Peraturan pjk

10
Setiap pasukan terdiri daripada 12 pemain, tetapi hanya 9 pemain mengambil bidang untuk pertandingan. Perlawanan A mengandungi dua babak. Babak satu terdiri daripada mengejar dan berlari lilitan 9 minit setiap satu. Kemudian, 1 pasukan duduk atau kneels di tengah- tengah tempat permainan , berturut-turut, dengan ahli-ahli yang bersebelahan yang menghadap arah yang bertentangan. Chasers hanya boleh berjalan dalam satu arah dan tidak boleh merentasi golongan atas tidak seperti dodgers yang boleh dijalankan secara rawak dan di antara golongan atas.

description

pp

Transcript of Peraturan pjk

Setiap pasukan terdiri daripada 12 pemain, tetapi hanya 9 pemain mengambil bidang untuk pertandingan.

Perlawanan A mengandungi dua babak. Babak satu terdiri daripada mengejar dan berlari lilitan 9 minit setiap satu.

Kemudian, 1 pasukan duduk atau kneels di tengah-tengah tempat permainan , berturut-turut, dengan ahli-ahli yang bersebelahan yang menghadap arah yang bertentangan.

Chasers hanya boleh berjalan dalam satu arah dan tidak boleh merentasi golongan atas tidak seperti dodgers yang boleh dijalankan secara rawak dan di antara golongan atas.

Mereka perlu untuk menjalankan pusingan berturut-turut keseluruhan untuk sampai ke bahagian lain.

Pilihan lain adalah untuk meluluskan kerja mengejar untuk pengasuh lain yang belakang menghadapi pengejar sebagai pengejar berjalan.

Dalam pilihan ini, pengejar menyentuh pengasuh dia mahu, biasanya berdekatan dengan sasaran dan menjerit "Kho" untuk menandakan pertukaran pengawal.

Objektifnya adalah untuk menakrifkan semua lawan dalam masa sesingkat mungkin.

Pasukan yang mengambil masa yang singkat untuk menakrifkan semua lawan dalam bidang, menang.

Peraturan Peraturan Secara Terperinci

Bagi permainan kho-kho, setiap kumpulan boleh mempunyai 12 pemain.Namun, hanya 9 daripadanya akan bermain bagi satu perlawanan. Terdapat 2 giliran dalam permainan kho-kho ini. Setiap giliran diperuntukkan selama 7 minit untuk acara lari dan kejar. Bagi kumpulan pengejar (chaser), 8 pemain akan berada di tengah setiap 8 kotak yang terdapat di padang permainan. Setiap 8 peserta ini akan duduk dalam kedudukan yang bertentangan secara berselang-selang. Manakala, pemain yang kesembilan akan bertindak sebagai pengejar.

Sasaran bagi setiap pengejar ialah menyentuh pemain lawan dengan menggunakan tapak tangan. Pemain lawan akan tersingkir apabila pengejar menyentuhnya dengan tapak tangan tanpa melakukan "foul", pemain lawan telah melebihi had garisan dengan sendirinya ataupun lambat sampai ke had garisan. Pengejar boleh menukar giliran mengejar dengan menyentuh ahli pasukannya yang lain sambil berkata "Kho Kho". Pemain yang disentuh kemudiannya akan menjadi pengejar dan begitulah seterusnya. Bagi setiap 2 giliran terdapat 5 minit masa rehat diberikan. Bagi permainan 'Kho-Kho' ini, keluasan petak padang yang diperlukan ialah 27mX15m.

RefleksiSaya Thiuya a/p Gunasekaran, guru pelatih institut pendidikan guru kampus Tun Hussein Onn membuat kerja kursus pendek Pendidikan Jasmani dan pelbagai kebaikan yang saya perolehi sepanjang saya membuat kerja kursus ini.Begitu juga dengan aral yang melintang ketika saya membuat kerja kursus ini. Akhirnya, saya bersyukur kepada tuhan kerana kerja kursus ini dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan dengan jayanya.Antara kelebihan yang saya perolehi ialah saya menjadi lebih berdisiplin dan berdikari sehingga saya terpaksa berjaga malam untuk semata-mata untuk menyiapkan kerja kursus ini. Saya telah dapat mengetahui secara lanjut tentang apa itu pergerakan asas dan cara mengenal pasti pergerakan asas tersebut melalui permainan tradisional yang dipilih oleh kumpulan kami. Selain itu, saya juga belajar untuk mengenal pasti gaya hidup yang sihat melalui permainan tradisional yang dipilih oleh kumpulan kami iaitu kho kho. Dalam pelaksanaan tugasan ini saya telah belajar tentang cara bagaimana permainan tersebut dimainkan.Bukan itu sahaja, malah saya juga berpeluang untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan permainan Kho - Kho. Sebagai seorang bakal guru, saya dapat menerangkan sejarah nama permainan tersebut semasa saya memperkenalkan permainan ini kepada murid murid saya, peralatan yang diperlukan untuk permainan ini, peraturan peraturan semasa bermain permainan ini, cara cara permainan ini dimainkan supaya pelajar dapat gambaran yang sebenar tentang permainan ini. Ini kerana, apabila pelajar sudah faham dengan cara bermain permainan ini mereka dapat bermain permainan ini dengan seronok dan gembira. Saya juga telah dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh bagi meningkatkan tahap kecergasan keseluruhan pelajar pelajar saya kerana segala dorongan dan sokongan yang diberi oleh pensyarah saya membantu saya dalam melaksanakan permainan tradisional ini dengan berkesan. Sebelum melaksanakan kerja kursus ini, saya tidak tahu apa itu pergerakan asas dan bagaimana untuk melakukannya. Apabila saya sendiri menjadi mencari maklumat berkaitannya dan mengaplikasikannya , saya mendapat gambaran sebenar tentang keseluruhan konsep itu. Di samping itu, saya telah mendapat satu pengalaman yang baru melalui pelaksanaan kerja kursus ini. Dengan pengalaman yang berguna ini, saya bakal mengajar anak anak murid saya permainan permainan kecil yang lebih menyeronokan . Selain itu, saya juga berkeyakinan bahawa pada masa depan pendedahan kepada permainan permainan tradisional ini akan berkesan untuk pelajar pelajar sekolah.Saya juga mendapat keyakinan bahawa saya akan menjadi guru yang berpengetahuan luas dalam bidang pendidikan jasmani dan melahirkan pelajar yang cergas dari segi tubuh badan dan cerdas dengan berpengetahuan mengenai permainan permainan tradisional. Seterusnya saya berazam dan bertekad untuk memahamkan anak murid saya tentang permainan permainan tradisional kerana jika mereka seolah-olah hanya bermain mengikut cara mereka dan tidak mendapat input yang tepat tentang permainan tersebut , ini tidak bermaksud saya sebagai seorang guru yang berjaya. Saya akan cuba mempraktikkan permainan tradisional Kho Kho ini kepada murid-murid secara terperinci dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya permainan permainan tradisional ini tidak pupus begitu sahaja dan menghidupkan semula permainan permainan ini supaya generasi akan datang dapat mengenali dan bermainnya.Sepanjang menyiapkan folio ini saya juga terpaksa berjumpa dengan pensyarah untuk mendapatkan penerangan lanjut untuk membuat penambahbaikan dalam kerja kursus saya. Saya juga berbincang dengan ahli kumpulan saya untuk mendapat maklumat lanjut tentang cara-cara untuk mengenal pasti strategi yang baik dan berkesan supaya senang untuk melaksanakan permainan ini nanti. Kami telah mengagihkan aktiviti-aktiviti kami supaya kerja kursus ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah saya Encik Suhaimi Bin Sahat dan juga rakan seperjuangan saya yang memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini. Teguran dan tunjuk ajar mereka akan saya jadikan panduan pada masa hadapan. Semoga kerja kursus ini menerima komen yang baik dan membantu saya dalam usaha menjadi bakal guru yang memiliki pengetahuan yang luas dalam bidang pendidikan jasmani.