Proposal

download Proposal

of 4

Transcript of Proposal

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN TAHAP KEFAHAMAN MURID UNTUK TOPIK SISTEM SURIA DENGAN PENGGUNAAN PERSEMBAHAN POWER POINT

FOKUS KAJIAN

Berdasarkan pengalaman mengajar murid tahun 4 di sekolah, saya dapat melihat masih ramai murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menjawab soalan atau membuat kesimpulan. Kajian ini bertujuan untuk membantu murid meningkatkan kefahaman dan pencapaian murid dalam topik Sistem Suria.

Objektif kajian adalah untuk meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid dalam peperiksaan. Saya memilih topik Sistem Suria kerana ia amat penting dalam mata pelajaran Sains tahun 4 yang terdapat dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Sekiranya mereka tidak dapat menguasai topik ini dengan baik, mereka akan menghadapi masalah apabila mereka menduduki peperiksaan UPSR nanti. Saya menganalisis soalan tahun-tahun lepas Peperiksaan UPSR Sains. Saya mendapati topik Sistem Suria item wajib dikeluarkan setiap tahun pada bahagian A atau B kertas soalan. Jika murid menguasai topik ini, ia menigkatkan pencapaian dalam peperiksaan.

Kajian ini adalah untuk memberi keyakinan dan minat belajar kepada murid. Penyelidikan tindakan ini penting untuk murid tahun 4 bagi membantu mereka memahami topik Sistem Suria secara menyeluruh. Saya telah mencari beberapa maklumat mengenai kaedah dan teknik yang sesuai untuk meningkatkan kemahiran melalui buku, internet dan jurnal. Hasil pembacaan telah memberi kefahaman kapada saya bahawa penggunaan power point dapat meningkatkan murid terhadap konsep sains yang dipelajari.

Saya percaya murid memberi tumpuan yang lebih semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini adalah untuk menyiasat keberkesanan penggunaan power point dalam meningkatkan tahap kefahaman murid dan pencapaian akademik. Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap keputusan Ujian Pengesanan 3, Cuma 40% murid telah lulus dalam topik Sistem Suria. Mereka menghadapi masalah untuk memahami topik Sistem Suria. Mereka tidak dapat mengaitkan soalan dengan topik yang dipelajari. Ada murid yang tidak memahami kaedah guru mengajar. Situasi ini telah memberi kesan kepada tahap kefahaman mereka dan mengakibatkan pencapaian akademik mereka terjejas. Hasil daripada temu bual yang dijalankan terhadap guru-guru sains, saya mendapati murid menghadapi masalah tentang tajuk ini .murid kurang pengetahuan sedia serta dan tajuk ini sukar diterangkan jika hanya menggunakan model atau bahan maujud yang lain . Murid menganggap tajuk ini susah untuk dipelajari. Penyeledikan tindakan ini boleh mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik jika dibandingkan dengan kaedah tradisional seperti kaedah Chalk and Talk. Untuk membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4, saya telah mengambil keputusan tahap kefahaman dan pencapaian akademik murid dalam topik Sistem Suria.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi melihat keberkesanan penggunaan persembahan power point dalam meningkatkan kefahaman murid Tahun 4 dalam tajuk Sistem Suria.

Objektif penyelidikan ini adalah untuk :i. Meningkatkan tahap kefahaman murid bagi topik Sistem Suria melalui penggunaan persembahan power point.ii. Meninjau keberkesanan penggunaan persembahan power point dalam membantu meningkatkan prestasi murid tentang topik Sistem Suria.

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini adalah bertujuan menjawab persoalan yang berikut.i. Adakah penggunaan persembahan power point dapat meningkatkan tahap kefahaman murid bagi topik Sistem Suria?ii. Adakah penggunaan persembahan power point memberi kesan dalam membntu meningkatkan prestasi murid tentang topik Sistem Suria?

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 20 orang murid Tahun 4 yang berbangsa melayu. Bilangan murid lelaki 12 orang dan perempuan 8 orang. Murid-murid ini terdiri daripada murid-murid yang baik, sederhana dan lemah dalam pencapaian akademik. Lima orang darpada mereka merupakan pengawas , seorang ketua darjah dan seorang penolong ketua darjah. Kesemua mereka merupakan murid yang tinggal di kawasan bandar iaitu kawasan sekitar Labis. Kebanyakan ibu bapa mereka kurang berpendapatan, dan segelintir sahaja dari kumpulan yang berada.

Kajian dijalankan ke aas murid ini berdasarkan keputusan ujian bulanan Julai yang menunjukkan mereka menghadap masalah untuk memahami topik Sistem Suria yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Sains untuk Tahun 4. Berdasarkan keputusan Ujian Pengesanan 3, semua responden memperolehi markah rendah dalam mata pelajaran Sains. Tiada murid yang mendapat gred A dalam peperiksaan ini. Hanya 3 orag murid lulus dengan Gred B (15%), 5 orang murid gred E (15%). Kelulusan dalam mata pelajaran Sains adalah 40%. Ini membuktikan bahawa murid tahun 4 lemah dalam topik Sistem Suria kerana tahap pencapaian mereka lemah.

TINJAUAN LITERATUR BERKAITAN DENGAN ISU KAJIAN

Dalam bidang pendidikan, penggunaan komputer dalam pengajaran, dan pembelajaran dipergiatkan bagi melahirkan generasi celik komputer dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi semasa (Abd Wahab et.al 2006). TMK dapat digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Menurut Pisapa (1994) dalam Williams, D.M.2000, integrasi TMK dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Peranan TMK dalam P&P akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajran memberikan kesan terhadap tahap pencapaian murid serta dapat memotivasikan murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah menggunakan komputer adalah lebih baik berbanding kaedah pengajaran secara tradisional.

Stallard (1998) dalam kajiannya menyatakan bahawa keadaan yang menjadikan pengajaran tersebut tidak berkesan ialah kurangnya persediaan guru untuk membangunkan pengajaran yang berbantukan komputer. Komputer juga membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penggunaan komputer dilihat sebagai usaha yang mengubah persepsi murid terhadap pembelajaran Sains. Kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh mengatasi masalah murid yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Murid yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut tahap pemahaman mereka. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999).