PERKARA 20 (karangan)

7
PERKARA 20 Perkara 1: Agama Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara (Sabah & Sarawak). Perkara 2: Bahasa Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa. Perkara 3: Perlembagaan Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan

description

hhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Transcript of PERKARA 20 (karangan)

Page 1: PERKARA 20 (karangan)

PERKARA 20

Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara (Sabah & Sarawak).  

Perkara 2: Bahasa

 Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan

Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh

tahun selepas Hari Malaysia

Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara

untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had

masa.

Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk

membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia

seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan

sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan

yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di

dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk

Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sewajarnya amat diperlukan.

Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tidak

layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.

Page 2: PERKARA 20 (karangan)

Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan "Melayu Raya".

Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia

seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi

kemasukan ke Borneo Utara (Sabah & Sarawak) sepatutnya juga

memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan

kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara (Sabah & Sarawak) jika

ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab

keselamatan sahaja. Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya

mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali

mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-

tempat lain Malaysia di Borneo Utara (Sabah & Sarawak).

Perkara 7: Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak

ada.

Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan

awam negeri Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya diwujudkan

secepat mungkin.

Page 3: PERKARA 20 (karangan)

Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish

untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam

sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang

berkelayakan.

Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam

Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan

penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai

penetapan selama 5 tahun

Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II)

sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10

tahun"

Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan

dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo

Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara

persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung

pembangunan, dan cukai sendiri.

Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya

menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa

Page 4: PERKARA 20 (karangan)

Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak

semestinya digunapakai oleh Borneo Utara (Sabah & Sarawak)

Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis

Perundangan. Borneo Utara (Sabah & Sarawak) seharusnya mempunyai

suatu sistem kementerian yang sesuai.

Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti

diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) mengikut

perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.

Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara (Sabah & Sarawak) yang wujud sekarang

harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan

kerajaan negeri.

Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan

oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan

khas kepada Borneo Utara (Sabah & Sarawak) tanpa persetujuan

kerajaan Borneo Utara (Sabah & Sarawak) . Kuasa ini adalah hak mutlak

penduduk negeri ini.

Page 5: PERKARA 20 (karangan)

Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo

Utara (Sabah & Sarawak)  tetapi juga kepada keluasan dan

keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang

dari jumlah perwakilan dari Singapura.

Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang Di Pertua Negara.

Perkara 19: Nama Negeri

Sabah atau Sarawak

Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah

Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara (Sabah & Sarawak).

Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus

melibatkan Borneo Utara (sabah & Sarawak).