Rahiza-proposal kajiaN.docx

19
TAJUK KAJIAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF KECIL BAGI MURID 1 PINTAR MENGGUNAKAN TEKNIK NYANYIAN NAMA PENGKAJI NOR RAHIZAH BINTI A RAHIM SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH 1.0 PENDAHULUAN Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 1 Pintar di Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh, saya telahmengenalpasti satu isu yang berkaitan dengan permasalahan murid di dalam mengenal huruf. Perkara ini dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi slot aktiviti kelas iaitumengenal huruf Bahasa Malaysia dijalankan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa beberapa orang murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran saya.. Apabila saya meminta murid tersebut membaca, murid tersebut hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon yang dikehendaki. Seakan disoal semula untuk membatangkan suku kata tertentu, terdapat murid yang tidak boleh membaca suku kata tersebut. Kemudian, apabila saya menyoal seorang demi seorang untuk menyebut huruf, terdapat murid yang hanya mendiamkan diri. Murid tersebut hanya dapat menyebut huruf dengan bimbingan guru. Situasi ini juga dapat dilihat ketika lembaran kerja diberikan dimana terdapat murid yang memerlukan pemerhatian dan bimbingan yang lebih daripada guru ketika membuat tugasan. Saya telahmencuba strategi pengajaran seperti menggunakan kad imbasan bewarna-warni bagi mengenalkan huruf kepada murid. Saya percaya penggunaan warna mampu menarik minat murid. Namun begitu, jangkaan saya adalah tidak benar kerana saya dapati prestasi murid masih berada di takuk yang sama. Saya

Transcript of Rahiza-proposal kajiaN.docx

TAJUK KAJIAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL HURUF KECIL BAGI MURID 1 PINTAR MENGGUNAKAN TEKNIK NYANYIAN

NAMA PENGKAJI

NOR RAHIZAH BINTI A RAHIMSEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOH

1.0 PENDAHULUAN

Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 1 Pintar di Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh, saya telahmengenalpasti satu isu yang berkaitan dengan permasalahan murid di dalam mengenal huruf. Perkara ini dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran bagi slot aktiviti kelas iaitumengenal huruf Bahasa Malaysia dijalankan. Hasil pemerhatian mendapati bahawa beberapa orang murid tidak memberi tumpuan kepada pengajaran saya..

Apabila saya meminta murid tersebut membaca, murid tersebut hanya mendiamkan diri tanpa memberi respon yang dikehendaki. Seakan disoal semula untuk membatangkan suku kata tertentu, terdapat murid yang tidak boleh membaca suku kata tersebut. Kemudian, apabila saya menyoal seorang demi seorang untuk menyebut huruf, terdapat murid yang hanya mendiamkan diri. Murid tersebut hanya dapat menyebut huruf dengan bimbingan guru. Situasi ini juga dapat dilihat ketika lembaran kerja diberikan dimana terdapat murid yang memerlukan pemerhatian dan bimbingan yang lebih daripada guru ketika membuat tugasan.

Saya telahmencuba strategi pengajaran seperti menggunakan kad imbasan bewarna-warni bagi mengenalkan huruf kepada murid. Saya percaya penggunaan warna mampu menarik minat murid. Namun begitu, jangkaan saya adalah tidak benar kerana saya dapati prestasi murid masih berada di takuk yang sama. Saya membuat refleksi kendiri terhadap pengajaran saya pada setiap akhir slot pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati, saya hanya memperkenalkan huruf satu-persatu menggunakan kad imbasan berwarna di dalam bilik darjah dan muridmenyebut hurufberulang kali. Strategi ini mungkin akan mengakibatkan murid menghafal huruf tanpa mengenalinya.

Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan strategi pengajaran menggunakan teknik bermain puzzle huruf secara berkumpulan. Namun, aktiviti ini juga kurang sesuai digunakan untuk mengatasi masalah murid yang tidak dapat mengenalpasti huruf-huruf kecil ini. Selepas saya membuat refleksi pada akhir pembelajaran, saya dapati bentuk permainan yang telah saya rancangkan terlalu kompleks sehingga murid tidak memahami arahan yang saya tuturkan. Kesannnya, murid-murid tersebut tidak dapat mengecam huruf yang diperkenalkan dan hanya mendiamkan diri semasa aktiviti dijalankan.

Kesimpulan daripada refleksi mendapati lemahnya penguasaan murid dalam mengenal huruf adalah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya aspek mengenal huruf semasa proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti luar bilik darjah. Saya mungkin memandang remeh perkara ini kerana menyangkakan proses mengenal huruf adalah terlalu mudah memandangkan kebanyakan murid telah menjalani proses tersebut di alam pendidikan awal kanak-kanak iaitu di tadika ataupun pra sekolah. Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada kemungkinan pengajaran guru yang tidak dapat menarik perhatian murid disamping kurangnya minat murid ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia. Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid sukar untuk membaca dengan baik kerana asas kepada membaca itu bermula dengan proses mengenal huruf.

2.0 FOKUS KAJIAN

Kajian saya ini akan berfokuskan kepada masalah murid untuk menguasai huruf kecil berdasarkan kemahiran asas bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Saya akan memfokuskan kajian ini kepada aspek yang berikut:i. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil menggunakan teknik nyanyian berdasarkan kemahiran asas dalam DSKP Bahasa Malaysia Tahun 1. ii. Merancang dan melaksanakan aktiviti untuk meningkatkan kemahiran mengajar menggunakan teknik nyanyian.

Secara umunya fokus kajian ini adalah meningkatkan kemahiran mengenal huruf. Berdasarkan masalah yang dikenalpasti, subjek kajian masih belum mahir dalam mengenal pasti huruf kecil sebaliknya hanya menghafal secara lisan. Mereka dapat menyebut huruf hanya melalui nyanyian lagu huruf mengikut urutan sama ada mengikut lagu yang diperdengarkan ataupun nyanyian bersama rakan-rakan. Namun, apabila huruf tersebut dicerakinkan secara rawak, mereka tidak dapat mengenalpasti huruf tersebut.

Rentetan daripada masalah tersebut adalah penting bagi seorang guru untuk mengkaji cara yang berkesan bagimembantu murid mengenal huruf berdasarkan kemahiran asas di dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dengan lebih terperinci, saya akan menjalankan empat langkah tinjauan awal dengan menjalankan ujian diagnostik mengenal huruf kecil a hingga z, mendapatkan maklumat guru mata pelajaran lain dengan kaedah menemubual, menjalankan pemerhatian berstruktur dan menjalankan ujian menggunakan lembaran kerja.

Hasil daripada beberapa langkah tinjauan masalah tersebut, didapati lima orang murid lemah dalam kemahiran asas mengenal huruf kecil. Antara kesilapan mereka ialah salah menyebut huruf, mendiamkan diri, tidak melengkapkan lembaran kerja dantidak tahu menulis huruf denganmengkoordinasikan mata dan tangan dengan betul. Situasi ini mendorong saya untuk menjadikan lima orang murid ini sebagai subjek kajian.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Khususi. Meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil h, m, n, r, u dan y di kalangan murid bermasalah dengan menggunakan teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya". ii. Meningkatkan kemahiran muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul.

3.2 Soalan kajian1. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu murid mengenal huruf kecil h, m, n, r, u dan y?

2. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu muridmenyebuthuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?

3. Adakah teknik nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat membantu muridmenulishuruf kecil h, m, n, r, u dan y dengan betul?

4.0 TINJAUAN LITERATUR

Sebagai tindakan, saya akan memilih untuk menjalankan elemen di dalam Model Kurt Lewin (1946) sebagai panduan menjalankan kajian tindakan bagi mengubah amalan saya dalam pengajaran Bahasa Malaysia. Ia melibatkan empat elemen utama seperti berikut.

Satu kitaran kajian

Rajah 1 Kitaran Kajian Model Kurt Lewin (1946)

Saya akan merancang untuk mengubah amalan pengajaran menggunakan teknik nyanyian yang bertajuk 'Bentuk Diri Saya' sebagai cara mengenalkan bentuk huruf dengan lebih berkesan. Aktiviti nyanyian adalah salah satu aktiviti yang menggunakan suara. Menurut Zoltan Kodaly di dalam buku Pengenalan Pendidikan Muzik yang ditulis oleh Khairul Bariah et. al (2006), suara adalah alat muzik semula jadi yang berkesan. Maka nyanyian dapat membantu guru menerapkan muzik di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mudah namun mampu menarik minat murid-murid.Tambahan itu, Schneider & Pressley (1989) juga menyatakan kualiti dorongan (nyanyian) mungkin akan merangsang kanak-kanak untuk memberi lebih tumpuan dan lebih berminat tentang subjek yang dipelajari.

Seterusnya, di dalam proses ini saya akan menyediakan beberapa Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memastikan penyampaian isi pelajaran yang lebih berkesan dan mampu menarik minat murid dalam mengekalkan minat mereka. Menurut penyataan Meimon (2009) dalam kajiannya yang bertajuk "Celik Huruf: Lancar Baca" penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) sangat membantu dalam kajiannya. Atan Long (1982) pula menyatakan bahawa Bahan Bantu Mengajar terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta atau diletakkan pada slaid dan dipancarkan. Oleh yang demikian, saya akan menyediakan beberapa BBM seperti kad huruf, puzzle huruf yang berwarna-warni, carta lagu dan lembaran kerja untuk membantu keberkesanan teknik nyanyian ini.5.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan seramai lima orang murid lelaki dari kelas 1Pintar, Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh. Kelima-lima subjek kajian berumur tujuhtahun. Tiga orang daripadanya menerima pendidikan prasekolah dan dua orang daripadanya menerima pendidikan di tadika. Aspek pemilihan subjek kajian akan dibuat melalui empat langkah tinjauan awal iaitu melalui ujian diagnostik mengenali huruf a hingga z (kad imbasan), temubual guru mata pelajaran Tahun 1 Pintar, pemerhatian menggunakan senarai semak dan melalui ujian lembaran kerja. Antara ciri-ciri subjek kajian tersebut ialah, mereka lemah dalam menguasai huruf kecil h, n, m, r, u dan y, mudah keliru, sukar mengingat, sering berkhayal dan hilang tumpuan semasa di dalam kelas.

Subjek kajian 1 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat orang adik beradik (mempunyai tiga orang abang). Beliau berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja sebagai pekerja kilang manakala ibunya seorang suri rumah. Berdasarkan temubual dengan guru kelas, bapa subjek kajian sentiasa sibuk dengan pekerjaan manakala adik beradik beliau yang juga masih bersekolah memerlukanperhatian daripada ibunya. Oleh itu, beliau kurang mendapat perhatian terutamanya dalam pelajaran. Di dalam kelas, beliau merupakan seorang kanak-kanak yang aktif bermain dan gemar mengganggu rakan. Beliau juga sukar memberikan perhatian di dalam kelas sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran.

Subjek kajian2 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak ketujuh daripada tujuh orang adik beradik. Beliaumempunyai seorangabangyang menerima pendidikan khas masalah Syndrom Down. Bapanya bekerja sendiri manakala ibunya seorangsuri rumah tangga. Walaupun beliau mempunyai masa yang banyak bersama keluarga, namun semasa di dalam kelas, beliau seorang yang pasif dan sering menyendiri. Oleh itu, beliau tidak suka bergaul dengan rakan-rakan. Beliau juga sukar untuk memahami arahan yang diberikan.

Subjek kajian 3 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik (mempunyai seorang kakak yang berumur sembilan tahun dan seorang adik yang berumur satu tahun). Beliau berasal daripada keluarga yang berstatus ekonomi sederhana. Bapa beliau adalah seorang pengawal keselamatan manakala ibunya bekerja sebagai operator disebuah kilang. Beliau adalah seorang kanak-kanak yang pendiam dan pemalu. Sewaktu sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), beliau kurang memberi respon terhadap pertanyaan guru. Beliau juga sering termenung seperti berada di dunianya sendiri. Walaupun dipanggil ke hadapan dan diajukan soalan, sukar bagi beliau untuk menjawab pertanyaan guru. Namun, beliau berani meluahkan pendapat dan berkomunikasi dengan rakan sewaktu sesi bermain.

Subjek kajian4 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak bongsu daripada lima orang adik beradik. Beliau berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapanya bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang manakala ibunya seorang suri rumah. Beliau seorang yang kemas, rajin namun pemalu. Tambahan itu, beliau tidak banyak bercakap di dalam kelas dan hanya mendiamkan diri apabila diajukan soalan. Hasil dariapada temu bual bersama guru kelasnya beliau menunjukkan keinginan melibatkan diri di dalam aktiviti P&P bersama rakan-rakan namun beliau kurang berkeyakinan dan hanya merenung rakan-rakan yang berkemahiran di dalam aktiviti tersebut.

Subjek kajian 5 merupakan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur tujuh tahun. Beliau merupakan anak keempat daripada lima orang adik beradik. Beliau mempunyai seorang adik lelaki yang masih kecil. Subjek kajian berasal daripada keluarga berstatus ekonomi sederhana. Bapa beliau berkeja di sebuah perbadanan swasta manakala ibunya seorang suri rumah tangga. Latar belakang pendidikan keluarga beliau berada di tahap sederhana. Beliau sangat aktif ketika bermain dan ketika menjalankan aktiviti fizikal. Namun pencapaian di dalammata pelajaran kurang memuaskan. Ini disebabkan subjek kajian sukar mengingat sesuatu yang dipelajari, sering berkhayal dan mudah hilang tumpuan di dalam kelas.6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Seakan merancang pelan tindakan, saya akan menjalankan teknik nyanyian'Bentuk Diri Saya' ini ke atas lima orang subjek sasaran kajian saya dengan menjalankan pra tindakan iaitu memperkenalkan lirik lagu seperti memperdengarkan lagu yang akan dinyanyikan. Seterusnya, aktiviti bercorak intervensi ini dijalankan selama dua kali seminggu dengan mengambil masa 30 minit setiap satu sesi semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, ketika murid-murid lain membuat latihan bertulis. Subjek kajian diasingkan daripada rakan yang lain semasa menjalankan intervensi supaya murid yang lemah tidak merasa terasing dan jauh ketinggalan dari rakan yang lain.

Kaedah nyanyian Bentuk Diri Saya ini memberi peluang kepada murid meneroka pembelajaran melalui muzik dan pergerakan dalam mengenal huruf di dalam Bahasa Malaysia. Jadual 1 menunjukkan langkah-langkah bagi pelaksanaan teknik nyanyian'Bentuk Diri Saya' di dalam bilik darjah. Kesemua subjek kajian akan diberikan lembaran kerja terlebih dahulu bagi mengesan penguasaan awal. Berdasarkan perancangan yang akan dibuat, Subjek kajian akan menyanyikan lagu 'Bentuk Diri Saya' yang dipelajari dengan menggerakkan tubuh badan mereka mengikut bentuk huruf. Ini bertujuan menguji ingatan murid berkenaan huruf yang akan mereka pelajari.

Mereka turut diberikan puzzle huruf dan akan menyentuh permukaan huruf bagi mengenalpasti bentuk sesuatu huruf mengikut lirik lagu. Seterusnya, mereka akan menulis bentuk huruf di atas kertas.Langkah seterusnya, muridakan diuji dengan ujian menggunakan lembaran kerja dengan membulatkan huruf yang disebutkan oleh guru. Berikut adalah ringkasan pelaksanaan aktiviti nyanyian Bentuk Diri Saya yang akan dijalankan.

Jadual 1Kaedah Menyanyi Bentuk Diri Saya

LangkahAktiviti

Langkah 1Murid diberikan lembaran kerja terlebih dahulu untuk mengesan penguasaan murid sebelum intervesi dijalankan.

Langkah 2Guru menunjukkan demonstrasinyanyian 'Bentuk Diri Saya'.

Langkah 3Pusingan 1Murid menyanyikan lagu dengan melakukan gerakan badan mengikut bentuk huruf mengikut lirik lagu 'Bentuk Diri Saya'.

Langkah 4

Pusingan 2Murid menyanyikan lagu sambil merasa menggunakan deria sentuhan menyentuh bentuk huruf di atas puzzle.

Langkah 5Pusingan 3Murid menyanyi sambil menulis bentuk huruf di atas kertas yang disediakan mengikut lirik lagu.

Langkah 6Murid diberi lembaran kerja untuk melihat penguasaan murid mengenal huruf selepas intervensi dijalankan.

7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

Sepanjang proses pelaksanaan aktiviti, saya juga akan menggunakan beberapa instrumen bagi menilai perubahan pada pencapaian murid sekaligus menilai kesan pengajaran guru terhadap murid.Antara instrumen yang digunakan ialah pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak, ujian menggunakan lembaran kerja dan temubual berstruktur bersama guru mata pelajaran lain.

Indikator di dalam borang pemerhatian senarai semak ini akan dibina berdasarkan standard pembelajaran yang terkandung di dalam DSKP Bahasa Malaysia Tahun 1, sementara hasil temubual bertujuan melihat sejauh mana keberkesanan menggunakan teknik ini (temubual guru). Lembaran kerja akan digunakan sebagai ujian sebelum dan selepas intervensi bagi melihat kesan pengajaran guru terhadap penguasaan murid. Selain itu, lembaran kerja turut diberikan sebagai latihan pengukuhan kepada murid.Berikut adalah bahan yang akan saya gunakan bagi mengumpul data atau maklumat kajian sepanjang proses pelaksanaan tindakan:

Pemerhatian Berstruktur (Senarai Semak) Ujian (Lembaran Kerja) Temubual Berstruktur (Guru Matapelajaran lain)Proses mereflek setiap tindakan yang dilaksanakan adalah sangat penting bagi membantu guru menilai kesan teknik pengajaran terhadap murid sebelum dan selepas intervensi. Oleh sebab itu, saya akan berusaha mengenalpasti punca masalah sepanjang proses pengajaran dengan mengambil kira faktor murid, guru dan bahan bantu mengajar.

Di akhir pelaksanaan tindakan saya akan menganalisis semua maklumat yang akandikumpulkan menggunakan instrumen yang akan dibina. Hasil analisis dapatan akan diinterpretasikan dalam bentuk perisian persembahan dan juga graf. Hasil dapatan membantu saya menilai setiap kekuatan dan kelemahan amalan pengajaran saya sendiri. Selain itu, hasil dapatan ini juga membantu guru untuk merancang tindakan seterusnya.

Jadual Pelaksanaan Tindakan

BilAktivitiTempohPelaksanaan

1Mengenalpastimasalahdanpengumpulan data awal1 minggu

2Menulis proposal kajian2 minggu

3Merancangtindakan individu/kumpulan1 minggu

4Melaksanakantindakan1 minggu

5Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 12 minggu

6Melaksanakantindakan1 minggu

7Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 22 minggu

8Melaksanakantindakan 3 1 minggu

9Membincangkanmasalah yang timbuldalamtindakan 32 minggu

10Ujian untuk mengesan perubahan murid1 minggu

11Refleksikajian1 minggu

12Menulislaporankajian2 minggu

13Pembentangandapatankajian1 minggu

8.0SENARAI RUJUKAN

Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2010), Siri Pendidikan: Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008), Buku Manual Tindakan: Putrajaya.

Fauziah Tahiruddin. 2000. Penggunaan kit bacaan bergred dalam menangani masalah membaca murid pemulihan tahun satu; Latihan Ilmiah Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ishak Haron. (1979). Mudah Membaca Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Johami Abdullah. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Meimon (2009).CelikHuruf: Lancar Baca. BukuKoleksiKertasKerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms. 102-112.

Nani Menon (2007). Permainan, Lagu dan Puisi Kanak-kanak. Kuala Lumpur:PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Yahya Othman (2003). MembacaTeori&Aplikasi. Pahang: PTS Publication & Distribution.

Khairul Bariah Haroen (2006).Pengenalan Pendidikan Muzik. Pengalaman Muzikal.Open University Malaysia.

9.0LAMPIRAN

A Senarai SemakBUjian diagnostik (Senarai Semak)C Temubual Berstruktur bersama GuruDLembaran Kerja

LAMPIRAN A

Tandakan ( _/ ) jika murid telah menguasaiTandakan ( X) dan catatkan tarikh jika murid belum menguasai

Nama murid : .. Nama Guru : .

HASIL PEMBELAJARAN

Ulasan/ Tarikh

Ulasan/TarikhUlasan/Tarikh

KEMAHIRAM MENDENGAR

1. Mendengarucapanselamatdanmemberiresponssecarabertatasusila

2. Mendengardengansepenuhperhatian.

3. Mendengardanmemberiresponsterhadapperbualan, permintaan, ataulagu.

KEMAHIRAN BERTUTUR

4. Berinteraksisecarasopandanbertatasusila.

5. Memberikanarahankepadarakansecarabertatasusila.

6. Menjawabsoalandenganayat yang mudahdansesuai.

KEMAHIRAN MEMBACA

7. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "r"

8. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "m"

9. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "u"

10. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "y"

11. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "n"

12. Mengenalpastibentukhurufkeciliaitu "h"

KEMAHIRAN MENULIS

13. Memegangalattulisdengancara yang betuluntukmenulis.

14. Mengkoordinasikanpergerakanmata-tanganmengikutarah yang betul.

15. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "r"

16. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "y"

17. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "n"

18. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "m"

19. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "h"

20. Menulishurufkecildenganbetuliaituhuruf "u"

Peratus

(%)

LAMPIRAN B

PENGESANAN TAHAP MENGENAL HURUF KECIL (a-z) MURID-MURID TAHUN 1 PINTARSEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN PAGOHBil.

Responden

Huruf

abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

1.R1

2.R2

3.R3

4.R4

5.R5

6.R6

7.R7

8.R8

9.R9

10R10

11R11

12R12

13R13

14R14

15R15

16R16

17R17

18R18

19R19

20R20

21R21

22R22

23R23

24R24

25R25

LAMPIRAN C

SOALAN TEMUBUAL GURUTarikh:Nama Guru :Nama Penemubual:Bil.SoalanJawapan

1.Adakah kaedah nyanyian "Bentuk Diri Saya" ini membantu murid mengenal huruf h, m, n, r, u dan y dengan lebih mudah?

2.Pada pandangan cikgu, adakah kaedah nyanyian "Bentuk Diri Saya" dapat meningkatkan penguasaan murid mengenal huruf h, m, n, r, u dan y?

LAMPIRAN D-1

Nama :Hari : Tarikh:

Bil.Bulatkan huruf berdasarkan arahan guru.Tulis semula huruf yang dibulatkan.

1.r m n y hu

2.r m ny h u

3.r m n y h u

4.r m n y h u

5.r m n y h u

6.r m n y h u

LAMPIRAN D-2

Nama: Hari:Tarikh:Warnakan huruf mengikut arahan guruyrmh1.

urmn2.

nhyu3.

nyrh4.

unrm5.

mrhy6.