Pergerakan Asas

10
1.0 TAJUK Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi Alatan. 2.0 PENGENALAN Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan Kemahiran Memanipulasikan Alatan. Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun dan pusing-putar. 2.1 Lokomotor Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Transcript of Pergerakan Asas

Page 1: Pergerakan Asas

1.0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi

Alatan.

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama

iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan

Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada

tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan

Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke

tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat

dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun

dan pusing-putar.

2.1 Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor

Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu

lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-

1. Berjalan

2. Berlari

3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )

4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )

5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki

berselang seli )

Page 2: Pergerakan Asas

Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :

1. Skip

2. Galop

3. Melongsor

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau

setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti

buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa

menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-

1. Meregang

2. Memusing

3. Membongkok

4. Menghayun

5. Menolak

6. Menarik

7. Mengilas

8. Bangkit

9. Rebah

10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan

merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,

pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di

atas :-

1. Merangkak = membongkok + berjalan

2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih

langkah berjalan atau berlari

3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong

Page 3: Pergerakan Asas

4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid

sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi

murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal

dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.

Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola

besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa

manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-

i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,

memukul, mengumpan dan merejam

ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut

iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid

sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih

bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-

kemahiran asas sukan.

Page 4: Pergerakan Asas

3.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan bimbingan

dan tunjuk ajar daripada pensyarah berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas.

Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam aktiviti ini adalah kesesuaian

pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung,

semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan dapat diperbaiki

dan dijadikan sebagai pemangkin dan panduan untuk melakukan yang lebih baik

pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, aktiviti pergerakan asas yang

dilakukan ini dapat membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan

cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga para pelajar akan mendapat

kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang

sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka Selain itu, kertas kerja ini

bertujuan untuk menyediakan satu rancangan pengajaran dalam melakukan

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan secara

betul dan selamat.

Page 5: Pergerakan Asas

4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-

1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas.

2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan

yang sedia ada.

3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para

pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.

4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi

melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan.

5. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam

melakukan suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan

seterusnya memperkembang aplikasi kemahiran tersebut.

6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam diri

pelajar.

7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat.

8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian

dengan berkesan.

9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam

melakukan pelbagai jenis pergerakan.

5.0 TARIKH

27 April 2009

6.0 TEMPAT

Dewan Seri Temenggong, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

Page 6: Pergerakan Asas

7.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Tahap Dua ( Tahun Lima )

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu

dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza

untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan

lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini

turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin dilakukan

oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk

mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

Page 7: Pergerakan Asas

10.0 RUMUSAN

Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari

dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain

daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan

kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara

tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta

menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur,

berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing.

Disediakan oleh,

(Sivanesan Balasubramaniam)

Disahkan Oleh,

(Pn Rasidah Binti Shuib)