Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

9
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT (YEE 7101) KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM 2011 PENDAHULUAN Aktiviti kokurikulum untuk pelajar Tingkatan Enam menjurus ke arah pemupukan kepimpinan dan elemen perkhidmatan (Program Khidmat Masyarakat). Pelajar didedahkan dengan amalan kepimpinan yang berasaskan sumber autentik. Melalui Program Khidmat Masyarakat pula, para pelajar terlibat secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti/masyarakat setempat dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari dalam bilik darjah. Pada akhirnya, pelajar Tingkatan Enam yang menjalani aktiviti kokurikulum yang dirancang sebegitu rupa dapat menggilap bakat kepimpinan sebagai bekal kehidupan hari muka. PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM 1.1 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 diasingkan dengan Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 1-5. 1.2 Guru Kokurikulum Tingkatan Enam akan menguruskan semua urusan berkaitan dengan Kokurikulum Tingkatan 6. 1.2.1 Pelajar Tingkatan 6 menganggotai aktiviti kokurikulum yang berasingan dengan aktiviti kokurikulum Tingkatan 1-5. 1.2.2 Pelajar Tingkatan 6 akan mempunyai kelab/persatuan/permainan dan pasukan beruniform sendiri. Semua Pelajar Tingkatan 6 terlibat dengan aktiviti kokurikulum. 1.2.3 Aktiviti Persatuan Tingkatan Enam akan dilaksanakan pada waktu Kokurikulum dalam jadual waktu persekolahan pada setiap hari Jumaat. 1.2.4 Aktiviti Unit Beruniform akan dijalankan pada waktu Kokurikulum dalam jadual waktu persekolahan

description

Program KoKurikulum Tingkatan Enam

Transcript of Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

Page 1: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KAPIT (YEE 7101)KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM 2011

PENDAHULUAN

Aktiviti kokurikulum untuk pelajar Tingkatan Enam menjurus ke arah pemupukan

kepimpinan dan elemen perkhidmatan (Program Khidmat Masyarakat). Pelajar

didedahkan dengan amalan kepimpinan yang berasaskan sumber autentik. Melalui

Program Khidmat Masyarakat pula, para pelajar terlibat secara berkumpulan dalam

aktiviti sekolah dan komuniti/masyarakat setempat dalam bentuk projek atau kajian

yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti dengan

mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari

dalam bilik darjah. Pada akhirnya, pelajar Tingkatan Enam yang menjalani aktiviti

kokurikulum yang dirancang sebegitu rupa dapat menggilap bakat kepimpinan

sebagai bekal kehidupan hari muka.

PENGURUSAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM1.1 Pengurusan Kokurikulum Tingkatan 6 diasingkan dengan Pengurusan

Kokurikulum Tingkatan 1-5.

1.2 Guru Kokurikulum Tingkatan Enam akan menguruskan semua urusan berkaitan

dengan Kokurikulum Tingkatan 6.

1.2.1 Pelajar Tingkatan 6 menganggotai aktiviti kokurikulum yang berasingan dengan

aktiviti kokurikulum Tingkatan 1-5.

1.2.2 Pelajar Tingkatan 6 akan mempunyai kelab/persatuan/permainan dan pasukan

beruniform sendiri. Semua Pelajar Tingkatan 6 terlibat dengan aktiviti

kokurikulum.

1.2.3 Aktiviti Persatuan Tingkatan Enam akan dilaksanakan pada waktu

Kokurikulum dalam jadual waktu persekolahan pada setiap hari Jumaat.

1.2.4 Aktiviti Unit Beruniform akan dijalankan pada waktu Kokurikulum dalam

jadual waktu persekolahan pada setiap hari Rabu minggu 1 dan 2

sementara Aktiviti Senaman Kecergasan pada setiap hari Rabu minggu 3

dan Aktiviti Sukan dan Permainan minggu 4.

1.2.5 Pelajar Tingkatan 6 boleh dilantik sebagai Jurulatih/Pengadil

Permainan/Pengadil Sukan Sekolah.

1.3 Guru Kokurikulum Tingkatan 6 akan menguruskan aktiviti/ penilaian Markah

Kokurikulum pelajar Tingkatan 6 dengan bantuan Guru Tingkatan 6.

1.3.1 Guru Kelas Tingkatan Enam akan menyemak/mengumpul/memastikan pelajar

yang memasuki Tingkatan 6 Rendah mempunyai rekod markah Kokurikulum di

Page 2: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

peringkat SPM (Tingkatan 5). Salinan markah kokurikulum tersebut perlu

disemak dan disimpan dengan baik.

1.3.2 Markah Kokurikulum Tingkatan 5 tersebut akan dicampur dengan markah

kokurikulum semasa pelajar berada di Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas. Purata

markah Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 akan diambil kira bagi memenuhi syarat

keperluan Markah 10% Permohonan ke IPTA.

1.3.3 Guru Kokurikulum Tingkatan Enam perlu bekerjasama dengan Penolong Kanan

Kokurikulum bagi menyelaraskan aktiviti kokurikulum sekolah.

1.4 Senarai nama ahli dan AJK persatuan/kelab/permainan dan unit beruniform akan

disediakan untuk difailkan dalam Folio Kokurikulum.

1.5 Guru Tingkatan Enam juga terlibat dengan aktiviti Sukan Tahunan / Aktiviti

Merentas Desa peringkat sekolah.

1.4 Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian dengan persetujuan

Pengetua.

MAJLIS PERWAKILAN KOKURIKULUM TINGKATAN ENAM

Penasihat:En. Manggi @ Manggie ak Nyegang (Pengetua)

Pn. Ana Rantai (GPK Tingkatan Enam)

Penyelaras:En. Teoh Say Beng (Guru KK Tingkatan Enam)

Ahli-ahli:En. Lim Hok HinEn. Douglas Suji

Pn. Syarizatul Zarida Bt. ZakariaPn. Siti Khatizah Bt. Abdul Wahid

En. Nyangun Suring

Page 3: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

PENGAGIHAN TUGAS KOKURIKULUM GURU-GURU TINGKATAN ENAM DG44

PERSATUAN / KELAB

Persatuan / Kelab Penasihat:

Persatuan Tingkatan Enam Pn Siti Khatizah Bt. Abdul Wahid (K) En. Douglas Suji

SUKAN DAN PERMAINAN

Persatuan / Kelab Penasihat:

Badminton & Senaman Kecergasan Pn. Syarizatul Zarida Bt. Zakaria (K) En. Nyangun Suring

Olahraga & Senaman Kecergasan Pn Siti Khatizah Bt. Abdul Wahid (K)En. Lim Hok Hin

Bola Sepak / Futsal & Senaman Kecergasan En. Douglas Suji (K)

UNIT BERUNIFORM

Unit / Pasukan Penasihat:

Pengakap Kelana Pn. Syarizatul Zarida Bt. Zakaria (K)

Kadet Remaja Sekolah En. Nyangun Suring (K)

Kadet Polis En. Teoh Say Beng (K)

PBSM En. Lim Hok Hin (K)

Page 4: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

BIDANG TUGAS GURU PENASIHAT:

1. Merancang dan menyediakan Program Tahunan.

2. Mendaftar keahlian dalam kalangan pelajar-pelajar menggunakan

Borang Permohonan Keahlian semasa Meyuarat Penubuhan.

3. Mengadakan Mesyuarat Agung Penubuhan dan melantik Jawatankuasa

pengurusan dalam kalangan pelajar-pelajar dan menghantar satu salinan

Minit Mesyuarat serta senarai Jawatankuasa kepada Penyelaras Kokurikulum

Tingkatan Enam satu minggu selepas mesyuarat.

4. Mengadakan dan mengendalikan Mesyuarat Jawatankuasa kecil sekurang-

kurangnya satu kali setiap separuh tahun.

5. Menyelia, mengurus dan mengendalikan semua aktiviti yang dirancang pada masa

aktiviti yang dijadualkan.

6. Merekod kehadiran semua murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

a. Kehadiran minimum setahun bagi pelajar Tingkatan Enam Atas: - Pasukan Badan Beruniform = 18 kali - Kelab / Persatuan = 12 kali - Latihan Rumah Sukan = 12 kali (jika ada) - Latihan Kelab Permainan = 18 kali

b. Kehadiran minimum setahun bagi pelajar Tingkatan 6 Rendah: - Pasukan Badan Beruniform = 10 kali

- Kelab / Persatuan = 6 kali - Latihan Rumah Sukan = 6 kali (jika ada)

- Latihan Kelab Permainan = 6 kali

7. Memastikan laporan kegiatan mingguan dihantar salinan kepada penyelaras

kokurikulum tiga hari selepas aktiviti.

8. Menyediakan satu laporan tahunan yang lengkap dan dihantar kepada Guru

Penolong Kanan Kokurikulum pada akhir bulan Oktober.

9. Memastikan surat kebenaran penjaga diedarkan kepada pelajar-pelajar sebelum

aktiviti luar sekolah dijalankan.

10. Mengurus dan menyimpan segala rekod penglibatan, pencapaian dan salinan

sijil penghargaan murid dalam aktiviti luar.

11. Memastikan segala urusan surat-menyurat berkaitan kegiatan kokurikulum

berjalan lancar.

12. Memastikan semua aktiviti berjalan sebagaimana kurikulum dan perancangan

tahunan yang disediakan.

13. Menyediakan laporan untuk penyediaan sijil kokurikulum pelajar-pelajar pada

akhir tahun, khasnya kelas peperiksaan awam.

14. Menyelaras dan mengurus penyertaan pelajar-pelajar dalam pertandingan

peringkat daerah, negeri dan seterusnya.

Page 5: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

PENERANGAN MENGENAI PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Latar belakang:Khidmat masyarakat ialah komponen aktiviti kokurikulum yang memerlukan penglibatan pelajar secara berkumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti / masyarakat setempat. Penglibatan ini ialah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Konsep Khidmat Masyarakat:Melalui Khidmat Masyarakat ini, pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Dengan ini, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi sumbangan kepada sekolah dan masyarakat. Pelajar dikehendaki menjalankan khidmat masyarakat di luar waktu persekolahan.

Fokus Penilaian:Khidmat masyarakat berdasarkan projek kumpulan bagi membantu pihak sekolah atau komuniti / masyarakat setempat.

Tujuan Penilaian:Penilaian Khidmat Masyarakat bertujuan untuk menilai sejauh manakah pelajar dapat

Mengapplikasikan pengetahuan, kemahiran dan norma serta nilai positif yang di pelajari secara pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah

Melibatkan diri secara praktikal dan secara langsung sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab

Pengendalian Khidmat Masyarakat Matlamat

Turut memberi sumbangan kepada kebajikan sekolah Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap

sekolah, masyarakat dan negara

Proses Penilaian:Proses penilaian Khidmat Masyarakat merangkumi tiga elemen penilaian

Penilaian secara pemerhatian Refleksi diri Laporan

Penilaian Secara Pemerhatian:Pemerhatian merupakan satu proses penilaian yang merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai serta norma di luar bilik darjah.

1. Pemerhatian dilakukan secara tidak formal bermula daripada proses perancangan, kerja amali sehingga pembentangan laporan.

2. Pemerhatian boleh dilakukan secara berperingkat melalui pembentukan ahli jawatan kuasa dan senarai tugas dan pelaksanan projek.

3. Pemerhatian dilakukan untuk menilai pencapaian terbaik pelajar.

Refleksi Diri  Penilaian Refleksi Diri dilakukan berdasarkan borang refleksi diri mengikut

kriteria yang ditetapkan oleh guru.

Page 6: Program KK Tingkatan Enam 2011 SMK Kapit

Segala kerjasama tuan/puan amat dihargai bagi menjayakan aktiviti kokurikulum Tingkatan Enam ini.

Disediakan oleh:

(TEOH SAY BENG)GURU KOKURIKULUM TINGKATAN ENAMSMK KAPIT

Disahkan oleh:

(ANA ANAK RANTAI)PENOLONG KANAN TINGKATAN ENAMSMK KAPIT

Diluluskan

(MANGGI @ MANGGIE ANAK NYEGANG)PENGETUASMK KAPIT

SUMBER RUJUKAN:

http://kokurikulumf6smkts.blogspot.com/

http://www.smkkgv.edu.my/kokurikulum/tingkatan6.html

http://teach2u4u.blogspot.com/2010/11/kokurikulum-tingkatan-6-smk-penanti.html

http://teach2u4u.blogspot.com/search?updated-min=2010-01-

01T00:00:00%2B08:00&updated-max=2011-01-01T00:00:00%2B08:00&max-

results=6

http://www.smktar.edu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=211&Itemid=155