Projek litar elektro

5
Projek litar elektronik Sistem Pembersih Tangan Otomatik (SPTO) Projek SPTO adalah satu lingkaran sistem untuk kemudahan pembersihan tangan secara mudah atau otomatik. Sistem ini merangkumi empat litar gabungan dan menjadi satu sistem litar lengkap yang boleh beroperasi secara sistematik. Secara asasnya ditunjukkan blok seperti di bawah: Antara litar penting yang menjadikan keseluruhan litar ini berfungsi adalah: 1. litar pemancar infra merah sebagai pemancar isyarat 2. litar penerima inframerah sebagai penerima isyarat inframerah dari litar pemancar 3. litar pemasa sebagai pemasa untuk litar lanjutan 4. litar lanjutan seperti litar motor pam dan litar pengering. Keempat-empat litar di atas digabungkan menjadi satu sistem lengkap dan menghasilkan SPTO. SPTO ini mengandungi sistem air paip otomatik, sistem sabun tangan otomatik dan sistem pengering tangan otomatik. Ketiga-tiga sistem rangkaian ini digabungkan ke dalam satu sistem SPTO. Di bawah ini adalah senarai litar asas sebelum digabungkan: Litar ini ditunjukkan satu persatu dan dibuat analisa sebelum digabungkan menjadi satu litar lengkap. Penggunaan litar bekalan kuasa yang mengagihkan voltan yang berbeza bagi setiap litar walaupun kesemua litar ini telah digabungkan. Bekalan kuasa diambil dari punca AC dari transformer 12 volt yang mempunyai penyambungan ke bumi bagi menjamin keselamatan litar pintas.

Transcript of Projek litar elektro

Page 1: Projek litar elektro

Projek litar elektronikSistem Pembersih Tangan Otomatik (SPTO)

Projek SPTO adalah satu lingkaran sistem untuk kemudahan pembersihan tangan secara mudah atauotomatik. Sistem ini merangkumi empat litar gabungan dan menjadi satu sistem litar lengkap yangboleh beroperasi secara sistematik. Secara asasnya ditunjukkan blok seperti di bawah:

Antara litar penting yang menjadikan keseluruhan litar ini berfungsi adalah:

1. litar pemancar infra merah sebagai pemancar isyarat2. litar penerima inframerah sebagai penerima isyarat inframerah dari litar pemancar3. litar pemasa sebagai pemasa untuk litar lanjutan4. litar lanjutan seperti litar motor pam dan litar pengering.

Keempat-empat litar di atas digabungkan menjadi satu sistem lengkap dan menghasilkan SPTO.SPTO ini mengandungi sistem air paip otomatik, sistem sabun tangan otomatik dan sistem pengeringtangan otomatik. Ketiga-tiga sistem rangkaian ini digabungkan ke dalam satu sistem SPTO.

Di bawah ini adalah senarai litar asas sebelum digabungkan:

Litar ini ditunjukkan satu persatu dan dibuat analisa sebelum digabungkan menjadi satu litar lengkap.Penggunaan litar bekalan kuasa yang mengagihkan voltan yang berbeza bagi setiap litar walaupunkesemua litar ini telah digabungkan. Bekalan kuasa diambil dari punca AC dari transformer 12 voltyang mempunyai penyambungan ke bumi bagi menjamin keselamatan litar pintas.

Page 2: Projek litar elektro

Litar Pemancar Inframerah

Litar pemancar inframerah ini menggunakan lapan komponen elektronik dan IC 555 adalah komponenutama intuk litar ini. IC 555 adalah IC pemasa di mana ia menghasilkan satu denyutan frekuensi padakaki 3 pin IC tersebut. Keluaran frekuensi yang terhasil akan dipancarkan melalui LED IR ini. C1 danR2 adalah penentu nilai frekuensi yang terhasil. D1 adalah diod yang berfungsi sebagai penerus voltanmasuk dan mengelakkan berlakunya voltan pincang semasa penyambungan bekalan kuasa.

Litar Penerima Inframerah

Page 3: Projek litar elektro

Litar penerima inframerah ini boleh mengesan kehadiran mana-mana pancaran inframerah termasukalat kawalan jauh untuk tv. Komponen utama adalah IC 741 iaitu IC OP-AMP. Isyarat yang diterimaoleh diod foto akan di bawa masuk melalui pin 2 IC 741. Kepekaan penerimaan oleh diodfoto bolehdikawal melalui perintang bolehubah 100K. Isyarat yang diterima dibesarkan dan keluar melalui pin 6untuk melalui transistor C945 seterusnya menghidupkan geganti atau relay. Transistor berfungsisebagai penguat voltan untuk menghidupkan geganti. LED digunakan sebagai penunjuk kepada litarini sedang beroperasi.

Litar Pemasa

Litar pemasa ini menggunakan IC timer 555. Apabila suis ditekan sekali, relay akan ON selama masayang ditetapkan dan ditentukan dengan mengubah VR 1M. VR digunakan untuk mengubah masauntuk relay ON. Jika tidak memerlukan VR, perintang R1 dan kapasitor C perlu nilai tertentu untukmenentukan nilai yang dikehendaki. Semakin bertambah nilai Farad kapasitor C dan Ohm perintangR1, semakin lama masa geganti tersebut ON. LED akan menyala sekiranya geganti ON dan padamsekiranya geganti OFF. Suis yang digunakan adalah jenis tekan hidup (push-on-button).

Kesemua litar di atas digabungkan beserta dengan litar bekalan kuasa. Litar-litar tersebut menjadi satulitar lengkap dan sistematik.

Page 4: Projek litar elektro

Litar-litar setelah digabungkan.

Litar gabungan ini digunakan untuk sistem air basuhan otomatik, sistem sabun otomatik dan sistempengering tangan otomatik. Bermakna untuk keseluruhan sistem ini, memerlukan tiga litar gabunganyang sama. Perbezaan adalah set masa yang tertentu bagi setiap sistem berasingan. Bermakna jumlahmasa untuk air mengalir mungkin 10 saat. Lain pula untuk sistem sabun mengambil masa 2 saat dan15 saat untuk sistem pengering tangan.

Ikut aturannya, kita memulakan dengan mengambil sedikit sabun dan kemudian membasuh denganair. Setelah itu tangan dikeringkan dengan dryer automatic. Kesemua proses ini berjalan dengan lancartanpa sebarang sentuhan. Alat berfungsi dengan mengesan kehadiran tangan manusia sebagai objek

Page 5: Projek litar elektro

dan target utama. Penggunaan air dan arus elektrik tidak menyebabkan penggunaan ini satu sistemyang merbahaya kerana ciri-ciri keselamatan diutamakan.

Komponen sensitif bagi projek ini adalah sensor yang terdiri dari dua peranti aktif iaitu diodfoto danLED IR. LED IR akan memancarkan pancaran inframerah pada kadar yang rendah selari dengankedudukan diodfoto. Satu objek atau tangan melalui garisan hampir selari diodfoto dan LED IRmenghasilkan satu pantulan sehingga mengenai diodfoto. Litar penerima akan menerima isyarat danbermulalah pengoperasian litar. Didofoto dan LED IR perlu disalut dengan tiub hitam untuk mengelaksebarang gangguan cahaya atau pancaran inframerah terus. Keadaan ini ditunjukkan sepertigambarajah di bawah ini:

Kedudukan kedua-dua peranti ini adalah selari bagi memudahkan diodfoto menerima pantulanpancaran dari LED IR.

Litar MekanikalUntuk melengkapkan sistem ini, litar pelengkap memerlukan persediaan yang sempurna. Persediaankomponen seperti dua motor pam air mini dan alat pengering rambut mini diperlukan. Penyambungankomponen-komponen ini disambung kepada litar yang tersedia.