pk.pptx

60
TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Transcript of pk.pptx

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

Pendekatan Behavioris memberi tumpuan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan (secara nyata atau tidak nyata) dan pengaruhnya terhadap perubahan tersebut.Teori ini diwakili dengan perkataan Rangsangan- Gerak balas (R-G). Perkaitan antara Rangsangan, Organisma dan GerakbalasRangsangan(R)OrganismaGerak Balas (G)

Beberapa tanggapan ahli-ahli behavioris termasuklah :

Antara contoh teori pembelajaran behavioris yang boleh diperhatikan:

Pelaziman klasik

(classical conditioning) ialah sejenis pembelajaran yang berlaku apabila organism dapat membuat perkaitan atau hubungan antara rangsangan neutral dengan rangsangan semulajadi.

Konsep-konsep penting dalam pelaziman klasik

Rangsangan

Gerak Balas

Teori Pelaziman KlasikTeori Pelaziman Klasik Pavlov (1849-1936).

Ivan Pavlov (1849- 1936)Berbangsa RusiaBelajar fisiologi di Universiti Leibzig, JermanPemenang Hadiah Nobel: Fisiologi Pencernaan

Eksperimen pelaziman klasik Pavlov

Teori Palvonminda manusia adalah seperti kotak hitam yang tidak boleh dibuka yang hanya boleh kita perhatikan ialah rangsangan yang masuk dan gerak balas atau respons yang keluar sebagai reaksi kepada rangsangan.mengemukakan dua hukum iaitu menurut beliau proses asas pembelajaran ialah pembentukan perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Rangsangan merupakan agen persekitaran yang menimbulkan gerak balas manakala gerak balas pula ialah tingkah laku yang timbul akibat rangsangan.

Menurut kajian Pavlov, beliau mengkaji bagaimana pembelajaran berlaku pada sesuatu organisma. Kajian beliau adalah berasaskan pada hukum perkaitan yang diutarakan oleh ahli falsafah Yunani awal iaitu Aristotle.

Beliau mengemukakan bahawa, sesuatu organisma akan teringat sesuatu kerana sebelum ini organisma berkenaan telah mengalami sesuatu yang berkaitan.

KESIMPULAN TEORI IVAN PAVLOVbeberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan oleh beliau.Konsep tersebut ialah:i)Generalisasiii)Diskriminasiiii)Penghapusaniv)Pembelajaran semula

GeneralisasiGeneralisasi bermaksud rangsangan yang sama akan memberikan tindak balas yang sama. Sebagai contoh, Ali akan menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua subjek tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi.

DiskriminasiDiskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindk balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.

PenghapusanPenghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim.

Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.

Penguasaan atau Pembelajaran SemulaPenguasaan atau bagaimana sesuatu organisma belajar sesuatu gerak balas atau respon baru berlaku secara berperingkat-peringkat.

Lebih kerap organisma itu mencuba, semakin kukuh penguasaan berkenaan.

Teori pelaziman klasik j.b watson

Menurut Noriati A. Rashid et al (2009), Watson melihat psikologi sebagai kajian tentang tingkah laku manusia yang dapat dikawal dan diramal. Selain itu, Watson terkenal dengan kajiannya berkaitan pelaziman dan kawalan emosi manusia iaitu uji kaji tentang Albert (1920)

WATSON ' LITTLE ALBERT EXPERIMENT

Eksperimen ini menggambarkan kuasa pelaziman.Albert yang berumur 11 bulan tidak menunjukkan sebarang rasa takut kepada seekor tikus putih. semasa pelaziman albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul telah diketuk pada besi. kesannya albert terkejut dan terjatuh. Keadaan itu berulang kali berlaku.

akhirnya eksperimen menunjukkan albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing dan arnab. selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana. kesimpulannya, pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

gerakbalas semulajadi

Gerakbalas rangsangan

Berlaku secara pembelajaran

Teori pelaziman operanSkinner

Proses eksperimen yang dijalankan oleh Skinner

Eksperimen SkinnerPerbuatan menekan butang untuk memperoleh makanan disebut pelaziman operan. Pembelajaran melalui cara ini disebut pembelajaran melalui pelaziman. Eksperimen ini menunjukkan bahawa satu gerak balas hanya akan berulang jika wujud ganjaran. Contohnya, biji-biji makanan dalam eksperimen tersebut sebagai ganjaran. Sekiranya ganjaran dihentikan, gerak balas itu akan terhapus juga.

Dalam eksperimen di atas, konsep peneguhan amat jelas sekali. Skinner juga menjelaskan bahawa sesuatu peneguhan boleh bersifat negatif atau positif.Contoh peneguhan positif adalah pujian, ganjaran, hadiah dan sebagainya. Pujian adalah penting kerana ia akan mendorong seseorang pelajar itu mengeluarkan hasil yang baik pada masa hadapan. Manakala peneguhan negatif pula tidak boleh disamakan dengan hukuman atau denda.

A)PENEGUHANPeneguhanialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi.Menurut Rachlin (1991), pengukuhandiberikan, pertamanya untuk memuaskan kehendakindividu; keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.Skinnermembahagikan pengukuhankepada dua jenis : peneguhanpositifdanpeneguhan negatif.

Peneguhan positifmemberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan,yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam bilik darjah,peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktivitipengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas pelajar melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman, menepuk bahu pelajar, memberi hadiah dan sebagainya.

Peneguhan negatifrangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkanyang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru.Olehkerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun menyiapkan kerjasekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak daripada rangsanganyang tidak diingini (leteran bapa).

B)DENDAANDendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. Tegasnya, dendaan adalah kesan negatifyang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.

Dendaan boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu pertamadendaan persembahandandendaan penyingkiran.

C)PRINSIP PREMACKKonsep utama prinsip Premack ialahmengaitkan aktiviti yang kurang diminati denganaktiviti yang lebih diminatiuntuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurangdiminati.Prinsip Premack juga dikenali sebagaiGrandmas Ruleyang berasaskankenyataan kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuranini.

Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktivitiyang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan.

D)PELUPUSANPelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengansendirinya. Keadaan ini dapat di atasi jika:Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dapat dikenal pasti.Peneguhan itu tidak lagi digunakan.Guru sanggup bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidakdatang dengan serta merta.

Implikasi teori skinner tersebut dalam P& P ialah :1.Sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan.

2.Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diigini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan negatif sesuai digunakan untuk mendapatkan tingkah laku yang diingini.

3.Guru juga perlu membantu pelajar menguasai konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat.

Teori pelaziman operan thorndikePemerhatian berdasarkan eksperimen Thorndike

Melalui eksperimen ini, Thorndike berpendapat bahawa pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas)

Semakin banyak percubaan untuk membuka pintu, semakin singkat masa yang diambil oleh kucing tersebut untuk keluar dari sarang.

Tiga Prinsip Pembelajaran ThorndikeHUKUM KESEDIAANMerupakan keupayaan persiapan seseorang individu menyiapkan dirinya untuk memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran.Apabila seorang murid bersedia untuk belajar, pembelajaran yang dijalankan akan menghasilkan kepuasanApabila seorang murid bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat melakukannya, ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitanApabila seseorang murid tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk belajar, ai akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun sakit

3 keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran

HUKUMAN LATIHANPerkaitan antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang individu akan mengusai kemahiran jika latihan diadakan. Hukuman latihan ini sangat sesuai digunakan bagi latihan hafalan.Contoh : jika pelajar selalu mengulangikaji rumus matematiknya dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah

HUKUMAN KESANHukuman kesan menyatakan bahawa jika sesuatu tindakan diikuti oleh sesuatu perubahan persekitaran yang menyeronokkan, keberangkalian tindakan itu berlaku akan meningkat atau sebaliknya. Selepas gerak balas terhasil, pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh, jika terdapat kesan yang menyeronokkan. kesan yang menyakitkan akan melemahkan pertalian rangsangan dan gerak balas.Contoh : jika kucing mendapat kejutan elektrik apabila keluar dari sangkar, dan kucing itu berasa sakit ia tidak akan mempunyai motivasi untuk keluar dari sangkar.Rumusannya, jika tingkah laku diikuti dengan kepuasan ia akan diulang, tetapi jika ia diikuti dengan kesakitan ia akan lenyap

Implikasi teori Thorndike dalam pengajaran dan pembelajaran ialah :1.Meningkatkan tahap kesediaan belajar. Pada masa yang sama, guru perlu memainkan peranan dalam menggunakan motivasi yang sesuai.

2.Mengukuhkan pertalian antara ransangan dan gerak balas pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan.

3.Guru juga perlu memberikan ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar. Antara peneguhan yang boleh digunakan ialah peneguhan social dan material.

4.Menekankan pemberian peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.

Kesimpulan teori behaviorisTeori behavioristik merupakan teori yang menggunakan hubungan stimulus-responnya yang menghasilkan tingkah laku.

Teori ini mengutamakan pengukuran, sebab pengukuran merupakan suatu hal penting untuk melihat terjadi atau tidaknya perubahan tingkah laku tersebut.

Diantara tokoh-tokoh aliran behavioristik, teori Skinner yang paling besar pengaruhnya terhadap perkembangan teori belajar behavioristik

Teori behavioristik tidak mampu menjelaskan situasi belajar yang kompleks, sebab banyak hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan atau belajar yang dapat diubah menjadi sekadar hubungan stimulus dan respon.

Implikasi terhadap pdp

1. Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik.

2. Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.

3. Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran.

4. Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini.

5. Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.

6. Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.

7. Mementingkan peneguhan.

Manakala dari segi pengajaran terancang pula, terdapat beberapa syor tentang bagaimana teori pembelajaran behavioris dapat diaplikasi dalam bilik darjah. Antaranya adalah:

1. Pupukkan penguasaan satu-satu kemahiran dengan menggunakan kerangka soalan (ransangan) jawapan (gerakbalas) mengikut prinsip pedagogi, iaitu secara beransur-ansur dan peringkat demi peringkat.

2. Minta murid-murid mengikuti setiap kerangka yang disediakan. Maklum balas hendaklah diberi serta merta.

3. Susun aras kesukaran soalan-soalan bagi memastikan murid-murid anda berupaya memberi jawapan yang betul. Dengan itu, sudah tentu mereka akan menerima pengukuhan positif.

4. Pastikan pencapaian yang baik dan cemerlang dipadankan dengan pengukuhan sekunder seperti pujian lisan, hadiah, gred yang baik dan sebagainya .

Sekian.