Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

4
Prepared by Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab Email: [email protected] Perbezaan diantara Minyak gear gred GL-4 dan GL-5 Oleh Richard Widman Diterjemah oleh Ir Mohamad Surif Abdul Wahab Email [email protected] Terdapat banyak kekeliruan mengenai minyak gear dan pengelasan API. Adalah perkara biasa ataupun menjadi lumrah untuk kesemua minyak-minyak GL-5 menyatakan ia mengatasi keperluan minyak gear yang memerlukan spesifikasi API GL-4. Ini merupakan satu hujah yang benar. Persoalanya adakah ia dapat memenuhi dan memuaskan transmisi sinkromes atau sinkronais? Jawapannya Tidak! Ia memenuhi spesifikasi minyak gear tetapi bukan spesifikasi minyak transmisi. Kategori minyak gear GL-4 dan GL-5 tidak menyebut ataupun lansung tiada kaitan dengan sinkronizer transmisi. Sejarah Minyak gear suatu ketika dahulu mengandungi bahan tambahan seperti plumbum yang mana ia begitu berkesan didalam mengurangkan kehausan, walaubagaimanapun ia tidak baik untuk alam sekitar. Oleh yang demikian, pada masa yang lalu pelbagai usaha dilakukan untuk mngantikan bahan ini dan bahan tambahan posporus telah digunakan sebagai bahan tambahan gantian untuk minyak gear (diamana ia sendiri merupakan bahan tambahan yang anti kehausan) dengan kandungan bahan sulfur yang aktif yang mampu melekat pada gear dan menghasilkan satu lapisan yang kukuh yang akan lupus pada jangka masa tertentu digunakan, dan ia berupaya dan baik untuk melindungi permukaan gear. Pada awalnya didapati bahawa bahan aktif sulfur ini menyebabkan kakisan pada tembaga dan lain-lain logam lembut yang digunakan didalam diferensia dan transmisi. Walaubagaimanapun sejak 20 tahun lepad bahan tidak aktif ataupun buffer sulfur dibangunkan dan ia mampu untuk bertindakbalas dengan posporus untuk menghasilkan lapisan perlindungan didalam keadaan yang dihasilkan didalam kotak gear (suhu dan tekanan) tanpa mengakis komponen seperti bahan logam tembaga, kumprum dan lain-lain. Dan sistem bahan tambahan inilah yang digunakan hampir pada kebanyakan minyak gear hari ini. Walaubagaimanapun masalah wujud apabila kita cuba atau guna produk yang sama ini didalam transmisi yang kita guna didalam diferentsia. Ramai oranga telah menghubungi syarikat-syarikat minyak dan telah diberitahu oleh bahagian teknikalnya dan menjawap soalan mereka dengan mengatakan bahawa minya mereka mengandungi bahan tidak aktif sulfur dan oleh itu ia tidak mengakis pada logam ”kuning”, dan oleh yang demikian minyak API GL-5 boleh digunakan dengan komponen-komponen dari tembaga. Sementara jawapannya adalah kesemuanya benar, tetapi ia masih tidak menjawap: Bolehkan kita menggunakan GL-5 didalam transmisi sinkromes? Mari kita lihat kadar spesifikasi API GL-5. Ia memberikan kadar perlindungan Kadar Tekanan Melampau ataupun EP. Semakin tinggi pelindungan kadar Tekanan Melampau semakin tinggi kategori GL. Didalam pertengahan tahun 60an, GM telah membangunkan roda paduan hadapan iaitu Oldsmobile Toronado yang mempunyai diferensia dengan sentuhan sudut yang sangat tinggi bagi transmisi kuasas ke roda jadi kategori yang tinggi telah dibangunkan (yang kemudiannya dikenali sebagai GL-6) untuk menawarkan perlindungan seperti yang diperlukan. Tahap perlindungan ini masih lagi boleh digunakan, tetapi tidak lagi boleh diuji kerana bahan ujian Toronado yang digunakan untuk ujian telah tiada lagi. (Nota: Pada 1966 dan 1867 Toronado mempunyai gear-gear matahari diantara aci gear belakang dan

Transcript of Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

Page 1: Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

Prepared by Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab Email: [email protected]

Perbezaan diantara Minyak gear gred GL-4 dan GL-5 Oleh Richard Widman Diterjemah oleh Ir Mohamad Surif Abdul Wahab Email [email protected]

Terdapat banyak kekeliruan mengenai minyak gear dan pengelasan API. Adalah perkara biasa ataupun menjadi lumrah untuk kesemua minyak-minyak GL-5 menyatakan ia mengatasi keperluan minyak gear yang memerlukan spesifikasi API GL-4. Ini merupakan satu hujah yang benar. Persoalanya adakah ia dapat memenuhi dan memuaskan transmisi sinkromes atau sinkronais? Jawapannya Tidak! Ia memenuhi spesifikasi minyak gear tetapi bukan spesifikasi minyak transmisi. Kategori minyak gear GL-4 dan GL-5 tidak menyebut ataupun lansung tiada kaitan dengan sinkronizer transmisi. Sejarah Minyak gear suatu ketika dahulu mengandungi bahan tambahan seperti plumbum yang mana ia begitu berkesan didalam mengurangkan kehausan, walaubagaimanapun ia tidak baik untuk alam sekitar. Oleh yang demikian, pada masa yang lalu pelbagai usaha dilakukan untuk mngantikan bahan ini dan bahan tambahan posporus telah digunakan sebagai bahan tambahan gantian untuk minyak gear (diamana ia sendiri merupakan bahan tambahan yang anti kehausan) dengan kandungan bahan sulfur yang aktif yang mampu melekat pada gear dan menghasilkan satu lapisan yang kukuh yang akan lupus pada jangka masa tertentu digunakan, dan ia berupaya dan baik untuk melindungi permukaan gear. Pada awalnya didapati bahawa bahan aktif sulfur ini menyebabkan kakisan pada tembaga dan lain-lain logam lembut yang digunakan didalam diferensia dan transmisi. Walaubagaimanapun sejak 20 tahun lepad bahan tidak aktif ataupun buffer sulfur dibangunkan dan ia mampu untuk bertindakbalas dengan posporus untuk menghasilkan lapisan perlindungan didalam keadaan yang dihasilkan didalam kotak gear (suhu dan tekanan) tanpa mengakis komponen seperti bahan logam tembaga, kumprum dan lain-lain. Dan sistem bahan tambahan inilah yang digunakan hampir pada kebanyakan minyak gear hari ini. Walaubagaimanapun masalah wujud apabila kita cuba atau guna produk yang sama ini didalam transmisi yang kita guna didalam diferentsia. Ramai oranga telah menghubungi syarikat-syarikat minyak dan telah diberitahu oleh bahagian teknikalnya dan menjawap soalan mereka dengan mengatakan bahawa minya mereka mengandungi bahan tidak aktif sulfur dan oleh itu ia tidak mengakis pada logam ”kuning”, dan oleh yang demikian minyak API GL-5 boleh digunakan dengan komponen-komponen dari tembaga. Sementara jawapannya adalah kesemuanya benar, tetapi ia masih tidak menjawap: Bolehkan kita menggunakan GL-5 didalam transmisi sinkromes? Mari kita lihat kadar spesifikasi API GL-5. Ia memberikan kadar perlindungan Kadar Tekanan Melampau ataupun EP. Semakin tinggi pelindungan kadar Tekanan Melampau semakin tinggi kategori GL. Didalam pertengahan tahun 60an, GM telah membangunkan roda paduan hadapan iaitu Oldsmobile Toronado yang mempunyai diferensia dengan sentuhan sudut yang sangat tinggi bagi transmisi kuasas ke roda jadi kategori yang tinggi telah dibangunkan (yang kemudiannya dikenali sebagai GL-6) untuk menawarkan perlindungan seperti yang diperlukan. Tahap perlindungan ini masih lagi boleh digunakan, tetapi tidak lagi boleh diuji kerana bahan ujian Toronado yang digunakan untuk ujian telah tiada lagi. (Nota: Pada 1966 dan 1867 Toronado mempunyai gear-gear matahari diantara aci gear belakang dan

Page 2: Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

Prepared by Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab Email: [email protected]

bukan gear spider atau yang mempunyai ofset yang sangat tinggi, dimana mengalami suhu yang sangat tinggi dari behagian letak enjin dan tekanan yang sangat tinggi). Oleh yang demikian kita sering melihat bahawa API GL-6 ini disenaraikan sebagai ”lupus”. Ujiannya telah ”lupus”, bukannya kenderaannya atau keperluannya. Banyak lain-lain kereta yang berprestasi tinggi masih meneruskan untuk spesifikasi tahap prestasi EP ini. Didalam operasian biasa, bahan tambahan sulfur/posporus membentuk satu lapisan ”korban’ bewarna hitam pada gear-gear dan mana-mana bahagian yang bersentuhan dengans edikit tekanan dan suhu. Apabila gear bergerak, dari berlakunya kehausan, lapisan ”korban” bahan tambahan dikupas keluar ataupun haus. Ini adalah biasa dan diterima didlam semua besi gear. Tetapi sekiranya salah satu atau lebih dari permukaannya adalah tembaga ataupun lain-lain logam lembut, lapisan ”korban” ini adalah lebih kuat dari bahan logam asas, dan dari berlakunya kupasan palisan tadi, ia telah mengakis keluar beberapa mikron tembaga yang melekat padanya. Minyak gear GL-4 yang biasa bagi mana-mana kelikatan yang diberikan mempunyai separuh tahap bahan tambahan sulfur dan posporus seperti yang ada didalam produk GL-5, jadi ikatannya tidaklah kuat dan oleh yang demikian ia boleh dikupil keluar tanpa mengupas lapisan tembanga (atau kurang tembaga). Ini bermaksud produk GL-4 memberikan perlindungan tekanan lampau sedikit kurang, jadi didalam diferensia kereta yang berkuasa tinggi, ia merupakan produk yang tidak ideal didalam diferensia. Untuk memahami ini kita perlulah sedar bahawa faktanya diferensia merupakan dimana dayakilas terakhir dikenakan pada roda didalam kebanyakan penggunaan). Tetapi didalam transmisi, kita perlu mempertimbangkan dua faktor;-

• Fakta menjelaskan bahawa diferensia menggunakan daya kilas terakhir, dan biasanya kita tidak memerlukan perlidungan Tekanan Lampau sepenuhnya didalam transmisi dimana dayakilas yang kurang dikenakan (30%).

• Kita perlu untuk memisahkan perlindungan Tekanan Lampau ini (EP) untuk menghentikan putaran gear yang cukup lama yang boleh mesh atau sinkronais ia.

GL-3 Perlu diketahui bahawa spesifikasi API GL-3 sering dikatakan sebagai lupus kerana ia mempunyai perlindungan yang kurang berbanding GL-4, banyak pembuat transmisi hari ini memberikan spesifikasi API GL-3 (diantaranya Chrysler dan Mitsubishi). Terdapat pelbagai rumusan minyak gear API GL-3 dipasaran, dimana sebahagiannya mengandungi bahan tambahan sulfur/posporus dan sebahaginnya dengan zink/posporus. Hampir semua minyak enjin dikelaskan sebagai perlindungan gear kelas API GL-3 dan GL-4. Minyak Transmisi Sinkromes Syarikat-syarikat besar seperti General Motors, Honda dan lain-lain delah membangunkan minyak yang mengabungkan ciri-ciri alihan yang terbaik dengan komponen-komponen transmisinya bagi mengurangkan kehausan. Produk ini secara amnya boleh dikelaskan sebagai minyak GL-4 sekiranya ia mahu, tetapi apabila dianalisa komponen-komponennya ia adalah sama dengan minyak enjin disel 5W-30 dengan sedikit bahan tambahan pengubah

Page 3: Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

Prepared by Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab Email: [email protected]

geseran yang ditambah didalamnya. Walaubagaimanapun ia adalah sangat nipis bagi sesetengah transmisi seperti transmisi model Conrvair. Transaxle Jadi apa yang kita letak didalam transaxkle dimana transmisi dan diferensia digabungkan bersama menjadi satu unit? Ini adalah satu soalan yang baik, dan jawapannya bergantung rekabentuk dan kawasan permukaan pada gear. Sekiranya permukaan sentuhan pada gear adalah cukup besar untuk membawa berat dan dayakilas yang diplerukan, kita akan kurang bergantung kepada minyak dan bahan tambahan didalamnya. Sekiranya kawasan permukaan adalah kecil atau kompak, kita perlu bergantung lebih kepada keupayaan bahan tambahan untuk mengawal pelinciran sempadanan. Sekiranya kita mempunyai tranasaxle, kita perlu bergantung kepada pembuat apakah produk yang betul yang perlu digunakan. Apabila kita mempunyai transaxle kita juga perlu ingat samaada bahagian diferensianya menggunakan teknologi Lincir Terhad (Limited Slip) yang merupakan satu mekanisma menghadkan linciran roda didalam lumpur ataupun salji. Ini memerlukan bahan tambahan yang membenarkan cekam untuk memegang pergerakan roda bersama-sama pada halaju tertentu diferensia. Bahan tambahan ini boleh didapati didalam mana-mana minyak. Kebanyakan minyak mempunyai sejumlah sikit bahan ini. Ia cukup untuk sesetengah diferensia asalkan ia tidak dikeluarkan. Sesetengah sistem memerlukan bahan tambahan lebih dari yang lain. Sekiranya roda dalaman klik atau cuba untuk mengunci ketita bergerak, kita memerlukan bahan tambahan yang lebih. Seringkali minyak yang mempunyai sedikit bahan tambahan ini memberikan tahap memuaskan ataupun ”isian servis” atau ”tambahan minyak”. Bagaimana ada memberitahu samada kenderaan anda mempunyai diferensia lincir terhad (LSD)? Ia adalah sangat mudah: angkat kedua-dua roda paduan dan pusingkan salah satu darinya dengan tangan (dimana keadaan transmisi adalah neutral), sekiranya salah roda yang satu lagi berpusing dalam arah yang sama , maka ia mempunyai diferensia lincir terhad. Sekiranya ia berpusing pada arah yang berlawanan maka anda tidak mempunyai diferensia lincir terhad. Anada juga akan menjupai pelbagai komen dan juga forum di internet yang mengatakan bahawa GL-4 bermaksud LSD. Ini adalah sama sekali tidak betul. Sila periksa pada sesawang API yang mana ia dapat menjelaskan perkara ini dengan lebih tepat. Kombinasi Enjin/Transaxle Terdapat kereta dimana takungan minyak yang sama digunakan untuk pelinciran enjin, transmisi dan diferensia. Dengan rekabentuk ini, anggota transmisi dan diferensia digunakan untuk GL-4 (ataupun mungkin satu masa API GL-3). Walaubagaimanapun kebanyakannya enjin yang digunakan adalah mempunyai enjin kuasakuda yang rendah, dan dimana kuasakuda yang tinggi (versi) turbo digunakan, minyak sintetik biasanya disyorkan. Satu perhatian yang sering tidak dinyatakan didalam manual: Minyak gred multi yang digunakan perlulah dari Kumpulan II atau lebih baik, atau perlu mengelakan dari melanjutkan tempoh tukar minyak dari apa yang disyorkan. Semakin kurang kualiti minyak gred multi menjadikan

Page 4: Perbezaan Diantara Minyak Gear Gred GL4 Dan GL5

Prepared by Ir. Mohamad Surif Abdul Wahab Email: [email protected]

ia lebih mudah polimernya diricihkan didalam gear, seperti sesetengah minyak kotor hitam dan pekat berlaku. Kebanyakan minyak enjin boleh digunakan untuk API GL-4 (atau sekurang-kurangnya GL-3) untuk perlindungan EP. Ini sesuai sekiranya dayakilas pada gear didalam tindakan halaju linciran yang rendah dan tidak melebihi apa yang diliputi oleh API GL-4, ia tidak mempunyai apa-apa faedah untuk bahan tambahan sulfur dan posporus, tetapi ia adalah untuk sinkronizer. Didalam kes dimana tempat simpanan tunggal untuk transsaxle dan motor, terdapat faedah tambahan untuk menuras minyak secara berterusan. Risikonya dalah, sekiranya berlaku kehadiran bahan petrol didalam minyak, ia akan menipiskan perlindungan filem hidrodinamik didalam gear. Sekiranya ia bergerak dengan kandungan campurannya yang tinggi, tambahan hablur hitam (serpihan karbon) akan menghaus permukaan gear begitu juga aci engkol. Kelikatan Pertama sekali pelu diketahui bahawa carta kelikatan minyak enjin SAE (J300) adalah berbeza dari carta kelikatan minyak gear SAE (J306). Minyak motor SAE 40 mempunyai kelikatan yang hampir sama seperti satu daripada minyak gear SAE 90, dan sementara SAE 50 minyak enjin adalah sama dengan kelikatan minyak gear SAE 90 yang lebih pekat. Kelikatan tiada kena mengena dengan pengelasan Minyak Gear API (GL-4, GL-5 dan lain-lain). Sesetengah buku panduan pengguna memberi spesifikasi bendalir transmisi automatik (ATF), , lain-lain adalah SAE 75W-80 (hampir sama kelikatan dengan ATF), dan lain-lain 75W-90 atau 80W-90. Sesetengah memberi spesifikasi SAE minyak enjin 50 atau SAE 50 minyak transmisi CAT. Kelikatan minyak perlu dipilih mengikut apa yang disyorkan oleh pembuat bagi suhu dimana ia dipandu.

• Sekiranya ia terlalu tebal (likat) ia tidak dapat diubah dengan cukup cepat dari singkronizer dan ini akan mengakibatkan haba meningkat dan menyukarkan alihan.

• Sekiranya ia terlalu nipis ia tidak dapat memberikan pelinciran hidrodinamik yang diperlukan diantara gear-gear dan didalam galas ataupun alur.

Bahan tambahan yang belebihan akan mengurangkan kehausan pada gear, jarum galas, dan aci didalam sesetengah keadaan, tetapi akan menghaus singkronizer. Rujukan: 1. Richard Widman, The difference between GL-4 and GL-5 Gear Oils.