Proses Merekabentuk Landskap (2) 2

download Proses Merekabentuk Landskap (2) 2

of 20

  • date post

    16-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    708
  • download

    18

Embed Size (px)

description

merekabentuk landskaps

Transcript of Proses Merekabentuk Landskap (2) 2

  • VEA 3016 PERLANSKAPAN

    LUKISAN PELAN LANDSKAP BY:MAIZURA MAZLAN

  • KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

    5 komponen dalam sesuatu pelan landskap iaitu:

    a. Kotak tajuk, b. Arah mata angin, c. Skalad. Simbol e. Maklumat bertulis

  • KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

    1. KOTAK TAJUK Kotak tajuk didapati di sebelah kanan di bahagian bawah

    kertas lukisan. la mengandungi perkara berikut yang menerangkan berkenaan pelan tersebut.

    Ruangan nota, catatan atau petunjuk kepada simbol yang digunakan pada pelan

    Tajuk projek Nama dan tandatangan arkitek landskap atau pereka

    bentuk Nama dan tandatangan pemilik Nama pelukis pelan Tarikh lukisan disediakan Nombor atau bilangan lukisan

  • KOTAK TAJUK

  • KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

    2. ARAH MATA ANGIN Arah mata angin biasanya ditunjukkan secara

    grafik dengan simbol anak panah. Arah utara secara lazimnya adalah menghala

    tegak 90 ke atas. Bagaimana pun, bagi pelan tertentu arah

    utara boleh dicondongkan mengikut kedudukan tapak di atas pelan tetapi sebaik-baiknya condong ke atas.

  • KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP3. SKALA Skala merupakan perbandingan saiz objek atau tumbuhan yang dilukis

    di atas pelan berbanding saiz sebenar. Saiz sesuatu objek atau tumbuhan mestilah dilukis mengikut skala yang

    tepat. Pembaris berskala telah menunjukkan ukuran-ukuran bagi skala yang

    berbeza. Skala yang biasa digunakan untuk pelan-pelan landskap adalah seperti

    1:50, 1:100 dan 1:200. Skala 1:50 memberikan pelan yang lebih besar berbanding skala 1:100.

    Skala ditentukan oleh saiz kawasan dan saiz kertas yang digunakan untuk melukis pelan.

    Bagi kawasan yang luas, skala yang lebih kecil digunakan seperti 1:100 atau 1:200.

    Bagi kertas yang besar seperti saiz AO atau A1, skala besar boleh digunakan seperti 1:50 atau 1:100. Skala di atas pelan boleh ditunjukkan secara penulisan iaitu 1:100, 1:200 atau secara grafik seperti dalam rajah yang ditunjukkan.

  • KOMPONEN DI DALAM PELAN LANDSKAP

    4. SIMBOL-SIMBOL LANDSKAP Dalam pelan landskap simbol khusus

    digunakan bagi mewakili pelbagi jenis tumbuhan dan elemen lain seperti air dan struktur binaan.

    Simbol yang berbeza digunakan untuk pokok utama atau naungan, tumbuhan renek, penutup bumi dan rumput turf.

    Simbol untuk struktur binaan adalah berasaskan jenis struktur, binaan dan bahan yang digunakan.

  • JENIS PELAN LANDSKAP Terdapat beberapa jenis pelan yang digunakan

    dalam proses mereka bentuk dan pelaksanaan projek landskap.

    Di antara pelan-pelan tersebut ialah:1. Pelan asas2. Pelan inventori dan analisis3. Maklumat Bertulis4. Pelan konsep5. Pelan induk landskap6. Pelan penanaman7. Lukisan pembinaan

  • JENIS PELAN LANDSKAP1. Pelan asas

    Pelan asas menunjukkan kedudukan sebenar tapak atau kawasan yang akan dibuatlandskap.

    la adalah ringkas dan hanya mengandungi perkara asas yang tetap sepertisempadan kawasan, bangunan, jalan raya, tasik atau kolam dan sebagainya.

    Pelan asas boleh didapati daripada pelanggan / pemilik kawasan atau dibuat sendiri selepaspengukuran sebenar di tapak.

    Pelan asas ini adalah perlu untuk menghasilkan pelan berikutnya.

  • JENIS PELAN LANDSKAP2. Pelan inventori dan analisis

    Pelan inventori dan analisis menunjukkan semua elemen dan objek sedia ada di tapak atau kawasan yang akan dibina landskap.

    Pelan ini dilukis hasil daripada kerja-kerja inventori dan analisis yang telah dilakukan terhadap tapak landskap.

  • PELAN INVENTORI

    DAN ANALISIS

  • JENIS PELAN LANDSKAP3. Maklumat Bertulis

    Objek atau kawasan di atas pelan perlu dilabelkan dengan jelas dan terang.

    Begitu juga dengan perkara yang tidak dapat ditunjukkan dengan simbol perlu dinyatakan dalam bentuk penulisan.

    Penghurufan adalah penting bagi menghasilkan penulisan yang berkualiti, kemas dan mudah dibaca.

    Penulisan boleh dibuat secara manual atau menggunakan alatan bantuan seperti stensil, skrib dan set huruf.

    Penulisan secara manual lebih mudah, cepat dan menjimatkan.

    Dengan sebab itu pelajar dikehendaki memahirkan diri dalam penghurufan.

  • JENIS PELAN LANDSKAP4. Pelan konsep

    Pelan konsep menunjukkan idea dan program yang dicadangkan secara kasar dalam reka bentuk landskap untuksesuatu kawasan.

    la menerangkan matlamat, objektif dan gaya yang dikehendaki dalam reka bentuk.

  • PELAN KONSEP

  • JENIS PELAN LANDSKAP5. Pelan induk landskap

    Pelan induk landskap menerangkan dengan terperinci idea dan program yang dicadangkan untuk pelaksanaan.

    la menunjukkan simbol landskap yang jelas bagi mewakili semua elemen yang dicadangkan.

  • PELAN INDUK

  • Contoh Pelan Induk

  • JENIS PELAN LANDSKAP6. Pelan penanaman

    Pelan penanaman menunjukkan dengan lebih terperinci berkenaan tumbuh-tumbuhan yang digunakan dalam pelan induk landskap.

    Pelan ini digunakan untuk menunjukkan tempat penanaman dan panduan menyusun tumbuhan dalam penanamannya.

    Pelan ini penting bagi pembinaan landskap lembut.

    7. Lukisan pembinaan Lukisan pembinaan menunjukkan dengan lebih

    terperinci pembinaan struktur dalam landskap. la dilukis dari pelbagai sudut untuk menerangkan

    teknik pembinaannya. Lukisan pembinaan penting bagi pembinaan

    landskap kejur.