Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

9
SULIT 3755/2 Perdagangan Kertas 2 2012 2 Jam PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH _______________________________________________ PROGRAM LATIH TUBI SET 1 SPM 2012 PERDAGANGAN KERTAS 2 Dua Jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab tiga soalan di Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B. 3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan. 4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian ditunjukkan dalam kurungan. 5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan. 1

description

http://btvperdagangansmkserikota.blogspot.com

Transcript of Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

Page 1: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

SULIT

3755/2PerdaganganKertas 220122 Jam

PEJABAT PELAJARAN DAERAH MELAKA TENGAH_______________________________________________

PROGRAM LATIH TUBI SET 1

SPM 2012

PERDAGANGAN

KERTAS 2

Dua Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab tiga soalan di Bahagian A dan satu soalan di Bahagian B.

3. Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian ditunjukkan dalam kurungan.

5. Penggunaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan dibenarkan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.

1

Page 2: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

Bahagian A

[75 markah]

Jawab tiga soalan sahaja.

1 (a) Gambar berikut menunjukkan satu keperluan manusia yang perlu dipenuhi mengikut Model Hierarki Keperluan Maslow.

(i) Apakah keperluan tersebut? [1 markah]

(ii) Jelaskan keperluan di 1(a)(i). [4 markah]

(b) Gambar berikut menunjukkan satu aktiviti dalam cabang pengeluaran.

(i) Apakah cabang pengeluaran tersebut? [1 markah]

(ii) Terangkan dua jenis cabang pengeluaran di 1(b)(i) [4 markah]

2

Page 3: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

(c) Gambar berikut menunjukkan suatu aktiviti pengeluaran.

Huraikan dua faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti itu. [6 markah]

(d) Nyatakan empat kelemahan sistem barter. [4 markah]

(e) Jelaskan perkaitan antara keperluan dengan perdagangan. [5 markah]

2 (a) Gambar berikut menunjukkan lambang sejenis peruncit besar-besaran.

(i) Terangkan tiga sebab perniagaan runcit tersebut menjadi pilihan pengguna. [6 markah]

(ii) Mengapakah perniagaan runcit tersebut tidak memerlukan pemborong. [4 markah]

(b) Gambar berikut menunujukkan iklan tv di sebuah kedai elektrik.

PLASMA TV THP50XK

TUNAIRM2 500

KREDITDeposit: RM600

Ansuran: RM100 x 24

Hitungkan:(i) Jumlah faedah yang perlu dibayar untuk belian secara kredit. [2 markah]

(ii) Kadar faedah setahun. [3 markah]

3

Page 4: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

(c) Berikan dua perbezaan antara diskaun niaga dengan diskaun tunai. [4 markah]

(d) Terangkan tiga faktor yang mewujudkan perniagaan antarabangsa. [6 markah]

3 (a) Maklumat berikut mengenai Syarikat Perabot Jaya yang mengeluarkan perabot di Bukit Rambai.

Modal : RM1.8 jutaBilangan pekerja : 110 orangJualan tahun 2011 : RM22 juta

(i) Mengapakah Syarikat Perabot Jaya diklasifikasikan sebagai Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ? [4 markah]

(ii) Terangkan sumbangan Industri Kecil dan Sederhana kepada masyarakat. [6 markah]

(b) Situasi berikut menunjukkan perubahan milikan perniagaan.

Kedai Elektrik JalaniNo 25 Bangunan Setia Jaya

73200 Sungai UdangMelaka

Kedai Elektrik RamliNo 19 Jalan Parameswara

75210 Bukit BaruMelaka

Situasi A

Kedai Eletrik Jalani dan RamliNo 5/14 Taman Merdeka

73200 batu BerendamMelaka

Situasi B

Terangkan tiga kelebihan jenis milikan perniagaan dalam situasi B. [6 markah]

(c) Gambar berikut menunjukkan perbualan antara Encik Halim dan Encik Basri.

(i) Terangkan jenis pulangan yang dimaksudkan oleh Encik Halim. [5 markah]

4

Basri, saya baru beli saham Intelek Nasional Berhad. Bagus pilihan awak.

Tentu awak akan dapat banyak pulangan.

Page 5: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

(ii) Berikut adalah dua jenis pelaburan.

Puan Suria membeli 5000 unit saham syarikat berhadPuan Fatimah membeli 5000 unit saham amanah.

Berikan dua perbezaan antara kedua-dua jenis pelaburan tersebut. [4 markah]

4 (a) (i) Encik Rosli ialah seorang chef yang berjaya di Johor Baharu. Beliau selalu ke luar negara untuk mengendalikan bengkel dan kursus. Untuk memudahkan urusan pembayaran di sana, beliau lebih senang menggunakan kad kredit.

Nyatakan kelebihan menggunakan kaedah pembayaran tersebut? [4 markah]

(ii) Terangkan 3 perbezaan cek terbuka dan cek berpalang [6 markah]

(b) Dialog berikut berkaitan dengan perkhidmatan insurans.

Hafiz : Fitri, aku dengar rumah baru kau dah siap.

Fitri : Syukur. Aku bercadang nak insuranskan rumah tu daripada kebakaran. Maklumlah kemalangan tidak dijangka.

Hafiz : Bagus tu. Kebakaran akibat litar pintas pun banyak berlaku sekarang.

Jelaskan faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam menetukan kadar premim insurans kebakaran. [4 markah]

(c) Gambar berikut menunjukkan satu kaedah pengangkutan dalam perniagaan.

(i) Apakah jenis pengangkutan tersebut? [1 markah]

(ii) Terangkan tiga kelebihhan pengangkutan di 4(c)(i) kepada peniaga. [6 markah]

(d) Bagaimanakah gudang berbon berperanan kepada peniaga [4 markah]

5

Page 6: Perkongsian Pintar Perdagangan Kertas 2 (Set 1) - PPD Melaka Tengah

5 (a) Mengapakah semakin ramai pengguna membeli barang mereka melalui jualan terus?[5 markah]

(b) “Internet banyak membantu peniaga”. Jelaskan. [5 markah]

(c) Nyatakankan peranan Persatuan Pengguna. [5 markah]

(d) Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk membantu aktiviti perniagaan.Terangkan bagaimana kerajaan membantu peniaga dalam aktiviti penyelidikan dan pembangunan. [6 markah]

(e) Nyatakan bagaimana Tribunal Tuntutan Pengguna dapat melindungi pengguna. [4 markah]

Bahagian B

[25 markah]

Soalan ini wajib dijawab.

6. Puan Aliah ialah seorang suri rumah yang tinggal di Kampung Seri Alai, Melaka. Pada suatu hari beliau telah didatangi oleh jurujual jualan langsung yang menunjukkan sejenis pil menguruskan badan berjenama Slimpro. Puan Aliah telah lama mengalami masalah berat badan berlebihan dan tersangat ini menguruskan badannya agar kelihatan lebih cantik dan menarik. Oleh yang demikian, Puan Aliah telah membeli sekotak pil berkenaan bersama-sama dengan krim pencuci muka.

Setelah memakan pil tersebut beberapa kali, beliau seringkali demam dan pitam serta hilang selera makan. Pada mulanya beliau menyangka bahawa keadaan itu hanya sementara sahaja. Namun begitu keadaan kesihatannya tidak berubah malah bertambah buruk. Suami Puan Aliah telah membawanya berjumpa doktor. Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan bahawa pil yang beliau makan telah menyebabkan beliau mengalami tekanan darah tinggi dan gangguan pada fungsi buah pinggang. Beliau dinasihatkan agar berhenti memakan pil tersebut.

Puan Aliah telah pergi berjumpa pihak Persatuan Pengguna Melaka dengan membawa pil tersebut untuk membuat aduan. Setelah beberapa bulan, Puan Aliah dimaklumkan bahawa pil itu mengandungi racun yang berbahaya dan tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan. Puan Aliah telah berjumpa dengan agen syarikat jualan langsung berkenaan di Bandar Hilir untuk membuat tuntutan gantirugi tetapi tidak dilayan.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:-

(a) Pada pendapat anda, adakah keinginan Puan Aliah untuk menguruskan menguruskan badan dan kelihatan cantik merupakan satu keperluan ? Berikan alasan anda. [4 markah]

(b) Mengapakah perniagaan secara jualan langsung semakin berkembang? [10 markah]

(c) Apakah hak Puan Aliah sebagai seorang pengguna yang tidak dipenuhi oleh agen berkenaan? [4 markah]

(d) Terangkan peranan Persatuan Pengguna dalam kes di atas ? [7 markah]KERTAS SOALAN TAMAT

6