PSV 3112

6
Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan. Definisi Lukisan Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan. Lukisan sebagai komunikasi. Lukisan juga boleh dijadikan sebagai suatu alat untuk berkomunikasi. Melalui lukisan ini orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis. Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua masyarakat di dunia. . Hasilan seni yang diekspresi oleh masyarakat purba pada dinding-dinding gua, ianya juga berfungsi sebagai media komunikasi visual tentang

Transcript of PSV 3112

Page 1: PSV 3112

Mengumpul dan menyampaikan maklumat mengenai pelbagai fungsi lukisan.

Definisi Lukisan

Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk

meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau

menggunakan warna paling sedikit. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad

kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat.

Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Lukisan sebagai komunikasi.

Lukisan juga boleh dijadikan sebagai suatu alat untuk berkomunikasi. Melalui lukisan

ini orang ramai dapat memahami maksud yang hendak disampaikan oleh pelukis.

Komunikasi visual ini akan menjadi paparan dari satu generasi ke generasi secara

berterusan. Hasilan seni ini menjadi bahasa visual serta dapat difahami oleh semua

masyarakat di dunia. .

Hasilan seni yang diekspresi oleh

masyarakat purba pada dinding-dinding

gua, ianya juga berfungsi sebagai media

komunikasi visual tentang aktiviti kehidupan

harian  mereka.

Page 2: PSV 3112

Lukisan iklan juga merupakan satu bentuk

media yang berfungsi sebagai alat komunikasi

bagi menyampaikan maklumat.

Lukisan sebagai luahan idea dan emosi

Lukisan berfungsi sebagai luahan idea dan emosi seseorang pelukis. Idea dan emosi ini

diterjemahkan dalam bentuk visual. Bagi kanak-kanak, aktiviti melukis dapat memberi

kepuasan dalam meluahkan apa yang dilihat dan dialami dalam bentuk visual.

Hasil karya seorang kanak-kanak

Iraq tentang pengalaman yang

dilaluinya.

Page 3: PSV 3112

Lukisan Dzulkifli Buyong yang bertajuk “ Kapal

Kertas “ yang memberikan luahan ideanya

tentang kehidupan zaman kanak-kanak.

Lukisan sebagai bentuk dan makna

Lukisan sebagai bentuk dan makna maksudnya lukisan yang mempunyai makna

mengenai sesuatu yang boleh diterima oleh masyarakat. Contohnya seperti lambang

bintang dan bulan sebagai simbol agama islam. Bintang berbucu lima menandakan

Rukun Islam 5 perkara. Selain itu juga lukisan ini mampu menggambarkan maksud

yang tersirat.

Lambang wau bulan yang mempunyai maksud

Sisstem Penerbangan Malaysia ( MAS ) Wau

digunakan kerana cirinya yang terbang diudara.

Page 4: PSV 3112

Lukisan sebagai ilustrasi dokumentasi budaya dan sejarah

Lukisan juga boleh dijadikan sebagai alat untuk dokumentasi budaya dan sejarah.

Melalui ilustrasi yang dihasilkan budaya sesuatu masyarakat dapat ditonjolkan. Hanya

melalui lukisan orang ramai dapat mempelajari budaya sesuatu masyarakat.

Melalui lukisan ini kita dapat tahu budaya sesuatu kaum

Selain daripada itu, seni tampak atau visual juga berfungsi sebagai rakaman suatu

peristiwa yang telah berlaku.Lukisan juga boleh dikaitkan dengan pengalaman yang

istimewa kepada seseorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati

diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi sejarah.

Sebuah lukisan yang

menggambarkan pertempuran

di antara tentera Feringgi dan

pahlawan melayu/Islam

Page 5: PSV 3112