Pergerakan Asas

6
October 15, 2008 [PERGERAKAN ASAS-LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR] Pergerakan asas adalah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalahdan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan ini dapat dibahagikan kepada dua kategori: a) Pergerakan kreatif b) Gimnastik Kedua-dua kategori ini menekankan aspek-aspek seperti: a) Ritma asas b) Ritma kreatif c) Lagu pergerakan d) Permainan e) Kemahiran gimnastik Antara contoh-contoh pergerakan asas adalah berjalan, berlari, melompat, berpusing, eregang dan sebagainya. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pola pergerakan yang sekata. Secara analitikalnya, dasar menyokong pelaku SABARIAH TAMRING | SMPSN1108

description

PERGERAKAN ASAS DALAM PJ

Transcript of Pergerakan Asas

pergerakan asas-lokomotor & bukan lokomotor

October 15, 2008[pergerakan asas-lokomotor & bukan lokomotor]

Pergerakan asas adalah proses yang memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalahdan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Pergerakan ini dapat dibahagikan kepada dua kategori:a) Pergerakan kreatifb) GimnastikKedua-dua kategori ini menekankan aspek-aspek seperti:a) Ritma asasb) Ritma kreatifc) Lagu pergerakand) Permainane) Kemahiran gimnastikAntara contoh-contoh pergerakan asas adalah berjalan, berlari, melompat, berpusing, eregang dan sebagainya.Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang memerlukan seseorang untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan pola pergerakan yang sekata. Secara analitikalnya, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut perubahan. Contoh pergerakan lokomotor adalah berjalan, berlari, melompat, galop, meluncur dan banyak lagi.Pergerakan bukan lokomotor pula berbeza daripada lokomotor di mana pergerakan ini statik dan lebih mementingkan keseimbangan. Pergerakan ini lebih mementingkan kemahiran yang boleh dilakukan tanpa menggerakkan dasar menyokong seseorang. Contoh pergerakan bukan lokomotor adalah membongkok, meregang, memulas, berpusing, menghayun dan sebagainya.Manipulasi alatan pula bermaksud menggunakan alatan dan mengaplikasikan pergerakan bersama alatan.Secara kesimpulannya, setiap manusia perlu mengetahui dan menguasai setiap pergerakan asas. Ia mempunyai beberapa tujuan yang penting yang memerlukan seseorang untuk bergerak dengan baik dan seterusnya dapat menjalankan hidup dengan baik.

Murid-murid dapat membezakan dan mengenal pasti pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor serta dapat memanipulasi alatan.

Berupaya mengenalpasti pergerakan lokomotor dan pergerakan bukan lokomotor. Berupaya melakukan kedua-dua pergerakan dengan betul dan selamat. Dapat menggunakan alatan di dalam pergerakan yang dilakukan. Mencungkil kekreatifan para murid-murid. Menambahkan kesedaran murid-murid terhadap peri pentingnya belajar pergerakan asas.

15-17 Oktober 2008

9.30 pagi- 4.00 petang

Gimnasium IPTAR

Tahap 2 (Umur 10-12 tahun)

Kerusi Spring (1) Kerusi Panjang (1) Tilam (2)

Gelung tangan Reben Bola getah Belantan

Berdasarkan daripada aktiviti yang tekah dirancang, murid-murid dapat melatih kecergasan badan disamping dapat mempelajari tentang pergerakan yang melibatkan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti yang telah dirancanag ini memerlukan tenaga seluruh badan ynag mana menggunakan tenaga dari tubuh badan untuk melakukan aktiviti tersebut.Ternyata, ilmu dan maklumat yang diperolehi berguna untuk dalam kehidupan seharian kita. Oleh itu, setipa pergerakan yang dipelajari hendaklah dipraktikkan supaya ilmu itu terus kekal dalam ingatan pelajar masing-masing.

SABARIAH TAMRING |SMPSN1108