PRAKTIKUM Bahasa Melayu (1)

42
Renungan Praktikum PRAKTIKUM BAHASA MELAYU PENGENALAN Praktikum atau Latihan Mengajar merupakan satu siri pengalaman praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah untuk menjadi seorang guru yang profesional dan bersepadu. Melalui praktikum, guru awalan yang akan menjadi guru sekolah perlu membentuk dan melibatkan tiga komponen asas, iaitu : pengajaran dan pengalaman dalam bilik darjah; pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah; dan pembentuk sahsiah yang sesuai dengan kehendak profesion keguruan. Nordin Tahir/JIP/IPGKI 1

description

PRAKTIKUM Bahasa Melayu (1)

Transcript of PRAKTIKUM Bahasa Melayu (1)

PRAKTIKUM bahasa melayu

PRAKTIKUM BAHASA MELAYU

PENGENALAN

Praktikum atau Latihan Mengajar merupakan satu siri pengalaman praktik dan sistematik yang berasaskan sekolah untuk menjadi seorang guru yang profesional dan bersepadu.

Melalui praktikum, guru awalan yang akan menjadi guru sekolah perlu membentuk dan melibatkan tiga komponen asas, iaitu :

pengajaran dan pengalaman dalam bilik darjah; pengajaran dan pengalaman luar bilik darjah; dan pembentuk sahsiah yang sesuai dengan kehendak profesion keguruan.

OBJEKTIF

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mendapatkan pengalaman mempraktikkan pengetahuan yang dipelajari dalam kursus-kursus pendidikan kepada situasi bilik darjah dan sekolah yang sebenarnya.( Buku Garis Panduan Latihan Mengajar, UM: 1989 )

Objektif-objektif lain :

mengaplikasikan teori dan prinsip pengajaran dalam situasi bilik darjah; mengembangkan kecekapan, merancang, dan menjalankan kegiatan dalam bilik darjah dengan mengembangkan satu gaya pengajaran sendiri yang berkesan; mencuba pelbagai pendekatan dan teknik dalam penyampaian pengajaran dan membina kecekapan mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah; mewujudkan hubungan dengan murid/pelajar dan memahami proses pembelajaran mereka; mengembangkan dan mengasah kemahiran untuk menilai dan memajukan pembelajaran murid; dan memupuk keyakinan diri dan kematangan personal di samping menilai keberkesanan pengajaran.MENULIS PERSEDIAAN MENGAJAR

TUJUAN

Melatih guru pelatih merancang semua komponen yang patut diwujudkan dalam sesi pengajaran; Melatih guru pelatih memikirkan tentang isi, bahan, dan langkah-langkah pengajaran - merangka dan menyusunnya secara teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan; Membantu guru pelatih menjangka dan meninjau masalah yang mungkin dihadapi - membina rancangan penyelesaian masalah; Menentukan isi dan langkah pengajaran dilakukan secara teratur dan memastikan langkah yang penting tidak tercicir, khususnya semasa pengajaran disampaikan; Menentukan pengajaran mempunyai objektif tertentu yang dijangkakan boleh dicapai; Menentukan fokus yang jelas dalam pengajaran; Sebagai rujukan kepada penyelia untuk memberi bimbingan pra dan postpengajaran serta tujuan penilaian.

FORMAT MENULIS PERSEDIAAN MENGAJAR

1. BUTIRAN AM

2. KEMAHIRAN

3. KEMAHIRAN BERFIKIR

4. OBJEKTIF

5. PENYERAPAN NILAI

6. PENGETAHUAN SEDIA ADA

7. BAHAN BANTU MENGAJAR

8. LANGKAH DAN AKTIVITI PENGAJARAN

9. REFLEKSI

10. ULASAN PENSYARAH/GURU PEMBIMBING

11. LAMPIRAN

FORMAT MENULIS PERSEDIAAN MENGAJAR

1. BUTIRAN AM

Tarikh:Masa:Kelas:Bilangan Murid:Umur:Mata Pelajaran:Tajuk:

2. KEMAHIRAN

Mendengar dan bertutur1.0 (HSP)Membaca2.0 (HSP)Menulis3.0 (HSP)

3. KEMAHIRAN BERFIKIR

Pilih dan catatkan KB (KBKK) yang bersesuaian.Contohnya Membuat ramalan, Menjana idea

4. OBJEKTIF

Objektif Tingkah Laku / Objektif Eksplisit :( Kemahiran + Tajuk )

Objektif KB (KBKK) :( KB/KBKK + Tajuk )

5. PENYERAPAN NILAI

Pilih dan catatkan nilai-nilai murni yang bersesuaian dengan tajuk dan kemahiran

6. PENGETAHUAN SEDIA ADA

Kaitkan dengan pengalaman dari sudut Bahasa Melayu dan tingkah laku murid.

7. BAHAN BANTU MENGAJAR

Catatkan alat dan bahan-bahan yang digunakan sepanjang sesi pengajaran dijalankan.

8. LANGKAH DAN AKTIVITI PENGAJARANBuatkan empat lajur yang mengandungi butiran berikut :Lajur 1:Langkah/MasaLajur 2 :Isi PelajaranLajur 3 :Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran:i.Aktiviti Guruii.Aktiviti MuridLajur 4:Catatan

Catatkan butiran berikut dalam lajur 1:i.Permulaan Pengajaran / Set induksiii.Langkah-langkah pengajaraniii.Aktiviti Pemulihan dan Pengayaaniv.Penutupan Pengajaran

9. REFLEKSICatatkan pendapat/pandangan/komen kendiri tentang pengajaran yang telah dijalankan.

10. ULASAN PENSYARAH/GURU PEMBIMBINGSediakan ruangan untuk catatan pensyarah/guru pembimbing.

11. LAMPIRANLampiran perlu dilekatkan pada halaman berikut.

FORMAT MENULIS PERSEDIAAN MENGAJAR

Tarikh:Masa:Kelas:Bilangan Murid:Umur:Mata Pelajaran:Tajuk:Kemahiran :KB (KBKK) :Objektif Eksplisit:Objektif KB:Penyerapan Nilai:Pengetahuan Sedia Ada: Bahan Bantu Mengajar:

Langkah/MasaIsi PelajaranAktiviti P & PCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi( 5 minit )

Langkah I( 10 minit )

Langkah IV( 15 minit )

Pemulihan/Pengayaan( 10 minit )

Penutupan( 5 minit )

RefleksiUlasan Pensyarah/Guru Pembimbing/Rakan SebayaLampiran-lampiran (pada halaman berikutnya)KAEDAH PENULISAN PERSEDIAAN MENGAJAR

Catat mengikut format yang telah ditetapkan. Pilih kemahiran berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Pilih tajuk/tema yang sesuai. Tentukan objektif pelajaran :( Objektif = Kemahiran + Tajuk ) Rancang strategi dan aktiviti yang sesuai untuk mencapai objektif yang telah ditentukan (mengikut kumpulan). Sediakan alat dan bahan bantu mengajar (ABBM) Sediakan soalan-soalan untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ( P & P ). Langkah-langkah P & P mestilah menuju ke arah pencapaian objektif pelajaran. Tatabahasa, aspek-aspek bahasa, nilai-nilai murni, dan kemahiran berfikir (KB) perlu disisipkan dalam mana-mana langkah yang sesuai. Penutupan merupakan rumusan atau kesimpulan tentang apa yang telah disampaikan.

PEMILIHAN KEMAHIRAN

Strategi penggabungjalinan :( lisan + membaca + menulis ) Rujuk Huraian Sukatan Pelajaran.Mendengar dan bertutur1.0 (HSP)Membaca2.0 (HSP)Menulis3.0 (HSP) Kemahiran-kemahiran yang dipilih berkaitan antara satu kemahiran dengan kemahiran yang lain. Kemahiran perlu difahami dan dapat dihuraikan dalam langkah-langkah P & P dengan pelbagai aktiviti yang sesuai dan berkesan. Aktiviti P & P mestilah sesuai dengan kemahiran yang dipilih selain objektif pelajaran yang telah ditetapkan.

MENULIS OBJEKTIF P & P

Objektif hendaklah : dinyatakan secara eksplisit (boleh diukur dan dilihat); dinyatakan dalam bentuk tingkah laku; diberi syarat / keadaan tingkah laku boleh dilaksanakan; boleh diterima; dan menjawab soalan-soalan :

apa:pengetahuan bahasa yang akan murid peroleh

berapa:bilangan perkara/aspek pengetahuan khusus yang akan murid peroleh

siapa:murid

kemahiran/cara:lisan, menulis atau membaca

bila:pada akhir pelajaran/langkah/sesi pengajaran

TAFSIRAN KEMAHIRAN UNTUK PENULISAN OBJEKTIF

Perkataan atau frasa yang menunjukkan kemahiran atau perlakuan perlu diubah kepada perkataan yang lebih bersifat eksplisit.Contoh :

Lisan:menyatakan/menyebut/menuturkan/ bertutur secara lisan

Membaca:perbuatan/aksi menuturkan/bertutur/ ditutur/dibaca secara lantang (berbunyi)

menulis:melakukan pergerakan tangan/ menulis bentuk tulisan/menulis

KATA KERJA UNTUK OBJEKTIF TINGKAH LAKU

menulis menyatakan

mendeklamasi menceritakan

mengenal pasti menyoal

menerangkan menghuraikan

membina melukis

menyenaraikan melaporkan

menjelaskan mencatat

menamakan membezakan

membaca menyalin

membunyikan mendengar

menyusun mengisi

mengarang mengimlak

membidas mengecam

mengeja membuat ramalan

merujuk mencari dan mengumpul

KB / KBKK

Pilih satu Kemahiran Berfikir (KB) atau Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) yang berkaitan dengan tajuk atau tema pelajaran. KB/KBKK dilaksanakan dalam salah satu daripada langkah P & P.

PENYERAPAN NILAI

Antara satu hingga dua nilai dalam satu sesi pengajaran. Terdapat pelbagai nilai yang boleh dipilih bersesuaian dengan tajuk pengajaran terdapat di bahagian belakang SP atau HSP. Nilai yang dirancang terdapat dalam petikan. Sebaik-baiknya penyerapan nilai bersifat ekspilisit dan dilaksanakan dalam mana-mana langkah yang sesuai. Contoh-contoh berkaitan denag nilai dicatat dalam ruangan isi pelajaran. Nilai yang tidak dirancang.

PENGAJARAN TATABAHASA

Dilaksanakan secara terancang : disisipkan dalam mana-mana langkah P & P; atau dalam satu waktu ( 30 minit ) berasingan. Aktiviti dijalankan : Murid membaca petikan; Perbincangan petikan; Guru timbulkan (dalam konteks) aspek tatabahasa yang hendak disampaikan. Aktiviti untuk pencapaian objektif. Latihan untuk kemahiran dan latihan tatabahasa.

PERMULAAN PENGAJARAN

Dikenali juga sebagai induksi set (Set induction) Matlamat utama untuk menarik perhatian murid dan menimbulkan situasi yang boleh membuka kemahuan murid untuk menerima pengajaran yang akan disampaikan. Aktiviti padat, ringkas dan tidak membuang masa. Mempunyai pertalian dengan pengajaran yang akan disampaikan tetapi bukannya tepat kepada tajuk. Cara penyampaian untuk menimbulkan rangsangan : Memaparkan gambar/carta/poster Memperdengarkan rakaman audio Soal jawab ringkas berkaitan pengetahuan sedia ada Bercerita secara ringkas Mengcungkil pendapat/idea murid berkaitan tajuk Lakonan ringkas Melakukan aktiviti simulasi/asimilasi/main peranan Demonstrasi ringkas

LANGKAH-LANGKAH P & P

Berperingkat-peringkat dari mudah kepada sukar. Terdapat kesinambungan di antara langkah. Aktiviti dalam setiap langkah perlu diselesaikan/ dilengkapkan. Langkah P & P menuju ke arah pencapaian objektif dan sesuai dengan kemahiran. Aktiviti dipelbagaikan. Aktiviti berpusatkan murid. Aktiviti bagi penilaian objektif mengikut kebolehan murid.

AKTIVITI GURU

Melakukan demonstrasi Memberi arahan Menerangkan Menghurai Membuat penjelasan Membimbing Memberi contoh Menyoal Menunjuk Memberi galakan Memaparkan alat bantu mengajar Memain pita kaset

aktiviti murid

Menjawab soalan guru Bertanya Membuat demonstrasi Berbincang Berlakon Membaca Menulis Mencatat Melukis Melakar Membuat kesimpulan Menghujah Berbahas Berpantun Bercerita

MENULIS REFLEKSI

Proses mengkaji semula keberkesanan P & P oleh guru pelatih untuk mempertingkat kemahiran keguruan. Hendaklah dibuat selepas setiap sesi pengajaran. Pengisian seperti membincangkan : Sejauh manakah objektif P & P tercapai? Apakah langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk memperbaiki pengajaran? Apakah faktor-faktor yang dapat membantu ........ ? Panduan penulisan : Apakah perasaan saya tentang pengajaran .........? Adakah pembelajaran telah berlaku? Bagaimanakah saya tahu pembelajaran itu berlaku atau tidak? Adakah saya menggalakkan murid-murid saya berfikir secara kritis dan kreatif? Kalau ada, apakah yang telah saya buat? Kalau tidak ada, mengapa? Meneliti maklum balas tentang P & P dari pelbagai sumber seperti murid, rakan sejawatan, guru pembimbing, guru besar, dan pensyarah penyelia.PERSEDIAAN MENGAJAR BAHASA MELAYU

Tarikh:1 April 2013

Masa:1 jam ( 8:45 - 9:45 pagi )

Kelas:Tahun 4 Cerdas

Bilangan Murid:35 orang

Umur:10 tahun

Mata Pelajaran:Bahasa Melayu

Tajuk: Belajar di Bawah Tiang Lampu

Kemahiran :

1.42Melengkapkan pernyataan lisan yang diberi supaya menjadi cerita pendek.2.23Menyesuaikan kadar dan nada membaca dari pelbagai bahan seperti cerita, keterangan, puisi, lakonan, dialog, ucapan, syarahan, perbahasan dan perutusan.3.38Menulis jawapan kefahaman berdasarkan bahan bacaan yang dibaca.

KB/KBKK:Membuat ramalan

Objektif Eksplisit:

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid dapat :Kumpulan A dan B : Melengkapkan pernyataan lisan yang diberi sehingga menjadi sebuah cerita pendek. Membaca petikan dialog bertajuk Belajar di Bawah Tiang Lampu dengan kadar dan nada yang sesuai. Menulis jawapan kefahaman berdasarkan petikan dialog bertajuk Belajar di Bawah Tiang Lampu.Kumpulan C : Melengkapkan pernyataan lisan menggunakan ayat-ayat mudah sehingga menjadi sebuah cerita pendek dengan bimbingan guru. Membaca petikan dialog bertajuk Belajar di Bawah Tiang Lampu dengan bimbingan guru. Menulis jawapan kefahaman berdasarkan petikan dialog bertajuk Belajar di Bawah Tiang Lampu.

Objektif KB/KBKK:Membuat ramalan berdasarkan situasi yang diberi.

Penyerapan Nilai:Rajin / Kesungguhan

Pengetahuan Sedia Ada:Murid-murid pernah membaca dialog.

Bahan Bantu Mengajar:gambar, pita rakaman, petikan dialog, papan kapur mini, lut sinar, OHP, radio kaset

35Renungan Praktikum

Nordin Tahir/JIP/IPGKI

LANGKAH/ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

MASAAKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Induksi Set8.45-850( 5 minit )1.Lagu Rajin Adik Rajin( seperti Lampiran )

2.Soalan-soalani. Apakah yang mesti kamu lakukan?ii. Mengapakah kamu perlu belajar?iii. Apa yang akan berlaku sekiranya kamu malas belajar?1.Guru memperdengar-kan rakaman lagu dan meminta murid menyanyi bersama.

2.Guru bersoal jawab dengan murid.1.Murid mendengar lagu dengan teliti dan menyanyi.

2.Murid menjawab soalan-soalanBBM : pita rakaman radio kaset

Nilai : rajin belajar

KBT : KMD

Langkah 1Amir berjalan menuju ke jalan raya di Desa Beruntung. Apabila sampai di sebatang tiang lampu jalan, Amir duduk di situ ...

8:50-9:00( 5 minit )1.Pernyataan lisan

1.Guru memulakan cerita secara lisan dan meminta murid menyambung pernyataan lisan tersebut sehingga menjadi sebuah cerita pendek.1.Murid mendengar pernyataan lisan yang diberi sehingga menjadi sebuah cerita pendek.( Seorang murid hanya membina satu ayat. Murid lain menyambung ayat yang didengarinya.)Kem. 21.6(lisan)

LANGKAH/ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

MASAAKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Langkah II9:00-9:10( 10 minit )1.Petikan dialog Belajar di Bawah Lampu Jalan.( seperti Lampiran )

2.Gambar Cikgu Jaafar dan Amir

3.Isi-isi penting cerita : Cikgu Jaafar balik dari masjid. Beliau terjumpa dengan Amir yang sedang duduk di bawah tiang lampu. Cikgu Jaafar sangka yang Amir lari dari rumah. Sebenarnya Amir membaca buku kerana di rumahnya ibu bapanya selalu bertengkar. Cikgu Jaafar ingin berjumpa dengan ayah Amir.1.Guru memberi petikan dan meminta murid membaca senyap.

2.Guru meminta murid membaca kuat petikan; guru membimbing murid lemah.

3.Guru meminta murid bercerita tentang dialog yang dibaca berpandu-kan gambar dalam transparensi.1.Murid membaca senyap petikan.

2.Murid membaca kuat petikan dialog dengan kadar dan nada yang sesuai.

3.Beberapa orang murid bercerita dan murid lain mendengar.BBM: petikan dialog transparensi OHP

Kem. 21.23(membaca)

LANGKAH/ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

MASAAKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Langkah III9:10-9:20( 10 minit )1.Lakonan Belajar di Bawah Lampu Jalan.( seperti Lampiran )

Watak : Cikgu Jaafar Amir Ayah Amir Ibu Amir

2.Penyerapan nilai : rajin belajar Amir seorang murid yang rajin belajar. Sifat ini harus dicontohi.1.Guru menyuruh murid berlakon tanpa skrip.

2.Guru berbincang tentang nilai yang terdapat dalam bahan.

1.Murid berlakon watak-watak dalam dialog.

2.Murid berbincang tentang nilai.

Nilai : rajin belajar

LANGKAH/ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

MASAAKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Langkah IV9:20-9:27( 7 minit )Soalan-soalan KB/KBKK :

1.Pada akhir cerita, Cikgu Jaafar menyuruh ayah Amir berjumpa dengannya di sekolah.Pada pendapat kamu, adakah ayah Amir akan datang ke sekolah untuk berjumpa dengan Cikgu Jaafar atau tidak?2.Sekiranya ayah Amir datang berjumpa Cikgu Jaafar, bagaimanakahj kesudahan cerita ini.3.Sekiranya ayah Amir tidak datang, apakah yang akan berlaku seterusnya?1.Guru meminta murid secara kumpulan (pelbagai kebolehan) berbincang soalan-soalan yang diberi.

2.Guru meminta murid mencatat jawapan mereka pada papan kapur mini dan membacanya.

1.Murid berbincang dan membuat ramalan tentang kesudahan cerita.

2.Hasil perbincangan dicatatkan dan dibentangkan.

KB/KBKK : membuat ramalan

BBM : kertas edaran

KBT : KMD

LANGKAH/ISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

MASAAKTIVITI GURUAKTIVITI MURID

Langkah V9:27-9:40( 13 minit )1.Soalan kefahaman :( seperti Lampiran )

1.Guru meminta murid menjawab soalan kefahaman dalam lembaran kerja yang diberi.

1.Murid membuat latihan dalam lembaran kerja.

BBM : kertas edaran

Penutupan9:40-9:45( 5 minit )1.Faedah belajar : dapat ilmu pengetahuan mendapat kejayaan dalam peperiksaan disayangi oleh ibu, bapa, guru, dan rakan-rakan dapat melanjutkan pelajaran dll

2.Lagu Rajin Adik Rajin( seperti Lampiran )1.Guru berbincang dengan murid tentang faedah belajar.

2.Guru menyuruh murid menyanyi beramai-ramai.1.Murid memberi pandanganmereka.

2.Murid menyanyi.

BBM : pita rakaman radio kaset

LAMPIRAN 1

Belajar di Bawah Tiang Lampu

Cikgu Jaafar balik dari masjid selepas menunaikan fardu Isyak. Dia ternampak Amir yang sedang duduk di tepi jalan.

Cikgu Jaafar:Ya Allah, kau rupanya Amir! Apa kau buat di sini? Lari dari rumah, ya?Amir:Sampai hati cikgu tuduh saya yang bukan-bukan.Cikgu Jaafar:Habis, malam-malam di sini ... Ini, dengan buku bersepah-sepah.Amir:Beginilah saya tiap-tiap malam, cikgu. Saya terpaksa belajar di bawah tiang lampu.Cikgu Jaafar:Masya-Allah! Kamu tak ada rumah ke?Amir:Ada cikgu. Tapi, marilah cikgu ikut saya. Nanti cikgu tahulah apa sebabnya saya belajar di bawah lampu.

Dari jauh, sayup-sayup terdengar suara orang bergaduh.

Ayah Amir:Tiap-tiap malam awak ungkit perkara yang sama. Asyik nak ajak saya pindah dari sini.Ibu Amir:Saya bosan duduk di desa, tak ada apa-apa pun nak tengok.Ayah Amir:Hey, ini bukan sebarang desa. Ini Desa Beruntung, desa membangun. Semuanya cukup.Ibu Amir:Saya tak peduli, saya nak pindah ke Kuala Lumpur juga!Amir:Cikgu dengar tu. Hari-hari mereka bertengkar. Kalau kecoh begitu, adik-adik pula menangis. Macam mana saya nak belajar, cikgu. Saya balik dulu.Cikgu Jaafar:Eh, nanti dulu Amir! Esok suruh ayah kamu jumpa cikgu. Ada hal mustahak.Amir:Baiklah cikgu!

LAMPIRAN 2

BAHASA MELAYU

NAMA:TAHUN:4KUMPULAN:A dan B

Baca petikan dialog Belajar di Bawah Lampu Jalan, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

1. Siapakah yang dijumpai oleh Cikgu Jaafar?........................................................................................................................2. Mengapakah Cikgu Jaafar terkejut melihat Amir?........................................................................................................................3. Apakah yang dilakukan oleh Amir?........................................................................................................................4. Mengapakah Amir membaca buku di bawah tiang lampu?........................................................................................................................5. Pada pendapat kamu, bagaimanakah perasaan Amir apabila melihat Cikgu Jaafar?........................................................................................................................

langkah-langkah keberkesanan

Perancangan : Menyediakan rancangan pelajaran jangka panjang; Menyediakan rancangan pelajaran harian dengan teliti dan menyatakan objektif dengan jelas; Memilih kaedah, aktiviti pembelajaran dan teknik penilaian yang sesuai; dan Menggunakan pelbagai jenis bahan pengajaran.

Pengetahuan Tentang Mata Pelajaran

Mengetahui isi kandungan pelajaran dengan baik; Menyampaikan maklumat dengan tepat, memberi fokus kepada tajuk atau perkara yang diajar; menggunakan istilah dan bahasa dengan betul dan berkesan; Mengaplikasikan isi pelajaran yang diajar; dan Menyediakan contoh-contoh yang relevan.

Pengajaran Guru : Menentukan pengajaran guru dipandu oleh objektif-objektif yang hendak dicapai; Menjadikan pengajaran relevan kepada murid; Menghuraikan kosep-konsep dengan teratur dan jelas; Mengadakan pelbagai prosedur dan teknik; Menggunakan pelbagai bahan pengajaran; Menyampaikan pengajaran mengikut peringkat kebolehan murid; Merancang langkah-langkah bagi meningkatkan pembelajaran murid; Menentukan penglibatan pelajar secara aktif dan bukannya pasif; Mengembangkan kebolehan anda untuk menjadikan pelajaran menarik minat murid; dan Mengembangkan kemahiran dan kebolehan menyeluruh dalam pengajaran guru.

Kawalan Bilik Darjah

Mempunyai pengetahuan tentang dasar sekolah dan mematuhinya; Memastikan tindakan kawalan dijalankan secara munasabah; Membantu murid supaya menyedari pertalian antara kebebasan dan tanggungjawab; Memberi pertimbangan kepada perbezaan individu; Mengatasi masalah yang dihadapi murid dengan kaedah kaunseling; Mengenal pasti masalah-masalah tingkah laku individu dan kumpulan yang menggangu suasana bilik darjah; Bersikap sabar dan berusaha memperbaiki masalah yang dihadapi oleh murid dangan bijaksana; Memberi layanan yang berpatutan dan rawatan psikologi kepada murid yang menghadapi masalah; Menunjukkan ketegasan terhadap arahan-arahan supaya dipatuhi murid; dan Memberi kerja rumah yang bersesuaian dengan pengajaran dan pembinaan kemahiran kepada murid.

Sikap Terhadap Murid

Menghormati hak murid; Memainkan peranan sebagai pendorong dan pembimbing dalam pembelajaran murid; Membantu murid supaya mempunyai konsep diri yang positif dengan memberi ganjaran/pujian; Membantu murid mengembangkan potensinya; dan Menunjukkan kesungguhan dan keikhlasan membantu murid memajukankan pelajaran mereka.

Personaliti Guru

Pengajaran mudah difahami, jelas dan berkesan. Pastikan pertuturan dan penulisan boleh difahami; Memberi arahan dengan jelas, ringkas, dan tepat; Menggunakan bahasa lisan dan tulisan yang betul dan sesuai dengan situasi pengajaran; Memastikan komunikasi dilakukan secara menyeluruh dengan setip murid; dan Menunjukkan keazaman dan minat terhadap pelajaran murid dengan penyediaan yang lengkap dan pengajaran yang cekap.

Penilaian Murid

Menggunakan pelbagai teknik penilaian yang sesuai; Menggunakan hasil penilaian untuk memperbaiki pembelajaran murid dan pengajaran guru; dan Mengadakan keutamaan penilaian yang realistik.

Kebolehan Menyesuaikan Diri dan Mencapai Kematangan Peribadi

Menukar rancangan pengajaran, jika perlu; Mengamalkan sikap yang wajar dalam situasi bilik darjah; Membuat penyesuaian untuk mengatasi situasi luar biasa; Menerima kritikan yang membina dan berusaha memperbaiki kelemahan diri; Menghadapi sebarang masalah pengajaran yang tidak dijangkakan dengan sabar dan tenang; Menunjukkan ketekunan dan daya usaha apabila menghadapi masalah pengajaran; dan Menunjukkan sifat ramah dalam hubungan anda dengan guru-guru yang lain.