Qurban_MRA_1434

15
LAPORAN PERLAKSANAAN QURBAN TERBAIK 1434 Malaysia-Myanmar-Thailand-Sri Lanka-Jordan-Afghanistan

description

Laporan mengenai aktiviti Qurban MRA untuk tahun 1434 didalam dan diluar negara.

Transcript of Qurban_MRA_1434

Page 1: Qurban_MRA_1434

LAPORAN PERLAKSANAAN

QURBAN TERBAIK 1434 Malaysia-Myanmar-Thailand-Sri Lanka-Jordan-Afghanistan

Page 2: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK BERJALAN LANCAR Kami juga terus mengekalkan perlaksanaan di ne-gara-negara dimana MRA sering beroperasi iaitu di Thailand, Sri Lanka, Myanmar. Di Thailand, jumlah haiwan Qurban kami tetap sama seperti sebelumnya iaitu 10 ekor lembu, ma-nakala di Sri Lanka, kami telah berjaya menyalur-kan daging Qurban ke kawasan-kawasan orang Islam disana melalui kerjasama rakan pelaksana tempatan kami. Di Myanmar pula, MRA berjaya melaksanakan ibadah Qurban di bandar Meiktila dan Sitwe. Kedua bandar ini sebelumnya menyaksikan pem-bantaian umat Islam oleh penduduk tempatan yang majoritinya Buddha Theravadha. Sedikit sukar un-tuk melaksanakan Qurban disini, namun ianya bu-kanlah penghalang kepada kami untuk terus mem-bantu. Qurban yang dilakukan oleh MRA bukanlah berori-entasikan keuntungan, sebaliknya kami menumpu-kan kepada tanggungjawab dan kewajipan kita untuk membantu mereka yang tertindas. Sokonglah kami untuk menjayakan Qurban Terbaik untuk siri yang akan datang.

SEKRETARIAT QURBAN TERBAIK MRA 1434

Malaysian Relief Agency

Agihan terbaik buat penyumbang Qurban melalui MRA

MRA meneruskan misi Qurban Terbaik 1434 dengan perlaksanaan di dua buah negara baru iaitu di Afghanistan dan Jordan. Kami menerima rayuan Qurban dari pengurusan Sekolah Tinggi Sooriya di Kabul, Afghanistan. Kami mempunyai hubungan yang rapat dengan pentadbiran sekolah ini, malah ramai dari kaki-tangan MRA yang ke Afghanistan pernah beru-rusan dengan mereka secara langsung. Sooriya High School telah bermula dalam tahun 2001 di Peshawar, Pakistan. Bermula sebagai sebuah sekolah pelarian di pinggir Peshawar, Sooriya High School kini berdiri megah sebagai sekolah yang dikenali di Kota Kabul. Manakala aktiviti penyembelihan di Jordan pula tertumpu kepada haiwan domba sahaja dan pengagihan di lakukan untuk pelarian Syria yang berlindung di pinggir bandaraya Amman, Jordan. Alhamdulillah, 13 ekor domba telah berjaya diqurbankan dan kami mengucapkan ribuan ter-ima kasih kepada para pengqurban yang mem-berikan respons beberapa hari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Page 3: Qurban_MRA_1434

MRA merayu kepada Masjid / Madrasah / Surau / Organisasi / Persatuan Khairat / Persatuan Penduduk / Jawatankuasa

Perlaksanaan Qurban agar dapat mempertimbangkan rayuan kerjasama MRA sempena Qurban 1434 nanti.

1. AGIHAN DAGING QURBAN DALAM MALAYSIA

MRA menyediakan fasiliti bilik pendingin beku di Pasar Basah Chow Kit, Kuala Lumpur bagi menerima agihan daging-daging

Qurban dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi yang ingin diserahkan kepada kami. Daging-daging ini akan disimpan di bilik

pendingin beku ini sehingga tamat hari Tashrik. Daging-daging ini kemudiannya akan diagihkan kepada rumah-rumah anak

yatim dan keluarga miskin yang serba memerlukan yang telah kami kenalpasti.

Sekretariat MRA akan beroperasi sepanjang tempoh hari ibadah qurban berjalan (10 hingga 13hb Zulhijjah) bagi menerima

sumbangan daging-daging dari Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi. Sekiranya anda ingin menyumbang daging qurban kepada

kami sila hubungi Sekretariat Qurban Terbaik MRA untuk memudahkan urusan lojistik.

2. PERLAKSANAAN QURBAN DI DALAM MALAYSIA

MRA turut melaksanakan Qurban Terbaik kepada komuniti yang memerlukan di dalam Malaysia. Komuniti utama yang menjadi

tumpuan kami adalah:-

A. Komuniti Pelarian (Rohingya, Somalia, Syria dan lain-lain)

B. Komuniti Orang Asli (diperkampungan Orang Asli yang dibantu oleh MRA dan jaringan kerjasama kami)

C. Komuniti Mualaf (yang sering dibantu oleh MRA)

MRA akan melakukan acara Qurban bersama-sama dengan komuniti yang terlibat, wakil dan warga Masjid/Madrasah/Surau/

Organisasi dijemput untuk hadir dan bersama dalam majlis dan acara Qurban yang diadakan. MRA bertindak sebagai

fasilitator dalam membantu perlaksanaan acara Qurban ini nanti.

3. PERLAKSANAAN QURBAN DI LUAR NEGARA

MRA mempunyai jaringan kerjasama yang baik di beberapa buah negara luar dan juga di wilayah konflik, justeru kami mem

pelawa pihak Masjid/Madrasah/Surau/Organisasi untuk turut menyumbang melalui aktiviti Qurban di kawasan-kawasan tersebut.

Sumbangan melalui Qurban ini amat membantu kami dalam menggerakkan momentum dalam usaha membangunkan semula

komuniti yang berada dalam kesusahan, kepayahan, bencana dan konflik. Sumbangan ini amat bermakna dan dapat memberi-

kan mereka keyakinan bahawa saudara seagama yang berada di tempat lain turut membantu dan ingat kepada mereka

sentiasa. MRA akan memastikan segala sumbangan dan Qurban yang dilakukan akan direkodkan dan didokumentasikan.

Segala transaksi adalah telus dan dicatat rapi. Untuk makluman, MRA mempunyai laporan akaun yang diaudit setiap tahun.

TAWARAN KERJASAMA

MASJID /ORGANISASI MALAYSIA

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 2

Page 4: Qurban_MRA_1434

Perlaksanaan Qurban Terbaik 1434

QURBAN TERBAIK 1434

QURBAN TERBAIK 1434 telah dilaksanakan dengan jayanya di negara-negara terpilih di-kalangan para penyumbang untuk program Qurban Terbaik 1434. Seperti kebiasaan dan tradisinya, MRA pasti akan melaksanakan Qurban di negara Thailand dan Sri Lanka, juga di Malaysia, terutamanya untuk para pelarian Rohingya dan juga Somalia, yang sangat menantikan kedatangan bulan Zulhi-jjah yang begitu istimewa buat mereka. Tahun ini, MRA turut melaksanakan ibadah Qur-ban untuk para pelarian Syria yang berada di pinggir bandar Amman, Jordan. Kesulitan dan kepayahan yang mereka alami akibat peperan-gan yang meletus dan berlanjutan sehingga kini mendapat simpati yang tinggi dari rakyat Ma-laysia. Melalui MRA, mereka telah menyumbang-kan sejumlah haiwan ternakan untuk dijadikan qurban tahun ini dan dagingnya diagihkan kepada para pelarian yang berada disekitar kawasan ini. Terima kasih kepada para penyumbang yang mengamanahkan kami untuk melaksanakan ibadah Qurban 1434 ini bagi pihak mereka.

Moga memberi manfaat

Terimalah daging Qurban ini

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 3

Page 5: Qurban_MRA_1434

Misi Qurban Terbaik MRA untuk pelarian Syria di Jordan telah diuruskan oleh Pengarah Eksekutif MRA sendiri, Sdr. Shahrul. Beliau telah dibantu oleh dua orang SAHABAT MRA Jordan iaitu Sdr. Ikmal dan Sdr. Zahran, penuntut sebuah Universiti disana. Kami telah berjaya melaksanakan Qurban di Jordan ini dengan sempurna bermula dengan proses pemilihan haiwan qurban, seterusnya proses menyembelih, melapah dan seterusnya mengagihkan daging Qurban kepada keluarga pelarian Syria yang telah dikenalpasti.

Mensyukuri nikmat yang ada

Qurban terbaik sedang menanti giliran

Bersama anak-anak pelarian Syria

Kesempatan untuk berqurban

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 4

Page 6: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

Qurban Terbaik kali ini turut dilaksanakan di Kota Kabul, Afghanistan. Kota yang sering menyaksikan pertembun-gan kuasa besar dunia pada setiap kurun ini kembali berada didalam radar operasi MRA dalam masa masa yang mendatang nanti Insya Allah. MRA telah berjaya lmelakukan Qurban Terbaik tahun ini di sana dengan kerjasama dari bahagian pentadbiran sebuah sekolah yang berpusat di Kabul, Afghanistan. Sedikit mengenai sejarah ringkas, MRA telah menjalinkan kerjasama dengan Sekolah ini semenjak tahun 2012 lagi ketika kami menghantar tiga sukarelawan MyCORPS dalam Misi Antarabangsa mereka ke Afghanistan dahulu. Dalam tahun 2002, Sekolah ini yang dikenali sebagai Sooriya High School ini pada awalnya berada disebuah tempat didalam Kota Peshawar, NWFP, Pakistan yang dikenali sebagai Miskeenabad. Status sekolah ini ketika itu ialah sebuah sekolah untuk anak-anak pelarian Afghanistan yang berada di Peshawar, Pakistan. Namun, kini setelah keamanan pulih dan kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, sekolah ini telah berpindah dari Peshawar dan kembali di buka didalam bandar Kabul, Afghanistan. Kini, sekolah ini merupakan antara sekolah yang aktif dan terkedepan dalam kualiti dan mutu pen-didikan berbanding dengan yang lain.

MRA dan Afghanistan sangat akrab. Kami tidak asing di bumi sang pemberani ini. Kami mengikuti perkem-bangan Afghanistan secara dekat dan penuh minat. Kami tidak hadir bermusim di Afghanistan. Hujung tahun lalu, sebuah NGO terkemuka dari Afghanistan telah menjemput MRA untuk turut serta berkongsi pengalaman Malaysia dalam menguruskan isu berkai-tan pembangunan komuniti dan pengurusan jantina (gender) dalam sebuah seminar antarabangsa . MRA telah menghantar Dato Dr. Abdul Razak Kechik, Presiden MRA dan En. Mohd Iqbal Abu Bakar, Pengurus Operasi MRA untuk terlibat dalam seminar tersebut. Dato Dr. Abdul Razak Kechik turut ber kesempatan untuk mengisi satu slot perkongsian dengan semua peserta yang hadir mengenai pengalaman MRA dan Malaysia. Dalam perlaksanaan Misi Antarabangsa MYCORPS yang lalu pula, sukarelawan MYCORPS telah ber kesempatan untuk menganjurkan 3 siri latihan kepimpinan bagi belia Afghanistan di 3 bandar utama Afghanistan iaitu di Kabul, Ningarhar dan Faizabad.

Qurban di LAND OF THE BRAVES

Sedang melapah...

Menguruskan daging buat

mereka yang kesulitan

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 5

Page 7: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

Meneruskan tradisi yang biasa diamalkan, MRA melalui Misi Qurban Terbaik 1434 telah berjaya melakukan qurban sebanyak 10 ekor lembu di wilayah Narathiwat, Songhkla dan Patani. Keutamaan agihan daging Qurban ini adalah kepada keluarga anak-anak yatim dan ibu tunggal yang kematian atau kehilangan suami. Dikesempatan ini, MRA juga ingin merakamkan penghar-gaan kami kepada rakan pelaksana tempatan kami iaitu Young Muslim Association of Thailand (YMAT) yang terus istiqamah mem-b a n t u

SELATAN THAI terima 10 ekor lembu dari MRA

YMAT dan MRA saling berker-

jasama dalam hal-hal kebaikan

Kerjasama membawa berkat

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 6

Page 8: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

Tahun ini, Qurban Terbaik telah berjaya disempurnakan di Meiktilla berhampiran Mandalay. Umat Islam di Meiktilla dalam bulan Ogos yang lalu telah menerima serangan dan gangguan dari pelampau tempatan yang telah bertindak memusnahkan sebuah Masjid dan Madrasah serta membunuh lebih dari 10 orang pelajar disitu. Umat Islam disini berada dalam keadaan amat tertekan. Justeru, kami hadir membawa daging Qurban disamping memberi-kan mereka semangat dan dorongan untuk uterus bertahan dan istiqamah dalam amalan dan tindakan.

Membaca penama Qurban Mengasingkan daging Membungkus dalam plastik Agihan dilaksanakan

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 7

Page 9: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

MRA meneruskan tradisi Qurban Terbaik, iaitu memberikan bantuan Qurban kepada mereka yang berada di kawa-san yang sukar untuk dimasuki dan umat Islam disitu berada dalam keadaan yang sukar dan sangat sulit. Justeru, sekali kami berjaya menganjurkan ibadah Qurban di bumi Arakan yang terus bergolak tanpa ada sebarang tanda yang ianya akan susut dan tamat dalam masa yang terdekat. Tahun lalu, di bumi yang sama, kami melaksanakan ibadah Qurban ini dalam keadaan penuh berhati-hati, kami ter-paksa melaksanakan proses penyembelihan, melapah dan agihan di waktu malam. Tahun ini, keadaan masih belum ada sebarang perubahan positif, namun kami masih tetap berikrar mahu melaksanakan Qurban Terbaik disini demi saudara yang serba kekurangan dan menjadi mangsa diskriminasi dan penindasan

Tahun ini, Alhamdulillah, kami dapat menghantar dag-ing Qurban sehingga ke pendalaman beberapa penempatan Rohingya di Arakan, terutama di pinggir Sitwe yang meliputi Kem sementera pelarian Rohingya juga termasuk ke penempatan terakhir Rohingya di Sitwe iaitu perkampungan Aung Mingalar. Suasana setempat di Sitwe dan Arakan secara keseuru-hannya masih tidak berubah. Keadaan masih lagi tegang dan penuh prejudis. Kerajaan Myanmar dan Kerajaan Negeri Rakhine masih lagi mereka-reka for-mula perdamaian yang mereka mahukan tanpa mahu melihat dan meniru formula sebenar yang telah terbukti mampu dilaksana seperti yang diamalkan di Malaysia. MRA optimis keadaan aman dan damai mampu dicapai sekiranya pihak berkuasa dan pihak berkepentingan bersedia untuk duduk dan berunding secara ikhlas.

Kerjasama semakin kukuh

Cam garang je lembu ni Melaksanakan tanggungjawab

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 8

Page 10: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

SRI LANKA terus menjadi destinasi Qurban Terbaik 1434. Umat Islam disini amat gembira dengan pembabitan MRA dalam melaksanakan ibadah Qurban bersama mereka. Kerjasama dikalangan penduduk setempat dalam melak-sanakan ibadah Qurban ini amat baik dan membuktikan mereka sangat rapat dan saling berkerjasama.

Kesan peperangan diantara tentera Sri Lanka dan pe-juang pemisah Tamil Eelam masih kelihatan disana-sini, merata-rata di kawasan yang pernah menjadi medan pertempuran diantara kedua belah pihak. Umat Islam menjadi mangsa keadaan dan sering terperangkap diten-gah-tengah dalam pertempuran kedua belah pihak ini.

Semoga diterima Qurban ini

Agihan pada yang memerlukan

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 9

Page 11: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

SRI LANKA tetap dalam ingatan

Dipisahkan dalam tompok tompok

Siap dibungkus Siap untuk agihan

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 10

Page 12: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

Belah perut berhati-hati

Kulit dipisahkan Somalia dan Rohingya bergandingan Lapah sehingga habis

Alhamdulillah!

Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, tahun ini, MRA memutuskan untuk melakukan proses penyembelihan dan melapah haiwan Qurban ditempat lain, bukan di mana-mana premis MRA. Langkah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pengagihan disamping ianya dapat menjimatkan masa dan lebih teratur. Kami hanya membawa daging yang telah siap dibersihkan dan dibungkus kecil untuk satu keluarga. Kami telah memilih rumah penyembelihan di Kg. Rinching Hulu sebagai lokasi penyembe-lihan dan melapah. Daging Qurban disini akan kami agihkan kepada para pelarian Rohingya dan Somalia yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 11

Page 13: Qurban_MRA_1434

Seperti kebiasaan, agihan daging

Qurban Terbaik pasti diberikan kepada

pelarian Rohingya yang berada

di Malaysia, khususnya buat keluarga

murid-murid Sekolah Komuniti

Rohingya MRA di Cheras Baru.

Berbeza dari tahun-tahun yang lalu,

Qurban Terbaik diselenggarakan kini di

luar kawasan Cheras Baru. Kalau dulu

ianya dilaksanakan berhampiran padang

sekolah.

Ianya dapat memastikan kebersihan dan

kecekapan pengurusan. Lebih mudah

dan lebih cepat pengurusannya.

Untuk Qurban Terbaik tahun ini, MRA

menggabungkan kerja-kerja Qurban

untuk komuniti Rohingya dan komuniti

Somalia di Kg. Rinching Hulu. Disini,

haiwan Qurban akan disembelih,

dilapah dan dipotong mengikut

kesesuaian.

Kemudiannya daging ini dibungkus

kecil bagi keperluan satu keluarga

sebelum ianya diangkut ke Sekolah

Komuniti Rohingya dan Pusat Pendidi-

kan Somalia untuk diagih-agihkan

kepada keluarga yang memerlukan.

MRA mempunyai hubungan yang baik

dengan komuniti pelarian Rohingya dan

Somalia kerana kami sering terlibat

dalam program pendidikan serta

program kesihatan untuk mereka.

TRADISI QURBAN

Keutamaan pada pelajar sekolah

Ust. Shuaib sedang mengagihkan daging

Terima Kasih atas sumbangan!

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 12

Page 14: Qurban_MRA_1434

QURBAN TERBAIK 1434

Perlaksanaan Ibadah Qurban tahun ini menjadi lebih meriah lagi dengan penglibatan Komuniti Pelarian So-malia yang berada di ibukota. MRA telah memperun-tukan seekor lembu untuk komuniti mereka yang keban-yakkannya berada di Setapak, Gombak, Wangsa Maju dan sekitarnya.

Bagi melicinkan serta memudahkan pentadbiran ibadah Qurban, kerja-kerja penyembelihan, melapah dan membungkus telah diadakan di Rinching Hulu, Selangor. Disini, kami turut melaksanakan ibadah Qurban untuk agihan ke Sekolah Komuniti Rohingya di Cheras Baru juga. Para pelarian Somalia amat gembira dan sangat berterima kasih diatas sumbangan kecil ini.

Satu keluarga dapat satu

Terima kasih

Gembira kerana ada yang peduli

Jangan lupa Qurban lagi tahun hadapan

LAPORAN QURBAN TERBAIK MRA 1434 : Halaman 13

Page 15: Qurban_MRA_1434

TERIMA KASIH PARA PENYUMBANG

Pertamanya, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman, yang masih terus komited menyumbang menerusi kami tahun demi tahun, tanpa jemu. Walaupun terdapat banyak organisasi lain yang turut melakukan program Qurban kebelakangan ini, tetapi para penyumbang tegar masih tetap memilih MRA untuk melaksanakan Qurban Terbaik buat mereka. Terima kasih diatas kepercayaan yang diberikan ini. Semoga segala Qurban yang telah dilakukan bersama MRA ini menjadi ibadah dan diterima oleh Allah SWT. Ibadah Qurban begitu signifkan sekali dalam ke-hidupan seharian kita sebagai manusia, hidup sentiasa memerlukan pengorbanan, samada kita bersedia ataupun tidak. Hidup sentiasa memerlu-kan kita untuk memberikan yang terbaik kepada mereka yang lain tanpa perlu memikirkan tentang balasan atau bayaran. Qurban merupakan sebuah ibadah yang meng haruskan sembelihan haiwan ternak berkaki empat dilakukan pada tempoh masa yang telah ditetap-kan iaitu pada Hari Raya Aidiladha diikuti oleh tiga hari Tashrik yang berikutnya. Haiwan yang diqurbankan ini juga mempunyai syarat-syaratnya yang tersendiri, bukan sebarang haiwan boleh dijadikan Qurban. Sebarang perlanggaran boleh mencacatkan Qurban yang hendak dilakukan itu. Begitulah ibadah Qurban ini berjalan mengikut ketetapan dan asas-asas yang telah digariskan oleh agama. MRA menjadikan perlaksanaan ibadah Qurban ini sebagai salah satu peluang untuk kami berinteraksi dan mendekati masyarakat atau kelompok yang pernah kami bantu sebelum ini disesuatu kawasan. Kehadiran kami semula di pintu rumah mereka dengan membawa sebungkus daging sentiasa dialu-alukan.

Memberikan mereka daging seorang sedikit dapat mewujudkan hubungan yang lebih akrab diantara kami dan mereka. Tambahan kami memang akan selalu bertemu mereka di lapangan, maka hubungan yang baik dan mesra ini perlulah sentiasa disegarkan dan dipertahankan. Kami berhasrat untuk menjadikan Program Qur-ban Terbaik MRA ini sebagai sebuah program berkala tahunan yang dapat dijadikan platform bagi membantu para penduduk dan masyarakat yang hidup dalam serba kekurangan di luar sana. Mereka ini terdiri daripada penduduk yang hanya dapat merasa daging setahun sekali. Juga para penduduk yang hidup dalam sebuah negara dimana kaum majoriti mereka beragama selain dari Islam. Semoga program ini dapat menjadi landasan buat MRA untuk terus menyantuni kelompok pen-duduk Muslim di lapangan di mana MRA berop-erasi. Program Qurban ini dilaksanakan dengan ker-jasama dan sokongan rakan rakan pelaksana MRA di lapangan, kami juga amat berterima kasih diatas kerjasama dan bantuan yang telah mereka berikan. Ada lokasi yang memerlukan petugas kami untuk merentas hutan dan mendaki bukit, mengharung sungai dan melepasi kawat berduri dan pelbagai macam lagi. Walau apapun rintangannya, kami tetap komited dan bersedia untuk melaksanakan Qurban Terbaik buat anda.

TIM SEKRETARIAT QURBAN TERBAIK 1434 MALAYSIAN RELIEF AGENCY