PERSEDIAAN AWALasiemodel.net/helpfile/Persediaan Awal.pdf · Contoh MIW - perancangan peringkat...
Transcript of PERSEDIAAN AWALasiemodel.net/helpfile/Persediaan Awal.pdf · Contoh MIW - perancangan peringkat...
1
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM
(CIDS)
SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE
“Perancangan PAK21 yang menepati proses merangkai titik—titik
(Connecting the dots)” - Datuk Dr Amin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia, 2018
MANUAL PENGGUNA VERSI 6.0
PERSEDIAAN AWAL
Bukan sekadar RPH online……
2
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
PENGENALAN UMUM
CIDS bukan sekadar e-RPH tetapi merupakan mekanisme perancangan pedagogi Pengajaran Abad Ke-21 dan masa hadapan di peringkat makro dan mikro secara profesional, sistematik dan praktikal melalui Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE dan program PLC yang diberi pendekatan baharu .
CIDS adalah mesra pengguna, menggalakkan kreativiti guru dalam merancang pengajaran, dan membolehkan guru bebas mengubahsuai item-item dan langkah-langkah pengajaran mengikut keperluan guru dan murid.
Ia juga merupakan “Hub” untuk murid merujuk dan berbincang secara maya bersama rakan, guru dan golongan profesional berkaitan dengan pembelajaran.
Memenuhi keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - PPPM 2013-2025, konsep Sekolah Transformasi - TS25 serta memenuhi kehendak Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia - KPPM dalam konteks ...Connecting the dots…...
Konsep PLC diperluaskan dalam CIDS di mana ia menyediakan ruang dan peluang kepada guru/pentadbir berhubung terus dan berkolaborasi dengan ahli komuniti guru serta ahli komuniti profesional untuk berkongsi maklumat serta mendapat nasihat tentang topik pembelajaran dan kaitannya dengan kebolehpasaran kerja masa hadapan murid ke arah era Revolusi Industri 4.0 – IR4.0 dalam proses menghadapi cabaran pembentukan Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0) pada masa hadapan.
CIDS menjimatkan masa, bebanan kerja dan tenaga guru merancang pengajaran.
Meningkatkan profesionalisme guru dalam bidang mereka bentuk pengajaran berasaskan teori dan prinsip “Reka Bentuk Pengajaran —Instructional Design.”
Sistem ini berpusatkan pelajar serta bersesuaian dengan aspirasi murid
dalam situasi pembelajaran Abad Ke-21 ke arah melahirkan pelajar yang
bersifat berdaya saing di peringkat global serta memenuhi keperluan
pasaran kerja pada masa hadapan.
3
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
MELAYARI LAMAN UTAMA CIDS
Klik https://asiemodel.net/ms untuk ke laman utama
Paparan Laman Utama CIDS dalam Bahasa Melayu
Pengguna boleh mendapat pelbagai informasi tentang CIDS melalui Menu Utama
yang disediakan.
Pengguna juga boleh mendapat informasi yang disenaraikan dalam ruangan
Pautan di bawah
Model Reka Bentuk Pengajaran
Integral ASIE Versi 6.0
4
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
CIDS terbahagi kepada 2 komponen: Model ASIE dan Program PLC
Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE
5
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
Menu Utama Model ASIE
Huraian fungsi setiap komponen Model ASIE
Sub Menu Model ASIE
6
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
PERSIAPAN AWAL
LANGKAH 1: PENDAFTARAN
Pengguna di beri Nama Pengguna (contoh asieguru… - dikuti dengan nombor) dan Kata
Laluan sementara (123456) untuk log masuk dan mendaftar.
Sila guna nama pengguna dan kata laluan masing-masing yang diberikan untuk log masuk ke
laman Model ASIE
Pengguna boleh mengubah kata laluan ketika berdaftar. Penggunna boleh reset semula
kata laluan pada masa akan datang jika terlupa atau sengaja ingin menukarkannya. Sila ikut
arahan yang terdapat pada paparan yang berkaitan.
Melayari laman web CIDS
(i) Log masuk ke laman CIDS – taip https://asiemodel.net/ms
(ii) Pengguna akan dibawa ke laman seperti berikut:
Paparan Laman Utama CIDS dalam Bahasa Melayu
Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE Versi 6.0
7
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
Pengguna boleh mendapat pelbagai informasi tentang CIDS melalui Menu Utama
yang disediakan
Pengguna juga boleh mendapat informasi yang disenaraikan dalam ruangan
Pautan Berkaitan terletak di akhir setiap laman.
LANGKAH 2: LOG IN KE MODEL ASIE
(i) Masukkan Kata Pengguna dan Kata Laluan
pada ruangan yang disediakan di sebelah
kanan laman utama dan klik butang Login.
(ii) Sila ikut arahan untuk proses menukar semula
kata laluan anda.
(iii) Sila guna pelayar Google Chrome untuk
paparan yang terbaik
Untuk login kali pertama anda dibawa ke laman
Profil Saya untuk melengkapkan maklumat diri
anda.
Lengkapkan data maklumat pengguna sebelum menggunakan model ini
untuk merancang pengajaran.
Pilih paparan bahasa
(BM atau English)
untuk mengaplikasi
model.
Masuk gambar
8
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
(i) Lengkapkan ruang kosong yang disediakan dengan berpandukan
bimbingan di sebelah kanan setiap ruang kosong.
(ii) Klik Simpan Fail.
(iii) Maklumat ini boleh disunting semula jika perlu.
(iv) Pengguna akan dibawa ke laman Model ASIE
Jika pengguuna ingin menyunting semula Profil, langkah berikut perlu
dilakukan:
(i) Klik Profil pada menu utama yang terdapat pada model
ASIE
(ii) Klik Sunting - Profil Saya
(iii) Isi atau pilih maklumat pada petak yang disediakan
(iv) Klik Simpan Profil
LANGKAH 3: MEMAHAMI MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL
ASIE
Tool bar
(Menu
Utama)
Model
Komponen
n
Aspek
9
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
(a) Peristilahan
Fungsi menu dan sub menu pada Tool bar
Info
o Manual pengguna – panduan lengkap prosedur
operasi Model ASIE
o Fungsi Butang – menjelas fungsi butang tertentu
o Bantuan pantas – panduan pantas operasi model
ASIE
o Panduan seliaan – panduan seliaan untuk
pentadbir/penilai
o Rujukan – bahan bacaan yang ada kaitan dengan
model ASIE
Profil
o Sunting profil saya – menyunting data pengguna
o Waktu Pengajaran– Menetapkan jumlah RPH
dalam subjek yang berkaitan.
Tetapan (setting)- sebahagiannya dilaksanakan oleh
guru penyelaras dan kaunselor sahaja – membuat
penetapan (mengikut keperluan perancangan sendiri)
pada Pemilihan Bahasa, Cipta Kelas Baharu, Sunting
Kelas, Profil Pembelajaran, Adegan Pembelajaran
(Instructional events).
o Pilih Bahasa – Bahasa yang digunakan pada model
(Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris)
o Cipta Kelas Baharu – Mencipta/memasukkan kelas
dalam sistem
o Sunting Kelas – Menyunting maklumat kelas jika prlu
o Profil pembelajaran – maklumat kandungan pembelajaran
o Adegan Pengajaran – Langkah atau urutan sesi
pembelajaran dan pemudahcaraan.
o Kandungan Subjek – Menyunting maklumat
kandungan subjek (untuk kegunaan penyelaras
sahaja)
Rekod – maklumat persediaan pengajaran
o Cipta Rekod Baharu – memulakan rekod persediaan
mengajar
o Buka Rekod – membuka rekod persediaan mengajar
yang sedia ada
10
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
o Perkongsian Rekod – senarai rekod persediaan mengajar rakan yang
diterima untuk dikongsi bersama, disimpan dan disunting semula.
o Cari Rekod – mengakses rekod persediaan mengajar rakan pengguna yang
lain (fail pdf) dan menyimpannya sebagai rujukan tetapi tidak boleh
menyunting.
o Sunting Nama Rekod – untuk menyunting nama rekod yang dicipta
o Hapus Rekod – untuk menghapus rekod yang dipilih
o Tutup Rekod – untuk menutup rekod (keluar dari sistem)
(b) Komponen model
(i) Perancangan di peringkat Makro (persediaan
mingguan/topik)
a. KOMPONEN ANALYZE (Analisis) – mencatat/memilih
maklumat pada item-item yang terdapat pada aspek
Profil Pembelajaran, Profil Pelajar dan Profil Media
Pengajaran untuk merancang pengajaran.
b. KOMPONEN STRATEGIZE (Menyusun Strategi) –
mencatat/memilih maklumat pada aspek-aspek
berikut:-
i. Mengintegrasi – media pengajaran:
Bagaimana media
pengajaran, elemen
merentasi kurikulum
(EMK) atau item-item
lain yang dipilih
diintegrasikan dalam PdP
ii. Menyesuai – kemahiran:
Memilih kemahiran yang
diperlukan terutamanya
pada aspek Kemahiran
Belajar Abad Ke-21
untuk disesuaikan dalam
PdP serta dengan media
pengajaran yang
dinyatakan (kemahiran
lain boleh ditambah oleh pengguna mengikut keperluan dan
kesesuaian)
11
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
iii. Mengaplikasi – alat:
Alat dirujukan kepada
alat berfikir (pelbagai
alat berfikir dan pada
item KBAR dan KBAT),
kaedah, teknik,
pendekatan, modul
pembelajaran dan
aspek-aspek lain yang
berkaitan (boleh
ditambah oleh pengguna mengikut keperluan dan kesesuaian) untuk
diaplikasikan dalam PdP. Pemilihan ini harus diselaras/
berkaitan/bersesuaian dengan media pengajaran yang dipilih dan
kemahiran yang dikenalpasti seperti di atas.
iv. Menerap – nilai:
Memilih nilai yang
sesuai dengan
kandungan
pengajaran (boleh
ditambah oleh
pengguna mengikut
keperluan dan
kesesuaian).
v. Membentuk – soalan pengajaran:
Dirujukkan kepada pembentukan soalan atau pernyataan utama
yang ringkas
tentang apa yang
harus dikuasai oleh
pelajar daripada
kandungan
pengajaran yang
dipilih untuk
diperkembangkan
dalam aktiviti yang
akan dilaksanakan dalam Rancangan Pembelajaran Harian (RPH) nanti.
Pembentukan ini harus merujuk/selaras/sesuai dengan semua aspek
perancangan di atas terutama pada objektif /kriteria kejayaan yang
ditetapkan serta didasarkan kepada aktiviti yang bercirikan KBAR dan
KBAT.
12
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
(ii) Perancangan di peringkat Mikro (RPH di bilik darjah)
(a) IMPLEMENT (Melaksana)
Mengadaptasikan perancangan yang
dibuat di peringkat makro untuk
diaplikasikan di peringkat mikro (di
bilik darjah) iaitu melalui
pembentukan beberapa Rancangan
Pengajaran Harian (RPH).
(b) EVALUATE (Menilai)
Membuat refleksi /melihat impak
terhadap maklum balas yang diterima
daripada pelajar dalam sesi
pembelajaran, maklum balas daripada
rakan guru melalui program PLC atau
program lain untuk dikaji dan disemak
semula sebagai penambahbaikan
perancangan pengajaran pada masa
hadapan.
Multiple Integration Worksheet (MIW)
(Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai)
MIW merupakan mekanisme pengintegrasian pengumpulan maklumat yang
dirancang melalui setiap komponen dalam model untuk membentuk perancangan di
peringkat makro (umum) dan kemudian membentuk perancangan di peringkat mikro
(RPH – perancangan di bilik darjah). Ia boleh disunting (edit) oleh pengguna dan
dikongsi (share) oleh rakan pengguna, menyimpan (save) dalam bentuk fail pdf dan
boleh dicari dan diakses (search) dan dicetak (print) oleh semua pengguna yang
menggunakan model ini. Ia boleh dijadikan sebagai bahan lesson study dalam
program PLC.
13
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
Contoh MIW - perancangan peringkat makro (mingguan/topikal)
Perancangan peringkat mikro (RPH)
Guru membentuk Rancangan pengajaran harian (RPH) hasil daripada pilihan item
dari MIW. Ia mengandungi 2 bahagian. (i) Maklumat pemilihan item perancangan (ii)
Aktiviti PdPC – yang perlu dicatat oleh guru mengikut kaedah dan kreativiti guru.
Langkah-langkah pengajaran boleh diubahsuai/ditetapkan (customized) secara bebas
mengikut keperluan guru tersebut.
Contoh RPH – Bahagian (i) Pemilihan item dari MIW
14
© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2018
Contoh RPH (Bahagian (ii) - Aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
Terdapat juga ruang untuk refleksi/impak (ulasan guru) dan ulasan dan pengesahan pihak
pentadbir.
Contoh Ruang untuk penulisan refleksi dan ruang untuk ulasan/ pengesahan oleh
pentadbir.
Sila rujuk Manual Pengguna yang berkaitan untuk huraian sepenuh bagi setiap langkah
perancangan.
Ruang catatan refleksi/impak
pembelajaran
Ruang ulasan/pengesahan
pentadbir