Poop

download Poop

of 2

description

dgdrfg

Transcript of Poop

TAJUK PROPOSAL:MENINGKATKAN PENGUASAAN PENAMBAHAN PECAHAN

BAGI MURID TAHUN EMPAT MENGGUNAKAN

KAEDAH GAMBAR RAJAH1.0) PENDAHULUANMatematik ialah salah satu subjek penting dan teras di peringkat sekolah. Murid perlu menguasai operasi asas dalam matematik yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Program matematik KBSR bertujuan mengembangkan salah satu kemahiran asas iaitu kemahiran mengira dalam kalangan murid. Dalam program yang memakan masa enam tahun ini, murid dibimbing untuk mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah-langkah yang logik. Matematik KBSR bertujuan membolehkan murid memahami beberapa pola dan ciri nombor, menggunakan sistem nombor perpuluhan, dan merangsang minat murid untuk menghayati matematik.Kurikulum matematik sekolah rendah kini berasaskan kepada KBSR dan berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sukatan matematik KBSR meliputi kemahiran, nombor bulat dan operasi; pecahan dan operasi; perpuluhan dan operasi; wang; ukuran dan sukaran; ruang; purata; peratus; dan graf. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik, matlamat KBSR untuk membina dan mengembangkankefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Selain itu murid dapat menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Terdapat tujuh objektif yang telah disenaraikan, yang merangkumi kemahiran asas, kemahiran menggunakan bahasa dan menyelesaikan masalah.Matematik merupakan satu cabang ilmu yang seringkali dianggap sukar oleh murid-murid. Ramai muridtidak suka matematik dan menganggap matematik sukar danmembosankan. Nik Aziz (1992) menyebut istilah matematik menandakan suatucabang ilmu yang kompleks. Hal ini menyebabkan masih ramai murid yang gagal menguasai kemahiran asas tambah, tolak , bahagi dan darab sekaligus lemah dalam menguasai

2