Praktikal 2 SCE 3103

download Praktikal 2 SCE 3103

of 9

Transcript of Praktikal 2 SCE 3103

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    1/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    1 | SARINA SAARI

    PRAKTIKAL 2 : KADAR KAKISAN BESI, KELULI DAN KELULI NIRKARAT

    Tajuk : Kadar Kakisan Besi, Keluli Dan Keluli Nirkarat

    Tujuan :Untuk membezakan kadar pengaratan besi, keluli dan keluli nil karat

    Pernyataan Masalah :

    Adakah kadar kakisan besi, keluli dan nirkarat berbeza?

    Hipotesis :

    Kadar kakisan besi, keluli, dan keluli nirkarat berbeza. Besi berkarat dengan paling

    cepat, diikuti oleh keluli dan keluli nirkarat.

    Pembolehubah :

    Dimanipulasikan : Jenis paku (paku besi, paku keluli, dan paku keluli nirkarat

    tidak berkarat)

    Bergerak balas : Keadaan pengaratan paku

    Dimalarkan : Suhu, kuantiti air dan oksigen

    Radas dan Bahan

    Bahan : Paku besi, paku keluli nirkarat, agar-agar, dan kalium heksasianoferat (111)

    Radas : Tabung uji, bikar, dan rak tabung uji.

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    2/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    2 | SARINA SAARI

    Prosedur

    1. Membersihkan, paku besi, paku keluli dan paku keluli nirkarat dengan

    menggunakan kertas pasir .

    2. Memasukkan paku besi ke dalam tabung uji A, paku keluli ke dalam tabung

    uji B, dan paku keluli nirkarat ke dalam tabung uji C.

    3. Menyediakan larutan agar-agar 5% dengan melarutkan 5 g agar-agar ke

    dalam 100 cm3 air panas. Beberapa titik larutan kalium heksasianoferat (111)

    dicampurkan ke dalam larutan agar-agar itu.Seperti Radas 1.

    4. Menuang larutan agar-agar ke dalam setiap tabung uji sehingga paku

    terendam dengan sempurna.

    5. Memerhati setiap tabung uji selepas 4 hari untuk menentukan sama ada

    a) warna biru tua terbentuk di sekeliling paku

    b) keadaan paku

    Radas 1

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    3/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    3 | SARINA SAARI

    Keputusan

    Tabung uji Keamatan warna biru

    tua

    Keadaan paku

    A (Paku Besi) Tinggi Banyak berkarat

    B (Paku keluli) Rendah Berkarat

    C (paku keluli berkarat) Tiada Tidak berkarat

    Perbincangan

    1. Apabila besi berkarat, atom besi akan kehilangan dua electron dan menjadi

    ion ferum (11), Fe2+.

    Fe(p) Fe2+ (ak) + 2e-

    2. Bahan kimia kalium heksasianoferat (111) digunakan untuk mengesan

    kehadiran ion ferum (11) melalui pembentukan mendakan biru tua.

    3. Pengesahan kewujudan ion Fe 2+ oleh kalium heksasianoferat (111)

    menunjukkan bahawa besi telah berkarat.

    4. Keamatan warna biru tua menggambarkan tahap pengaratan paku besi.

    5. Berdasarkan pemerhatian yang diperoleh, paku besi biasa paling banyak

    berkarat. Permukaan paku disalut dengan lapisan pepejal coklat- kemerahan.

    6. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku ini dibuat daripada besi yang telah

    dicampur dengan karbon serta logam peralihan seperti kromium dan

    nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru. Permukaannya masih bersih

    dan berkilat

    7. Paku keluli biasa berkarat perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada

    campuran besi dan karbon sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluliini boleh berkarat.Paku ini menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku

    dihakis sedikit.

    8. Denagn itu, susunan kadar pengaratan

    Besi > keluli> keluli nirkarat

    9. Keamatan warna bru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan

    warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan

    lebih tinggi.

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    4/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    4 | SARINA SAARI

    10. Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang

    pergerakan pada paku akan mengubah keamatan warna biru pada larutan.

    11. Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion

    Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+untuk menghasilkan larutan

    biru tua.

    Kesimpulan

    Aloi lebih tahan kakisan berbanding dengan logam tulen.Kadar kakisan besi, keluli,

    keluli nirkarat adalah berbeza beza.

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    5/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    5 | SARINA SAARI

    Soalan dan Jawapan

    1. Terangkan fungsi Larutan kalium heksasianoferat (III).

    Larutan kalium heksasianoferat (III) digunakan untuk mengesan kehadiran ion

    Fe 2+. Larutan ini bertindak balas dengan ion Fe2+untuk menghasilkan larutan

    biru tua.

    2. Apakah hubungan antara keamatan warna biru dan kadar pengaratan?

    Keamatan warna biru menunjukkan darjah kakisan. Semakin tinggi keamatan

    warna biru larutan, semakin banyak pengaratan berlaku kerana kadar kakisan

    lebih tinggi.

    3. Terangkan bagaimana penggunaan agar-agar dapat membantu pemerhatian

    eksperimen.

    Larutan gelatine digunakan untuk menetapkan kedudukan paku. Sebarang

    perubahan pada paku akan dapat dilihat dengan lebih jelas untuk

    membuktikan bahawa pengaratan berlaku

    4. Namakan kandungan keluli dan keluli nirkarat.

    Keluli terdiri daripada 99% ferum dan I % kromium

    Keluli nirkarat terdiri daripada 74 % ferum , 18 % Kromium dan 8 % Nikel

    5. Bezakan kadar pengaratan besi, keluli, dan keluli nirkarat dan terangkan

    sebabnya.

    Paku besi biasa paling banyak berkarat. Permukaan paku disalut dengan

    lapisan pepejal coklat- kemerahan. Paku keluli nirkarat tidak berkarat. Paku

    ini dibuat daripada besi yang telah dicampur dengan karbon serta logam

    peralihan seperti kromium dan nikel.Paku ini tidak menghasilkan larutan biru.

    Permukaannya masih bersih dan berkilat. Paku keluli biasa berkarat

    perlahan-perlahan. Paku ini dibuat daripada campuran besi dan karbon

    sahaja. Tanpa kehadiran logam peralihan, keluli ini boleh berkarat.Paku ini

    menghasilkan larutan biru muda. Permukaan paku dihakis sedikit.

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    6/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    6 | SARINA SAARI

    6. Bagaimanakah susunan atom di dalam besi bila dikaitkan dengan sifat mudah

    mulur dan boleh ditempa?

    Logam besi bmengandungi atom yang sama saiz. Susunan atom adalah

    rapat dan teratur. Lapisan atom mudah bergelongsor antara satu sama lain.

    Daya tarikan antara atom logam tulen sangat kuat, tetapi tidak tegar. Apabila

    suatu daya dikenakan, lapisan-lapisan atom boleh menggelongsor antara

    satu sama lain. Ini menjadikan logam tulen mudah ditarik untuk dijadikan

    dawai yang panjang. Logam tulen dikatakan mempunyai sifat kemuluran.

    Dalam keadaan semulajadi, penyusunan atom-atom logam tidak sempurna

    kerana mempunyai ruangan kosong. Apabila satu blok logam tulen diketuk

    atau ditekan, sebahagian kumpulan atom logam tergelincir ke kedudukan

    yang baru supaya memenuhi ruangan kosong. Ini membolehkan logam

    dijadikan pelbagai bentuk. Logam tulen dikatakan mempunyai sifat

    kebolehtempaan.

    7. Jelaskan perbezaan antara aloi gentian dan aloi interstitial

    Atom-atom yang diselitkan adalah hampir sama saiz dengan atom-

    atom dalam logam. Contohnya, dalam Loyang (brass), atom-atom

    kuprum (tembaga) dan zink adalah hampir sama saiz.

    Atom-atom yang diselitkan dalam aloi celahan adalah berbeza saiz

    daripada atom-atom logam. Contohnya, gangsa terdiri daripada atom-

    atom kuprum (tembaga) dan timah yang mempunyai saiz yang

    berbeza.

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    7/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    7 | SARINA SAARI

    RUJUKAN

    Raymond Chang (2002) Chemistry Seventh Edition:Mc Graw-Hill Higher Education.

    Toh Kim Hau (2004) Master StudiSasbadi SPM Kimia. Selangor :SasbadiSdn Bhd.

    Yeap Tok Kheng (2012) Longman Esensi Kimia Tingkatan 4. Selangor : Pearson

    Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Tan On Tin (2007) Success Chemistry SPM.

    Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

    Kamus Kimia KBSM(1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Di akses darihttp://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html

    http://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.htmlhttp://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.htmlhttp://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.htmlhttp://ppgsains2iptb.blogspot.com/p/bahan-rujukan.html
  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    8/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    8 | SARINA SAARI

    LAMPIRAN

    GAMBAR-GAMBAR SEMASA EKSPERIMEN DIJALANKAN

    Paku yang berlainan jenis

    Paku yang telah diletakkan di dalam larutan agar-agar

    Keadaan paku selepas 4 hari

  • 7/28/2019 Praktikal 2 SCE 3103

    9/9

    SCE 3103 Meneroka Alam Bahan Laporan Amali

    9 | SARINA SAARI