RANCANGAN MAKANAN TAMBAHA1

2
RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT) Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu murid mendapat makanan yang seimbang. Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan, pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga menjadi criteria utama pemilihan murid. Kriteria pemilihan Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. Kadar dan Peruntukan Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira

Transcript of RANCANGAN MAKANAN TAMBAHA1

Page 1: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHA1

RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN (RMT)

Program ini bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf pemakanan murid yang terlibat

supaya golongan ini dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam usaha pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Program ini diharap dapat memastikan pertumbuhan fizikal,

kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik selain membantu

murid mendapat makanan yang seimbang.

Program ini telah dimulakan dalam tahun 1976 sebagai sebahagian daripada Rancangan

Amalan Makanan dan Pemakanan (AMP), kelolaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). AMP

merupakan satu program pembangunan masyarakat berteraskan usaha kesihatan,

pertanian dan pendidikan. Pada peringkat awal pelaksanaan tumpuan telah diberi kepada

murid sekolah rendah dan kawasan luar Bandar. Mulai awal 1980an, apabila Kementerian

Pelajaran Malaysia mengambil alih sepenuhnya pengurusan program, ia telah diperluaskan

ke semua kawasan di seluruh negara. Sejak tahun 1990an, taraf sosio ekonomi keluarga

menjadi criteria utama pemilihan murid.

Kriteria pemilihan

Murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan

RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

Kadar dan Peruntukan

Kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah RM 1.80 sehari bagi

murid di Semenanjung dan RM 2.05 sehari bagi Sabah, Wilayah Persekutuan dan Sarawak

mulai 1 Mac 2007. Kadar ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak

mengambil kira keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman. Program ini dilaksanakan

sepanjang 190 hari persekolahan dalam setahun.

Strategi Perlaksanaan

Jawatankuasa RMT akan memilih pembekal makanan yang bertanggungjawab mengurus

bekalan bahan, menyedia dan menghidang makanan, membersih peralatan serta tempat

hidangan. Sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang

disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulangi setiap minggu atau

dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan bahan makanan dan

sesuaian dengan peruntukan kewangan. Dari segi proses penyediaan makanan, 95%

Page 2: RANCANGAN MAKANAN TAMBAHA1

sekolah di Semenanjung dikendalikan oleh pihak kantin dan makanan akan dinikmati oleh

murid beberapa minit sebelum waktu rehat.