BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah...

24
PSZ 19:16 (PIND. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR KERANGKA TERHADAP PRESTASI GO-KART. SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI . (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana /Doktor Falsafah )* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh __________________________________ ___________________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG BATU HAMPAR, 71300 REMBAU, PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). TIDAK TERHAD

Transcript of BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah...

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

PSZ 19:16 (PIND. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL: MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR KERANGKA

TERHADAP PRESTASI GO-KART.

SESI PENGAJIAN: 2005 / 2006 Saya MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI .

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________________ ___________________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

KG BATU HAMPAR,

71300 REMBAU,

PM DR. ABD. HAFIDZ BIN HJ OMAR

NEGERI SEMBILAN. Nama Penyelia

Tarikh: 28 APRIL 2006 Tarikh: 28 APRIL 2006

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Kertas Projek ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

TIDAK TERHAD

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : PM Dr Abd Hafidz Bin Hj. Omar

Tarikh : 28 April 2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

MENGKAJI HUBUNGAN ANTARA STRUKTUR KERANGKA TERHADAP

PRESTASI GO-KART

MOHD AZLI BIN MOHD RAMLI

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2006

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

ii

“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

iii

DEDIKASI

For you my love

I wish I had the gift of making rhymes,

for me thinks there is poetry in my head and heart

since I have been in love with you…

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya, maka

usaha saya menyiapkan laporan kajian ini telah dapat dilaksanakan dalam jangka waktu

yang ditetapkan.

Di kesempatan ini, sukacita saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih khusus kepada penyelia saya Prof. Madya Dr. Hj. Abd. Hafidz B. Hj. Omar

yang sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan, nasihat dan sokongan

moral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan

laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad Anizu Mohd Noor selaku

penasihat akademik saya yang memantau perkembangan pengajian saya selama ini.

Buat Dr.Zainal Abidin Zainuddin, jasa baik tuan tidak saya lupakan.

Buat seisi keluarga, terutama insan teristimewa Andriani Tambeh, mak ayah dan

rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa menghulurkan sokongan dikala susah dan

senang. Jasa kalian akan terus dikenang.

Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah atas kelemahan

saya sendiri. Semoga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan dari-Nya. Terima

kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk eksperimental dan dijalankan untuk

membuktikan bagaimana spesifikasi sesuatu bentuk sesuatu struktur kerangka go-kart

itu mampu mempengaruhi prestasi penggunaan go-kart. Prestasi go-kart adalah diukur

daripada purata masa yang diambil dalam 10 pusingan bagi setiap struktur kerangka

yang berbeza ciri spesifikasinya. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan

Microsoft Excel 2003 dan juga ‘Statistical Packages for Social Sciences’’ versi 11.5

(SPSS 11.5 ). Sampel terdiri daripada tiga jenis go-kart yang berbeza iaitu go-kart jenis

X,Y dan Z. Kajian ini dijalankan dalam 3 sesi ujian bagi setiap struktur yang mewakili

setiap perbezaan ciri spesifikasi. Hasil ujian menunjukkan bahawa perbezaan spesifikasi

struktur kerangka tidak mempengaruhi tahap prestasi sesebuah go-kart.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

vi

ABSTRACT

These experimental studies try to prove that how the different type of go-kart

structure based on structure feature of weight, length from flatten surface and wheelbase

that influent the performance of the go-kart itself. And in these studies, a structure type

X, Y and Z are used in a test. A kart’s performance are measure according to the

accumulate time that taken in 10 round which is using a different type of structure in 3

session. The data will be analyzed with Microsoft Excel 2003 and Statistical Packages

for Social Sciences Version 11.5 (SPSS 11.5). The findings strongly suggest that using

a different type of structure accordingly on structure feature is not influence the go-

kart’s performance.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

viii

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

1.8 Batasan Kajian 8

1.9 Definisi Istilah 9

1.10 Penutup 10

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Kajian-kajian Berkaitan 11

2.3 Kaedah Rekabentuk 13

2.4 Penutup 15

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 16

3.3 Sampel Kajian 17

3.4 Tempat Kajian 17

3.5 Instrumen Kajian 17

3.6 Prosedur Kajian 18

3.7 Pengumpulan Data 19

3.8 Penganalisaan Data 19

3.9 Penutup 20

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

ix

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 21

4.2 Analisis Deskriptif 22

4.3 Analisis Inferensi 31

4.4 Penutup 33

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 34

5.2 Perbincangan 35

5.3 Kesimpulan 36

5.4 Cadangan 37

5.5 Penutup 39

RUJUKAN 40

LAMPIRAN

Lampiran A – D 42 - 48

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Berat 22

4.2 Analisis Ujian Masa Struktur Kerangka Go-Kart

Berdasarkan Perbezaan Berat 23

4.3 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Jarak

Ketinggian Dari Permukaan Rata 25

4.4 Analisis Ujian Masa Struktur Kerangka Go-Kart

Berdasarkan Perbezaan Jarak Ketinggian Dari

Permukaan Rata. 26

4.5 Jenis Go-Kart Berdasarkan Perbezaan Jarak Di antara

Bahagian Hadapan Dengan Gandar Roda Belakang 28

4.6 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan

Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan Dengan

Gandar Roda Belakang. 29

4.7 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan

Perbezaan Berat 31

4.8 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan

Perbezaan Jarak Ketinggian Dari Permukaan Rata. 32

4.9 Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart Berdasarkan

Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan Dengan

Gandar Roda Belakang. 33

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka

Go-kart Berdasarkan Perbezaan Berat 24

4.2 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka

Go-kart Berdasarkan Perbezaan Jarak Ketinggian

Dari Permukaan Rata 27

4.3 Graf Palang Purata Masa Struktur Kerangka Go-Kart

Berdasarkan Perbezaan Jarak Antara Bahagian Hadapan

Dengan Gandar Roda Bahagian Belakang 30

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Jadual Pengelasan Go-Kart Berdasarkan Perbezaan

Ciri-Ciri Spesifikasi 42

B Borang Skor Ujian Masa Mengukur Prestasi

Go-kart Berdasarkan Ciri-Ciri Spesifikasi 43

C Analisis Inferensi Multi Comparisons 44

D Gambar-gambar Berkaitan Kajian 47

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bersukan atau bersenam merupakan satu amalan yang baik untuk diri dan perlu

dijadikan sebagai salah satu daripada aktiviti hidup yang berterusan. Dengan senaman

atau latihan fizikal yang sistematik dan teratur, kecergasan fizikal dapat dikekalkan dan

dipertingkatkan, seterusnya dapat membantu individu untuk mengurangkan tekanan

hidup dalam pengurusan kehidupan seharian. Sikap yang baik mempunyai hubungkait

dengan keperluan untuk memperolehi dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal

berdasarkan program pembangunan pendidikan jasmani yang sistematik.

Menurut Falls (1980), kecergasan untuk kesihatan telah merangkumi aspek-

aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi

seseorang individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan

pergerakan) seperti jantung, kegemukan dan berbagai-bagai penyakit otot dan tulang.

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

2

Corbin dan Linsey (1994) mendefinisikan kecergasan fizikal sebagai keupayaan

keseluruhan organisma manusia berfungsi dengan efisyen dan berkesan. Seseorang

individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi akan mempunyai tenaga yang

penuh untuk melakukan aktiviti harian, serta boleh melakukan kerja dengan berkesan.

Menurut mereka lagi, kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu

kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan motor.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mengembangkan lagi potensi sukan di

negara ini, misalnya, Malaysia telah menghantar sebuah kontingen sukan permotoran

yang dikalangan kanak-kanak berusia di antara 8 hingga 17 tahun ke Parques das

Narques, Lisbon di Portugal baru-baru ini untuk mengambil bahagian dalam acara

Formula Fortune Dunia. Dan mereka berjaya menjadi johan keseluruhan kejohanan

dengan pungutan pingat yang memberangsangkan dan seterusnya mengekalkan gelaran

juara keseluruhan yang telah dimenangi dalam kejohanan yang sama tahun lalu.

Tahniah untuk adik Azri Yahya, Aminur Hafiz dan yang lain-lain.

Selain daripada itu juga, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengambil

inisiatif untuk memajukan sukan negara kita ke peringkat lebih tinggi. Ini berdasarkan

kepada kejayaan Majlis Sukan Negara merangka program-program pembangunan atlit

bagi menghadapi cabaran sukan tanahair dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia.

Hasilnya terbukti, dengan kejayaan yang cemerlang dalam Sukan Sea 2003 yang lepas.

Selain daripada itu, potensi seseorang atlit sebenarnya perlu digilap sejak usia

masih mentah lagi. Fenomena ini masih baru dalam masyarakat kita. Ramai ibu bapa

yang tidak cenderung membenarkan anak-anak mereka terlibat secara aktif dalam

bidang sukan lantaran khuatirkan masa depan anak- anak mereka tidak menentu dan

menjejaskan prestasi pelajaran mereka. Tidak ramai ibubapa yang mempunyai wawasan

untuk memajukan anak- anak mereka dalam bidang sukan. Hanya segelintir sahaja

masyarakat di negara ini yang berfikiran terbuka dalam kegiatan sukan. Sebagai contoh,

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

3

Dato’ Haji Sidek, yang telah menggalakkan anak-anaknya menceburi bidang sukan

khususnya sukan badminton. Begitu juga dengan Shalin Zulkifli dan juga Nicol Ann

David yang memduduki ranking ketiga dunia ketika ini, yang merupakan ratu sukan

negara kita. Mereka ini, maju dalam bidang sukan di awal usia. Justeru itu timbul

persoalan, adakah fenomena ini akan memberikan kepuasan yang sebenar dalam

menikmati kehidupan.

Pendidikan dari segi falsafahnya adalah bertujuan untuk memperkembangkan

potensi individu yang merangkumi aspek fizikal, mental, emosi dan sosial (Sharifah

Alawiyah Al-Sagoff, 1985). Menyedari hakikat ini, maka Kementerian Pendidikan

Malaysia ( KPM ) telah mewajibkan matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( 1994 ) dan juga Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah ( 1989 ). Walaupun terbukti yang nilai-nilai positif dalam bersukan

telah disedari dan diterima umum, kebimbangan masyarakat terhadap gangguan prestasi

akademik masih tetap wujud ( Kantha Kumar, 1985 ).

Oleh yang demikian, maka sesuatu program yang dirancang adalah perlu di

mulakan dari akar umbi. Dan dengan mengambil kira faktor ini, maka penggiat-

penggiat sukan harus memikirkan suatu jenis sukan yang mampu melahirkan atlit

bertaraf dunia. Berdasarkan elemen ini, maka penggerak sukan di universiti ini (

Universiti Teknologi Malaysia ) akan mengutarakan suatu program sukan permotoran

yang boleh dikatakan semakin berkembang pesat di Malaysia kini. Sukan permotoran

tersebut ialah sukan Go-Kart. Sesuai dengan bidang kajian utama yang terdapat di

universiti ini, yang berasaskan teknologi, maka dengan gabungan kepakaran dalam

bidang sukan dan teknologi, pembangunan sukan Go-Kart di universiti ini akan di

rangka dan dibangunkan bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar bagi

mengalami situasi sebenar dalam aspek pembangunan, latihan, penyediaan atlit dan

sebagainya. Dan segala pengetahuan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

4

yang diperolehi sepanjang penglibatan dalam sukan ini akan diadaptasikan dalam

persekitaran pendidikan rendah dan menengah di seluruh Malaysia.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada zaman sains dan teknologi ini pelbagai peralatan sukan telah direka cipta.

Begitu juga dengan perihalnya sukan permotoran. Berbagai-bagai bentuk sukan

permotoran yang telah menjadi kegilaan masyarakat kini. Samada di luar atau di dalam

negara. Diperingkat antarabangsa, antara sukan permotoran yang popular adalah sukan

Formula One yang mana ianya merupakan sukan yang berkaitan dengan perlumbaan

kereta. Perlumbaan ini dijalankan diseluruh pelusuk dunia dengan di adakan di litar-litar

yang terpilih di sesebuah negara. Bagi negara Malaysia, kita juga tidak ketinggalan

menganjurkan sukan Formula One ini saban tahun yang diadakan antara bulan Mac

hingga Mei.

Jika dilihat perkembangan ini, ternyata ianya merupakan sukan yang berpotensi

untuk mengetengahkan atlit dari kalangan rakyat negara ini. Dan telah terbukti dengan

pernyataan ini bahawa Saudara Alex Yoong merupakan individu pertama dari kalangan

rakyat Malaysia yang menceburkan diri dalam perlumbaan Formula One.

Justeru itu, jika dilihat daripada perkembangan kerjaya Alex Yoong ini, ternyata

ianya bermula daripada penglibatan sukan go-kart. Maka dengan keadaan ini, dapat

dijelaskan bahawa setiap individu yang berjaya menceburi bidang perlumbaan Formula

One, asalnya adalah daripada penglibatan di dalam sukan go-kart itu sendiri.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

5

1.3 Pernyataan Masalah

Di Malaysia, kesedaran untuk mempertingkatkan tahap pencapaian atlit sudah

lama di perkatakan dan telah banyak program dijalankan dan dirangka bagi mencapai

objektifnya. Namun peratusan yang mencapai tahap yang diingini adalah rendah.

Mungkin strategi yang digunakan tidak tepat atau pun mungkin pemilihan jenis sukan

juga adalah antara faktornya. Oleh yang demikian adalah dicadangkan agar sukan yang

tidak melibatkan sentuhan fizikal ( ‘body contact’ ) dikesampingkan tetapi wujudkan

peluang bagi sukan yang tiada elemen ( ‘body contact’ ) ini untuk diketengahkan.

Pelbagai usaha yang dijalankan oleh Kementerian Belia dan Sukan Negara, Majlis

Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia harus diteruskan dan bersama menggembeling tenaga,

dan juga penubuhan pusat-pusat permotoran yang menjurus kepada bidang permotoran

ini terutamanya go-kart oleh pihak swasta harus dipandang serius.

Secara tidak langsung, hasrat kerajaan untuk membangunkan dan memajukan

pencapaian mutu sukan kita untuk menonjol di peringkat antarabangsa akan tercapai.

Sesungguhnya, terlalu banyak program yang dijalankan dan dirangka dengan baik oleh

kerajaan dengan kerjasama agensi swasta. Namun begitu, sambutan yang dingin serta

kurang memberangsangkan di kalangan masyarakat menyebabkan negara kita

ketandusan atlit – atlit yang berpotensi, dan mampu untuk diketengahkan diperingkat

antarabangsa.

Selain daripada itu juga, masyarakat kita tidak mengetahui bahawa melalui

kegiatan sukan ini, kita dapat menerapkan nilai-nilai murni dan juga memupuk

semangat setiakawan yang berpotensi untuk membentuk sebuah negara yang

mengamalkan integrasi nasional antara kaum serta semangat patriotik di kalangan muda

mudi.

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

6

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat sejauh

mana keberkesanan program sukan permotoran yang diterapkan dari akar umbi

memberi pulangannya.

1.4 Ojektif Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan spesifikasi struktur kerangka

go-kart dan kaitannya dengan pencapaian prestasi yang maksimum pada go-kart itu

sendiri. Melalui dapatan data yang akan diperolehi, penyelidik akan membandingkan

prestasi go-kart dan juga mengenalpasti spesifikasi struktur kerangka yang lebih baik

dalam memberikan prestasi yang sempurna.

1.4.1 Melihat keberkesanan penggunaan spesifikasi struktur kerangka yang berlainan

terhadap prestasi go-kart

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif di atas, dapatan kajian ini adalah dapat diharapkan

untuk menjawab soalan berikut:

1.5.1 Apakah spesifikasi seperti berat, jarak ketinggian struktur

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

7

dari permukaan rata dan juga jarak diantara bahagian depan dengan gandar roda

bahagian belakang mempengaruhi prestasi go-kart?

1.6 Hipotesis Kajian

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran berat pada struktur kerangka.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran berat pada struktur kerangka.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran jarak ketinggian dari permukaan rata

pada struktur kerangka.

Ha2 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran jarak ketinggian dari permukaan rata

pada struktur kerangka.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran jarak antara bahagian hadapan dengan

gandar roda belakang.

Ha3 : Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi go-kart

berdasarkan 3 jenis ukuran jarak antara bahagian hadapan dengan

gandar roda belakang.

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

8

1.7 Kepentingan Kajian

Tujuan kajian atau penyelidikan ini adalah untuk memberikan gambaran sebenar

tentang pemilihan sampel ( struktur kerangka go-kart ) yang sesuai berdasarkan ciri-ciri

spesifikasinya yang dapat mempengaruhi prestasi sesebuah go-kart. Dan pemilihan

sampel yang sesuai ini adalah diharapkan dapat dijadikan panduan kepada atlit yang

ingin mendapatkan tahap prestasi pemanduan yang tinggi bagi menjamin kemenangan

dalam mana-mana pertandingan yang disertai.

1.8 Batasan Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada dua perkara utama, iaitu spesifikasi struktur

kerangka, dan juga hubungannya dalam mempertingkatkan prestasi sesebuah go-kart itu

sendiri. Oleh yang demikian, berikut dinyatakan antara batas-batas kajian:

1.8.1 Enjin

Enjin yang digunakan adalah sama iaitu enjin jenis 2 lejang berkuasa 100 cc.

Tetapi, penggunaan enjin ini adalah berbeza dari segi tahap penyelenggaraannya. Ini

akan memberikan impak dalam menghasilkan keputusan kajian. Ini bermaksud,

penyelenggaraan harus dilakukan pada enjin selepas sesuatu tempoh penggunaan bagi

memaksimumkan prestasinya.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

9

1.8.2 Tayar

Tayar yang digunakan juga mungkin berbeza dari segi penyesuaian dengan

keadaan litar, samada kering atau basah. Dalam kajian ini, penyelidik akan

menggunakan dua jenis tayar iaitu jenis ‘Slicky” dan ‘Rain Tyre’, bergantung kepada

keadaan cuaca semasa ujian pemanduan dijalankan. Penggunaan tayar yang sesuai ini

juga bagi menjamin keselamatan pemandu. Keadaan tayar juga akan menjadi haus

apabila kerap digunakan, dan ini akan memberikan satu kelemahan dari aspek

cengkaman tayar pada permukaan litar semasa sesi pengujian masa dari satu sesi ujian

dengan satu sesi ujian yang lain. Penggunaa tayar yang sama akan dihentikan apabila

ianya telah digunakan sehingga 30 pusingan dan digantikan dengan tayar yan baru.

1.9 Definisi Istilah

1.9.1 Rekabentuk

Menurut A.K Hosking dan M.R Harling ( 1981 ), rekabentuk adalah proses yang

menggunakan unsur-unsur dalam sains, kejuruteraan, matematik, lukisan teknologi dan

prinsip saintifik dalam usaha untuk menghasilkan plan dimana kemudian membawa

kepada penyelesaian masalah dan seterusnya kepada keperluan praktikal dalam

merekabentuk.

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my filemoral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan laporan penyelidikan. Tidak lupa juga kepada Dr. Mohad

10

1.9.2 Prestasi Go-Kart

Dalam kajian ini prestasi go-kart adalah diukur melalui catatan masa purata

yang diambil daripada setiap 10 pusingan.

1.10 Penutup

Bab I ini membincangkan tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, batasan kajian serta kepentingan kajian. Dalam bab

yang seterusnya, ia akan melihat kepada sorotan kajian.