KPP1033 - Psikologi Pendidikan Kuliah 2 : Perkembangan Fizikal, Sosial dan Emosi
Perkembangan fizikal
-
Upload
ong-shi-qi -
Category
Documents
-
view
63 -
download
3
description
Transcript of Perkembangan fizikal
1.1 Perkembangan fizikal
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar
pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi oanggota-anggota badan dan
perawakan manusia (Woolfolk &Margetts, 2007). Kanak-kanak akan mengalami
perubahan dalam berat badan, ketinggian, dan menjadi lebih kuat serta dapat
melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks semasa pembesaran.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
secara langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal
menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu secara langsung.
Sebagai contoh, kanak-kanak menentukan kebolehan mereka melalui
keupayaan mereka bersaing dengan rakan –rakan dalam sukan atau permainan.
Mereka mungkin akan disisih daripada rakan mereka jika mereka tidak dapat
bersaing. Secara tidak langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi
keyakinan kanak-kanak terhadap diri sendiri dan orang lain. Kanak-kanak yang
disisih daripada rakan sebaya atau kumpulan mereka mungkin mempengaruhi
perkembangan personalitinya.
1.1.1 Teori Kematangan Anold Gessel
Menurut Gesell, perkembangan berlaku dalam diri seorang manusia
mengikut masa-masa yang tertentu. Mengikut Gesell, sehingga otot, urat, otak
dan tulang tidak bersedia, segala peluang yang diberikan kepada seorang
individu tidak akan menghasil apa-apa keputusan yang positif. Ini bermaksud
peluang yang diberi kepada pelajar untuk berlajar sesuatu kemahiran tidak
mencapai matlamat sekiranya kekuatan otot, tulang, mental, emosi dan fizikal
tidak mencapai kematangan, yang sesuai. Gessel berpendapat perlakuan kanak-
kanak boleh diramal tingkah laku individu berkembang mengikut pola dan urutan
yang terkawal. Dia menekankan kanak-kanak harus berkembang mengikut
kadar perkembangan sendiri dan membahagikan perkembangan kanak-kanak
kepada lima peringkat.
Menurut teori Gessel, kanak-kanak sejak lahir hingga ke umur empat
mengalami perkembangan yag lancar. Tangisan mereka dapat dibeza mengikut
kehendak yang berlainan semasa berumur satu bulan. Kanak-kanak yang
berumur satu tahun sudah dapat berdiri dengan berpaut pada objek sebagai
sokongan sehingga dua tahun, barulah mereka dapat berjalan sendiri. Semasa
berumur tahun lima hingga enam merupakan masa transisi. Mereka perlu
bersekolah, mengenali rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan. Manakala semasa berumur tahun tujuh hingga
sepuluh adalah masa penyatuan dan penyesuaian iaitu kanak-kanak perlu
menyesuaikan diri dengan alam persekolahannya. Semasa berumur lima hingga
enam tahun,kanak-kanak mengalami transisi atau peralihan iaitu peralihan dari
zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Mereka akan mengadapi konflik yang
berhubung dengan akil baligh dan keremajaan. Pada peringkat umur lima belas
hingga enam belas adalah masa untuk penyatuan. Mereka dapat menyesuaikan
diri dan bersedia untuk menghadapi alam dewasa.
1.1.2 Teori Perkembangan Robert
Menurut Havighurst, setiap individu perlulah mencapai tugas-tugas
perkembangan pada setiap tahap yang tertentu. Jikalau tidak, individu tersebut
akan mengalami masalah pada tahap perkembagan yang seterusnya.
Contohnya, berjalan, berlari atau melompat, merupakan tugas-tugas yang patut
dialami oleh setiap individu pada tahap tertentu.
R. Havighurst dalam bukunya Human Development and Education (1953)
menyenaraikan tugas-tugas perkembangan kanak-kanak. Antaranya, terdapat
tiga peringkat iaitu peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun),
pertengahan kanak-kanak (6 hingga 12 tahun), dan awal remaja dan remaja (12
hingga 18 tahun).
Bagi peringkat lahir hingga awal kanak-kanak, secara perlahan-lahan,
bayi akan mula belajar untuk makan makanan pepejal, bercakap, berjalan, dan
sebagainya. Pada peringkar awal kanak-kanak, mereka akan berupaya untuk
berkomunikasi dengan guru dan juga dapat membezakan apa yang betul dan
salah. Selain itu, mereka juga belajar untuk bertolak ansur, bertimbang rasa dan
sedia menerima pandangan prang lain pada akhir peringkat ini.
Pada peringkat pertengahan kanak-kanak, mereka mula membentuk
kemahiran sosial untuk berkawan dengan rakan sebaya dan memperoleh
kemahiran 3M (membaca, mengira dan menulis). Dalam proses perkembangan
ini, kanak-kanak akan belajar untuk berdikari serta dapat menguasai nilai-nilai
moral dan kemahiran hidup yang sedia ada. Pada akhir peringkat ini, mereka
juga belajar untuk membezakan peranan lelaki dan perempuan.
Peringkat yang terakhir iaitu peringkat awal remaja dan remaja, mereka
menjadi lebih matang dan mula bergaul dengan rakan sebaya yang berlainan
jantina. Pada peringkat ini juga, mereka dapat mengawal emosi mereka tanpa
berpengaruh dengan emosi ibu bapa dan orang dewasa. Selain itu, mereka juga
bersedia untuk menceburi dalam bidang pekerjaan mula ada persediaan tentang
apa yang mereka hendak pada masa depan. Oleh itu, mereka akan berusaha
untuk mencapai kesempurnaan diri dalam kehidupan.
1.3 Perkembangan Sosio Emosi
Perkembangan sosio emosi kanak-kanak perlu diberi perhatian sama rata
dengan perkembanngan kognitif dan bahasa kerana perkembangan ini
mempengaruhi motivasi dan pembelajaran mereka di sekolah. Komponen
Perkembangan Sosioemosi memberi fokus kepada penguasaan kemahiran
emosi yang matang. Perkembangan emosi dan sosial yang sihat penting dalam
kehidupan seseorang kanak-kanak kerana ia menjadi asas kepada pembelajaran
dan perkembangan murid dan seterusnya mempengaruhi kejayaan dalam
pembelajaran mereka. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2007).
Emosi boleh didefinisi sebagai satu perasaan afektif yang dialami oleh
seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada
dirinya.(Perkembangan kanak-kanak untuk Progaram Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun).
Perkembangan emosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan
menguruskan emosi sendiri, diikuti dengan pencapaian emosi yang positif.
Kebolehan menguruskan emosi membantu membina keyakinan diri, semangat
berdikari dan sikap positif terhadap pembelajaran. Keupayaan mengurus emosi
diri sendiri membolehkan murid memahami emosi, keperluan dan menghormati
pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial dalam masyarakat
berbilang kaum yang mesra dan harmoni. (Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,
2007)
1.3.1 Teori perkembangan Psikologi Erik Erikson
Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial
Erikson kerana dia telah mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi
perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Menurut Erikson,
personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan
psikologi ini.
Teori Erikson berdasarkan lima prinsip iaitu pertama manusia mempunyai
keperluan asas yang sama. Kedua, perkembangan individu bergantung kepada
tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Ketiga, perkembangan
manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. Keempat, setiap tahap mempunyai
konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan
jayanya pada tahap yang berikutnya. Kelima, kegagalan mengatasi konflik pada
suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
Erikson telah memperkenalkan lapan peringkat perkembangan psikologi
dalam teori ini. Setiap peringkat saling berkaitan antara satu sama lain. Erikson
mencadangkab setiap individu perlu berhadapan dengan krisis perkembangan di
dalam setiap peringkat kerana pada setiap peringkat mempunyai matlamat
untuk dicapai.
Jadual 1: Teori perkembangan Kanak-kanak
Peringkat Anggaran Umur Ciri-ciriKepercayaan
lawan
ketidakpercayaa
n
Lahir -18 bulan Bayi menjalinkan hubungan kasih sayang
dan kepercayaan dengan pengasuh
Automi lawan
malu
18 bulan-3 tahun Perkembangan kanak-kanak pada tahap
ini tertumpu kepada perkembangan
fizikal. Kanak-kanak boleh belajar
mengawal tetapi mungkin membentuk
perasaan malu dan keraguan sekiranya
tidak diuruskan dengan baik.
Inisiatif lawan
perasaan
bersalah
3 tahun -6 tahun Kanak-kanak menjadi lebih mendesak
dan berinisiatif tetapi kemunginan
keterlaluan hingga menimbulkan
perasaan bersalah.
Ketekunan lawan 6 tahun-12 tahun Kanak-kanak mesti menghadapi
rasa rendah diri pembelajaran kemahiran baru atau
menghadapi risiko perasaan rendah diri.
Identiti lawan
kekeliruan identiti
12 tahun-18
tahun
Remaja mesti mencari identiti sendiri
dalam pekerjaan, peranan jantina, politik
dan agama.
Kerapatan lawan
pengasingan
18 tahun- 35
tahun
Dewasa membina hubungan rapat atau
merasa terasing.
Generativiti
lawan
pemusatan
kendiri.
35 tahun-60
tahun
Setiap dewasa mencari jalan untuk
memuaskan hati dan menyokong
generasi akan datang.
Kesepaduan
lawan putus asa
60 tahun-akhir
hayat
Kemuncak ialah perasaan diterima oleh
masyarakat dan perasaan kepuasan
(Sumber: Woolfolk, A.2001:65)
Erikson menegaskan terdapat konflik dalam diri manusia mengikut tahap
umur dan terbahagi kepada lapan tahap di bawah Teori perkembangan
Psikososial .
Tahap pertama ialah asas kepercayaan lawan asas ketidakpercayaan
(dari lahir hingga 1 tahun). Dalam tahap ini, bayi mestilah menjalinkan hubungan
baik dengan pengasuh untuk membina asas kepercayaan dengan persekitaran.
Sekiranya seseorang bayi mendapat jagaan yang sempurna oleh pengasuhnya,
maka asas kepercayaan akan ditimbul dalam sanubarinya. Sebaliknya, jika
penjagaan yang sempurna tidak diberi seperti penyusuan tidak dijaga, lampin
tidak bertukar atau tidak dibelai apabila diperlu, bayi tersebut akan lahirlah
perasaan tidak percaya kepada orang lain yang akan membawa kepada
ketakutan dan berprasangka.
Tahap kedua ialah autonomi lawan malu (1 tahun hingga 3 tahun). Pada
tahap ini, perkembangan kanak-kanak tertumpu kepada perkembangan fizikal.
Kanak-kanak cuba untuk melakukan aktiviti fiziakl tanpa bantuan seperti
memakai pakaian dan kasut, mandi, makan dan minum sendiri. Mereka mula
membina keyakinan dan ingin melakukan sesuatu secara bebas. Rasa percaya
kepada keupaya diri akan timbul jika mereka berjaya dan menerima sokongan.
Sebaliknya, mereka mula ragu-ragu terhadap keupaya diri jika mereka gagal.
Tahap ketiga ialah inisiatif lawan perasaan bersalah (4 hingga 5 tahun).
Kanak-kanak pada tahap ini akan lebih berdikari untuk menerokai persekitaran
dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka suka bertanya dan
memerlukan penjelasan daripada orang dewasa. Orang dewasa perlulah
memberi sokongan dan peluang untuk menggalakan inisiatif di dalam diri kanak-
kanak. Sebaliknya, kanak-kanak akan menimbulkan rasa bersalah sekiranya
tidak diberi peluang atau dihukum.
Tahap keempat ialah ketekunan lawan rasa rendah diri (6 tahun hingga 12
tahun). Kanak-kanak pada tahap ini mesti menghadapi pembelajaran kemahiran
baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.
Kemahiran yang diperolehi oleh kanak-kanak dari alam persekolahan. Mereka
akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan terhadap akademik dan hubungan
sosial dengan individu di persekitaran mereka sekiranya mereka gagal dalam
peringkat ini.
Tahap kelima ialah identiti lawan kekeliruan identiti (12 tahun hingg 18
tahun). Remaja membina personaliti diri dan mencari identiti diri pekerjaan,
peranan jantina, kemahiran, agama dan bersosial. Menurut Erikson, remaja
berjaya melepasi krisis peringkat ini akan berjaya membina identiti diri.
Manakala, mereka yang gagal akan mengalami kecelaluan identiti, rasa tidak
selamat, serta meragui peranan dan fungsi mereka dalam masyarakat. Mereka
mungkin akan menimbulkan pelbagai masalah di peringkat yang seterusnya.
Tahap keenam ialah keintiman lawan keasingan (18 tahun hingga 35
tahun). Manusia pada peringkat ini akan membentuk hubungan intim melalui
perkahwinan dan membina kehidapan berkeluarga kerana individu pada
peringkat ini sudah berupaya melindungi suami, isteri atau anak. Manakala,
manusia akan berasa terasing dan akan menghidari perhubungan orang lain
sekiranya mereka tidak dapat membentuk keintiman.
Tahap ketujuh ialah generativiti lawan kekakuan (35 tahun hinnga 65
tahun). Setiap individu yang mencapai kejayaan yang mantap dan keluarga yang
bahagia. Individu yang mempunyai keluarga yang bahagia berupaya menjaga
anak-anak dengan baik dan membina hubungan yang mesra dengan
pasangannya. Sebaliknya, mereka yang gagal dalam kejayaan dan membentuk
keintiman akan menjadi lebih mementingkan diri sendiri.
Tahap kelapan ialah kesepaduan lawan putus asa (65 tahun ke atas).
Kemuncak individu di peringkat ini ialah perasaan diterima oleh masyarakat dan
perasaan kepuasan. Seseorang individu telah mengalami pelbagai cabaran dan
pengalaman dalam kehidupannya. Seseorang individu berasa bangga dengan
pencapaian dan kejayaannya sekiranya dia melepasi segala krisis
perkembangan, sebaliknya yang gagal akan membawa kedukaan dan kecewaan
di hari tua.
1.3.3 Perkembangan Moral dan rohani
Mengikut Kamus dewan(1998), rohani boleh diertikan sebagai batin yang
berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Rohani pula merupakan sesuatu yang
berlawan dengan jasmani, iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak
boleh dilihat dengan mata kasar. Manakala Iman Al-Ghazali mentafsirkan rohani
sebagai perkara yang terdiri daripada akal, nafsu, jiwa dan roh.
Di samping itu, perkembangan moral melibatkan perubahan pemikiran,
perasaan dan tingkahlaku terhadap nilai kebenaran atau kesilapan.
Perkembangan moral mempunyai dimensi intrapersonal yang melibatkan
regulasi dalaman seseorang individu dan dimensi interpersonal yang melibatkan
interaksi sosial dengan orang di persekitaran. Pemikiran, tingkahlaku, perasaan
dan personaliti seseorang saling berkait dalam penilaian moral seseorang
individu. ( Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan
Rendah Pengajian Empat Tahun).
1.3.3.1 Teori perkembangan moral Piaget
Menurut Piaget dalam bukunya “The Moral judgement of the child (1923),
dia menyatakan bahawa kesedaran moral anak mengalami perkembangan dari
satu tahap yang lebih tinggi. Pertanyaan yang melatar belakangi Piaget dari dua
sudut iaitu kesedaran akan peraturan dan pelaksanaan dari peraturan itu. Piaget
merumuskan kanak-kanak melalui dua peringkat utama pemikiran moral iaitu
heteronomus dan autonomus.
Peringkat pertama perkembangan moral ialah pada umur empat hingga
tujuh tahun. Pada masa itu, kanak-kanak akan melihat peraturan sebagai
sesuatu yang telah ditetapkan, dipatuhi, dihormati, diikuti dan tidak boleh
berubah. Sebagai contoh, kanak-kanak mengikut peraturan permainan kecil dan
tidak berani berubahnya. Kanak-kanak yang berumur tujuh sehingga sepuluh
mempunyai ciri-ciri peringkat pertama tetapi mula beralih kepada peingkat yang
seterusnya kerana kanak-kanak dalam umur ini megalami peringkat transisi.
Kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke atas akan mengalami peringkat
moral autonomus. Mereka mula memahami bahawa peraturan dan undang -
undang bukanlah sesuatu yang mutlak sebaliknya dicipta oleh manusia. Mereka
mula menilai sesuatu tindakan berdasarkan niat dan baik dan boleh
mempertimbangkan sesuatu perlakuan moral berdasarkan aspek-aspek lain
seperti niat, perasaan, keadilan dan tingkahlaku.
1.3.3.2 Teori Perkembangan Moral Lawrence Kohlberg
Menurut Lawrence Kohlberg, tahapan perkembangan moral adalah
ukuran dari tinggi rendah moral seseorang berdasarkan perkembangan
penalaran moral. Pandangan Kolberg sama dengan Piaget iaitu penaakulan
moral berkait dengan perkembangan konitif seseorang individu walaupun
kadang-kala tahap pemikiran kognitif seseorang tidak menjamin kepada
peningkatan dalam tahap penaakulan moral seseorang. Kolberg telah mengupas
perkembangan moral dengan lebih terperinci di dalam tahap utama. Setiap tahap
mengandungi dua peringkat penaakulan moral.
Jadual 2: Teori Penaakulan moral Kolberg
Tahap 1: Pra-Konvensional Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan
hukuman
Peringkat 2: Orientasi ganjaran Individu
Tahap 2: Konvensional Peringkat 3: Orientasi kanak-kanak baik
(good boy Nice girl orienntation)
Peringkat 4: Orientasi mengekal susunan
sosial
Tahap 3: Pos Konvensional Peringkat 5: Orientasi perjanjjian sosial
Peringkat 6: Orientasi Prinsip etika
universal
Dalam teori Penaakulan moral Kolberg, Pra Konvensional merupakan
tahap yang paling bawah. Penaakulan moral pada tahap ini kebanyakan pada
kanak-kanak dengan perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman yang
akan diterima akibat perlakuan tersebut. Tahap ini terbahagikan kepada dua
peringkat, iaitu peringkat pertama orientasi kepatuhan dan peringkat kedua
hukuman dan orientasi ganjaran individu. Pada peringkat pertama, kanak-kanak
akan mematuhi dan mengikuti peraturan kerana mereka takut hukuman dan
dimarahi oleh guru dan ibu bapa sekiranya mereka melanggar peraturan. Pada
peringkat kedua, keperluan individu akan menentukan tingkah lakunya salah
atau betul. Kanak-kanak melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan dan
ganjaran.
Konvensional merupakan tahap kedua yang terdiri daripada peringlat
ketiga dan peringkat keempat. Kanak-kanak pada tahap ini mula
mengaplikasikan peraturan yang telah ditetapkan. Peringkat ketiga dikenali
sebagai orientasi kanak-kanak baik. Kanak-kanak mengaplikasikan ukuran moral
yang ditetapkan kerana mereka ingin dipandang sebagai “anak yang baik” oleh
ibu bapa dan masyarakat. Peringkat keempat dikenali sebagai orientasi
mengekal susunan sosial. Pada peringkat ini, penaakulan moral adalah
berorientasikan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh
masyarakat.untuk menjaga kesejahteraan komuniti, peraturan dan undang-
undang mestilah dipatuhi oleh individu.
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi ialah Pos Konvensional.
Tahap ini terdiri daripada peringkat lima dan peringkat enam. Individu pada tahap
ini mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri. Peringkat kelima
dikenali orientasi perjanjian sosial. Pada tahap ini, hak individu digunakan untuk
menilai undang-undang. Undang-undang dilihat sebagai sesuatu yang fleksibel
dan alternatif dan hanya dipatuhi sekiranya peraturan dan undang-undang itu
menepati hak individu. Peringkat keenam dikenali sebagai orientasi prinsip etika
universal. Peringkat ini merupakan peringkat yang tertinggi dalam perkembangan
moral ini. Manusia yang mementingkan hak kesamaan kepada semua individu
telah mempunyai kod-kod moral dan etika yang menepati hak-hak individu.