongan dikehendaki mengisi 1 salinan Borang Kebenaran Keluar (Tidak Rasmi) dan dapatkan tandatangan Pengetua/Guru Penolong Kanan 1. Satu salinan disimpan di dalam fail di pejabat. Guru dan Staf Sokongan yang telah dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah juga dikehendaki menandatangani Buku Kebenaran Keluar Masuk Guru & Staf bagi merakamkan waktu keluar dan kembali semual ke sekolah Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta mendapatkan guru ganti/memberikan tugasan kepada kelas yang ditinggalkan dan hendaklah memaklumkan kepada Pengetua/guru Penolong Kanan 1 Semua urusan peribadi guru hendaklah dilakukan diluar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

5.0 KEDATANGAN

Rakaman Punch Card kehadiran guru adalah dokumen penting yang membantu Pengetua untuk membuat penilaian Prestasi Tahunan Guru-guru yang hadir untuk kegiatan kokurikulum dan kelas-kelas tuisyen juga dikehendaki menandatangani Buku kehadiran Kokurikulum. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah member kenyataan dan sebab-sebab yang munasabah. Guru mesti memberitahu pihak pentadbiran sekolah secepat mungkin.

Tidak hadir bertugas tanpa Kenyataan :a) Guru atau staf sokongan yang tidak hadir ke sekolah atau bertugas tanpa kenyataan yang munasabnah akan dipotong gajinya mengikut peruntukan dalam Perintah Am.b) Guru atau staf sokongan yang pada zahirnya hadir ke sekolah atau bertugas tetapi tidak menjalankan tugasnya juga boleh dianggap tidak menjalankan tugas dan diambil tindakan memootng gaji pada hari berkenaan.

6.0 KEHADIRAN MESYUARAT/PROGRAM RASMI SEKOLAH KURSUS DALAMAN

Guru WAJIB hadir semua mesyuarat dan program rasmi sekolah. Guru yang tidak hadir hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua dengan permohonan secara rasmi. Bukti tidak dapat hadir hendaklah disertakan. Guru juga dikehendaki mengisi Borang Maklumat Tidak Hadir Mesyuarat. Semua mesyuarat mesti mempunyai agenda dan minit. Pakaian semasa menghadiri mesyuarat hendaklah pakaian waktu bekerja.

7.0 CUTI

Cuti Rehat/Penggal

Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046. SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil brtugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.

Cuti Rehat Khas (CRK)

Cuti sambilan tidak memebihi daripada 7 hari yang diberikan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8, pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak 7 hari dalam satu kalendar dan Cuti Rehat Khas yang tidak dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetpi dibenarkan untuk dikumpul bagu tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak. Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Cuti Sakit

Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Cuti Keluar Negara

Semua guru yang bercuti keluar Negara mesti mendapat kelulusan. Sila isikan borang permohonan yang ada dipejabat sekolah sekurang-kurangnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

Cuti Khas Isteri bersalin

Diberikan selama 7 hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. Pengiraanya termasuk semuaq hari rehat dan kelepasan am. Kemudahan ini dihadkan kepada 5 kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Cuti tanpa rekod

Cuti Tanpa Rekod yang dibenarkan adalah cuti gentian kerana bekerja lebih masa, cuti latihan pasukan sukarela, menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan, latihan syarikat sukarela, menduduki peperiksaan, mesyuarat persatuan ikhtisas, mengambil bahagian sukan, tugas khas perubatan.

Cuti urusan kematian keluarga terdekat

Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama 3 hari sebagai cuti tanpa rekod. Ahli keluarga yang diambil kira ialah suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa kandung. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.

Jenis-jenis Cuti atas sebab perubatan

Cuti sakit Cuti sakit lanjutan ( Cuti separuh gaji 90 hari engan perakuan Lembaga Perubatan bahawa pegawai ada harapan sembuh ) Cuti pemulihan dan cuti kerantina ( Pegawai dalam perjalan balik ke Malaysia dari luar Negara di tahan di mana-mana stesen kerantina oleh pihak berkuasa kesihatan pelabuhan atau lapangan terbang atau di dalam sebuah kapal/kapal terbang yang ada berlaku wabak penyakit merebak ) Cuti bersalin Cuti kecederaan ( cedera semasa menjalankan tugas ) Cuti tibi, kusta dan barah

5.0PERHIMPUNAN MINGGUAN Guru-guru dikehendaki menghadiri perhimpunan Mingguan sekolah pada masa dan hari yang ditetapkan. Guru-guru bersama pelajar menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Johor dan lagu sekolah serta membaca Ikrar.

6.0PERKHIDMATAN PELANGGAN (PELAJAR) Guru hendaklah prihatin dalam proses pembelajaran pelajar, agar prestasi setiap pelajar semakin meningkat. Sebarang masalah P&P hendaklah dirujuk kepada Ketua Panitia atau GKMP atau Guru Penolong Kanan. Guru-guru tidak dibenarkan keluar daripada bilik darjah sewaktu proses P&P sedang berjalan, kecuali dalam masa kecemasan. Semua guru adalah Guru Dislpin, dan menjadi tanggungjawab bersama menyelesaikan masalah displin dan akhlak pelajar. Semua guru adalah Kaunselor, dan bertanggungjawab mengawasi masalah ponteng, kesihatan, kebajikan dan kebersihan pelajar. Guru-guru perlu bersedia mendengar permasalahan pelajar, bersikap tegas tetapi penyayang dan elakkan daripada melakukan kekerasan.

7.0KEGIATAN KOKURIKULUM Semua guru akan menjadi Penasihat Kegiatan Kokurikulum. Tugas ini hendaklah dilaksanakan dengan cekap. Semua guru WAJIB hadir kegiatan kokurikulum dan menandatangani Buku Kehadiran Kokurikulum di pejabat sekolah. Guru hendaklah memastikan buku laporan aktiviti Kokurikulum diisi oleh pelajar dan mengesahkan laporan tersebut. Buku laporan tersebut hendaklah dihantar kepada Penyelaras setiap minggu disemak dan dihantar sebulan sekali kepada Pengetua/ GPK Kokurikulum untuk disahkan.

8.0MELAKUKAN KERJA LUAR Penjawat awam tidak dibenarkan melakukan kerja luar kecuali dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut: Memohon kebenaran bertulis kepada Ketua Jabatan Tidak melakukan semasa waktu pejabat Tidak menjeasjkan sebagai penjawat awam Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

Berkaitan dengan menjalankan kelas tuisyen di rumah, guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79(i) dan subseksyen 132 (g) dimana boleh didienda tidak melebihi RM 30,000 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Ribu) atau tidak lebih dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

9.0BUKU REKOD MENGAJAR (Fail) Buku Persediaan Mengajar adalah dokumen rasmi dan harta kerajaan. Semua butiran hendaklah dilengkapkan dengan teliti, kemas dan betul. Fail/ Buku ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua/Guru penolong Kanan 1/ Guru kanan Mata Pelajaran pada setiap minggu mengikut jadual untuk disemak dan ditandatangani. Jika peraturan ini tidak dipatuhi, guru boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit (RM 5,000) mengikut Akta pendidikan 1996 (Akta 550) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) PUA/531/97.

10.0PERJAWATAN DAN PENGAJARAN Jika guru menghadapi masalah berkaitan aspek perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua. Manakala jika berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran, guru boleh berurusan dengan Ketua Panitia, GKMP atau Guru Penolong Kanan 1.11.0PEMBELIAN BARANG Setiap pembelian barang mesti dengan kebenaran terlebih dahulu dengan menggunakan Borang Pesanan Dalaman yang boleh didapati di pejabat sekolah. Boring tersebut hendaklah disahkan oleh GKMP/ Guru Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua. Pembantu Tadbir akan menguruskan tindakan selanjutnya iaitu dengan menyediakan Borang Pesanan Tempatan ( Local Order/ LO) Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima barang, rekodkan no. daftar stok dan serahkan dengan segera ke pejabat sekolah. Boring yang diteriam hendaklah direkodkan serta merta dalam buku stok dengan tepat dan kemas.

12.0BUKU STOK / INVENTORI Ketua Panitia atau Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta) GKMP / Ketua Pembantu Tadbir (KPT) akan menyemak buku stok inventori ini dari semasa ke semasa dan dihantar ke pejabat setiap hujung tahun untuk disahkan oleh Guru Penolong Kanan / Pengetua.

13.0 TUGAS GURU Tugas guru diberikan dalam bidang Pentadbiran, Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggungjawab. Setiap guru juga terlibat serba sedikit dalam bidang pengurusan dan pentadbiran seperti AJK Stok & Inventori, AJK Penbangunan Fizikal, Guru Kelas, Guru Displin. Keberkesanan P&P mahupun Kokurikulum, sebahagian besarnya bergantung kepada keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Oleh itu, bidang ini perlu diberi perhatian yang wajar. Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat, di Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah a\tau sekolah lain, hendaklah dipatuhi. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar, minit curai hendaklah dikemukakan kepad Pengetua dengan menggunkan boring khas yang boleh didapati di pejabat sekolah (rujuk Lampiran D) Gugu yang mewakili sekolah dalam sesuatu kursus, seminar atau seumpamanya, apabila balik ke sekolah hendaklah menjalankan In House Training kepada guru dan dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan 1 / Pengetua, tarikh dan masa pelaksanaannya. Bahan-bahan yang diperoleh semas kursus, seminar atrau seumpamanya itu hendaklah disimpan di sekolah ( hak milik sekolah bukan hak milik peribadi) Guru yang melakukan tugas rasmi di luar, hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan maklumkan kepada GKMP.

14.0SURAT MENYURAT Semua surat rasmi yang menggunakan letter head sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua untuk disimpaikan kepada pihak-pihak berkenaan.

15.0SURAT YANG DITERIMA Terdapat surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut. Jika surat itu ditujukan kepada guru berkenaan dengan dinyatakan melalui dan salinan kepada Pengetua, surat itu boleh disimpan sendiri setelah diambil tindakan. Jika surat itu ditujukan kepada Pengetua dan Pengetua mengedarkannya untuk tindakan guru berkenaan, maka guru itu hendaklah: Memastikan sama ada surat yang diterima itu salinan aal atau fotostat, jika salainan asal, sila minta fotostat terlebih dahulu supaya salinan asal disimpan dalam fail di pejabat. Jika tindakan yang perlua diambil merupakan mengisi maklumat dalam boring yang disediakankan, maka boring tersebut hendaklah ditaip dan setelah lengkap diisi hendaklah disediakan surat litup / iringan (covering) yang boleh didapati di pejabat sekolah. Adalah tidak wajar boring berkenaan dihantar terus kepada yang berkenaan tanpa surat litup daripada sekolah walaupun dihantar dengan serahan tangan. Satu salinan boring berkenaan dan surat litup hendaklah disimpan dalam fail sekolah di pejabat untuk rekod atau rujukan bila diperlukan.

16.0JADUAL WAKTU MENGAJAR Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan. Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. Guru Tingkatan hendaklah menydiakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

17.0KESELAMATAN DAN HARTA BENDA SEKOLAH Kerjasama semua guru amat diperlukan dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau tidak hendaklah dimaklumkan kepada Guru Penolong Kanan HEM. Ketua Panitia / GKMP hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan alat-alat di bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

18.0KEBERSIHAN Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadula giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk tingkatan/kelas masing-masing. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik. GKMP/ Ketua Panitia dan guru-guru lain yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel, makmal sains dan lain-lain) bertanggunagjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. Semua gur, staf dan pelajar sama-sama bertanggungjawab tehadap kebersihan kawasan sekolah.

19.0PERHUBUNGAN SESAMA RAKAN SEJAWAT Guru dan staf sokongan hendaklah memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesame rakan dan sentiasa mengawal tutur kata supaya wujud perasaan kekitaan dalam organisasi. Guru dan staf sokongan tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan / fahaman / pendapat/ kepercaayaan sesame rakan atau pun pelajar sekolah. Perhubungan yang berbentuk kumpulan berdasrkan kepada kaum, staus sosial, sosio ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

20.0BILIK GURU Sebuah jawatankuasa dilantik untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan bilik guru. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa tersebut hendaklah dianggap non-teaching period dan bukannya free period. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan di sekolah sahaja. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuia dan tidak mengganggu ketenteraman orang lain. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru, termasuk keselamat harta benda yang terdapat di dalam bilik guru. Sesiapa yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua computer, lampu, kipas, air-cond dipadamkan dan semua pintu dikunci.

21.0KEAHLIAN KELAB BILIK GURU/PIBG Semua guru secara automatic menjadi ahli Kelab Bilik Guru dan PIBG sekolah.

22.0PELAWAT/JURUJUAL Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Guru Penolong Kanan 1 terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma / syarikat atau jurujual kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya (rujuk Lampiran E )

23.0URUSAN DENGAN PEJABAT DAERAH/JABATAN PELAJARAN NEGERI Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pelajaran Daerah (PPD) atau Jabatan Pelajaran Johor untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.

24.0ARAHAN DAN PEKELILING Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi derta ditandatangani selepas membacanya. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas.

25.0PENGGUNAAN ALATAN Penggunaan alat-alat hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan Mesti mendapat kebenaran daripada Pejga Stok dan direkodkan. Hendaklah digunakan dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta dan menggantinya.

26.0TELEFON Penggunaan telefon sekolah adalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru dan staf sokongan sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bilik darjah dan semasa mesyuarat.

27.0KUNCI Semua kunci mesti disimpan di pejabat, guru yang menggunakan kunci hendaklah mengisi Buku Rekod Peminjaman di pajabat. Guru-guru yang berhak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah.

28.0MENGIRINGI PASUKAN SEKOLAH Guru-guru yang mengiringi pasukan sekolah untuk satu-satu aktiviti tertentu di luar kawasan sekolah, hendaklah menguruskan segala urusan mengenainya. Jika terdapat murid-murid lain( penyokong ) menyertai rombongan tersebut, prosedur yang sama seperti di atas hendaklah dipatuhi. Guru hendaklah mengwasi dan mengawal murid untuk menjaga keselamatan mereka.29.0TUNTUNTAN PERJALANAN Berdasarkan arahan surat menyurat atau bengkel atau kursus atau seminar. Perkiraan perkilometeran atau teksi bermula dari rumah atau sekolah atau mana-mana yang paling dekat.

BAHAGIAN B: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN1.0 GURU KANAN MATA PELAJARAN Guru-guru yang telah dilantik untuk menjadi Guru Kanan Mata Pelajaran adalah berfungsi untuk membantu Pengetua bagi memastikan kelancaran kedah pengajarandan pembelajaran mata pelajaran yang berkenaan. Beliau juga merupakan Pengerusi Panitia mata pelajaran tersebut. Mesyuarat panitia perlu diadakan sekurang-kurangnya sekali sepanjang tahun dan minit mesyuarat itu hendaklah diberi satu salinan kepada pengetua seberapa cepat yang mungkin.

2.0 MASUK KELAS MENEPATI MASA Guru-guru dikehendaki memasuki kelas untuk mengajar dengan menepati masa kecuali guru-guru yang sedang mengajar di kelas yang lain.

3.0 KAWALAN MURID Kawalan dan disiplin sekolah sangat penting. Semua guru diminta menganggap bahawa ia adalah tugas kita bersama dan oleh itu memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam perkara ini kepada pihak sekolah. 4.0 PELAKUAN WAKTU MENGAJAR Guru-guru hendaklah berada di dalam keadaan yang cergas serta membolehkan mereka mengawal murid dengan baik serta menyampaikan pengajaran dengan teratur, apabila mereka mengajar. Ini bermakna mengajar sambil duduk/bertenggek adalah tidak sesuai kecuali dengan sebab-sebab kesihatan. Guru tidak dibenarkan duduk semasa menjalankan proses Pembelajaran Dan Pengajaran.

5.0 ALAT MENGAJAR/ BAHAN SUMBER Guru-guru adalah bertanggungjawab untuk menyediakan alatan mengajar dan bahan sumber mana-mana yang boleh disediakan. Alatan mengajar/bahan sumber yang terdapat di bilik sumber dan sebagainya hendaklah digunakan di dalam pengajaran. Guru dikehendaki sama-sama bertanggungjawab terhadap keselamatan alat-alat tersebut. Peta-peta yang tersimpan di bilik sumber hanya boleh diambil dan disimpan oleh guru-guru sahaja.

6.0 ALAT SUKAN Semua jenis alatan akan disenaraikan oleh Guru Sukan. Kelengkapan dan kesempurnaan alatan itu perlu diawasi dengan teliti. Hanya guru ataupun Ketua Murid/ Ketua Pasukan sahaja dibenarkan mengambil alatan itu. Stor alatan sukan perlu dijaga dengan sempurna. 7.0 BUKU LATIHAN/BUKU NOTA MURID Guru-guru hendaklah memberitahu murid-murid untuk hanya menggunakan buku latihan yang ada dijual di koperasi sekolah sahaja untuk kegunaan mereka. Guru hendaklah mengawasi supaya segala kerja murid dilakukan dengan bersih, kemas dan teratur. Guru-guru akan dikehendaki menghantar buku-buku latihan dan buku-buku nota murid ini kepada Guru Kanan Mata Pelajaran /GPK/Pengetua mengikut takwim yang ditetapkan. 8.0 LATIHAN BERTULIS DAN PEMERIKSAANNYA Guru hendaklah memberi latihan bertulis kepada murid-murid seberapa kerap yang mungkin. Mana-mana pelajaran yang sesuai diberi latihan di rumah, guru hendaklah menjalankannya. Di samping itu, guru juga diminta untuk memberi kerja berbentuk ujian seberapa kerap yang boleh. Latihan yang diberi hendaklah boleh mencabar kebolehan dan keupayaan murid. Pemeriksaan latihan bertulis hendaklah dilakukan oleh guru sendiri dan dijalankan secepat mungkin dan hendaklah sentiasa kemaskini. Guru-guru tidak dikehendaki menyimpan mana-mana buku latihan murid-murid lebih dari satu minggu di bilik guru. Guru juga dikehendaki memeriksa nota murid-murid dari semasa ke semasa untuk memastikan nota mereka lengkap, kemas dan teratur.

9.0 PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH MENENGAH (PKSM) Dari semasa ke semasa guru-guru akan menjalankan PKSM. Sila rujuk takwim peperiksaan sekolah. Guru-guru diminta menjalankan tugas menyedia soalan, menaanda kertas jawapan dan mnyerahkan markah mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah. Guru-guru wajib merekodkan markah-markah PKSM di dalam ruang yang berkenaan di dalam Buku Rekod Mengajar Guru mengikut senarai nama murid dalam kelas.

10.0 PEMERIKSAAN PENGETUA Pemeriksaan ini akan dilakukan pada bila-bila masa dengan tujuan untuk melihat keadaan pembelajaran di sekolah.

11.0 PEMERIKSAAN OLEH JEMAAH NAZIR SEKOLAH / PEGAWAI Dari semasa ke semasa sekolah akan didatangi oleh Nazir sekolah atau lain-lain pegawai untuk memeriksa keadaan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang tertentu. Guru-guru dikehendaki memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepaada mereka. Guru-guru dikehendaki boleh berbincang dengan pegawai-pegawai ini dan bukan hanya setakat mendengar dan menerima sahaja. 12.0 CARTA BACAAN Guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris hendaklah menyediakan dan menguruskan carta bacaan di kelas yang diajar masing-masing sebagai satu usaha memastikan murid-murid ada membaca.

13.0 GURU RELIEF Guru-guru yang ditugaskan untuk membuat relief bagi guru-guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah masuk ke kelas berkenaan. Murid-murid boleh dibenrkan untuk membeuat kerja sendiri dan guru tersebut hendaklah mengawas dan mengawal murid-murid supaya mereka tidak menggangu kelas-kelas yang lain. Tugas-tugas Pengganti (relief): Penolong Kanan /Guru Jadual Waktu akan menyediakan Jadual Waktu Penggantian bagi guru-guru yang tiada di sekolah pada sesuatu hari itu. Tugas penggantian ini adalah tugas rasmi dan wajib dijalankan. Dia boleh dan harus mengajar sama ada mata pelajarannya sendiri ataupun Bahasa, Motivasi, Kebersihan, Matematik dan sebagainya secara lisan 14.0 PERHUBUNGAN / INTERAKSI GURU MURID Dalam usaha untuk membolehkan wujudnya situasi dan suasana yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik, guru hendaklah berusaha untuk mewujudkan perhubungan / interaksi di antara guru dengan murid sama ada di dalam ataupun di luar bilik darjah. Ini akan membolehkan murid-murid mempunyai sikap, pandangan dan anggapan yang positif tehadap guru yang akan dapat mencetuskan keinginan untuk belajar. 15.0 MENDENDA MURID Denda yang dikenakan hendaklah berbentuk positif. Denda yang boleh merugikan murid-murid di dalam pelajaran tidak dikehendaki dan dilarang.

BAHAGIAN C: PERATURAN-PERATURAN PEGAWAI AWAM (Kelakuan Dan Tatatertib) 19934. (1)Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan pada setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang Dipertuan Agong Negara dan Kerajaan. (2) Seseorang pegawai tidak boleh:a) Membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan persendiriannya.b) Berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya.c) Berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa:i. Dia telah membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan tugas awamnya hingga menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai awam.ii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedah sendiri.d) Berkelakuan dengan sedemikian cara hingga memburukkan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam.e) Kurang cekap atau kurang berusaha.f) Tidak jujur atau tidak amanah.g) Tidak bertanggungjawab.h) Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubungan dengan perkhidmatan awam sama ada untutan itu adalah tuntutan sendiri atau tuntutan angota-anggota perkhidmatan awam yang lain.i) Cuai dalam melaksanakan tugasnya.6. (1) Seseorang pegawai semasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa. (2) Seseorang pegawai yang dikehendaki menghadiri sesuatu upacara rasmi hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan bagi upacara tersebut dan jika pakaian upacara itu tidak ditentukan dia hendaklah berpakaian sepatutnya bagi upacara tersebut.8. (3) Ketua Jabatan boleh membenarkan pungutan sumbangan secara spontan oleh pegawai-pegawai di bawahnya bagi maksud membuat seuatu penyampaian kepada seseorang pegawai dalam Jabatannya sempena persaraan, pertukaran atau perkahwunan sempena perkahwinan anak pegawai tersebut atau sempena apa-apa upacara lain yang sesuai.10. (3) Seseorang pegawai hendaklah, semasa perlantikannya di dalam perkhidmatan awam atau bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan, mengistiharkan secara bertulis kepada pihak berkuasa Tatatertib yang berkenaan melalui Ketua Jabatan segala harta yang dipunyai olehnya atau isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana.19. (1) Seseorang Pegawai tidak boleh, sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain:a) Membuat apa-apa pertanyaan awam berhubungan dengan apa-apa dasar, program atau keputusan di atas apa-apa isu.b) Memberikan apa-apa maklumat , factual berhubungan Jabatannya atauc) Memberikan apa-apa penjelasan berkenaan apa-apa insiden atau laporan berhubungan dengan Jabatannya. (2) Bagi maksud peraturan ini pertanyaan awam termasuklah apa-apa penyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi Syarahan awam atau ucapan awam atau dalam mana-mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya.21.(1)Kecuali sebagaimana yang diperuntukan dalam sub-peraturan (3) seseorang pegawai adalah dalam kumpulan Pengurusan Tertinggi dan kumpulan Pengurusan dan Professional adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambing sesuatu parti politik.23.(1)Ketidakhadiran daripada bertugas tanpa cuti atau tanpa kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah boleh menyebabkan seseorang pegawai dikenakan tindakan Tatatertib. (2) Jika seseorang pegawai tidak hadir daripada bertugas, Ketua Jabatan hendaklah dengan seberapa segera melaporkan fakta itu kepada pihak berkuasa tatatertib yang berkenaan beserta dengan tarikh dan hal keadaan ketidakhadiran itu apa-apa maklumat selanjutnya yang mungkin dikehendaki dengan pegawai itu. (3) Pihak Berkuasa Tataertib yang berkenaan boleh setelah menimbangkan laporan dalam sub peraturan (2) mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai itu mengikut perturan 27 atau 28.(4) Bagi maksud peraturan ini ketidakhadiran termasuklah kegagalan untuk hadir bagi apa-apa jua tempoh masa pun pada satu-satu masa dan tempat di mana pegawai itu dikehendaki hadir bagi melaksanakan tugas-tugasnya.24. (1) Adalah menjadi tugas tiap-tiap oegawai untuk menjalankan kawalan pengawasan Tataterib ke atas pegawai bawahannya yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini.(2) Seseorang pegawai yang tidak menjalankan kawalan dan pengawasan Tatatertib ke atas pegawai bawahnya atau tidak mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai bawahnya yang melakukan pelanggaran Tatatertib hendaklah disifatkan cuai melaksanakan tugasnya dan tidak bertanggungjawab dan dia boleh dikenakan tindakan Tatatertib.31. (1) Jika seseorang pegawai didapati bersalah kerana tidak hadir bertugas tanpa cuti atau kebenaran terlebih dahulu atau tanpa sebab yang munasabah, segala emolument bagi apa-apa tempoh yang tidak hadir hendaklah dilucutkan walaupun Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan tidak mengarahkan perlucutan itu.(2) Seseorang pegawai yang emolument dilucutkan di bawah ini hendaklah diberi notis bertulis tentang perlucutan tersebut.(3) Bagi maksud peraturan ini, perlucutan bukanlah sesuatu hukuman Tatatertib dalam pengertian oeraturan 38.38. Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan boleh jika ia mendapat seseorang pegawai bersalah kerana melanggar mana-mana peruntukan peraturan peraturan ini dan setelah mengambil kira seriusnya kesalahan itu mengenakan ke atas pegawai itu mana-mana satu daripada hukuman yang berikut atau apa-apa gabungan atau lebih,(a) Amaran(d) Turun Gaji(b) Denda(e) Turun Pangkat (c) Lucut Hak Emolumen (f) Buang Kerja43. Tiap-tiap tindakan tatatertib yang diambil terhadap seseorang pegawai yang berkeputusan dengan suatu hukuman keatas pegawai itu dibawah peraturan-peraturan ini hendaklah direkodkan dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan itu dengan menyatakan buti-butir kesalahan yang dilakukan dalam hukuman yang dikenakan.52. (1) Tiap-tiap pegawai hendaklah member kepada Ketua Jabatan alamat kediamannya atau apa-apa perubahan alamat itu yang akan menjadi alamatnya bagi maksud menyampaikan kepadanya apa-apa notis atau dokumen yang dikehendaki disampaikan dibawah peraturan-peraturan ini atau bagi maksud memberitahunya tentang apa-apa perkara yang berhubung dengan peraturan-peraturan ini.

Peraturan 4.(1) : Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa memberikan taat setianya kepada Yang di-Pertuan Agong, Negara dan Kerajaan Pegawai hendaklah sentiasa menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan dan maruah Negara, hormat, dan patuh kepada undang-undang serta berusaha untuk berbakti kepada Negara dan setia kepada kerajaan.Contoh Pelanggaran Peraturan 4.(1) Besubahat dengan musuh Negara Membocorkan rahsia kerajaan Memburuk-burukkan serta memperkecil-kecilkan dasar serta tindakan kerajaan Memijak-mijak bendera kebangsaan dengan tujuan menghina Melanggar undang-undang atau peraturan kerajaan dengan tujuan untuk menentang kerajaan

Peraturan 4.(2)(a) : Seseorang pegawai tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinyaContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(a) Menguruskan hal-hal perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara-mara dalam waktu pejabat/tugas rasmi Mengambil kesempatan untuk menguruskan hal-hal perniagaan semasa membuat lawatan rasmi di luar pejabat Menyebelahi dan memberi keutamaan kepada saudara-mara atau rakan-rakan atau orang yang rapat dengannya dalam menimbangkan sesuatu permohonan

Peraturan 4.(2)(b) : Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan sedemikian cara yang mungkin menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya Contoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(b) Menguruskan tender/sebut harga sedangkan pegawai mengetahui ada di antara mereka yang mengemukakan tender/sebut harga terdiri daripada saudara-maranya Tidak mengelakkan dirinya daripada menerima hadiah daripada syarikat atau peniaga atau individu Tidak mengelakkan dirinya daripada terlalu rapat dengan mereka yang jelas akan dapat keuntungan daripada mengetahui tugas rasminya

Peraturan 4.(2)(c) : Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan apa-apa cara yang mungkin menyebabkan syak yang munasabah bahawa :i. Dia telah membiarkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai seorang pegawai awam ; atauii. Dia telah menggunakan kedudukan awamnya bagi faedahnya sendiriContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(c) Menggunakan dan memandu kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri seperti ke pejabat dan balik dari pejabat, menghantar anak ke sekolah dan lain-lain Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang pejabat untuk hal-hal persendiriannya seperti membersihkan tanah, kawasan rumah, mengangkat perabot rumah dan lain-lain Menyalah guna wang awam Menilai prestasi berasaskan peribadi

Peraturan 4.(2)(d) : Seseorang pegawai tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh memburukkan atau mencemarkan nama baik perkhidmatan awamContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(d) Terlibat dalam penyalahgunaan dadah Berjudi Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah Guru menghukum murid keterlaluan hingga menyebabkan tuntutan saman Menerima keraian dari orang yang ada hubungan rasmi Berkelakuan tidak senonoh

Peraturan 4.(2)(e) : Seseorang pegawai tidak boleh kurang cekap atau kurang berusahaContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(e) Lalai atau berlengah-lengahdalam menjalankan tugas-tugasnya Gagal mengemaskini buku persediaan mengajar/buku tunai Bersikap malas dalam menjalankan tugas-tugasnya

Peraturan 4.(2)(f) : Seseorang pegawai tidak boleh tidak jujur atau tidak amanahContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(f) Membuat tuntutan palsu mengenai tuntutan perjalanan dan lain-lain Pura-pura sakit atau uzur Tidak melaporkan harta atau pelaburan yang dipunyai olehnya, isteri, suami atau anak atau orang yang diberi kuasa untuk menguruskan hartanya Menyalah guna wang awam Tidak melaporkan hutang piutangnya dengan tujuan menipu Ketua Jabatan dan Lembaga Tatatertib yang berkenaan mengenai keterhutangan kewangan yang serius Menilai markah prestasi tidak sepadan dengan tugas

Peraturan 4.(2)(g) : Seseorang pegawai tidak boleh tidak bertanggungjawabContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(g) Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan terlalu berusaha dalam menjalankan tugas Tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa ap-apa sebab yang munasabah Mengambil cuti rehat pada saat perkhidmatannya sangat-sangat diperlukan Bersikap acuh tak acuh terhadap tugas-tugas dan tanggungjawabnya Menjalankan sesuatu tugas tanpa menghiraukan implikasi terhadap jabatan dan kerajaan amnya Mengikuti kursus pengajian tanpa mendapat kebenaran pihak berkuasa terlebih dahulu

Peraturan 4.(2)(h) : Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan apa-apa tuntutan berhubung dengan atau terhadap perkhidmatan awam, sama ada tuntutan itu ialah tuntutannya sendiri atau tuntutan mana-mana pegawai lain Contoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(h) Meminta orang kenamaan untuk menggunakan jasa baiknya mempengaruhi Lembaga Kenaikan Pangkat untuk menaikkan pangkatnya Meminta ahli politik untuk menyokong permohonannya mendapat tanah kerajaan atau rumah atau sesuatu jawatan Menggunakan pengaruh luar dalam soal pertukaran dan penempatan

Peraturan 4.(2)(i) : Seseorang pegawai tidak boleh ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa-apa cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintahContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(i) Membantah atau melawan pegawai atasan Enggan/tidak mahu mengikuti/menjalankan/melaksanakan arahan lisan/tulisan pegawai kanannya berhubung dengan tugas rasminya Sengaja melanggar arahan-arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dalam pekeliling atau surat pekeliling

Peraturan 4.(2)(j) : Seseorang pegawai tidak boleh cuai dalam melaksanankan tugas-tugasnyaContoh Pelanggaran Peraturan 4.(2)(j) Guru tidak masuk kelas tanpa kebenaran ketua jabatan Seringkali datang lewat atau balik awal tanpa kebenaran ketua jabatan Memandu kenderaan kerajaan dengan terlalu laju hingga menyebabkan kemalangan Kegagalan memberhentikan gaji/emolumen bagi pegawai yang meletak jawatan, bersara, cuti belajar separuh gaji, cuti tanpa gaji, cuti bersalin, dan sebagainya

LARANGAN-LARANGAN PEGAWAI AWAM

1.PERATURAN 4A GANGGUAN SEKSUALi. DILARANG MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL IAITU :(a) Cubaan merapati/meminta layanan seksual(b) Melakukan perbuatan bersifat seksual menyebabkan seseorang yang waras tersinggung, terhina, atau terugut

ii. BENTUK PERBUATAN BERSIFAT SEKSUAL :(a) Secara lisan, bertulis dan lain-lain(b) Tidak terhad di tempat kerja/waktu kerja selagi mencemarkan imej Perkhidmatan Awam

Contoh Pelanggaran Peraturan 4A Bercerita/jenaka/isyarat yang lucah Menyentuh anggota sensitif badan

2. PERATURAN 7 MENYALAHGUNAKAN DADAH TIDAK BOLEH MENGGUNAKAN/MENGAMBIL/MENYALAHGUNAKAN/MENAGIH DADAH BERBAHAYA PEGAWAI BOLEH DIAMBIL TINDAKAN TATATERTIB DENGAN TUJUAN BUANG KERJA PERKHIDMATAN PEGAWAI BOLEH DITAMATKAN ATAS KEPENTINGAN AWAM [ PERATURAN 49 ] SEKIRANYA PEGAWAI MENCAPAI UMUR PERSARAAN PILIHAN

3. PERATURAN 9 MENERIMA/MEMBERI KERAIAN SEKIRANYA : BERCANGGAH DENGAN TATAKELAKUAN PERATURAN 4Contoh Pelanggaran Peraturan 9 Kontraktor meraikan Ketua Jabatan yang menjadi ahli Lembaga Tender [ Keraian = Belanja makan, hotel, tambang cuti dan lain-lain ]

4. PERATURAN 11 MENYENGGARA TARAF HIDUP MELEBIHI EMOLUMEN/PENDAPATAN YANG SAHPEGAWAI TIDAK BOLEH : Menyenggara taraf hidup melebihi emolumen/pendapatan yang sah Menguasa/memiliki sumber kewangan atau harta yang tidak seimbang atau tak munasabah dengan emolumen pendapatan yang sahContoh Pelanggaran Peraturan 11 Pegawai berkereta mewah yang diketahui bukan dari pusaka dan lain-lain

5. PERATURAN 12 MEMINJAM WANG/MENJADI PENJAMIN Tidak boleh meminjam wang/menjadi penjamin kepada mana-mana orang yang :(i) Tertakluk kepada kuasa rasminya(ii) Ada urusan rasmi(iii) Tinggal/memiliki tanah/menjalankan perniagaan dalam kawasan rasmi(iv) Menjalankan perniagaan/memberi pinjam wangContoh Pelanggaran Peraturan 12 Pegawai di jabatan meminjam wang dari kontraktor yang menjalankan projek jabatan Pegawai Daerah meminjam wang dari bank yang beroperasi di kawasan pentadbirannya

6. PERATURAN 13 KETERHUTANGAN WANG YANG SERIUSTANGGUNGAN HUTANGNYA MENYEBABKAN KESULITAN KEWANGAN YANG SERIUS IAITU : AGREGAT HUTANG/TANGGUNGAN TAK BERCAGAR LEBIH 10 KALI EMOLUMEN BULANANNYA KECUALI PINJAMAN PENDIDIKAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN (JUDGEMENT DEBTOR) DAN TIDAK DIJELASKAN DALAM TEMPOH 1 BULAN BANKRAP ATAU PEMAKAN GAJI TAK SOLVEN (INSOLVENT)Contoh Pelanggaran Peraturan 13 Penjamin yang gagal membayar hutang peminjam dalam tempoh satu bulan dari bperintah mahkamah Penjamin diisytihar bankrap oleh mahkamah dan gaji dipegang/urus oleh Amanah Raya. Gaji tidak mencukupi untuk melepaskan tanggungan

6. PERATURAN 15 MEMINJAMKAN WANG TIDAK BOLEH MEMINJAMKAN WANG DENGAN FAEDAHContoh Pelanggaran Peraturan 15 Pegawai memberikan pinjaman dengan menggunakan faedah atau bunga

7. PERATURAN 16 TIDAK BOLEH TERLIBAT DALAM PASARAN HADAPAN TIDAK BOLEH TERLIBAT DALAM PASARAN NIAGA HADAPAN SEBAGAI PEMBELI ATAU PENJUAL, DALAM PASARAN TEMPATAN ATAU LUAR NEGERI.Contoh Pelanggaran Peraturan 16 Terlibat dalam pasaran komoditi/pasaran hadapan

8. PERATURAN 17 CABUTAN NO BERTUAH/LOTERI TIDAK BOLEH MENGADAKAN CABUTAN NO BERTUAH ATAU MEMBELI LOTERIContoh Pelanggaran Peraturan 17 Menggunakan harta persendirian untuk refel atau loteri Berjudi

9. PERATURAN 18 PENERBITAN BUKU DAN KARYATIDAK BOLEH MENERBITKAN ATAU MENULIS BUKU, MAJALAH ATAU KARYA LAIN BERDASARKAN MAKLUMAT RASMI TERPERINGKATContoh Pelanggaran Peraturan 13 Menulis/menerbit buku menggunakan maklumat rasmi terperingkat (rahsia beasar, rahsia dan sulit)

10. PERATURAN 20 PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JRNALTIDAK BOLEH MENJADI PENYUNTING AKHBAR/MAJALAH/JURNAL KECUALI, PENERBITAN :(i) JABATAN(ii) PROFESIONAL(iii) PERTUBUHAN SUKARELA YANG BERCORAK POLITIK(iv) DILULUSKAN SECARA BERTULIS OLEH KETUA JABATAN

Contoh Pelanggaran Peraturan 20 Menjadi penyunting akhbar harian Menjadi penyunting akhbar parti politik

11. PERATURAN 21 : KEGIATAN POLITIKPEGAWAI KPT/KPDP DILARANG MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM POLITIK ATAU MEMAKAI LAMBANG PARTI POLITIK , KHUSUSNYA TIDAK BOLEH : MEMBUAT PERNYATAAN MENYEBELAHI MANA-MANA PARTI POLITIK MENERBIT/MENGEDAR BUKU/ARTIKEL/RISALAH MENGENAI POLITIK MERAYU UNDI AGEN PILIHANRAYA TEMPAT MENGUNDI BERTANDING APA-APA JAWATAN MEMEGANG APA-APA JAWATANContoh Pelanggaran Peraturan 21 Berkempen bagi pihak parti politik Mengedar risalah parti politik Memegang jawatan dalam parti politik

12. PERATURAN 24 TIDAK HADIR BERTUGASTIDAK HADIR BERTUGAS TANPA CUTI ATAU TANPA KEBENARAN ATAU TANPA SEBAB YANG MUNASABAH BOLEH DIAMBIL TINDAKAN TATATERTIB.

KETIDAKHADIRAN TERMASUKLAH TIDAK HADIR BAGI APA-APA JUA TEMPOH MASA PADA MASA DAN DI TEMPAT PEGAWAI ITU DIKEHENDAKI BERTUGASContoh Pelanggaran Peraturan 24Pegawai hilang selepas mengetik kad perakam waktu di waktu pagi, kemudian muncul di waktu petang untuk mengetik pada waktu pulang Tidak patuhi waktu berperingkatDILARANG TETAPI BOLEH BUAT DENGAN KEBENARAN

1. PERATURAN 5 PEKERJAAN LUARTidak boleh buat kerja luar kecuali :a) Dibenarkan oleh Ketua Jabatan dianggap tugas rasmi honorarium ditentukan oleh perbendaharaan (Pp Bil 2/1993 Dan Bil 5/1995)b) Bagi faedah dirinya/saudara-mara/badan yang bukan mencari keuntungan dengan kebenaran Ketua JabatanContoh Pelanggaran Peraturan 5 Memandu teksi selepas waktu pejabat tanpa kebenaran Mengajar di pusat-pusat tuisyen tanpa kebenaran Pensyarah sambilan tanpa kebenaran Kerja di pam minyak tanpa kebenaran

2. PERATURAN 6 PAKAIANSemasa bertugas hendaklah sentiasa berpakaian dengan sepatutnya yang ditentukan oleh kerajaan melalui arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamContoh Pelanggaran Peraturan 6 Memakai singlet atau baju-t tanpa kolar Memakai sarong, seluar pendek dan lain-lain Tidak memakai pakaian seragam kepada yang dikehendaki memakainya

3. PERATURAN 8 HADIAH Pegawai dilarang memberi/menerima hadiah, jika :a) Ada kena-mengena dengan pelaksanaan tugasb) Bentuk, amaun, atau nilai hadiah itu tidak sepadan dengan maksud hadiah

KEBENARAN KETUA JABATAN PERLU DIPEROLEHI JIKA i. Pegawai meragui tentang bentuk, amaun, atau nilai hadiahii. Penerimaan hadiah sukar ditolak

Ketua Jabatan boleh memberi kebenaran i. Pegawainya menerima surat pujian sempena persaraan/pertukaranii. Pungutan spontan oleh pegawai bagi maksud hadiah sempena persaraan/pertukaran, perkahwianan, peristiwa lainContoh Pelanggaran Peraturan 8 Menerima hadiah dari orang yang ada kepentingan

4. PERATURAN 10 PEMUNYAAN HARTAMinta kebenaran Ketua Jabatan jika hendak memperoleh harta yang tidak sejajar dengan tatakelakuan laporan harta :i. Pada tarikh dilantikii. Pada masa dikehendaki kerajaaniii. Memperolehi harta baruiv. Pelupusan hartaContoh Pelanggaran Peraturan 10 Tidak melaporkan pembelian rumah, kereta dan lain-lain Tidak melaporkan pelupusan kereta, rumah dan lain-lain

5.PERATURAN 19 PERNYATAAN AWAMTidak boleh membuat pernyataan awam kecuali mendapat kebenaran menteri yang berkenaanContoh Pelanggaran Peraturan 19 Ceramah yang memburukkan pentadbiran kerajaan Membuat ulasan/penjelasan mengenai sesuatu peristiwa tanpa kebenaran menteri

6. PERATURAN 21 KEGIATAN POLITIK PEGAWAI KUMPULAN SOKONGANKumpulan sokongan boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa parti politik setelah menndapat kebenaran bertulis daripada :i. GUNA SAMA Ketua Pengarahii. BUKAN GUNA SAMA Ketua SetiausahaCuti Sebelum Bersara : Semua kumpulam Dengan kebenaranContoh Pelanggaran Peraturan 21 Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh bergiat aktif dalam aktiviti politik semasa menghabiskan cuti terkumpul sebelum bersara wajib jika mendapat kelulusan KPPA atau KSU

7. PERATURAN 22 MEMBAWA PERBICARAAN UNDANG-UNDANG BANTUAN GUAMANMESTI MENDAPAT KEBENARAN DARIPADA KETUA SETIAUSAHAContoh Pelanggaran Peraturan 22 Tanpa kebenaran melantik peguam untuk perbicaraan mahkamah dalam kes berkaitan dengan tugas rasmi

PEMATUHAN DAN PENGHAYATAN TATAKELAKUAN INI AKAN :i. Mewujudkan perkhidmatan awam yang Bersih, Cekap, dan Amanahii. Menghalang penyelewenganiii. Menghalang perbuatan rasuahTatakelakuan pegawai awam tidak semata-mata bersifat menghukum tetapi lebih kepada : Preventif Pengajaran Amaran/pengajaran

PERATURAN31