pnjodoh blgn
description
Transcript of pnjodoh blgn
![Page 1: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/1.jpg)
PENJODOH BILANGAN LATIHAN 1
LATIHAN PENJODOH BILANGAN(1)
1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.
A ikat … ulas B cekak…biji C jemput…butir D rumpun…genggam
2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah. A buah B ketul C batang D kaki
3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu. A butir B biji C das D gugus
4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas. A seketul B segumpul C selonggok D sehelai
5. Aini membelek beberapa _______ majalah lama milik ayahnya. A keping B biji C lembar D naskhah
6. Pihak Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur akan membina lima ______ rumah pangsa untuk penempatan setinggan. A blok B bidang C kumpulan D gugus
7. Shahri membubuh se_______ kayu api dan beberapa ______ daun kering untuk menghidupkan unggun api. A batang…pokok B keping…gugus C puntung…helai D rumpun…longgok
8. Puan Ros membeli lima ______ apam balik dari gerai itu. A buah B biji C keping D ulas
9. Ayah menjual beberapa ______ kelapa muda kepada pemuda itu. A buah B tangkai C sikat D tandan
10. Pihak polis telah menjumpai dua _______ beg yang mengandungi duit palsu semasa meyerbu rumah pengedar dadah itu. A keeping B buah C helai D potong
11. ______ apabila renjer PERHILITAN sedang menjalankan gerakan pemindahan gajah liar di Taman Negara. A Sepasukan B Segerombolan C Sekawan D Segugus
12. Pekerja itu dimarahi ketuanya kerana membuang _______ rokok yang masih bernyala ke dalam bakul sampah. A sebidang B seruas C sepuntung D segelung
13. Saya hanya makan ______ durian untuk merasainya. A seketul B seulas C sehiris D sebiji
![Page 2: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/2.jpg)
14. Pemburu itu melepaskan ______ tembakan ke arah burung itu. A selaras B sekepal C sedas D sebutir
15. Ayah menghadiahkan _______ bunga kepada emak sempena Hari Ibu. A sekotak B sejambak C sebungkus D sekeping
16. Abang menggunakan ______ tali untuk mengikat buah rambutan itu. A seutas B sebentuk C sepotong D selingkar
17. Kakak membeli _______ majalah di kedai yang baru dibuka itu. A setimbun B senaskhah C sebuah D sehelai
18. Berpuluh-puluh ______ kelapa digunakan untuk kenduri perkahwinan kakak. A buah B tandan C biji D longgok
19. Beberapa ______ jalan raya terpaksa ditutup sebagai akibat hujan lebat semalam. A batang B baris C kaki D jalur
20. Beberapa orang yang menyertai aktiviti gotong-royong membawa _______ penggali. A sebuah B sebilah C sebatang D sekerat
21. Di atas para-para rumah nenek saya terdapat ______ pisang abu. A setandan B selaras C sebatang D sepucuk
22. _______ jala yang ayah selalu gunakan itu telah koyak. A Seikat B Seutas C Sejambak D Serawan
23. Nenek menampal gebarnya yang koyak itu dengan se ______ kain perca. A kaki B kajang C lembar D cebis
24. Dalam sehari,Nenek Piah dapat menyemat 100 atap rumbia. A kerat B tandan C kajang D helai
25. Ibu telah menumpangkan 50 nasi lemak dan 30 karipap di warung Pak Ali. A bungkus…buah B bungkus…ketul C berkas…butir D buah…ulas
26. Mak Teh memetik _______ pucuk ubi dan tujuh terung di kebunnya. A sehelai…butir B seikat…butir C sepohon…buah D secekak…biji
27. Mak Nab telah menanam lima ______ pokok cempedak di atas ______ tanahnya. A batang…sekeping B rumpun…sebidang C ulas…serelung D batang…sekaki
28. Penyair itu sedang mendeklamasikan se sajak bertemakan kemanusiaan. A tompok B untai C rumpun D ruas
29. Kakak masih menyimpan se kancing baju yang berwarna keemas-emasan yang dihadiahkan oleh ibunya. A genggam B gemal C rawan D keping
30. Pak Musa memilih beberapa _______ jagung untuk dijadikan benih.
![Page 3: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/3.jpg)
A kerat B buah C biji D tongkol
31. Setiap sekolah dibekalkan dua ______ jurnal bahasa dari Jabatan Pelajaran Negeri. A kelompok B jambak C untai D naskhah
32. Tangan kanan petani itu memegah kuku kambing sementara tangan kirinya memegang se_______ anak benih padi. A bungkus B gugus C genggam D gemal
33. Panglima itu makan se sirih sebelum pergi berjuang menentang musuh. A gulung B cebis C ikat D kapur
34. Abang menghadiahkan kain pelekat kepada ayah. A secebis B sekeping C sehelai D selembar
35. Mazlina sempat makan kek itu sebelum pergi ke sekolah. A seketul B sekeping C secebis D sepotong
36. Encik Amran membeli tiga _______ tikar buluh dan _________ pasu tembikar dari Sarawak. A keping…sebiji B gulung…sebiji C bidang…sebuah D bidang…sebentuk
37. Abang menghadiahi isterinya ______ anting-anting yang bertatahkan dua ______ batu permata. A sebentuk…biji B sepasang…butir C sepasang…buah D seutas…butir
38. daripada buah durian yang dibeli oleh ayah telah busuk. A Sepangsa B Sebiji C Sejambak D Seruas
39. Ibu mengambil garam lalu dilumurkannya pada beberapa ______ daging. A segenggam…biji B sebungkus…tongkol C secubit…ketul D secubit…biji
40. Beberapa _______ pulau yang indah terdapat di Phuket, Thailand. A kelompok B biji C tompok D buah
41. ______ kerbau sedang meragut rumput di tepi sawah itu. A Sekawan B Sekumpulan C Sekelompok D Sepasukan
42. Kakak membeli _______ filem dari _______ kedai gambar di bandar. A selembar…sebutir B seurat…sebiji C segelung…sebuah D segulung…sebuah
43. Pekebun itu membawa beberapa _______ pucuk paku dan tiga ________ pisang emas. A ikat…tandan B berkas…sikat C sikat…biji D batang…tandan
44. Emak mengambil beras untuk diberi kepada anak-anak ayam yang dipeliharanya di dalam reban . A segenggam B segelung C selonggok D sesuap
45. Setelah penat bersawah,nenek berehat di pundung sambil makan _______sirih . A sehelai B sekeping C seikat D sekapur
![Page 4: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/4.jpg)
46.Pengawal keselamatan itu memasukkan _______ kunci ke dalam laci mejanya . A sebilah B sepucuk C sejambak D seikat
47. Pegawai-pegawai Perhilitan itu sedang memindahkan dua______ gajah liar yang telah merosakkan tanaman penduduk Kampung Ketak . A ekor B pasukan C angkatan D kelompok
48. Cempaka dan Melur mengutip beberapa cendawan busut yang tumbuh di bawah pokok itu . A pucuk B bilah C kaki D batang
49. wartawan telah menyerbu ke arah tokoh politik itu untuk mendapatkan komen beliau tentang kejadian tersebut . A Sekumpulan B Sepasaukan C Segerombolan D Sekawan 50. Di belakang rumah buruk itu terdapat _______ daun pandan yang hidup dengan subur . A sepohon B seruas C serumpun D sekuntum
51 . Pak Mat memikul dua ______kayu api dengan menggunakan _______pengandar . A ruas…sebatang B berkas…sebatang C bilah…sebuah D potong…sebilah
52. Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya . A gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…sebatang D gelung…sebaldi
53. Mitai mengikat beberapa_______ buluh dengan ________ rotan untuk dibuat rakit . A batang…seuntai B bilah…sekeping C batang…seurat D rumpun…seutas
54 . Beberapa ______ gelang emas dan tiga _______ cincin berlian telah dicuri. A tangkai…ketul B keping…biji C urat…bentuk D buah…utas
55. Abang membasuh _______ kasut dan beberapa _______ seluar panjang. A sepasang…helai B sebuah…serumpun C seikat…segugs D sebilah…segulung
56. Emak memberi adik se _______ bisku dan dua _______ nangka. A ketul…buah B keping…ulas C ketul…butir D potong…tongkol
57. Beberapa _______ rumah dan dua ________ kedai musnah dalam kebakaran pada awal pagi tadi. A buah…deret B buah…jalur C keping…baris D deret…jalur
58. Hanya _______ penduduk kampong itu berpeluang melanjutkan pelajaran ke beberapa _______ universiti. A sekelompok…deret B segolongan…baris C segelintir…buah D sekumpulan…butir
59. Di hadapan rumah Ketua Kampung itu ada _______ pokok mangga dan ________ buluh.
![Page 5: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/5.jpg)
A sebuah…sejambak B sebatang…serumpun C sebatang…setimbun D setangkai…seruas
60. Pemburu itu ke hutan dengan membawa _______ parang dan ________ tali untuk mencari rotan. A sekerat…selembar B sebilah…seutas C selaras…segulung D sebatang…segelung
61. Nenek menanam empat _______ sayur sawi dan beberapa _______ serai di belakang rumah. A deret…kelompok B pucuk…batang C batas…rumpun D pohon…jambak
62. Di atas para-para itu terdapat beberapa _______ kelapa dan lima ________ langsat. A biji…gugus B tandan…jambak C sikat…untai D sisir…laras
63. Jutawan itu membeli _______ berlian yang mahal untuk dijadikan hantaran perkahwinan. A seulas B sebutir C sebiji D seutas
64. Yusliza makan lima _______ sate dan tiga _______ nasi himpit. A batang…ketul B cucuk…ketul C bungkus…butir D papan…ulas
65. Di belakang rumah Norli ada _______ sungai dan se ________ buluh. A seruas…longgok B sebatang…rumpun C secebis…papan D sebidang…sejambak
66. Harga _______ pisang emas ialah empat puluh sen manakala harga _______ pisang ialah lima ringgit. A setandan…sepohon B sebatang…sebutir C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
67. Ibu hanya memerlukan _______ jarum dan ________ kain untuk menampal kain yang koyak itu. A sepuntung…sepasang B sebilah…sebutir C sebatang…secarik D sepucuk…sehelai
68. Rahim membeli sepuluh _______ nasi lemak dan 30 _______ sate. A tongkol…kerat B bungkus…cucuk C buku…potong D keping…butir
69. Peniaga itu kehilangan _______ kunci dan ________ dompet semasa dai berkelah di pantai Teluk Batik. A sebentuk…selaras B sejambak…sebuah C setangkai…seuntai D segugus…sebidang
70. Nazira mengambil _______ isi ikan terubuk baker yang masih panas itu. A secubit B segenggam C seulas D sepucuk
71. Untuk menambahkan keenakan tomyam itu, Kak Yan memasukkan dua _______ serai dan beberapa ________ perahan air limau nipis.
![Page 6: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/6.jpg)
A butir…ulas B cubit…hiris C batang…titis D kuntum…biji
72. Amira memakai _______ kancing baju yang berwarna keemas-emasan semasa pergi ke majlis itu. A sebentuk B segenggam C sekeping D serawan
73. Semut mengerumuni beberapa _______ nasi yang terdapat di atas meja itu. A butir B titik C longgok D ketul
74. Nenek menyapukan beberapa _______ kapur di atas daun sirih itu lalu menggobeknya. A kepal B carik C calit D colek
75. Encik Yusof membeli beberapa _______ buluh dan lima ______ kelapa di pasar tani untuk membuat lemang.
A batang…butir B ruas…biji C rumpun…ulas D batang…buah
76. Ibu memetik _______ kangkung di tepi paya untuk dimasak gulai lemak. A segenggam B secekak C segugus D sejambak
77. Yani membeli tiga _______ tapai ubi dan dua _______ lemang di pasar malam. A bungkus…potong B buku…ketul C gugus…puntung D biji…rumpun
78. Pak Jasni menggunakan _______ tanah liat untuk dijadikan labu. A setompok B segumpal C sekepul D segugus
79. Sebelum beredar dari rumah datuk, ayah sempat menjamah _______ pulut dan memakan _______ sirih. A seketul…sekeping B segenggam…sehelai C sepotong…selembar D secubit…sekapur
80. Yanti membeli empat _______ kalung mutiara semasa bercuti di Sabah. A rangkai B biji C untai D rawan
81. Terdapat beberapa _______ batu-bata di hadapan rumah yang sedang dibina itu. A tompok B longgok C gumpal D butir
82. Puan Yati menggunakan beberapa _______ bunga ros untuk menghiasi bilik pengantin itu. A gugus B jambak C kumpulan D berkas
83. Abang memperoleh untung yang besar setelah menjual _______ lembu pawahnya. A sereban B sesangkar C sesarang D sekandang
84. Ibu menggunakan lima _______ sabun untuk membuat gubahan bunga sabun itu. A kaki B potong C blok D buku
![Page 7: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/7.jpg)
85. Petani itu membeli dua _______ kawat berduri dan _______ paku untuk memagari kebunnya. A gulung…sebilah B gelung…sekotak C gugus…batang D gelung…sebaldi
86. Saya makan dua _______ pisang selepas makan tengah hari. A sikat B tandan C biji D sisir
87. Dua _______ rumah papan musnah dalam kebakaran itu. A batang B deret C bilah D biji
88. Ayah membeli lima _______ nasi lemak. A bungkus B ikat C buah D biji
89. Ibu membeli dua _______ benang untuk menjahit baju. A buah B buku C ketul D gelung
90. Pesalah itu melindungi mukanya dengan se_______ surat khabar. A naskhah B keping C helai D lembar
91. Pak Mat ke kedai untuk membeli se _______ payung dan se _______ jala. A bentuk…rawan B buah…biji C kaki…batang D kaki…rawan
92. Helmi menggunakan se _______ mancis untuk membakar beberapa ________ kertas. A batang…helai B batang…keping C puntung…keping D bilah…naskhah
93. Ayah membawa se_______ pisang dari kebun dan memberikan se _______ pisang itu kepada Pak Ali. A bakul…batang B longgok…sikat C tandan…sisir D tandan…rumpun
94. Jani membawa se _______ bunga dan se_______ biskut semasa menziarahi isterinya di hospital. A rumpun…buah B tangkai…ikat C kuntum…rumpun D jambak…bungkus
95. _______ kertas yang bertulis “selamat tinggal” dijumpai oleh Mary di atas meja tulis. A Secebis B Sehelai C Sepotong D Secarik96. Pegawai belia itu mengakhiri ucapannya dengan _______ madah. A sepatah B serangkap C sebaris D serangkai
97. Beberapa _______ lilin dititiskan di atas _______ lukisan untuk menghasilkan corak batik. A batang…sekeping B titis…sebidang C titik…sehelai D titik…sebidang
98. Ayah mencantas _______ pokok yang menghalang laluan dengan se______ parang panjang. A ranting…batang B ranting…bilah C dahan…pucuk D batang…batang
99. Dalam majlis khatam al-Quran setiap kanak-kanak diberi _______ pulut kuning dan _______ telur.
![Page 8: pnjodoh blgn](https://reader036.fdokumen.site/reader036/viewer/2022082402/563dbbb0550346aa9aaf68c6/html5/thumbnails/8.jpg)
A secubit…sebiji B secekak…sebiji C sekepal…sebutir D sesuap…sebutir
100. Beberapa _______ cendawan yang aneh ditemukan oleh dua orang pencinta alam sekitar. A batang B pohon C kaki D pucuk