perkahwinan kaum murut.docx
Transcript of perkahwinan kaum murut.docx
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
1/10
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
2/10
Aktiviti 1:Kajian
Adat resam upacara perkahwinan kaum Murut
Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam suasana yang penuh
harmoni. Upacara perkahwinan selalu mendapat perhatian penuh dari semua golongan di
Malaysia. Di sebalik keramaian yang penuh warna warni, upacara ini melambangkan perpaduan
kaum yang mempunyai latarbelakang budaya dan adat resam yang berbeza. Kaum Murut
merupakan salah satu etnik yang terdapat di Sabah. Mereka merupakan suku kaum yang terbesar
di Sabah dan mempunyai istiadat perkahwinan yang unik di mana amalan tradisional masih
dikekalkan sehingga ke hari ini. Istiadat perkahwinan kaum Murut mempunyai keunikan yang
tersendiri tetapi proses perlaksanaanya agak kompleks dan rumit. Tujuan utama sesebuah
perkahwinan adalah bagi memastikan sesebuah kaum atau bangsa itu berkembang dan situasi ini
sama dengan kaum Murut Tagal yang mana perkahwinan antara suku Tagal digalakkan bagi
memastikan jalinan kekeluargaan antara suku menjadi lebih erat dan menggembangkan suku
kaum Murut Tagal. Pengekalan identiti kaum Murut sebagai salah satu suku kaum yang ada di
Sabah, menjadikan amalan perkahwinan kaum Murut yang sekian lama wujud masih diteruskan
dan diamalkan oleh generasi suku kaum ini.
Perkataan Murut di Sabah merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng
bukit atau tanah tinggi. Manakala mengikut Porllard,istilah Murut berasal dari akar kata purut
iaitu berian atau hantaran mas kahwin. Kaum Murut merupakan suku kaum tertua di Sabah
yang berasal dari Annam Indo-China dan kepulauan Filipina. Secara tidak langsung mereka
mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang yang mana
mereka menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara
Kalimantan dan Sarawak dan Brunei. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di
Sabah. Situasi ini dapat dilihat apabila kaum Murut terbahagi kepada beberapa suku seperti
Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan,dan Murut
Serundung. Manakala kawasan penempatan kaum Murut ini meliputi kawasan Tenom,
Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Di samping itu juga, kaum Murut mempunyai bahasa
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sabahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kalimantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tenomhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kemabong&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pensianganhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keningauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keningauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pensianganhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kemabong&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tenomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sarawakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kalimantanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sabah -
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
3/10
tersendiri yang berbeza antara suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh dan
ia disebabkan oleh faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Cara kehidupan penduduk kaum Murut pula, kebanyakan mereka tinggal di dalamrumah
panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan di sepanjang
sungai dan hidup harmoni dalam sebuah keluarga besar yang menempatkan 10 hingga 20
keluarga. Manakala sumber ekonomi mereka secara keseluruhannya melibatkan hasil pertanian
dan tidak dinafikan kebanyakan mereka bekerja petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan
sungai. Selain daripada itu juga sumber ekonomi mereka juga bergantung kepada aktiviti
pemungutan hasil hutan seperti damar, rotan dan madu lebah. Walau bagaimanapun pada masa
kini, seiring dengan proses kemodenan dan arus pembangunan negara, kaum Murut juga tidak
ketinggalan dengan arus kepesatan pembangunan dalam sektor ekonomi dan pendidikan. Situasi
ini dapat dilihat dengan penglibatan kaum Murut dalam perkhidmatan sektor swasta dan awam
terutamanya dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan. Dari segi kepercayaan,
terdapat di antara mereka menganut agama Islam dan sebahagian besar lagi menganut agama
Kristian.
Namun demikian, kaum Murut masih mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh
nenek moyang mereka sebagai adat turun menurun yang meliputi nilai estetika yang tinggi dalam
kehidupan . Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat
upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal
adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan
berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tinauh atau Bului dan
barian sampai mati masih diamalkan hingga kini. Adat tinauh adalah adat yang paling
tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tinauh adalah
adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada
pengantin perempuan. Adat Tinauh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas
perkahwinan mereka atau telah sudah beranak pinak. Adat ini boleh juga dilakukan semasa
perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki.
Semasa membuat adat tinauh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat Tinauh
tidak mengira sama ada barian yang diberi semasa perkahwinan dulu sudah mencukupi atau
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lun_Bawanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rumah_panjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Lun_Bawang -
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
4/10
tidak, ibubapa perempuan tetap juga mengadakan Tinauh. Sesetengah ibubapa beranggapan
tidak sempurna perkahwinan anak gadisnya jika adat Tinauh tidak diadakan selepas beberapa
tahun anak perempuan mereka tinggal bersama dengan suami. Manakala adat barian sampai
mati juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam
perkahwinan.Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi
pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku
kepada kaum Murut.
Secara umumnya sistem perkahwinan Murut Tagal adalah unik dan tersendiri tetapi
prosesnya agak kompleks dan rumit. Perkahwinan antara suku Tagal adalah digalakkan untuk
membina jalinan keluarga yang besar dan mengembangkan suku Tagal. Mereka tidak
menggalakkan perkahwinan dengan bangsa lain atau orang luar (vokun atau oko). Anak-anak
digalakkan berkahwin dengan bangsa sendiri (pahaka). Ini membolehkan purut atau berian
berada dalam lingkungan suku Tagal. Dalam perkahwinan orang Murut, usia juga memainkan
peranan yang penting di mana seawal umur 15 hingga 18 tahun bagi si teruna (pengantin lelaki)
dan 13 tahun bagi si gadis (pengantin perempuan). Dalam proses perkahwinan kaum Murut, ia
dimulakan dengan istiadat merisik dan bertunang,di mana ia diamalkan bagi memastikan
kelangsungan perkahwinan dijalankan secara tersusun dan mengikuti adat resam kaum Murut.
Permulaan tertib perkahwinan kaum Murut dimulakan dengan melakukan adat merisik. Semasa
hari merisik atau pamalaan, pihak lelaki akan menghantar rombongan ke rumah pihak
perempuan untuk memastikan perempuan yang dihajati oleh seseorang lelaki itu masih belum
berpunya. Adat merisik ini amat penting dalam perkahwinan kaum Murut bagi memastikan
keharmonian dan mengelakkan perselisihan faham di antara suku kaum Murut. Setelah selesai
adat merisik dilaksanakan, pihak lelaki akan ke rumah pihak perempuan untuk kali kedua bagi
melaksanakan adat pertunangan. Dalam adat pertunangan atau lebih dikenali sebagai antamong,
rombongan kaum lelaki Murut akan ke rumah pihak perempuan dengan menghantar angundan
atau angkaunan iaitu jurucakap. Angundan atau angkaunanyang terdiri daripada lapan orang
iaitu empat lelaki dan empat perempuan akan membawa bungkusan dan tapai untuk
membincangkan hal perkahwinan. Peranan angundan adalah untuk memastikan berian yang
dipersetujui dihantar mematuhi ketetapan berian seperti yang telah dipersetujui. Dalam proses
pertunangan,perundingan akan berlangsung atau dikenali sebagai (angator ra papandai) dan
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
5/10
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
6/10
Adat istiadat majlis perkahwinan orang Murut lazimnya akan dijalankan dengan meriah
dan penuh adat istiadat. Kelazimannya upacara perkahwinan dilangsungkan selama lima hari
berturut-turut. Tiga hari yang pertama dijalankan di rumah pengantin perempuan manakala hari
selebihnya dilangsungkan di rumah pengantin lelaki. Pengantin perempuan akan memakai
pakaian asli gadis Murut dan berhias cantik pada hari tersebut. Sekumpulan gadis yang dikenali
sebagai tambuloi dipertanggungjawabkan untuk menghias pengantin perempuan. Setelah
bersiap, pengantin perempuan duduk di dalam sebuah bilik khas yang ditabiri beberapa helai
kain dari jenis yang mahal. Seterusnya, ibu bapa pengantin lelaki akan masuk untuk membawa
menantu mereka keluar. Tetapi sebelum itu, mereka perlu membayar harga kain yang menabiri
pintu bilik tersebut dengan nilai yang telah dibuat dengan ibu bapa pengantin perempuan dahulu.
Setelah selesai, pengantin perempuan dibawa keluar dan dipersilakan menjamah seberapa
banyak tapai yang disukainya. Kemudian pengantin perempuan dibawa keluar dan rumahnya
untuk dibawa ke rumah pengantin lelaki. Ketika itu pukulan 'egal'iaitu pukulan gong besar dan
gong kecil akan didendangkan. Pukulan istimewa ini dipalu untuk memberi semangat selamat
jalan kepada pengantin perempuan dan pada masa inilah berlaku tangis-tangisan di pihak
pengantin perempuan kerana sedih dengan perpisahan itu. Di samping itu juga, suku kaum Murut
akan berpesta bagi meraikan sesebuah perkahwinan dengan disertakan cara adat seperti
apasawang. Dalam pesta ini jamuan kepada tetamu disediakan di mana tetamu dihidangkan
dengan tapai, tamba pait (jeruk i kan), tamba ulak (jeruk daging)dan pesta ini akan berlarutan
sehingga larut malam atau ke pagi. Upacara minum tapai adalah wajib dan pertandingan
meminum tuak secara persahabatan juga diadakan, di mana mereka akan bergilir-gilir menyedut
tapai menggunakan buluh kecil sambil diiringi dengan tarian lansarandan acara berbalas pantun
atau lebih dikenali sebagai ahilalangkut.
Dalam masyarakat Murut, amalan ritual juga diamalkan semasa istiadat perkahwinan
dilaksanakan. Situasi ini,menurut kepercayaan dapat membantu mereka dari ditimpa perkara
malang dan malapetaka. Kebiasaan amalan ini akan dilaksanakan oleh Angundan iaitu orang
yang telah diamahkan sebagai wakil pengantin. Antara amalan ritual yang dilaksanakan adalah
Pengir aan ti buku, upacara Upan-Upan Baawang, upacara sinapapar dan animpuun. Bagi
amalan ritual pengiraan tibuku iaitu amalan ritual bagi menetapkan tarikh dan masa bagi
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
7/10
upacara tinauh. Dalam ritual ini, Angundan akan menentukan tarikh yang sesuai dengan
menggunakan rotan, dan ia tarikh tersebut dibuat melalui simpulan yang dibuat pada rotan
tersebut sehinggalah tarikh yang dingini menjelang tiba apabila simpulan terakhir pada rotan
tersebut. Dalam masyarakat kaum Murut tarikh juga memainkan peranan penting bagi
memastikan pasangan penggantin kekal dalam perkahwinan yang dibina kerana proses
perkahwinan kaum Murut memerlukan kos perbelanjaan yang banyak. Setelah itu upacara
Upan-Upan Baawang dilakukan, upacara ini ialah upacara pertemuan antara rombongan
pengantin. Kedua-dua pihak akan bersepakat untuk bertemu di suatu kawasan pertengahan
perjalanan ke rumah pengantin perempuan sebelum rombongan pihak lelaki (tambului) tiba di
tempat persandingan. Upacara ini diamalkan bagi memastikan kedua-dua pasangan diarak dan di
bawa bagi mendapat restu dari semua pihak. Manakala upacara sinapaparpula diadakan bagi
bertujuan untuk menolak bala semasa acara tinauh dilangsungkan. Dalam upacara ini, seorang
pawang akan memainkan peranan dalam melancarkan amalan ritual ini. Mengikut amalan tradisi
ritual ini, pawang tersebut akan memulakan ritual dengan menggunakan dua ruas buluh yang
telah dipotong halus. Kemudiannya ia diisikan ke dalam bekas air yang bercampur darah
binatang dan kemudiannya ia dijampi mengikut istiadat perkahwinan kaum murut. Setelah jampi
dibaca oleh pawang tersebut, bekas yang berisi dua ruas buluh dan darah binatang kemudiannya
diletakkan di bawah sasangjang iaitu pentas khas yang dibina. Pada peringkat terakhir, setelah
ritual ini selesai diadakan, rombongan tambului(pihak lelaki) akan dipersilakan naik ke atas
pentas tersebut dengan membawa semua barang-barang yang dibawa sebagai berian seperti
gong, tajau, kain batik, manik-manik (kotus) dan diikuti upacara ritual terakhir iaitu animpuun.
Dalam ritual animpuun ini, kedua-dua pihak akan berbalas pantun ketika berada di langsaran.
Langsara merupakan satu tempat yang disediakan semasa upacara perkahwinan diadakan di
mana ia merupakan sebuah lantai yang dibina dan diperbuat dengan menggunakan buluh dan
kayu-kayu yang disusun secara menindih antara satu sama lain manakala tujuan pantun diadakan
adalah untuk mengeratkan lagi hubungan antara pihak tambului dan amahun.
Di samping itu juga, dalam masyarakat Murut, tarian juga merupakan sebahagian amalan
ritual yang sering diamalkan. Tarian yang sering ditarikan ialah Tari an Mansayau yang mana
tarian ritual ditarikan dan dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan, hari-hari kelepasan am
suku kaum Murut seperti hari Pesta Menuai Padi. Tarian ini akan diiringi dengan pukulan
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
8/10
sembilan biji gong, sebuah gendang dan satu set bakakung atau kulintangan. Alat-alat yang
terdapat dalam tarian ini akan dipalu mengikut rentak-rentak tertentu dan yang lazim dimainkan
ialah pukulan bernama magadang.Melalui tarian ini, ragam-ragam tarian yang ditarikan tidak
terhad kepada satu bentuk sahaja dan boleh ditarikan oleh sepasang penari (lelaki dan wanita).
Bagi konteks pakaian pula, penari lelaki aka memakai pakian yang dipanggil bangkaddan abag
sementara pakaian wanita pula dipanggil linambongan dan pinangkit. Manakala tarian kedua
yang sering ditarikan ialah Tarian Lansarandi mana ia merupakan tarian yang amat terkenal
dalam suku kaum Murut. Tarian ini sering dilakukan semasa acara perkahwinan dilangsuangkan.
Kebiasaannya, tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi.
Lokasi lantai khas terletak di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu
bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".
Dalam tarian ini terdapat sekumpulan penari lelaki dan perempuan. Kaum perempuan akan
memakai pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni. Bagi
kaum lelaki mereka akan memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit
kayu bercampur kain berwarna. Dalam tarian ini, penari akan membuat satu bulatan sambil
melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di
bahagian bawah lantai lansaran. Selain itu, penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai
"kinkilat" yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah. Pengakhiran tarian
Lansaran ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka.
Pada masa dahulu, tarian ini diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah
mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
Penggunaan pakaian tradisional kaum Murut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu
zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa
upacara-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula,
pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan yang tertentu seperti di hari
perkahwinan serta untuk acara-acara kebudayaan. Selain daripada itu, kadangkala juga pakaian
tradisional boleh dipakai pengapit pengantin. Sehubungan itu, kebanyakan suku kaum di Sabah
memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya
daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan
yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada juga
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
9/10
sesetengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara
hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu. Semasa upacara perkahwinan wanita kaum Murut
akan menggayakan pakaian pinongkoloiaitu sejenis pakaian di mana ia terdiri daripada baju dan
gaun yang panjang. Pakaian ini diperbuat dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari manik-
manik berwarna-warni. Di samping itu juga wanita Murut akan dipakaikan dengan perhiasan diri
juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan kepala salupai. Di samping itu juga
terdapat beberapa pakaian kaum wanita yang lain di mana ia sering dipakai semasa upacara
perkahwinan di antaranya ialah pipir ot, salupai, sin ikot, rarangkol dan holong. Manakala, bagi
kaum lelaki pula, pakaiannya lebih kepada kulit kayu. Pakaian tradisional kaum Murut bagi
lelaki ialah dikenali dengan pakaian puputul yang diperbuat daripada kulit kayu. Babaru
puputuldipotong mengikut kepanjangan fesyen jaket. Aba puputulpula, cawat sepanjang dua
meter diperbuat daripada isi kayu yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Tupi
sinulatanialah perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit kayu.
Dalam perkahwinan Murut, makanan juga memainkan peranan penting bagi memupuk
kerharmonian kedua-dua keluarga pihak pengantin. Kebiasaannya juadah dihidangkan bagi
meraikan sesebuah upacara perkahwinan dan memohon masyarakat setempat mendokan
kebahagian pasangan pengantin tersebut. Antara makanan yang dihidangkan semasa upacara
perkahwinan diadakan ialah nasi daripada beras padi buki t yang dimasak dan dibungkus
menggunakan daun ikek. Makanan ini merupakan hidangan utama dalam upacara perkahwinan
dan ia disertakan dengan hidangan lain seperti ikan peli an masak stim, gul ai ayam dan ubi
kentang bersama cendawan, gulai daging, ikan pekasam, khinzir pekasam, khinzir masak
dalam buluh, ikan masak dalam buluh, umbut masak dalam buluh, pisang dan tembikai serta
air tapai. Semasa upacara perkahwinan dijalankan juadah ini turut dijadikan sebagai hantaran
balasan daripada pihak perempuan kepada pihak lelaki. Pada kebiasaannya makanan yang
dijadikan hantaran terdiri dari tiopo sinalitan r a punti (beras hancur campuur pisang), kasaou
(ubi manis), malau (keledek), kelupis (pulut campur kacang), kuih pisak dan kasila masak
bambu(ubi kayu rebus dalam buluh). Manakala bilangan hantaran kebiasaanya terdiri daripada
dua bekas bagi setiap makanan bagi melambangkan pasangan suami dan isteri.
-
8/14/2019 perkahwinan kaum murut.docx
10/10
Secara keseluruhannya upacara perkahwinan kaum Murut di Sabah amat unik dan
merupakan salah satu budaya yang berharga dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia ini.
Upacara tinauh yang wujud dalam adat resam masyarakat Murut juga merupakan adat yang unik
dan penuh dengan makna-makna yang tersirat di sebalik upacara ritual dan tradisional. Dengan
adanya pelbagai kepercayaan dan adat resam ini, secara tidak langsung ia akan mewarnai corak
kehidupan sesebuah budaya masyarakat dan ia akan berkembang dalam suasana yang harmoni.
Amalan adat resam kaum Murut ini sememangnya boleh menjadi penghubung antara kaum di
negara ini terutamanya dengan suku kaum yang ada di Sabah. Ia dapat dilihat melalui
menglibatan kaum-kaum lain dalam meraikan sesuatu upacara yang diadakan di samping
mewujudkan sikap tolong-menolong dalam menjayakan sesuatu upacara. Situasi ini menjadi
lebih kukuh lagi, apabila amalan tolenransi yang wujud dalam masyarakat Malaysia dalam
mengamalkan kepercayaan dan adat resam masing-masing. Penglibatan pelbagai lapisan
masyarakat kaum Murut dalam upacara perkahwinan menunjukkan adat resam ini merupakan
salah satu alat penyatuan kaum Murut. Walaupun adat resam ini hampir dilupai oleh golongan
muda, tetapi ia tetap diamalkan kerana cirri-ciri tradisional yang ada di dalam adat resam ini
mempunyai semangat muafakat, kerjasama dan hormat-menghormati di kalangan masyarakat
yang terlibat.