Permohonan Terjemahan Sijil

1
PERMOHONAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 1. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan perkhidmatan terjemahan keputusan peperiksaan ke dalam Bahasa Inggeris sahaja. 2. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96b yang boleh didapati di Kaunter LP, Aras bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau boleh dimuat turun daripada laman web LP (http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php) dan diisi dengan lengkap. 3. Bagi setiap permohonan terjemahan keputusan peperiksaan, pemohon PERLU menunjukkan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang asal atau salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan. 4. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) bagi setiap terjemahan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter. 5. Permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah melampirkan bersama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan untuk verifikasi. 6. Bayaran proses bagi permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima. 7. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN 1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja. 2. Waktu urusan adalah seperti berikut: Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi 4.30 petang Jumaat : 8.15 pagi 12.00 tengah hari 2.45 petang 4.30 petang Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP 3. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos. 4. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada: LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604PUTRAJAYA (UP: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)

description

Cara Memohon Terjemahan Sijil

Transcript of Permohonan Terjemahan Sijil

Page 1: Permohonan Terjemahan Sijil

PERMOHONAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1. Lembaga Peperiksaan (LP) menyediakan perkhidmatan terjemahan keputusan peperiksaan ke dalam Bahasa Inggeris sahaja.

2. Pemohon hendaklah mengisi borang LP/SIJIL/Pin 1/96b yang boleh didapati di Kaunter LP, Aras bawah, Blok E11, Kompleks E, Putrajaya atau boleh dimuat turun daripada laman web LP (http://apps2.moe.gov.my/lponline/v1/index.php) dan diisi dengan lengkap.

3. Bagi setiap permohonan terjemahan keputusan peperiksaan, pemohon PERLU menunjukkan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang asal atau salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan.

4. Bayaran proses ialah RM10.00 (Ringgit: Sepuluh sahaja) bagi setiap terjemahan keputusan peperiksaan dan boleh dibayar secara tunai jika pemohon berurusan sendiri di kaunter.

5. Permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah melampirkan bersama salinan kad pengenalan pemohon dan salinan Sijil / Pernyataan Keputusan Peperiksaan yang telah disahkan untuk verifikasi.

6. Bayaran proses bagi permohonan terjemahan keputusan peperiksaan melalui pos hendaklah menggunakan Wang Pos (Postal Order), Kiriman Wang Pos (Money Order) atau Draf Bank (Bank draft) atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Cek persendirian tidak diterima.

7. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

MAKLUMAT UMUM KAUNTER PERKHIDMATAN 1. Kaunter urusan dibuka pada setiap hari bekerja.

2. Waktu urusan adalah seperti berikut:

Isnin hingga Khamis : 8.15 pagi – 4.30 petang

Jumaat : 8.15 pagi – 12.00 tengah hari

2.45 petang – 4.30 petang

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum : TUTUP

3. Semua permohonan melalui pos akan diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja tanpa mengira perjalanan pos.

4. Permohonan melalui pos hendaklah dialamatkan kepada:

LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BLOK E 11, KOMPLEKS E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604PUTRAJAYA (UP: UPMPD - UNIT KECIL SIJIL)