Presentation1

7
Taktik Umum Permainan seseorang pemain haruslah bersedia untuk mengubah corak permainan jika ketinggalan mata, sebaliknya, seseorang pemain tidak perlu mengubah corak permainannya sekiranya mata mendahului pihak lawan. setiap pemain haruslah mengetahui bahawa, pemain itu mesti mengejar bulu tangkis dan bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya. Pukul bulu tangkis pada titik pukulan paling tinggi. memudahkan seorang pemain dapat membalas dengan secepat yang mungkin sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak sempat untuk bertindak kembali. seseorang pemain haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.

description

taktik permainan badminton

Transcript of Presentation1

Page 1: Presentation1

Taktik Umum Permainan

• seseorang pemain haruslah bersedia untuk mengubah corak permainan jika ketinggalan mata, sebaliknya, seseorang pemain tidak perlu mengubah corak permainannya sekiranya mata mendahului pihak lawan.

• setiap pemain haruslah mengetahui bahawa, pemain itu mesti mengejar bulu tangkis dan bukan menunggu bulu tangkis menuju kepadanya. Pukul bulu tangkis pada titik pukulan paling tinggi.

• memudahkan seorang pemain dapat membalas dengan secepat yang mungkin sehingga mengakibatkan pihak lawan tidak sempat untuk bertindak kembali.

• seseorang pemain haruslah menguasai sepenuhnya gelanggang untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.

Page 2: Presentation1

Servis

terdapat dua jenis servis:-

i. servis tinggi

ii. servis rendah

Page 3: Presentation1

menggunakan servis tinggi kerana bulu tangkis yang dipukul akan jatuh paling hampir dengan bahagian belakang gelanggang.

taktik yang sesuai digunakan untuk melakukan servis ialah, seseorang pemain haruslah berdiri pada kedudukan yang paling hampir dengan garisan tengah dan kira-kira lima kaki berada di belakang garisan depan.

Page 4: Presentation1

Smash

smash digunakan untuk menamatkan satu rali atau untuk memaksa pemain lawan melakukan pukul balik yang lemah dan kemudian menamatkan rali.

Pukul tinggi yang berkesan mungkin akan mengakibatkan pukul balik yang lemah dan boleh dimatikan dengan smash.

Pemain itu juga mengambil masa yang lebih panjang untuk mengatur posisi bagi pukulan yang seterusnya selepas satu smash dilakukan berbanding dengan pukulan jenis lain.

Pukulan-pukulan smash biasanya diarahkan ke garisan-garisan tepi dan jauh daripada pemain.

Pergerakan ini memerlukan kekuatan kaki yang kuat, masa yang baik dan imbangan yang sempurna semasa mendarat supaya boleh bergerak untuk mengambil pukulan yang seterusnya.

Page 5: Presentation1

Permainan Beregu (double)

Permainan beregu adalah lebih kompleks berbanding dengan perseorangan kerana ia memerlukan tindak balas yang lebih pantas dan memerlukan jangkaan terhadap apa yang pasangan kita dan lawan kita akan lakukan.

Kerjasama di antara pasangan adalah penting dengan kedua-dua pasangan tersebut boleh memilih untuk bermain dalam posisi masing-masing yang lebih baik dan kuat.

Seorang pemain juga boleh membantu pasangannya dalam posisi atau pukulannya yang lemah.

Page 6: Presentation1

Taktik asas permainan beregu

• Jangan menunggu bulu tangkis datang tetapi harus bergerak ke arah bulutangkis.• Pukul bulu tangkis pada titik pukulan yang paling tinggi.• Ambil inisiatif untuk menyerang dan mengawal keseluruhan keadaan.• Komunikasi di antara pasangan

• Cuba tukar permainan tahanan kepada serangan secepat mungkin.

Page 7: Presentation1

Tiang

Tiang-tiang hendaklah tingginya 1.55 meter dari permukaan gelanggang.

Sekiranya tiang-tiang tidak berada di garis-garis sempadan tepi, maka hendaklah diusahakan satu cara untuk menunjukkan letaknya garis sempadan tepi di mana garis itu lalu di bawah jaring, misalnya dengan menggunakan tiang nipis atau jalur bahan, lebarnya 40mm yang dipasangkan pada garis sempadan tepi dan naik tegak ke tali jaring.

Pada gelanggang yang ditandakan untuk beregu, tiang-tiang atau jalur-jalur bahan itu hendaklah diletakkan di garis sempadan tepi untuk beregu, tidak kirasama ada permainan perseorangan atau beregu yang dimainkan.