Proposal Leong.doc

download Proposal Leong.doc

of 41

  • date post

    17-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of Proposal Leong.doc

1.0PENDAHULUAN

1.1 Konteks kajian

Saya merupakan seorang guru pelatih ambilan Januari 2009 dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR), Kota Samarahan yang mengambil kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Pendidikan Pemulihan sebagai kursus major. Saya tidak mempunyai pengalaman mengajar sebelum ini kecuali setelah menjalani tiga fasa praktikum. Saya telah menjalani praktikum yang ketiga di SK. St. Patrick Tangga, Serian. Praktikum ini akan berlangsung selama 3 bulan iaitu mulai 30 Januari 2012 sehingga 27 April 2012. SK. St. Patrick Tangga merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak kira-kira 60km dari Institut Pendidikan Guru Tun Abdul Razak (IPGTAR). Sekolah satu sesi (sesi pagi) ini mempunyai 16 orang guru termasuk guru besar, 3 orang pembantu tadbir dan 210 orang murid yang terdiri daripada suku kaum Melayu, Bidayuh, Iban, Cina dan Kenyah/Suluk. Kebanyakan murid-murid tersebut merupakan orang Bidayuh (177 0rang). Di sekolah ini, saya telah diamanahkan untuk mengajar subjek Pemulihan Tahun 3 dan Matematik Tahun 4. Pemulihan Tahun 3 (Bahasa Melayu) saya terdiri daripada 4 orang murid. Kesemua mereka terdiri daripada lelaki. Saya akan bertemu dengan mereka 3 waktu (1 jam) seminggu untuk mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu hari Isnin setengah jam dan hari Selasa Sejam. Murid-murid ini merupakan murid yang belum melepasi ujian saringan LINUS (Literasi dan Numerasi) bagi tahun 2011. 1.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaranPertama kali saya menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan kelas pemulihan Tahun 3, saya telah membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan yang berlainan iaitu Kumpulan Merah (kemahiran perkataan V + KVK) dan Kumpulan Hijau (kemahiran perkataan KVK + KVKK). Saya gemar membahagikan murid-murid pemulihan yang mempunyai daerah kelemahan dan tahap pencapaian yang sama dalam satu kumpulan. Saya percaya teknik belajar berkumpulan dapat mengurangkan rasa bosan murid untuk belajar. Selain daripada itu, belajar dalam kumpulan juga dapat menimbulkan daya saing dalam kalangan murid-murid untuk mencapai hasil pembelajaran yang lebih memuaskan. Mohd Yusof Othman (1998) berpendapat bahawa satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Shahabuddin Hashim et.al. (2007) menegaskan bahawa bagi menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam aktiviti pembelajaran, gerak kerja kumpulan perlu diadakan supaya pelajar dapat berinteraksi sesama mereka sewaktu perbincangan-perbincangan yang dijalankan. Pembelajaran dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana diarah oleh guru. Kumpulan pelajar ini duduk dalam kumpulan kecil untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilitator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan.Manfaat teknik belajar berkumpulan ini juga disokong Ismail Zain (tahun) yang berpendapat bahawa belajar secara berkumpulan mampu mengurangkan rasa bosan malah boleh meningkatkan lagi daya ingatan. Pada 21 Februari 2012, saya telah mengajar kemahiran perkataan V + KVK dengan murid-murid Kumpulan Merah. Murid-murid diminta membaca kad ayat mudah yang berkaitan dengan perkataan V + KVK. Kemudian, murid-murid perlu menjawab lembaran kerja yang ada kaitan dengan perkataan V + KVK. Sebagai contoh, latihan yang berkaitan dengan isi tempat kosong bagi frasa atau ayat mudah (rujuk lampiran 1). Didapati mereka dapat mengisi tempat kosong dengan perkataan V + KVK yang tepat. Saya berasa amat gembira dengan pencapaian mereka. Saya beranggapan bahawa mereka telah berjaya menguasai kemahiran tersebut dengan teknik latih tubi yang saya jalankan. Pada kebiasaannya, saya mengamalkan teknik latih tubi dalam mengajar kemahiran menulis bagi murid-murid pemulihan, iaitu membuat latihan dalam lembaran kerja. Pada pendapat saya, teknik latih tubih amat sesuai untuk melatih murid-murid pemulihan menulis perkataan dengan suku kata yang tepat. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan pengalaman saya menjalani dua fasa praktikum sebelum ini. Menurut Kamaruddin Husin (tahun, m/s 198), latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua.Apabila diselidik dengan lebih teliti jawapan yang dijawab oleh mereka, saya berasa agak terkejut kerana mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai masalah dalam penulisan sesetengah huruf besar dan huruf kecil. Apabila mendapati murid tersebut salah menulis huruf kecil saya menanya kepadanya, apakah beza huruf kecil k dengan huruf besar K ? Respon yang diberi oleh murid tersebut ialah K kepalanya lebih tinggi.

( Nota lapangan, 21 Februari 2012)

Saya tertanya-tanya sebab berlakunya kejadian sebegini dan akhirnya saya dapat merumuskan bahawa perkara ini terjadi kerana sebelum ini saya hanya memberi perhatian dan penekanan terhadap ejaan perkataan V + KVK. Asalkan mereka dapat menulis perkataan V + KVK dengan tepat, saya beranggapan objektif pengajaran dan pembelajaran saya pada hari tersebut telah tercapai. Saya baru menyedari saya tidak memberi perhatian dan penekanan terhadap penulisan huruf murid-murid selama ini.

Penulisan huruf besar dan huruf kecil juga merupakan satu aspek yang amat penting yang perlu dikuasai oleh setiap murid tidak kira murid pemulihan mahupun murid kelas perdana. Apabila saya mengesan masalah tersebut, saya mula memberi perhatian terhadap penulisan huruf mereka pada latihan yang seterusnya. 1.3 Refleksi nilai pendidikan Melalui praktikum yang pertama dan kedua, satu amalan telah terbentuk dalam diri saya sebelum bermula mengajar murid-murid di kelas pemulihan. Setiap kali sebelum saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan murid-murid pemulihan, saya akan mengambil masa seminggu untuk menjalankan Ujian Dignostik dengan mereka. Mengikut model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino (1996), guru perlu menganalisis ciri-ciri murid sebelum merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Tujuan saya melaksanakan ujian diagnostik ini ialah untuk membolehkan saya memahami dengan lebih mendalam tentang daerah kelemahan murid-murid pemulihan.Untuk praktikum fasa ketiga ini, saya masih mengekalkan amalan tersebut. Saya telah menjalankan Ujian Diagnostik dengan murid-murid pemulihan dari Sekolah Kebangsaan ST. Patrick Tangga, Serian pada minggu pertama praktikum (30 Januari 3 Februari 2012). Selain daripada itu, saya juga percaya kemahiran membaca dan menulis adalah sama penting dan harus diajar pada masa yang sama agar penguasaan murid-murid terhadap kemahiran membaca dan menulis berkembang dengan seimbang. Jadi, dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung selama sejam, saya akan menggabungjalinkan kemahiran membaca dan menulis. Menurut Marzukhi Nyak Abdullah (1994), terdapat dua cara penggabungjalinan kemahiran dijalankan. Pertama, penggabungjalinan kemahiran dapat dilakukan dalam satu mata pelajaran Contohnya, kemahiran membaca dapat digabungjalinkan dalam kemahiran lain seperti bertutur dan menulis. Kedua, penggabungjalinan kemahiran dapat juga dilakukan antara satu mata pelajaran dengan satu atau beberapa mata pelajaran lain. Contohnya, kemahiran bahasa dapat digabungjalinkan dengan kemahiran Seni Muzik, Pendidikan Jasmani atau mata pelajaran lain.Apabila saya menyedari murid saya mempunyai masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil, saya berasa agak terkejut kerana pada pandangan saya, murid tahun 3 seharusnya telah dapat menguasai kesemua huruf besar dan huruf kecil walaupun mereka merupakan murid pemulihan. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mengambil keputusan untuk mereka dan membina alat bantu mengajar yang dapat membantu murid tersebut menguasai huruf besar dan huruf kecil. Saya amat menitikberatkan penggunaan alat bantu mengajar (ABM) semasa mengajar kerana saya percaya bahawa alat bantu mengajar dapat menarik perhatian murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Selain penggunaan teknik yang betul dalam pengajaran membaca, alat bantu mengajar (ABM) juga memainkan peranan penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu termasuk mengajar membaca. Setiap pengajaran yang telah dirancang oleh guru bermula dari set induksi sehinggalah ke penutupnya, seharusnya guru menyediakan ABM atau media yang paling berkesan supaya objektif pengajaran tercapai.

(Syarifah Alwiah Alsagoff, 1984: 349 dalam Marzukhi Nyak Abdullah, 1994). Menurut Abdul Rahman Abdul Rashid (1995) bahawa penggunaan BBM yang sesuai dan menarik dalam proses pengajaran asas bacaan dalam kelas pemulihan adalah penting kerana ia dapat mempertingkatkan kejayaan pembelajaran, lebih-labih lagi untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.2.0 FOKUS KAJIAN/ ISU KEPERIHATIANAN

2.1 Isu Kajian Isu murid belum menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil mula saya sedari apabila saya mengajar kemahiran perkataan V + KVK pada 21 Februari 2012. Apabila saya menyemak hasil kerja murid, saya mendapati salah seorang murid pemulihan saya yang bernama Angel (nama samaran) telah mencampur adukkan sesetengah huruf besar dan huruf kecil.Angel belum dapat menguasai sepenuhnya amalan menulis huruf besar dan kecil. Beliau selalu menggunakan huruf besar dan huruf kecil yang salah dalam sesetengah perkataan dan pada permulaan ayat. Apabila mendapati Angel salah menulis huruf kecil saya menanya kepadanya, apakah beza